Hectic Vs Vacation

Sekolah bermula kembali, and it same goes to my classes. Last weekend, my sister from Ipoh gather with us with her family. Ada majlis orang kahwin somewhere in cheras. Last Friday, i am still on sem break, lepas magrib aku keluar office terus balik ke rumah, anak2 buah aku dah sampai dari Ipoh, dengan tak sempat mandi and tak sempat makan, i drove to bandar Tun Razak, kak li and family nak pi ke kenduri orang kahwin esok, so aku lah tukang penunjuk jalan. Ahaks.. a.k.a. navigator, lepas pi umah, aku la tukang carik jalan kat mana letaknya dewan untuk majlis itu nanti. carik punya carik.. jumpa pun, tempat yang aku tak pernah sampai pun, kat area Bandar tasik Permaisuri. Aku sampai rumah dalam 1130. fuh tired giler. dengan sakit belakangnya.. sengal aku rasa.. esok pagi aku nak pi physio..

Thought Satruday morning kak ila ada untuk temankan aku ke SJMC… hmm she told me that she needs to attend a wedding in Gombak.. 😦 akhirnya aku sorang pegi ke SJMC for my physiotherapy 2nd session. Tak lah aku pi awal2 sangat pun, about 10am aku reached SJMC.. hmm lepas habis session.. hmm kepala aku dah plan nak ke Subang parade.. i drove to Subang Parade, park dekat parking lotnya, and i walked in. I hv hush puppies voucher rm50. Hmm memang dah lama aku teringin kasut kat Nine West tuh.. cantik giler aku tengok masa aku pi The garden.. Tapi tinggi giler.(Musim aku pakai kasukt2 tinggi nih dah berlalu) So demi menjaga my back bone for another 50 years.. (haha if only aku boleh hidup sepanjang itu).. aku memilih kasut yang tak berapa bertumit pun.. just about an inch and half aje. kalau flat sangat pun not good for my posture. Hehehe.. Aku masuk pharmacy, i bought brand’s prune juice, my Simple eyes cream, Anlene concentrated for 5 boxes and entah apa benda mengarut lagi aku beli. Thought nak beli brand’s Berry skali, tak dak plak kat pharmacy tuh.. Hmm nanti mata aku bleh la wink wink.. bersinar ala2 mutiara kat lautan.. muahahaahah..(tak hengat). Dari pharmacy aku jalan masuk ke Bodyshop, thought of buying my fav body butter product.. adik tuh pulak kata tak dak stock.. body scrub favorite either mango or papaya pun tak dak. Ee.. tak best. Aku keluar berjalan ke kedai MPH yang besar kat Subang Parade.. lama aku kat dalam.. tapi satu buku pun aku tak beli.. haha baca buku free, habis jugak laa aku baca. ahaks.. Magazine bulanan belum sampai.. hmm boring n tak best.

Sebelum balik, i enjoyed budak2 primary schools kat area subang and USJ nyanyi choir.. hmm nice and sweet sangat.. Haha teringat dulu masa sekolah nyanyi choir, nyanyi solo.. haha semua aku balun. Rasa dah penat berjalan dengan rasa sengal kat belakang aku drove balik rumah. After 5 minutes anak-anak buah aku pun sampai rumah dari rumah orang kahwin. Malas aku nak pi because ini sedara sebelah abang ipar aku. Akhirnya malas aku membawak ke hari ahad.. Ahad kawan sepejabat aku kahwin.. hmm my good friend. kawan seperjuangan pulak tuh.. dia kahwin pun aku tak pegi.. Sengal kan..? hmm badan pun rasa tak sedap, pinggang pun sengal, assignment pun kena buat.. so i need to set my priority here.. progress of report nak kena tunjuk esok.. hmm so i’m very sory inaz.. very very the sorry.

Monday was a new day for me.. aku rasa I have been rejuvenated and full of good mood to work.. (kadang-kadang aku lebih rasa selesa bekerja, datang and masuk office dari duduk rumah.. pegi bercuti tuh.. lain la kan) hari tuh doctor Anuar advised aku pi swimming.. aaa best nyer kalau dapat pi swimming kat laut biru and hijau.. hmm teringin nak pi pulau lagi.. (bila eee?)

Guess, where is this heaven located?
Guess, where is this heaven located? I've been there once, and i luv to be here again..

September 9 and Acik’s open house

First time in my new house. It’s Saturday..

Mak and abah masih dekat Ipoh, dah dua minggu opah aku dalam wad. Last week aku ke ipoh, but this week.. aku tak balik. Probably, Opah aku akan discharge kalau keadaan mengizinkan. Doctor kata lagi seminggu. Kesian mak aku and makcik2 yang lain. Penat menjaga opah dekat hospital. Mak aku menantu favorite opah aku, opah tak kasi mak aku balik sini…

Sian mak.. dia pun miss kat aku.. masa aku nak balik sini last week, yoyo nangisnya.. heheh lawak laa.. i know she miss me.

Pagi tadi aku bangun selepas subuh.. bukan boleh solat pun, sambung tidur sampai jam 7am. 730 aku bersiap untuk kepasar. Kak ila nak beli barang. Dalam fridge rumah aku memang dah banyak barang.. So aku hanya tunggu dalam kereta. Lepas pi pasar, aku balik rumah, terus bersiap untuk ke KLCC. Ada plan untuk menonton bersama kawan-kawan aku. Jam 1045 aku sampai sana, luckily aku dapat claimed goodies bag with T-shirt. Aku tengok citer 9 Sept. Cerita melayu, Ceritanya sangat free and easy.. boleh la tahan. Hmm probably itulah kali pertama and terakhir aku tengok cerita itu. ceritanya, tak sampai ke specification untuk di tonton semula.. Hehehe

Selepas menonton aku round masuk ke kedai music, apa yek kedai tuh, lupa la namanya, Times book stores and ke BodyShop. Bought few things for living yang dah habis dekat rumah aku, hmm no discount.. macam sakit skit bayar, but what to do.. its necessary.

Sebelum balik aku tapau favorite menu @ Avenue K food court. Thought wanna call mama, whether she’s working or not.. tapi takut aku menganggu orang kerja, takutlah… akhirnya aku balik tanpa jumpa mama atau kawan2 lama yang masih bekerja di Petronas.

On the way balik.. masa aku dalam train, food yang aku beli pulak leaking.. mujur ada seorang Chinese lady menghulurkan tissue pada aku, at that time, aku check dalam handbag aku tak der tissue pun, tq.. Aku transfer barang-barang yang aku beli di Bodyshop tadi aku masukkan dalam paperbag satu lagi.. Aku masukkan food yang aku beli ke dalam paperbag Bodyshop. Aku pun laplah paperbag yang dah terkena soya sauce, after that, a man beside me, mintak tisu dari tangan aku, spontaneous aku bagi, he swept the balance soya sauce di atas lantai train… bersih.. later i took back the used tissue and roll it in a small receipt.. aku akan buang bila sampai ke station aku. Thanks to that Indian guy.. alhamdulillah ada jugak orang yang membantu waktu aku perlukan pertolongan..

Aku reached Tmn Jaya station je hujan dah turun.. Cepat2 aku masuk dalam kereta.. Start engine and terus memandu balik. Aku tak ingat jam pukul berapa tapi perut aku and badan aku dah menggigil nak makan. :D. Sambil2 tengok goodies bag yang aku dapat, sambil makan my favorite Pan Mee. Lepas makan, tengok TV aku tertidur…. hm tidur melepasi waktu asar, memang aku akan mimpi yang bukan-bukan… aku pun tak faham.. mimpi permainan tidur..

selepas menonton Crayon Sin Chan, aku and adik bersiap untuk keluar. Aku ambik kak ila di rumahnya and terus ke Cheras, Bandar Tun Razak.. rumah makcik Azizah aku di Taman Jaya. Mengenangkan tak der apa2 yang aku boleh bawak ke rumah acik, aku singgah di kedai buah.. mak aku selalu pesan, “Pergi rumah orang at least bawaklah buah tangan..” aku pun dah jadi janggal kalau pergi ke rumah makcik2 tak bawak apa2.

Food dekat rumah makcik aku.. fuhhh heaven.. nasi tomato, rendang daging, ayam masak merah, curry dalca, nasi himpit, kuah kacang, papadum dengan biskut raya makcik aku yang irresistible.. lepas makan, macam biasa aku dah standby duit raya, pasal dua pupu aku ramai yang dah kahwin and beranak pinak. Kebetulan nenek saudara aku pun ada di sana. Aku menghabiskan duit raya yang dah hampir2 habis… mujur Rm500 yang aku peruntuk untuk duit raya, cukup jugak laaa.. probably tahun depan kena up skit kot.. ahli keluarga makin bertambah. anak buah aku sorang lagi on the way.. tahun depan anak buah aku jadi 14 orang.. cuma anak kakak aku, Mikhael and Misha ajer yang tak der di sini.. kesian dorang.. tak dapat nak kumpul duit raya.. Teringat aku kat Misya.. “Misya nak balik rumah nenek dekat Malaysia..”. i miss her so much.. 😦

Wednesday, 07/12/2005

Wednesday, 07/12/2005 magnify

Pic : Wish that  i could be here tomorrow

Hi Ekin.. morning. i woke up at 6.10am on wednesday. mm bagi aku dah cukup lambat. Baju aku tak sempat nak gosok malam tadi. pasal semalam sebelum tidur kepala aku dah bagi sign sakit mata and kepala datang balik. Bagi pagi rasa macam sejuk sangat. Bersiap untuk ketempat kerja macam biasa. Aku hantar kak ila ke tempat kerja dia, kak ila masuk kul 7.00 pagi. So kul 6.35am aku dah keluar rumah. I sent her to her workplace and aku drive ke station komuter yang berhampiran, Subang Jaya. Aku naik train kul 6.56am.  Sempat sampai office before kul 8.00am.

Sambung kerja semalam yang berlambak, aku jadi cam, weng weng skit, sama la macam server MyGeniie kat petronas nih. sumer weng weng. Macam tak nak bagi orang buat keje. Kak aiza masih lagi bercuti, mungkin esok baru dia datang keje.. arhh keje banyak, tak tekira keje aku, naper keje aku nih tak surut-surut.

During lunch hour aku turun ke Suria, mm tak tahu nak beli apa. Tekak dah perit dan sakit, suara serak aku datang balik, batuk-batuk keras, lembut sumer ada. Turun bawah, am heading to BodyShop, sejak kebelakangan nih, aku kerap membeli benda untuk menconteng muka, mm mungkin aku dah masuk 26 nih, hormon aku bertukar skit kot.. tangan mengatal nak beli ajer apa yang terjual kat situ, pantang nampak potongan istimewa. AKu try Hi-shine lipstic nya. mm best rasa pun cam strawberi, sedap, macam boleh di makan. Warna pun cantik bila aku test skit kat my lips.. mmm nice. but the price mm cantik gak. tapi at this moment tak de potongan la plak, Dalam mag CLEO selalu ada coupon untuk barang-barang kat bodyshop, kadang-kadang aku beli pun pasal nak kan coupon tuh. heheh..  ehh rasa cam nak beli la.. lipstic tuh. cantik. Aku beli barang-barang untuk conteng-menconteng tuh pun bukan aku pakai hari2, kalau ada event je atau apa2 aku keluar ke, jejalan ker, kalau sempat aku pakailah.. mm aku rasa memang hormon aku sekarang dah bertukarr. laa : BERTUKAR: hehe cam citer gaban plakk..

Lepas tengok lipstick kat BodyShop aku gi Cold Storage, aku mencapai Mango Juice 1Liter and Nutella, pasal aku dah ada wholemeal bread kat office aku. Bayar and aku naik office balik, tahu-tahu dah kul 1.55pm. Makan kat cubicle aku sambil surfing. mm nyam nyamm nikmatnya makan roti nih. Sambung keje macam biasa, Server myGeniie di serang lagi, memang tak bleh nak buat keje ngan sempurna. Dari hari isnin la MyGeniie asyik menggila.. isk susah aku, request masuk banyak dan banyak. Mujur faris si penyelamat and jali pun tolong aku gak. Timer kasih la korang sudi tolong aku yang tak cukup jari dan tangan nih.

Aku, ghafar, farid and jali stayed kat office petang tuh, tengah dok buat keje, tengah geniie OK and kuat, tiba-tiba datang la sorang si MyGeniie nyer team, “Ekin u all tengah guna MyGeniie ke” kitaorang tengah shut the server down nih”.. aku” ahhh!!! down MyGeniie? aduss.. Sebelum tuh aku dah nampak dah kat screen faris, kata yang MyGeniie server down. aduss.. aku dah risau dah, orang tengoh syok nak close request server plak down.. Pastu without notice plak.. For 3 hours plak.. hangin aku.. aku pack barang terus balik.. nak tunggu apa lagik.. kami sumer charlos.. balik duduk rumah lagik bagus bak kata faris.. heheh.. tekak aku makin sakit, badan seram sejuk dah nih.. aku sure malam nih aku demam.

Aku sampai kat Station komuter subang jaya kul 8.00pm, aku tak sembahyang so senang aku tak payah rush ke masjid Subang Jaya. So aku drive balik rumah, mm sampai rumah kul 8.30pm. Traffic agak slow, kereta banyak kat depan Sunway Piramid. Memandu waktu malam waktu sekarang, dah tak macam dulu, mata aku silau tengok cahaya and pedih. kadang-kadang aku kena hadang mata aku dari cahaya lampu kereta lain. Am worried.

Sampai rumah, i received call from kak ila, kak ila akan datang dengan kak wati, along and abg Lan (They are adik-adik angkat kak ila) katanya nak tengok rumah baru kak ila, bangunan sebelah rumah aku. Aku invite dorang datang rumah aku. Aku prepared nugget and vege balls dan aku goreng. AKu tahu anak along , alia, budak-budak suka makan benda-benda cam nih, lepas aku goreng aku menjerang air and aku panaskan kuehtiow yang mak masak petang tadi. Baju kerja aku tak sempat tukar lagi.. Kak ila sampai ngan adik-adik angkat dia, aku masa tuh gagahkan diri jugak untuk duduk bersembang, walaupun badan dah rasa lain, batuk-batuk and pening kepala. Lagipun along tak pernah datang rumah aku. Sembang punyer sembang, sambil-sambil tengok jam – jangan sampai tetamu perasan kita tengok jam – pasal aku rasa alahai bila aku dapat baringkan badan aku, tetamu balik kul 10.40 pm. Jiran aku kat tingkat 3 mintak tolong aku tengokkan notebook dia plak, so lepas tetamu balik aku gi naik tingkat 3, and mengodam notebook jiran aku, akhirnya boleh gak aku tolong dia. Dia tak sure how to connect to internet, yang peliknya rumah dia pakai telefon perpaid, aku cuba-cuba ehh boleh pulak.. rupanya kena dail/type ” * “. hehe pelik.. Lepas tuh aku balik, aku mintak mak aku ubat kepala aku dah habis berpusing…  terus  aku masuk bilik. Meluru ke toilet bersihkan diri, gosok gigi and bumm.. tidur tak sedar lagi.. aaa.. what a hectic day.. Amin..