Raya dah Dekat!!

Hmm rasa macam nak dekat dah hari raya.. Hmm baju raya pun dah siap, kuih pun aku dah tempah, cuti raya pun dah apply and approved lagi. Lagu raya pun dah berkumandang di corong radio.. Apa lagi?
Duit raya? .. Kakak aku yang jauh diperantauan pun dah kirim duit raya untuk kaum keluarga di sini.. last Monday aku dapat email dia..

Paling seronok aku laa.. heheh ada allocation untuk kuih raya and duit minyak balik kampung.. hehe ingatkan aku nak bayar duit kuih raya, rupanya kakak aku pun nak sponsor sekali.. Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki. Orang dah nak bagi jangan ditolak.. . Duit minyak balik kampung, biar la aku yang bayar.. kete aku pun..bagi kat mak and abah lagi bagus. Terima Kasih.. Senyum sampai ketelinga aku baca email kakak aku. Tq again.

Company aku entah apa mimpi.. bagi gaji before raya.. giler awal.. bayangkan kalau lepas raya? fuuhh tuhan sahaja yang tahu.. hehehe… Duit raya tahun nih.. aku rasa sama macam tahun2 lepas… alhamdulillah.. aku dah ada allocation aku.. amin.

Mak aku baru ambik baju raya aku dari rumah angah.. hmm balik nih aku nak tengok.. tak sabar rasanya.. Hmm satu lagi cuma langsir aku je yang tergantung lagi.. mlm nih aku start balik la buat.. Mak aku dah dok tanya tanya dah.. Muahahah naya je langsir tuh tak sempat siap bila raya Heheheh.. Mana tak nya.. asal balik dari terawikh mata aku dah jadi berat… semalam pun aku pun tidur.. best sembahyang kat masjid rumah aku.. bleh je jalan kaki tapi penat la kan.. naik kereta gak.. mak aku sakit lutut.. abah selalu pi ngan kawan2 dia. Masjid nih dah ada air cond, sejuk giler.. kalau dulu masjid nih pakai kipas aje.. selesa giler sembahyang kat Masjid Al Ehsan tuh…

Aku cuti raya start Jumaat sampai selasa. Jumaat force leave, selasa tuh manager aku kesian kat aku kot.. hehehe.. Balik nih aku nak balik awal.. tak mau balik lewat sangat.. aku nak buat nasi beriani.. mak aku buat currynya.. gatal2 nak cuba.. ini semua gara-gara pi penang hari tuh.. aku gantikan nasi kandar dengan Nasi beriani.. sedapnya.. Cuma sekarang aku musykil.. mana nak carik air mawar.. Kedai mana aku pun tak tahu..

Sapa ada resepi Beriani.. share la.. hari nih aku hanya nak cuba resepi yang tertulis dekat belakang rempah beriani tuh sahaja.. harap2 jadi.. muaahahh…

Malam 15 Ramadan

Ikut kiraan aku malam ini malam ke 16 ramadan. Semalam mak aku kata malam nih baru 15 ramadan.. tapi yang pasti semalam witir aku takde bacaan qunut.. hehehe.. Aku sempat solat dekat rumah aje.. badan penat.

Petang aku keluar office awal, jam 5 je.. Balik rumah aku terus hantar fidah ke Station Jln Duta. bas kul 730. Mak aku siap bekalkan aku mihun and air lagi.. aku kata “just air je mak.. dah cukup”. Mak punya pasal aku ambik je. perjalanan ke Station Jln Duta jamm giler. Banyak kali tersangkut dalam jamm. Dari jam 5.40pm aku bergerak dari rumah aku sampai dekat sana dalam jam 6.43pm. Aku drop fidah and terus memandu balik. Jalan masih jamm. Aku pancung masuk ke NPE, at that time dah 7.01pm, aku memandu laju jugak laa.. akhirnya aku sampai rumah, bukak pintu azan magrib baru berkumandang.. hah.. syiokk..

Last weekend Saturday aku bantai tidur dekat rumah. Takde aktiviti lain yang aku boleh buat. Lepas sahur, aku solat, mengaji and pegi pasar. Lepas balik dari pasar, aku terbungkam sampai tengahari 12noon. jam 12 noon aku celik mata lepas tuh tidur lagi… sampai jam tiga.. muahahah.. jam 315pm aku baru zolat zohor.. lepas solat mak aku kata dia malas nak masak.. aku pun ke dapur, disebabkan dah tidur banyak, aku pun masak la apa yang ada kat dapur. Aku buat macaroni and chicken tomato sauce, sayur campur goreng dengan udang and aku buat pegedil. Dah siap semua barang, aku solat asar.. Jam 6.00 baru aku mula masak.. tak best masak awal.. nanti food tak fresh.. hehehehe.. syiok berbuka hari sabtu dengan family.. sambil enjoy cerita budak2. Upin and Ipin.. dekat channel TV9. menarik cartoon nih.. aku suka sangat..

On Sunday, makcik aku, Acik Zizah, ajak berbuka dekat rumahnya dia Bandar Tun Razak.. hmm tapi cam susah la plak.. Kereta aku pun tak cukup nak masuk mak, aku, fidah, kak ila, intan, abah and hidayah.. Akhirnya magrib tuh abang ipar aku sampai dekat rumah, katanya esok ada meeting kat Putrajaya. Abang Ipar aku bawak kereta Avanza.. So aku pun pakai kereta tuh and pi rumah makcik aku. Kami pegi lepas solat terawikh.. Kitaorang berjemaah dekat rumah, aku jadi iman untuk solat Isyak, adik aku jadi imam untuk solat terawikh.. hehe lawak betul adik aku jadi Imam. Rock… Lepas solat kami bergerak jam 940pm. Aku, mak, fidah, kak ila, hidayah and adik. Abah ku pi surau kat rumah. Sampai sana dalam 1010pm kot. Jumpa nenek saudara. Nenek itu soranglah yang tinggal sekarang. Adik beradik dengan nenek aku yang meninggal kira-kira 50 tahun yang lalu.. Aku tempah kuih raya dengan makcik aku. Hmm paling best kat makcik aku nih is kuih tat nenas and almond london dia.. tapi aku rasa semua kuih makcik aku nih sedap.. tiap-tiap tahun aku tempah kuih kat makcik aku nih.. aku tempah tiga jenis aje, mak aku kata, dia nak beli kat makcik sorang lagi pulak.. nanti terasa plak makcik yang sorang lagi tuh.. to be fair.. kena la bahagi dua..

Friday, Ramadan 2, 1428H

Friday was the second day of Ramadan. I woke up @5.15am. I’m having a couple of toast and plain milo. Solat and get ready for the last day of a week. Seronok… It’s Friday!!..

Planning for another project that is so demanding for next week. Project deployment for 36 sites nationwide. Aku plan seadanya. According to given schedule. released.. Tapi petang tuh pulak aku kena attend meeting @1800 sampai 1915. Nampaknya terpaksa la aku berbuka dekat office. Hmm Pizza Domino will be the menu. I’m not in a mood to eat pizza. 1700 aku keluar, call rumah and informed mak yang aku balik lewat and probably berbuka dekat office. Ingatkan nak keluar carik food dekat luar, akhirnya aku hanya berdiri dekat pintu kereta and naik balik ke atas office. Malas. mak aku kata, no need to buy.. There will be pizza.. so just eat it.. no need to buy another. I went up.. tengok sekejap kerja yang ada.. jam 1800 aku turun ke meeting room G08. Ramai yang ada.. cuma ada 3 kwn2 aku yang masuk lambat. GM pun ada skali..

It’s a last briefing for engineers before the first call dispatch from company gah dekat Penang. Banyak pulak pantang larang and itu ini yang kena buat for this project. Next week, Thursday, aku and bosses aku akan ke Penang. Boss Nuar, Asri (my team leader), Rahimah (my Manager), inaz and myself. There will be a presentation yang terakhir from our company to company gah dekat Penang. Agenda of the meeting pun dorang dah email.. Aku dengar katanya kitaorg akan jumpa CEO company nih..

Meeting habis nak dekat waktu berbuka.. So kami berbuka ramai-ramai dengan pizza Domino. Lepas berbuka aku solat dekat surau and went back home. AKu sampai rumah jam 2030. Rumah dah gelap and kosong, mak adik and abah aku semua dah kesurau.

Aku yang sampai ke rumah, dah rasa layu.. mata rasa mengantuk. Penat nih, penat yang tak boleh tidor… aku tunggu family aku balik dari terawikh. Akhirnya lewat jugak aku tidur…tengah malam. Sebelum tidur aku bersihkan diri, solat isyak and terawikh seorang diri dalam bilik aku. so exhausted.. Second day of puasa dah kena berbuka dekat office. Hmm this hari raya.. probably aku tak cuti lama.. because inaz dah ambik cuti after raya.. Rahimah kata kena bergilir. Aku tak kisah pun. raya tiga hari pun dah cukup.. cuma mak aku la.. Probably aku akan ambik cuti on Friday. As usual, aku suka balik pagi2, bila orang semua bersahur dekat rumah, aku akan bersahur tengah jalan. Probably keluar rumah jam 4am. jalan pun tak jamm. Mungkin.

Ramadan 1, 1428H

Assalamualaikum Ramadan,

Bertemu lagi aku dengan engkau. Semoga meriahlah Ramadan tahun ini. Hopefully blehlah aku puasa penuh tahun nih. Wish me luck.

Sincerely,
Ekin.

Yesterday was the first day of Ramadan. Quite worried from the start, but excited through the end. Worried about my gastric, excited for the breaking fast food fest. Kat rumah je pun. . Mak aku masak singgang ikan parang. Hmm i used to like this fish, banyak tulang. Tapi sekarang dah malas nak makan.

Tempat kerja aku, tahun nih tak der plak operation hours amendment. Waktu kerja macam biasa. Bermalas-malas aku masuk ke tempat kerja, maklum la first day puasa.. Hmm nampak hari nih, macam semua orang tak productive.. email masuk dalam inbox aku pun, semua sempat aku baca, kalau hari biasa tak terbukak email2 nih.

Aku tiba-tiba ada masa plak dengar radio kat office. Aku pun dengar laa.. hmm ada contest berbuka puasa @Era. Aku pun macam biasala, suka masuk benda-benda macam nih. Aku send email, fax pun aku try, tapi line dok bz and failed aje. Tak pelah, kalau ada rezeki, adalah..

Aku keluar dari office macam biasa, jam 5pm, Jalan dekat jambatan kabel sunway jamm plak, aku terus kedepan, masuk NPE, bayar tol and U-turn untuk masuk ke kawasan rumah aku. Sampai rumah rasa badan penat sangat. Aku nap sekejap lepas tuh mandi and solat. Menu berbuka malam nih is, sambal sotong, ikan parang masak singgang, seafood spagetti, tau foo pha, adik aku belikan, sayur taugeh goreng, Nasi goreng kampung and few others stuff aku tak ingat. Tengah nak berbuka tuh, kami menonton TV. Pelik pulak bila aku bukak tv3, ada rancangan gedik santai.. Aikk… hmm memang aku tak pernah tengok rancangan gedik santai nih, yang aku tahu memang rancangan hiburan and bual bicara. Macam tak kena aje waktu rancangan nih. Akhirnya aku layan mood aku, sambil menonton E.R. dekat channel Hallmark

Habis makan, macam biasa bersiap itu ini, solat magrib, and bersiap terus dengan telekung untuk ke surau. Duduk balik depan tv, tengok berita kejap… lepas tuh baru keluar rumah. Habis solat terawikh, aku tunggu depan tv, mata dah mengantuk tapi aku tak mau tidur. Aku nak tunggu cerita Kerana Cintaku Saerah. best cerita nih, sedih. Aku rasa Benji and Noorkhiriah berjaya bawak watak masing-masing, cukup terkesan. Wish that this series will be awarded with something precious. Menarik sangat cerita nih..

Berakhirnya Syaaban..

2007 dah masuk bulan september. Cepatnya masa berlalu. Dekat office, kerusi aku masih hangat.. hangat dengan project baru yang baru masuk. Untuk company gah dekat penang tuh sekarang dah sampai stage Internal system testing week.

3/09 – Sibuk dekat office aku dengan discussion and testing system baru. DMSP. It’s a web base application. Masa developer tu tengah present, aku teringat masa dulu-dulu aku present system aku kat depan Head of faculty yang terbang dari Australia.. Dr apa tah nama dia aku lupa. Best nya kalau aku yang create system nih. Aku keje sampai nak kul 7pm. menyiapkan weekly report.

Hari Isnin, Selasa and Rabu aku balik lewat. Khamis aku halfday pagi. 6/09 pagi aku temankan fidah pi buat medical checkup untuk company barunya. Fidah, sepupu aku, sekarang dok rumah aku. Jumaat minggu tuh aku kena serang gastric lagi.. aku balik awal. Lepas magrib baru aku ke klinik, ubat dah habis. Nak dekat bulan puasa nih macam-macam penyakit plak datang. Alhamdulillah, aku puasa hari nih.

8/09 – Perut aku baru nak ok, tapi mak aku ajak pi tengok langsir baru. Aku ikutkan aje, kalau tak mak aku merajuk. Lagipun apa lah sangat. Dulu mak aku jaga masa kecik, masa sakit.. tak pulak dia complaint. Dah sampai dekat kedai, sakit perut aku pun hilang skit. Mulanya mak aku nak upah orang jahit langsir. Akhirnya aku offer diri untuk jahit.. Alah jahit langsir rumah, lurus je. Mak aku agreed. Dulu pun aku ada gak jahitkan langsir rumah kakak aku kat Ipoh. Rumah kakak aku dulu, lagi banyak tingkap, rumah kampung la katakan.. Lewat petang kak ila sampai dari kampung. Baru habis pantang lepas bersalin.

9/09 – Hari nih Birthday abang Ipar aku, Abg Joe. Dia yang suka ingatkan semua orang pasal birthday dia. Keluarga kak ila datang berkunjung kat rumah aku, kami makan tengahari. Petang kami skype dengan kak shila and family.

10/09 – Isnin, aku balik lewat. Paling lewat sejak aku transfer balik ke HQ. Kul 820pm sampai rumah. Report writing.

11/09 – Meeting untuk DMSP. Internal testing 3pm until 430pm.

12/09 – Lunch meeting kat Sheraton Subang. Celebrate pasal dapat project baru. Ala berkaitan ngan syarikat saham. Bukan aku yang dapat project, tapi after this aku yang kena keje kuat untuk project nih.. hehehe. Kenyang aku makan. Kebetulan Esok 13/09 First day of Ramadan. Memandai je dorang nih, before puasa dah kenduri makan kat Sheraton dulu.

Malam tuh, rumah aku kosong kami semua keluar ke surau berdekatan untuk perform solat Terawikh. Aku buat 8 rakaat and 1 witir. hehe.. Pengalaman sembahyang terawikh nih macam-macam, dengan keadaan yang mencabar (panas), tapi sekali sekala.. ok la tuh.. bulan puasa aku freeze Fitness First, tapi aku ber’senam’ dekat surau. Bagus jugak kan.. Pahala masuk lagi.. extra tuh.. Jom ramai2 gi solat terawikh..