My precious Saturday with mak

It is a second saturday in February. I woke up early morning.. had my breakfast, with malay pancake and my favourite local coffee. Tengok TV with mak and abah, tanyalah Ustaz @tv9.. very interesting program.. longer Q&A session about Islam and all things related to it. Abour 8am, mak and me went out.. we are heading to Tennis court in Kelana Jaya.

I played about 1 hour and 15 minutes.. tired. non stop, stopped with a little drink and continue. Mak have her brisk walking around the court area. I met with this veteran.. hmm Malaysian x-team in Sea games.. hmm forgot his name.. something Singh.. hmm bad memory..

Done with tennis, mak asked to take her to her favourite fruits supermarket. Aku pun suka. I drove to SS15 Subang jaya lepas tuh ke pasar besar Jln Othman, Petaling Jaya. Drop off mak and i drove to Pj State, stopped at petrol pump for fuel and gas and back to Pasar besar PJ. Dah settled, sampai rumah, tak sempat bukak tudung, i walked to Kak ila’s house. konon nak fetch kak ila and hidayah datang umah.. Layan hidayah tengok her favourite CD, sampai sempat nap 10 minutes.. tahu-tahu kak ila dah siap bertudung, fetched tangan hidayah and keluar dari umah kak ila.

Sampai dekat umah, mak dah ready lunch meal..resting, bersihkan diri. At 1530 i was on my way to my replacement class, classification.. My favourite lecturer. Aku sampai 1540.. late for 10 minutes. Lucky class sampai 630, as per earlier plan, class habis 730. Fuhh lega makcik.

Activity esok, aku and mak nak pi swimming pool kat Kelana Jaya, (definitely mak aku tak swimming, instead aku mintak dia temankan.. ) pastu sebagai balasa aku bawak dia ke Ikea, dari semalam dok kata nak pi Ikea.. hm aku yek dia nak carik. Abah will stay at home.. he is the kind yg tak mo jalan, instead he prefer to have lunch or dinner outside.. and definitely I wont leave him behind. Activity jalan2 nih agak terhad untuk abah,. Kesian abah.. but i know he is ok with it… 🙂

last week updates.. *:)

I’ve visited few blogs, from my list.. aa feel a bit jealous, banyaknya entry dia yg aku tak sempat baca.. Hmm me, even am not that too hectic at work, just left few documents that need to be completed, @U need to concentrate on things such as my paper work, I’ve been waiting the final compilation, but it seems that my friends still working on it. Speech and discussion, probably will be held next week, need to prepare what statements and words should I use, to speak up and answering question. It’s Mandarin.. adoi. Need to spend few hours on this.

I did not posted anything about a trip to PD.. hmm why is it suddenly everything become very blurred and blunted. Adoi.. okok trip to PD.

This one was organized by budak2 sem7, thanks to Zurina and the geng.. u’ll hv done a very good job.. And I am glad that I joined this gathering.. Even thought it is the first gathering.. they managed to gather about 82 participants.. not bad at all. The Saturday morning.. supposedly I went to PD by bus, but since that I decided that I don’t want my parents to be at home all alone.. Aku hantar dorang kat umah mak long dekat seremban. So that they can chit chatted and menghabiskan hujung minggu bersama. Anyways, mak long pun sudah ketiadaan pak long.  So I drove to Seremban @0850, about 0930 aku dah sampai umah maklong. Sampai umah maklong, duduk and drank a cup of coffee. After that, I was driving alone to PD. Once I reach the junction at the end of the highway, aku nampak bas UiTM.. decided to follow the bus.. follow punya follow.. uik mana bas ni pego. Rupanya tempat yang di tuju jauh giler dari hiruk piruk pantai PD..

The place called Tanjung Agas, nak dekat sampai Alor gajah kampong mak aku. I reached the resort by 11am.. fuuh waktu tuh tengah panas.. First thing first.. aku park kereta, tunggu kawan-kawan turun dari bas, and I line up for an apartment key. Aku serumah with Mawar, Aiza and budak sem 1, Farin. First activity, all luggage into my room. Aku rasa aku yg paling byk bag, walaupun 2 hari semlm.. hahaha. Habis dah naik kereta sniri, senang, semua barang aku angkut. Solat jamak and qasar, get back to seminar room for the ice breaking session, lunch hour, and first discussion. First discussion dreading until 5pm. Petang sessi kayak and swimming kat pool. The best thing is.. pool utk lelaki and perempuan asing2.. heaven rasanya.

Dah senja, after solat, kami turun ke dewan makan.. Tema hijau putih, eh macam gathering kak CT pulak.. hahaha we are still among the earliest.. Adoi. followed by BBQ dinner, sessi bagi hadiah for previous bowling tournament and karaoke. Almost 12 mn, aku balik bilik. Bersihkan diri and mematikan diri…

Early morning.. Aiza kejutkan aku, solat subuh and terus bersiap untuk turun breakfast.. Allah kami jugak yg awal.. sambil menunggu, Mawar and Aiza dah siap posed.. hmm aku la tukang click…. Puas la kawasan café tuh dia pusing.. aku ikut je.. hahaha.. Artis dah penat, kami duduk breakfast.. ada la satu lagi group yang datang. So kami makan dulu, perut pun dah berkeroncong.. after breakfast ada suka aneka.. sukaneka la tuh.. seronok gak.. Group aku won one of the challenges… game habis dalam 1130, matahari dah panas, Mawar ajak aku terjun pool, aku tak mahu, panas terus balik bilik, siap barang, bersihkan diri and terus angkut barang. Approximately 1300, aku dah masuk kereta, kawan2 lain masih dekat pool. Bus gerak kul 3. Aku drive keluar dari resort terus ke Seremban. Sampai rumah maklong hampir kul 2. Rehat2 sembang, lunch dekat rumah maklong mesti ada sambal goreng ikan bilis.. Superbb.. Tak dak tempat lain yang ada sambal tumis sesedap rumah mak long.. Lepas waktu Asar aku, mak and abah gerak balik ke Petaling Jaya. Perjalanan dari Seremban ke rumah aku dekat Petaling Jaya, hanya memakan masa 40 to 45 minutes only. Malam, aku pi Sunway Piramid pi collect spec baru kat England Optical…

Monday is a public holiday, replacement leave because hari ahad Thaipusam. Aku ambik peluang pi tennis court, lama dah aku tak hayun racket nih.. waktu aku keluar langit nampak mendung sangat, sampai dekat stadium PJ, aku terus ke hujung untuk ke tennis wall.. tolong la jangan hujan.. doa dalam hati.. main punya syiok pastu hujan renyai2 turun.. aku tetap terus main.. aku rasa sampai court betul2 basah aku berenti main.. angkut barang and lepak kat indoor court yg baru.. wahh ada harapan ke aku nak sambung main nih.. tunggu punya tunggu hujan tetap turun.. matahari pulak tak tahu menyorok kat mana.. Akhirnya jam 1100 aku balik dengan hati kecewa.. dapat main sekejap je.. hmm nasib nasib.  Bila aku dah sampai perkarangan rumah, aku nampak sinar matahari skit.. adoii

Esok Saturday aku nak pi main lagi.. nak balas dendam tak dapat main last week and on the evening ada replacement class from 330 until 730.. 🙂 hv a good rest and nice weekend all..

Kawan2ku, jagalah kesihatan baik2 kay..

Last Firday after the berbuka puasa, I received one sms. One of my x-schoolmate was admitted to the UMMC hospital due to his heart condition yang entah kenapa. Aku yang membaca dah cuak, aku tahu kawan aku tuh memang berbadan besar.. aa aku risau.. macam2 penyakit pulak yang datang bila kita tak berapa jaga figure kita kan? Bila aku nak melawat dia aa? Tapi seingat aku abai dah active ke California fitness, merokok pun tidak… what’s wrong with him?

Abai and Hidayah during our school reunion @ Ilham Resort, PD
Abai and Hidayah during our school reunion @ Ilham Resort, PD

Early Saturday morning, aku kena pergi jumpa doctor. Appointment dengan Doctor Anuar dekat SJMC. Doctor Anuar kata, Aku kena lebih bersukan lepas nih..yee.. aku pun janji insya allah habis final aku akan pi gym balik.. aku akan start main tennis and squash.. nak pi swimming skali pun buleh. Yeye Abang ipar aku belikan dua racket squash.. hehehe Sudah di kirimnya pada kawan yang balik ke Malaysia itu.. Tak sabar rasanya nak pi dapatkan racket tuh..

Selesai perkara kat hospital, I drove to campus puncak perdana. Where I am suppose to meet with my two classmates, Sue and Syura. We want to discuss about our proposal yang nk kena submit on the first week after raya. I just can’t wait to end this semester. I’d reached Puncak perdana campus by 11:!5, straight to the library, take out my notebook and papers and started to work on my proposal. Sue muncul afer 10 minutes. Syura called me and informed that she will be a bit late, maknya tak berapa sihat. Heheh baru aku perasan… Geng2 kat UiTM nih.. hmm semua nama start with S.. Ihiks.. Suhaili, Syikin and Syura.. hehe syiok. Sehati sejiwa.. Dalam tengah berdiskusi.. tiba keluar idea terus nak ke library syura di Kompleks Mahkamah Tinggi kat Shah Alam, Kami bertiga, bertiga kereta, memandu ke Bangunan Mahkamah Tinggi Sultan Salahuddin Shah, di Shah alam. After 20 minutes driving from puncak perdana, sampai lah kami ke tempat kerja Syura. Kami continue berdiskusi until 1415.

By 1430, kami keluar dari kawasan mahkamah, I drove to UMMC, nak melawat Abai yang sakit terlantar. Dalam hati aku berdoa harap2 abai tak apa.. Aku sampai dekat kawasan hospital bukan waktu melawat. Approximately 15:15.. gamble je masuk.. pedulik la kalau kena halau pun.. Aku dah tak kisah. Keluar dari kereta, terus ikut signboard ke menara Timur, hmm terjumpa dengan adik abai, Mas, bagitau Abai just been transferred to cardiology wing. Syukur alhamdulillah aku terserempak dengan adik abai. Kalau tak sure laa aku dah melilau carik kat menara Timur yang hujung dunia tuh. Abai looks so weak, tak boleh nak bercakap sangat, sorang pun tak der temankan abai. Aku pulak yang rasa sayu, maklum la awal tahun hari tuh mak abai baru meninggal dunia.. bapak dia pun dah lama passed away. Terbayang diri aku kat tempat abai.. (Adoii.. rub rub.. kasi hilang.. ). Masa aku datang, kaki abai dah ada bintik2 biru kehitaman.. katanya darah tak di pump properly.. hmm aku tak tahu.. he was complaining sakit kaki, kakak nurse di panggil for medication abai mintak pain killer. Aku tolong carikkan ubat untuk di sapu ke kakinya yang tengah sakit.. alahaii kesiannya kawan aku nih..

Aku tak stay lama, because Abai pun dah makan ubat,, I think he need rest.. Pakcik kat katil sebelah pun dok.. pandang aku semacam pulak aku rasa.. uik (bulan pose ekin, tak baik berprasangka) bukan aku urut pun kaki abai tuh, aku letakkan ubatnya aje.. apa2 pun.. aku kesian kat kawan aku, hope that he will be OK. Ya Allah sihatkan lah kawan aku cepat-cepat.. Aminn.

Aura Olympic dan Aku

Lama sudah aku tak menjengah dekat window nih. hmm about a week i guess. And as usual, Saturday is the day for me and tennis. This time at the stadium Kelana Jaya. sambil main, dok perati budak2 kecik main tennis.. waa syioknyer dorang main.. kenapa masa sekolah aku tak main tennis..? hmm i guess because dulu mak and abah tak mampu untuk belikan aku reket tennis.. Now is different.. the racket and tennis shoes all i bought on my own (beruntung betul budak2 sekarang, Aku dah adult and mampu, takkan nak suh mak abah beli pulakk.. hehehe). Habis2 pun masa sekolah rendah dulu, aku ada main hockey, netball (sekolah pompuan memang wajib sukan nih) and softball (ala2 rounders) seronok giler.. main game nih.. paling best bila dapat hit bola jauh-jauh and dapat lari lebih dari satu ring. hahah. Masa sekolah menengah pulak aku main volleyball, netball, bola baling (Sekarang ada lagi ke sport nih?).. Hmm nak kata aku wakil sekolah tuh tak dak la.. because ada ramai lagi yang lebih talented dari aku.. kalau ada pun setakat, mewakili rumah sukan and class.. hahaha

Pernah aku lari pecut 100 meter kat sekolah dulu..(masa pemilihan aje) hehehe.. tak lepas dari masa yang di tetapkan.. Untuk wakil sekolah atau wakil rumah sukan pelari pecut kena lari less than 16 seconds per 100 meter. Pecutan terpantas aku pun setakat 17.12 seconds … hmm memang tak layak la kan.. bersukan ala kadar sahaja.. sampai la sekarang. bersukan atau beriadah untuk suka-suka…

Hmm tapi on Tuesday morning.. ada case horror berlaku.. mungkin buat masa ini aku tak boleh bersukan.. 😦 semua gara-gara aku menggosok gigi pagi2. hmm even nak berjalan pun aku slow giler.. kaki tak dapat nak melangkah luas-luas.. I need to go for physio maybe.. This saturday i need to go for MRI.. hmm hopefully semuanya ok.. rasa seksanyar sakit.. Teringat bila masa aku sihat.. alangkah gembiranya bila kita ada kesihatan yang excellent… u know.. we shud and always thanks our lord for giving us a good and healthy body…

Sekarang aku rasa.. aku hanya membuat resah dan bimbang pada orang tua aku.. they are so worried about me.. harap-harap aku boleh cepat sembuh.. Amin.

Secara Langsung.. :)

Aku rasa lama betul aku tak meng-update secara langsung dekat blog kecik nih.. Ada sahaja yang tertunda. Bz..paling aku tak boleh lupa kisah aku hampir2 melanggar seekor kambing yang agak tinggi dari hadapan kereta kancil aku dalam perjalanan balik dari class. Entah dari mana kambing hitam tuh datang.. tiba2 dari tepi jalan dia berlari ala2 kuda yang dalam sukan equestrian.. nampak slow tapi laju sebenarnya. Dengan kelajuan 70km/sejam aku sempat break walaupun tak berenti terus, tapi jarak kereta aku dengan kambing hitam tuh just less than a meter.. alhamdulillah aku tak langgar kambing tuh, and kereta kat belakang pun tak dak. Aku yang kat dalam kereta beristiqfar panjang dengan incident itu.. fuhh alhamdulillah selamat.. kalau tak.. tak pasal2 kereta kancil aku tukar nama.. jadi kereta kambing.. (aku rasa kalau aku langgar kambing tuh, cermin depan kereta aku akan pecah. atau lebih teruk kambing tuh boleh tergolek ke arah aku.. or probably aku jadi arwah sekarang… Gemuk ok kambing tuh.. sihat ya rabbi )

On Saturday 12 July .. yang aku ingat aku pi main tennis ngan tenis buddy aku kat 3k, Subang Jaya, bila habis main lepak2 keringkan peluh, sambil minum air kelapa muda kat restaurant SG, 3K. Judd pun belanja aku beli over grip untuk racket aku. Tq Judd.

Habis main tenis, aku balik rumah terus ke bilik air. Mandi solat zohor and terus keluar and memandu ke Serendah. Abang aku dah ambik mak and abah dari Ipoh. So abang aku suh datang ambik dorang kat rumah abang. Aku memandu kereta kak ila dengan kak ila and Hidayah sekali. Aku sampai umah abang waktu tuh hujan lebat sangat sangat. Terpaksa memayungkan kak ila and hidayah sampai kedalam rumah abang. Bila aku sampai umah, mak pulak tak berapa sihat. Aku just stay sekejap and menjamah sedikit hidangan ikan tenggiri masak kari kat rumah abang. Sedap.. Kak yati memang pandai masak. Tak lama lagi Abang aku akan dapat baby baru tak lama lagi.. Anaknya yang kelima. Wow.. abang aku paling express antara kakak2 aku. (hampes) Kak sila dekat NZ baru informed aku thru ym and call bagitau mak and abah yang dia sah mengandung anak ketiga. Hahaha bertambah lagilah keluarga Hj Abdul Wahab.. and bertambah lagilah anak buah aku.. hmm akan menjadi 16 orang.. huhuhuh. sure meriah kalau dapat kumpul ramai2.

Petang tuh jugak around 5pm aku balik dalam keadaan hujan lebat dengan sedikit banjir di antara Serendah ke Rawang.. lucky kereta kak ila OK. Thanks kak ila. 😀 . Hmm opah pun ada. Sekarang ingatan Opah aku tak macam dulu.. banyak perkara yang baru-baru dia tak ingat. So on Sunday it happened that kak ila bekerja and baby sitter kak ila pun bercuti balik kg, so aku yang menjaga hidayah. Sambil menengok mak yang tak berapa sihat, demam panas dan opah yang memerlukan tuntunan. Abah mujur boleh uruskan diri sendiri.. and lucky i have energy to handle all these…

Alhamdulillah waktu itu aku tak penat and merungut.. thanks Allah.. for giving me my patient and strength. Mak kalau demam, memang semua benda dia tak mau, makan, even mandi pun susah. Opah pepagi aku kena mandikan.. siapkan breakfast and lunch. Nasib baik hidayah tak meragam masa nak tidur. Actually ada kenduri yang supposedly mak nak pegi.. mak suruh gak aku pegi kenduri kat block sebelah, katanya nanti apa pulak nenek kata.. Lepas kak ila balik dari kerja, about 3pm aku ajak kak ila pegi rumah nenek saudara kat block sebelah. Terima kasih kak ila.. sebab temankan ekin. .. tiba waktu petang aku kena mandikan Opah. Hmm rupanya melayan orang tua nih memang betul2 macam budak kecil..manja and nak kena belai. . Malam sebelum tidur Opahku akan di pakaikan pampers. Ingatan nya tak berapa mengizinkannya untuk ke tandas bila tiba waktunyer. Fikiran aku memang tidak boleh lari dari memikirkan waktu aku tua nanti macam mana..(kadang-kadang terpikir yang aku tak mahu hidup sampai usia yang lanjut)

Monday morning aku berkeras gak nak bawak mak pi clinic. Aku sms Rahimah, that i will be a bit late to the office this morning. Rahimah replied OK. Mak aku jenis degil skit. (macam aku jugak kuang kuang kuang) Mak masuk bilik aku bila keluar dari bilik air.. bagitau yang dia tak mau pi clinic “Kin.. tak yah la pegi clinic tuh..mak dah sihat” I said “No. Mak kena pegi jugak.” Lepas aku mandikan opah and bawak mak pi clinic baru aku rasa tenang masuk office. I called makcik aku untuk tengok2 kan mak and opah dekat rumah. Makcik aku datang ke rumah sambil bawak makanan untuk lunch. From my office i called for update. Abah aku said OK. Malam tuh aku ada class sampai kul 10pm. Aku mintak tolong kak ila siapkan makanan abah, mak and opah malam itu. Kebetulan kak ila tidur rumah aku malam tuh. Tq tq tq.. Tq so much for the helping hands.. (Macam manalah aku nak balas.. )

Mak is getting better on Tuesday. On Wednesday, makcik aku pulak nak bawak opah aku kerumah nya..Sebab aku kena bawak mak pi medical follow up kat UMMC. sampai hari nih opah masih dekat rumah makcik aku. Sakit pinggang.. kesian opah.. Aku teringin nak bawak opah jalan2 dekat midvalley or KLCC. Masalahnya kereta aku kecik.. wheel chair opah tak boleh masuk kereta kancil aku. hmm Opah aku jenis adventure. Sukakan perfume, berbedak and cukup menjaga penampilan dirinya walaupun dirinya buta. Bab makanan opah tak kisah.. Dia rock.. makanan apa sahaja dia boleh makan. hehehe.. Sure Best kalau boleh bawak opah jalan-jalan.. ( mungkin aku bleh pinjam kete kakak aku.. :D)

Semalam aku pi main tenis ngan my tennis buddy lagi.. huhu kali nih main lebih syiok.. judd kata my strokes are better.. heheh tqtq next time kita lawan.. probably next week ka.. kita main kira mata.. hahaha (macam terror).. Tengah syiok main hujan pulak.. sementara menunggu hujan berenti and court kering aku enjoyed tengok orang main netball. hahah pemainnya terdiri dari lelaki sahaja. hehe mula-mula aku gelak. tapi mamat tuh kata.. dorang memang dah lama ada group and they are actively playing this game. no kidding they are damn good. bagus tau dorang main.. Mamat tuh siap promote lagi kat aku, if kat office aku ada orang-orang lelaki yang nak main netball… hahaha interested?

Tadi aku pi main kat tennis wall kat Kelana Jaya.. ramai pulak orang mai waktu petang nih. Kak ila and hidayah teman kan aku.. hehe Hidayah dah pandai jalan nanti boleh main tennis ngan Auntie.. 🙂 FYI, Hidayah dah pandai panggil aku Auntie.. Tapi sebutan nyer ATi.. “T” yang berbunyi seolah-olah dia menyebut huruf “Ta” yang cukup hamas nya. hahahah

Esok bermula minggu ketiga kat tempat belajar aku.. hmm aku tak tengok pun lagi soalan2 untuk project sem ini.. i need to start early and be prepared.. aku tak nak ketinggalan.. Anugerah dekan seterusnya impian aku.. Ahaks.. (berangan lagii!! ) insya allah. 😉

Pagi yang Gelap belum terang-terang lagi..

What was i thought and guessed is truthfully rite. I am working like hell for two weeks in a hell situation (dekat office je la.. kat umah aku happy 🙂 ).. adusss.. Ya allah ayat aku.. astagfiruallahh.. memang la aku suka buat keje tuh.. u know kind of helping people… back up orang itu.. backup orang ini dapat buat and belajar benda baru.. but at last.. keje aku jugak yang tak habis.. sampai la nih aku tak hantar lagi weekly report yang tiap2 minggu aku compile and send to orang2 yang sepatutnya.. Aku tak sempat nak compile anything while i’m backing up others.. tak der masa.. nak curik masa pun tak der. hari jumaat aku balik kul 2130 jugak.. (sedihnya.. adakah aku akan berterusan macam nih..?)

Hari Sabtu, hari untuk riadah aku.. Last sunday aku tak dapat nak try racket baru and kasut tennis baru aku.. gara-gara hujan petang tuh.. akhirnya aku and adik pi singgah masuk Giant Kelana jaya.. hd our simple dinner and head to my sister’s house at Kelana Jaya. Hmm lepak sana layan anak2 buah aku ( Amin, Aiman, Adam and Atikaq) lepas magrib kami balik rumah. Kebetulan sampai rumah mak and abah pun sampai dari ipoh.. dengan segala lauk pauh dari kenduri berkhatan kat kampung dan cerita-cerita menarik dari kampung especially anak2 buah aku.. (Ayong Nadia, Angah Aida, kak chik and A’a). malam tuh aku dengan mak sembang sampai jam 0100.. abah tak berapa sihat.. asthma and batuk2 kuat..

Masa dekat kampung abang ipar aku bawak abah ke Hospital Batu Gajah.. terus ke ICU dan di beri bantuan pernafasan… hmm aku dah pesan dekat mak.. bawak machine nebulizer tuh… tapi mak terlupa.. memang dah jadi kebiasaan kalau aku balik kampung.. atau kemana-mana dengan abah.. aku akan ingatkan untuk bawa nebulizer yang ada kat umah.. bukan apa.. just in case of emergency.. because abah aku kalau travel jauh.. cuaca lain skit.. sure dia akan batuk2… and membawa kepada lelah and sesak nafas.. tak senang duduk aku dekat office bila mak kata abah di bawak ke hospital… aku call for update… sampai mak and abah balik semula ke sini.. ikutkan hati aku nak balik je kampung hari selasa lepas (untuk bawak orang tua aku balik ke sini) … aku risau…

Saturday morning.. bangun, solat mandi and breakfast skit.. dalam jam 0830 aku keluar rumah.. aku kendong bag and racket.. Aku drive ke Kompleks sukan, Kelana Jaya. Bersebelahan MAS academy. Kat sini ada tennis wall. Aku nak try racket and kasut baru nih.. Aku sampai je… aku tengok ramai gak orang kat gelanggang.. tapi kat gelanggang tengah. Aku terus berjalan sampai kehujung kompleks.. Ada tennis wall yang bersih dan terjaga.. Betul2 sebelah masjid.. dekat dengan rumah imam and umah bilal kot.. ( well sapa lagi yang dok dalam kawasan masjid kan )

Haaaa puas aku main.. best.. ada bunyi pop. pop kat racket aku.. tak la aku pandai main sangat.. tapi aku puas hati dengan racket nih.. cuma aku nak tukar grip dia.. racket color merah kilat giler… cantik babe.. kasut pun sedap pakai.. color purple.. (ee girlish giler color dia.. tapi aku memang suka color purple..) size 6 1/2 (UK). Tengah sedap main.. tiba2 ada dua ekor monyet ekor panjang berjalan atas pagar yang betul2 dekat tennis wall.. well… aku cuak giler..  dalam cuak2 pun aku pukul bola gak.. tried to ignore them as best as i can.. yang seekor nih besar, seekor lagi kecik skit…  berjalan ala2 macho red butt monkey.. (dlm hati aku kata.. haii la monyett apa ko buat kat sini.. nak main tennis kee.. ?) racket aku at ready.. ee gerun. (maklum laa orang tak pernah jumpa monkey live.. liar macam nih.. dekat zoo aku pernah la jumpa) kalau lahh si monyet nih attack aku. dah laa pagar court aku tuh tertutup.. memang aku sorang je dalam court tuh.. aku risau kalau2 si monyet nih pi keja bola hijau cerah milik aku.. aarrrghhh tolongg.. Dah sampai dekat hujung pagar court aku.. monyet nih turun kebawah..  Ya allah nasib baik dia turun kebawah luar dari court aku.. pintu pagar court aku tutup bhaii.. where else i can run.. ? fuhhh.. dah la dorang turun pastu dekat dengan pintu masuk court aku. arrghh tak bleh jadikk.. tak pasal monyet nih kena bantai ngan aku.. i always had my racket at ready.. jangan ko jadik bola tennis aku sudahh.. monyet dua ekor nih carik makanan.. lucky dalam bag aku tak der makanan.. all i hv is my mineral water and face towel… dua ekor monyet tuh masuk kawasan masjid.. pastu ada orang kat masjid nih keja and halau.. fuhh for 5 minutes.. permainan aku terganggu.. siot je monyet2 tuh… Lepas tuh aku main sampai jam 1030.. panas terik pulak aku rasa.. dengan peluh yang dah basah baju and muka.. Aku main direct 1 hour and 30 minutes.. no lepak just berenti untuk teguk air aje..  syiokkk..

Sunday morning… aku keluar breakfast dengan kak ila.. lepas breakfast aku tak jadi pulak pi fitness first.. (gatal.. barang semua aku dah pack..) entah apa pasal rasa malas pulak.. Aku ajak mak keluar jalan-jalan dekat carrefour Subang jaya.. hmm rupanya dalam diam mak aku dah tempah langir untuk raya.. Mak tak bagitau aku pun.. hmm dia sengaja nak nyorok and tak mau bagitau aku.. sebab biasanya mak aku discuss ngan aku.. tapi sebab tahap cerewet and complaint aku tinggi sangat.. dia buat diam2.. (ee tak patut..)

Esok.. is another day… and yes aku kena backup orang lagi.. meeting aku dengan rahimah (manager ku yang supportive – bukan nak kipass haaa) about discussion pasal one project(jual beli saham .. aku rasa sure rahimah lupa..).. belum di finalize lagi.. aduss.. lama2 hilang apa benda yang aku nak citer and highlight. Pasal keje back up orang nih pun.. nak kena hihglight gak.. Aku pun pelik apsal ramai nar yang berenti.. (tapi ok  gak.. because yang berenti tuh.. yang bermasalah sebenarnya… ihiks.. ) so.. have a great future guys.. aku dah bagitau rahimah next time tak payah laa ambik balik orang-orang yang pernah berenti nih. unless if they have good track records.. Ponek yo yang dapekk.. hahahah

Girls’ Day Out and Dr Jones

Akhirnya cuti hujung minggu.. syiok.. rasa tak sedap malam tadi pun.. hmm ok je.. ihiks. Bangun pagi, mak and abah still belum balik dari surau.. ada kuliah subuh kot.. aku bangun solat dulu, after solat mak and abah sampai rumah.. Menjengah ke dapur.. untuk tolong apa2 yang boleh for our breakfast (tolong makan.. muahaha ).. biasa dekat surau berdekatan dah ada breakfast pagi2.. tapi selalu kami tukar menu.. tukar angin. nak rasa breakfast kat rumah.. About 10am mak n abah, kak ila, her hubby and little hidayah bertolak ke Ipoh. kak ila akan tolong hantar mak and abah aku ke Lahat, Ipoh, lepas tuh baru kak ila balik ke kampungnya di Air Tawar..

Adik pi masuk office dia hari nih.. katanya banyak project yang baru released.. and alot of drawing needs to be done. Dia pun nak berenti keje tak lama lagi.. untuk ready nak masuk balik belajar ke Poly Ungku Omar, Ipoh.. hmm sure mak and abah akan selalu ke Ipoh kan?.. 😦 .. I’m gonna miss them.. paling happy anak2 kakak aku dekat Ipoh .. sure dorang seronok bila atuk and nenek dorang selalu ada di sana.. (jealous aku.. )

Bila sorang pun dah takder di rumah.. aku jadi boring giler.. buat apa2 pun tak kena.. aku sms acu.. ajak keluar (it’s Girls’ day out everybody..). Acu on.. aku suruh acu naik LRT and tunggu aku dekat LRT Taman Jaya, jam 1220 aku masuk kereta, terus memandu ke Taman Jaya.. 1235 aku sampai.. dari jauh aku nampak acu di dekati dua orang promoter.. hmm jual apa aku tak tahu.. aku bunyikan hon.. muka acu nampak happy.. tersenyum meleret.. menuju ke kerata aku.. ahaks.. hahah kami ketawa sakan.. because acu terjerat dengan jerat promoter nasib baik aku sampai awal.. cuma lewat 5 minutes.

AKu drove masuk ke federal highway.. menuju ke arah Sunway Piramid.. Jalan dekat jambatan cable jamm macam biasa.. tapi kami dalam kereta sembang tak berenti.. masuk dekat parking.. hah we are lucky.. dapat parking cantik.. very near to the entrance… terus masuk.. sambil discuss nak tengok movie apa.. acu ajak aku tengok cerita Long Khong 2… arrr cerita seram aku tak mau tengok.. tak pasal2 aku menjerit nanti.. (tahu-tahu je lah kalau aku menjerit.. aku rasa satu panggung boleh dengar.. muahaha ) Acu tak mau tengok Narnia.. katanya cerita budak-budak.. she’s ok with Indy’s return.. hah.. this is a movie yang aku nak tengok pun.. Terus naik ke cinema.. tak perlu beratur panjang.. seat pun cantik.. tayangan jam 1400. Jam baru kul1310.. acu kata lapar.. dia tak breakfast lagi..

Kami turun bawah carik kedai.. kat first floor, Deli Nasi Lemak.. nampak menarik.. ada laksa asam.. hmm tapi aku tengok gravy dia macam kureng. aku takmau kecewa. so i chose something else..acu pesan laksa asam.. i chose chinese sytle. Habis makan aku solat kat surau.. level yang sama jugak.. hmm masa aku masuk tuh.. hanya ada seorang dalam surau.. suraunya cantik.. tapi tak berapa besar.. kalau ramai orang nih sure crowded… lepas aku habis solat.. barulah ramai yang masuk.. sharp at 1400, aku joint acu dekat kedai makan tadi.. kami bayar and terus naik ke cinema.. Masuk dalam panggung and duduk.. filem belum start lagi.. aaa banyaknya filem yang aku belum tengok.. hmm rasa nak tengok macam-macam, cerita will smith tuh.. cerita melayu apa kata hati.. cerita kung Fu Panda.. hmm banyak lagi lahh.. (ada ke masa aku nak pi menonton. ?)

Sejak dulu.. sejak zaman sekolah.. memang aku suka trilogy Dr. Jones nih. hmm tapi this time.. entah.. aku rasa cerita nyer slow sikit… Adventures tuh kurang skit, jokes pun kurang… Overall.. aku bagi 3.5 over 5 la..

Lepas habis menonton.. aku cakap kat acu. aku nak round carik running shoes yang baru.. kasut lama dah buruk.. sambil2 nak survey tennis racket baru.. Akhirnya aku masuk ke Studio R… hmm rackett.. banyaknya.. discount 10%, 30%, 50% and 60%.. waaa aku teruja.. Kejap2 aku belek racket tennis.. kejap2 aku belek squash racket.. mana satu nak beli nih..? murah memang murah.. hmm takkan aku nak biarkan ajer peluang nih.. aku grab satu Dunlop nya brand.. Tennis racket. read color.. fuhh cantik giler.. (sorry acu..coz waiting for so long.. makcik memang macam nih.. pilih barang.. lama.. ahaks ) .. lepas bayar aku dengan acu terus carik parking.. nak balik dah 6pm.. aku tak solat lagi.. Keluar dari Sunway Piramid.. aku terus hantar acu kerumahnya di Vista aprtmt (malas pulak nak masuk ke Taman jaya nak suruh acu naik train.. lagipun satu station je.. ) lepas hantar acu.. aku terus balik rumah.. naik ke arah jln Gasing, bulatan Jln Othman and ke arah PJS2. Aku sampai rumah dalam 1830.. masuk rumah adik aku baru sampai … tengah membelek mainan yang di beli untuk Adam.. anak buah aku yang paling pelat bercakap.. solat and i show her my new racket..

heheh.. today is sunday.. aku nak test racket nih petang nih.. ahaks.. together with my new tennis shoes Adidas splitstep .. huhuhuhuh..

Kodok Kahwin

Cuti sekolah bermula lagii.. !! kalu dulu masa aku sekolahh.. hmm aku la yang paling syiok sekali.. Hantu tv. Banyak sangat cerita menarik.. paling best slot “Alam Ria Cuti Sekolah” kat TV3.. Ahaks… the most memorable films yang aku tengok masa cuti sekolah is.. The Sounds of Music and Mary Poppins (rasanya betul tajuk criter nih).. Best banget… Kalau pegi jalan2, abah suka bawak kami adik beradik pi Seremban.. melawat Mak long and Paklong, pastu sure pegi Port Dickson (PD) syiok mandi laut.

Last Friday, masa dekat office, aku meeting dari 1500 sampai 1830… the first meeting held kat bilik Rahimah.. teleconferencing tools ada orang lain pakai pulak.. rahimah mengamuk dengan orang tuh.. So dalam bilik rahimah, just rahimah, asri and me. Kami conference about our strategy of handling more calls with relevant/available sources.  Fuhh agak panas teleconferencing tuh.. hmm esok entah apa laa jadik kat office.. aku kena turun padang pulakk.. because ramai kawan-kawan dekat call centre tuh pi kahwin ramai2 pulakk.. aduss.  Harap-harap semuanya lancar..

About 1710 habis meeting kat bilik rahimah.. AKu angkut thinkpad aku ke bilik sebelah for another meeting utk department nyer empowerment.. fuh.. xcuse untuk solat jap, after 20 minutes aku masuk bilik tuh.. Presenter is Ivy Cheah.. alahai.. aweks nih. lembutnyer bercakap suara dia macam .. hmm camner yekk.. very soft.. ala2 perempuan sejati laa.. ahakss.. .. aku cukup idam betul..kalaulah aku bleh bercakap cam dia.. Muahahahah.. (jht aku).. bentang punyer bentang.. adus banyak nar benda yang aku tak tahu lagi.. nak plak aku belum ada ITIL certification… hmm harap-harap rahimah hantar aku pi ambik cert nih before sem aku bermula.. kalau tak… panas punggung, panas kepala laa aku.. habis meeting aku dok lepak lagi kat office.. tiba-tiba kak ila call.. ekin.. cepat balik.. anak buah semua dah ada kat umah.. .. aku lupa kakak aku dari ipoh akan sampai hari nih.. aku terus packed barang.. charlos laa..

Aku sampai umah almost magrib.. Ayong, Angah, kak chik and a’a.. semua ada.. Kalau anak-anak buah aku datang umah, sure bilik aku jadi sasaran tempat lepak.. tempat sembang2, tempat browsing internet and bla bla bla.. bilik adik aku jadi sasaran dorang untuk main games, either cards or computer games. jerit2 n lompat2… ihiks

On Saturday di sebabkan aku boring sangat.. dari pagi sampai tengahari ade je alasan yg buat aku tak bleh keluar rumah.. after zohor, aku, kak ila, ayong and little hidayah pi keluar. Aku drove kete kak ila, ke summit USJ. Thought nak carik racket untuk sukan baru lagi.. aku nak ajak kak ila and kwn2 tempat keje kak ila main squash.. Hmm racket tennis aku dah suh abang ipar aku kat NZ untuk carikkan.. insya allah by August aku akan ada racket tennis and squash… Syioknya… Tak sabar nak start main squash pulak.. Sambil tolak stroller hidayah.. aku, kak ila and ayong round satu summit, thought nak main bowling.. hmm penuh la pulakk.. carik punyer carik rupanya kat summit nih tak dak kedai peralatan sukan.. hmm i guess kat sunway piramid ada kot.. Penat berjalan.. kami lepak makan.. hidayah dah tertidur dalam strollernya… Lepas makan kami charlos balik. Kami reached home before 1830, sampai umah aku terus solat and joint anak buah aku yang lain browsing internet… sampai tengah malam…

Early sunday morning, aku woke up, solat and ke hall umah.. bila dah ramai orang dekat rumah, tv memang pagi2 dah terpasang… activity nak pack tapai yang mak buat untuk kahwin iwan akan bermula.. hehe aku awal2 dah bagitau mak yang aku wont be able to help.. (ee ngada2) dengan alasan anak buah aku ramai boleh tolong.. (ihiks.. malas).. aku nak pi gym pagi ahad nih.. untuk ambik hati mak.. aku sediakan breakfast dengan membancuh tiga diff type of drinks. hehehe.. while mak started with frying fried meehoon.. lepas aku siapkan breakfast, aku ironed baju abah n mak untuk wedding iwan tenghari tuh. Aku ironed skali baju aku.. hmm takut tak sempat nanti. Settled, aku mandi and keluar rumah tuju ke arah subang jaya..

Dekat gym.. routine aku bermula.. start with green tean or fruit tea, plain.. Best sambil belek paper..  habis secawan.. aku start exercise.. hmm habis first session aku stop for another warm tea. pastu continue lagi.. kul 1210 baru aku naik mandi and bersihkan diri.. mandi tak ingat dunia.. about 1250 aku dah masuk kereta, memandu untuk balik rumah. Speeding tak henggat.. aku sampai after12 minutes, tukar ke baju kurung light green, berlabuci.. 12.10 aku turun ke kereta balik.. memandu pi rumah paksu.. Rumah orang kahwin la.. just few rows dari umah aku.. ahaks..

Meriah cousin aku kahwin.. he is younger than me by ayear.. wife dia muda giler. 19 years old.. lagi muda dari fatihah, adik aku… 21. tapi kalau tengok muka fatihah dengan wife iwan.. muka adik aku lagi macam budak2.. hmm budak2 yang tak cukup umur untuk kahwin.. muahahah.. whateverrr..

Semoga berbahagia Iwan Kodok.. muahahahh. melekat gelaran kodok nih utk ko wan..

Tennis, The shoes and Me

Last week was a bit bz for me.. bz with my weekly tennis session and beli belah dengan mak.. ihiks..

Saturday i went to the 3k kompleks kemudahan Masyarakat @ SS13, Subang jaya. Aku booked court started from 0930 until 1130. aku memain ala kadar.. hmmm with a very limited skills backhand n forehand.. game and etc etc.. lepas main ala2 tengah lepak mak aku call, suh balik umah, abang aku datang ngan family kat umah mak.. After 15 to 20 minutes, aku charlos balik umah.. Abang aku present kat mak aku set home theater baru.. fuiyo i tell you memang menjadi kegemaran mak and abah aku laa set nih.. dorang suka layan radio klasik fm. ahakss.. aku tumpang gumbira..

On sunday, Mak and abah balik kampung, ada org kahwin kat kampung, aku tak balik. Yang kahwin pun just kawan mak aku.. so cam ala2 tak perlu sangat nak balik. Pepagi aku pi gym, fitness first kat Wisma Consplant, Subang jaya. lama giler aku tak dtg sini.. genap sebelan aku rasa. Exam dah habis.. tapi keje pulak bertimbun..

Cerita pasal kerja, tahu-tahu je la pulak bos aku nih yang exam aku dah habis.. ihiks.. hmm ada extra dua job untuk aku.. eh actually 3. tapi satu aku reject.. because that person suppose to do his job.. bukan aku untuk kasi complete keje dia.. tak kuasa aku.. nanti aku yang buat.. orang lain yang dapat nama.. i dont like it.. u know.. even though nama aku ada kat database tuh.. well. people can simply ignore it.. tutup mata.. any appreciation.. pegi kat orang lain.. but complaints semua datang kat aku.. tak adill… aku tak mau di pijak-pijak lagi.. if tak suka.. kurang setuju.. aku akan cakap.. lantak laa nak jadi apa..

Sambung balik citer hari ahad aku.. lepas pi gym, aku keluar dah kul satu tengahari.. aku stop kat tempat kerja kak ila.. lunch dengan buah hati aku.. ihiks.. Kak ila laa.. lepas lunch aku balik umah. Aku belikan adik aku roti.. dah aku tanya nak makan apa.. semua tak nak.. last-last dia request roti.. nahh ambik ko roti.. hehehehe..

Petang at 5pm mak and abah sampai umah, agenda seterusnya berkumpul ahli keluarga… sambil tengok cerita yang ntah apa2… apa tajuk dia yekk.. hmm Sarah ke tajuk dia.. hmm tak ingat.. tapi cerita tentang seorang ibu yang meratapi kematian anaknya dengan cara yang kurang waras.. memang laa aku tak der anak.. tapi aku rasa citer nih melampau.. ( well in reality mesti ada.. ) tapi kisahnya ala2.. si ibu ini tak dapat terima qada dan qadar.. As a person, i can see that, without iman, taqwa and tiada reda.. susah hidup.. hidup tak tenteram.. How can we reach Iman and Taqwa.. ? sembahyang je tak cukup, adik aku kata.. you need to properly internalize the knowledge that you learn/given to you.. baca Quran, hayati and faham.. baru ok.. baru ada taqwa.. ( this is what my sis says) .. bagi aku betull.. apa guna dia sekolah agama.. kalau tak tolong remind family sniri kann ? tul tak ? bak kata nabil.. “lu pikir la sniri”

Monday, is a public holiday.. Wesak day. Another tennis session, 2 hours kat 3k, Subang Jaya. Dengan keadaan diri aku yang tak berapa sedap badan.. sakit tengkuk pun degil.. masih nak main.. duhhhh.. Lepas main aku ke Mydin Mall, USJ1, pagi tadi mak and adik aku ke sana.. I joint them.. teman dorang makan lunch, solat pastu mak aku kata nak pi Giant kat sebelah pulakkk.. it’s already 3 pm… i asked my mum to menapak ke sana and i drove to Summit.. konon nak carik kasut tennis baru.. hmm aku park kereta kat B3.. Aku masuk.. huhuh not bad.. parking sekarang dah bagus.. tak segelap dulu.. dulu horror tempat nih.. aku naik ke atas terus ke LG. Aku singgah ATM, terus tanya orang where is the ADIDAS factory outlet.. “ @ G floor on the way the summit hotel ” aku terus naik atas.. terus masuk boutique ADIDAS, the sales person approached aku politely.. his name is Arif. Aku terus bagitau yang aku nak tengok kasut tennis.. There are 2 available design, Splitstep and CC Divine. hmm with limited colors and size available, aku choose purple color, Splitstep, 6.5 UK size. hmm i’m looking for 7, tak dak… Aku bagitau budak Arif that i will come back.. aku keluar berjalan di floor yang sama.. hmm thinking to buy another shoes for my office attire. hmmm haa aku jumpa princess.. sales girl dia baik giler la pulak layan aku.. sayang aku tak der nama dia.. sales girl yang memang tak mengalah melayan customer.. ( well tahu je lahh.. kalau aku yang memilih kasut.. ) at last i bought a shoes suggested by her.. (i think i should put her name here laaa ). Can i just call her Melati.. pasal budak tuh putih.. heheh.. (sukahati aku jee).

i went back to the ADIDAS boutique.. this time to really buy that shoes.. hehehe.. Immediately the sales person, Arif, approached me and i said “ Adik.. find me the 6.5 or 8 uk size.. i wanna try it, the splitstep plz.. 😀 ” he brought with him 2 large boxes, aku try dua2, siap dengan socks skali.. i feel comfortable with 6.5. 8 Uk size?gilor apo ? fuuhh too big.. macam badut.. muahaha.. I suruh budak tuh pack untuk aku.. bayar and charlos keluar. I went straight to the autopay station, bawak kereta keluar, terus ambik mak and adik dekat Giant. Sampai rumah at almost 1630.. penat giler.. aku flat giler.. flat sampai malam..

Aku tertidur awall.. ZZzzzzZzzzzzZZz..