Precious Journal is 3 years old today [Oct 10, 2008]

Berjumpa lagi dengan 10 oct.. hehe my luckiest date.. (entry raya.. tungguuu la ko kat situ.. ) Today is the day aku dapat keje kat company aku nih.. yang memang sejak dulu aku pasang cita2 nak keje sini.. now here i am.. hehe..loyal giler laa aku kat sini.

)
Precious Journal on her 3rd Anniversary 🙂

Kerja ku menaip kat internet nih pun.. mem’blog’ pun cukup tiga tahun. Happy Birthday to My “Precious Journal”. Hmm this is the day aku jadi orang lebih berakal.. (barangkali). And there are few big contest that i won in this date too. Also a birthday of kawan lama aku masa zaman sekolah rendah. Puas aku carik dia on the internet.. How are you Nadiah binti Rosli?..Aku tak pernah jumpa dia sejak hari terakhir aku dalam darjah 6. Kami satu class dari standard one sampai standard 6.. Aku suka kawan aku nih.. dia cukup menghargai kawan dan dirinya sendiri.. I remember every year.. dia akan membalut hadiah hari jadi aku and herself (walaupun hari jadi aku lambat lagi).. and we will exchange it.. takkisah la dari barang stationery ke atau apa2 sekecil barang.. dia akan ajak aku sekali bungkus hadiah tuh sama2 and kami tukar sesama sendiri.

Walau macam-macam perangai kawan aku nih.. but i really hope that one day i will meet her again.. Amin

Dok berdiscuss dengan my officemate nak buat open house ala2 picnic.. mesti best kan? colleague kat office nih pun okeh… Cuma ada ke taman yang allow orang awam buat pembakaran.. thinking about bbq, satay ke.. lepak ramai2 kat taman tasik yang dekat ngna office nih.. hmm satu pagi di hujung minggu..

OR

mak abah aku tak der umah hujung minggu nih, balik kampung.. ajak kawan2 datang umah.. potluck.. huh masak? mm masak makan sniri bleh laa.. tak molek laa bagi orang.. aku bukan reti sangat pun.. cuma kadang-kadang menu mengarut (sentengah orang kata).. because ala2.. healthy menu aku suka cuba and try…

Adoii final exam hujung bulan nih.. start with mandarin (Arrghh minggu depan aku orang first buat final oral. Cuakk ) sampai la ke 18 Nov.. hmm plan nak cuti on Nov 14.. rehat. nak pi mana aa? hmm probably not going anywhere.. since ada kertas on 18th. Adoi.. tak best.. Rasa nak cepat habiskan sem nih.. aku nak buat keje mencabar lepas nih..

Banyaknya benda yang aku pikir….

-S-

Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini.. :D. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.

14 Nov. Happy Birthday..

Angka untuk diri aku berganjak setahun kehadapan. Sekarang dah jadi 26 tahun, Alhamdulillah, aku masih bernyawa sampai hari ini. Mengimbau kembali saat2, terakhir aku di dalam rahim ibuku. Aku yang menunjukkan mukaku pada jam 7.25pm, selepas waktu magrib, siangnya ibuku berjuang hingga ke malam.  Kesian mak, kasihku untuk dia tiada ternilai, paling yang aku sayang, ialah ibuku, mak, yang paling aku kasih is abah aku. They are two important people who brought me to this world, am glad, that i am the chosen one.  Thanks Allah.

Birthday aku was on 14 nov 1979 on this date, in a year of 2005, i went to Bukit Tinggi for the second time. Together with kak ila and yati zaimal.  It was a short vacation for us, but so it brought so many sweet memories. Kak ila and Yati, bermalam di rumah aku, Kami bertolak awal pagi, menaiki komuter jam 7.05am, dan seterusnya menaiki KL Monorail ke Imbi station.  Sesampai di Times Square, kami menuju ke West Wing, Groundfloor. Menunggu Shuttle Bas(Van) ke Bukit Tinggi. Sarapan Pagi, aku hanya makan seketul kuih dan Mango Juice.  Perjalanan kami bermula jam 9.30am, nasib baik cuaca pagi tuh elok, tak hujan, Alhamdulillah. Kami tiba di Bukit Tinggi kira-kira jam 11.00am. Kami terus check in di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi . Sementara menunggu kak ila dan yati menguruskan hal-hal di kaunter, aku menelefon mak di rumah. Informed her that i safely arrived here. And soon after that kami terus masuk ke bilik, kerna hotel kosong. Tak der orang. suasana cukup tenang. Sekaligus menlenyapkan pening kepala aku ayng sejak seminggu dua, mungkin sebab migrain yang baru menjegah. Stress kerja, aku tinggalkan jauh-jauh kebelakang. 

mm masuk sahaja kedalam bilik, mm not bad, country still, nice and sweet. Twin sharing. memang patutnya aku dah kak ila yang sahaja pergi, tapi di akhir planning kami bersetuju engajak yati bersma, anyway she need rest to. Biasalah manusia, memang tak pernah lepas dari masalah. Tengahari kami haya makan maggi and roti, mmmemang selera aku tahu-tahu saja makanan kat sini, mm jauh lebih mahal dari tempat lain. Dan mengikut kata pemandu van persiaran , Bukit Tinggi adalah antara tempat yang paling mahal antara banyak-banayak tempat peranginan. Especially makanannya. Dengar kata gaji-gaji pekerja kat sana gaji tak la seberapa. Sian dorang yek, kerja siang malam, bersengkang mata, tapi nak dapat hasil yang besar itu lama la skit. lepas memakan bekalan yang kami beli di Times Square, kami bersiap sedia konon nak berjalan-jalan, bergambar, bukak pintu bilik ajer hujan turun bercucuran. Alamak…. so plan kami berubah, kami pakat-pakat tengok DVD yang aku bawak. Ada guna jugaknya ku bawak notebook aku. kami tengok citer Desparate Housewives, episod berapa aku tak ingat. DVD nih kawan aku bagi, dia download. i have the whole episode. mm citernya memang best and selamba.

Habis tengok 2 episode, kami pakat-pakat keluar balik, touch up, sarung tudung (hehehe kata nak bergambar). Gambar berapa roll jangan cakap, sebab kami betul-betul bercuti, enjoy kami-kami, and macam celebrate bacholer party pulak. Magrib, genap umur aku 26 tahun, aku berdoa ala-ala aku nya style and kami turun dinner di salah sebuah restaurant di Colmar Tropicale. Aku hanya order salad, mix with turkey, cheese, home-made mushroom soup served with thousand island sos. mmmm delicious. gambar aku lupa plak nak ambik, pasal makanan tuh sedap sangat sampai lupa.. hehehe . Kak Ila and Yati order, Special Nasi Goreng and Chicken Curry special plus rice.. PLUS my birthday Cake. Siap orang-orang yang keje kat situ sumer nyanyi untuk aku, aku yang memang sensitive dan cukup halus jiwa perempuan aku memang tidak boleh tidak pasti mengalir air mata aku, terharu konon. I kissed kak ila and yati. I luv them, they are my friends, my good friends, good listener and kitaorang sembang sampai tengah malam. By the way, memang restaurant tuh 24 hours, tapi kami sejuk, embun jantan dah nak keluar kami masih lagi di luar, so kami decided to continue in our room sambil tengok VCD CT @RAH. Best sangat.

15, nov aku bangun kul 6.30am, solat subuh, dan merenung alam tuhan yang kaya lagi indah. Ketika itu aku rasa aku sahaja yang tahu menilai alam, bukan orang lain , hanya aku. Cukup tenang and mendamaikan. Alhamdulillah, aku masih lagi di sini, dalam sedar. Kira-kira jam 8.00am kami turun untuk sarapan pagi. mm buffet style, aku ingatkan tadi nak order American breakfast. Buffet pun ok gak. Aku, Kak ila and yati makan breakfast pastu lepak sampai orang restaurant tuh ready untuk prepared lunch time. eheh ntah apa kami sembang.. mm yang pasti bukan benda mengarut. Kami datang sini nak enjoy, enjoy hati perempuan kami. Best. Bila la lagi agaknya aku dapat berpesta macam nih. Kami plan nak balik naik shuttle bas jam 12.00 pm, tapi kamiterlepas, apa lagi, kami sambung tengok Desperate Housewives dekat Loby hotel, aku rasa seram sejuk pulak tiba-tiba, mm mungkin sebab aku berendam dalam bath tub kot.. maybe, nak balas dendam pasal tak dapat mandi swimming pool pasal hujan. Padan muka aku, kalau mak aku tahu aku tak sihat, sure dia risau, lepas tuh bising supaya next time jangan jalan lagi… Aku macam biasa kalau aku demam jangan harap aku nak makan ubat jauh sekali berjumpa dengan doctor. Aku tak suka jumpa doctor kalau aku sakit. Kalau boleh, aku memang avoid klinik atau hospital, sebab tempat tuh tempat orang sakit, and tempat itu bukan tempat yang mengembirakan. Aku tak suka. Tapi aku suka pegi tempat Kerja kak ila, SJMC. hehe pasal makanan kat situ sedap. Sekarang nih pun sedap jugak kot…

Habis tengok desparate housewives 3 episode, kami ke surau hotel, sembahyang and rehat sekejap sementara menunggu jam 4.00pm. Kami berangkat pulang jam 4.20pm. Sampai ke KL jam 6.00pm tak silap aku, driver van tuh tak berenti sembang dengan kitaorang, sampai aku pun tak mengantuk dalam perjalanan. He is good driver, a very good one. Tapi aku tak der nama dia pulak. Semoga pakcik driver tuh di murahkan rezeki, pasal dengan selamat dan gembiranya kami pulang kesini semula. Kami sampai rumah ku dalam jam 7.30pm, kami makan malam kat KL Central. Apa Lagi , dah balik KL, baru aku rasa seram sejuk tuh hilang. aaa i’m back. aiyoo. esok kerja.. Aduss..

I am very happy on 16 nov 2005. cauu..