Penang Trip 05 – 07 Feb 2010

We begin this writing with Bismillah. and alfatihah

heheh mcm cara aku start class pulakk.. Last weekend was kind of.. a lil bit memorable.. previously on first and second  session with central enigneers.. aku hanya train half session,  hmm tapi last week aku mengajar for fullday session sampai suara aku hilang la kan…aku pun tetiba rasa macam bleh je jadik lecturer (huhuh.. berangan tak sudah ). dari introduction, to my slides and to my lab module seesion and hands on session… huhu  itu la yang aku buat.. and last week… i feel so glad.. and of course alhamdulillah .. training with all engineers from northern region are going well.. and thank god dorang faham.. and best still.. i have this.. experienced on field sebelum ini  and able to make them clear on certain issues and at the same time.. every time bila jumpa or talked session with them.. sure ada apa2 yang orang suka.. luahkan.. problems and etc.. nak tak nak kena dengar.. and i think they are comfortable with me.

preserving the heritage cantik kan.. donno where is this.. very near to Komtar.. tgk tuh kereta.. jalan dua lane jadik 4.. aku pun tak tau nak pi mana.. dok la tgh2 hahaha

Nonetheless, apa2 highlighted.. we take note.. and improvised.. paling tidak we discuss with my bosses.. balik ke office on monday, aku shared info apa yang patut..Overall.. all engineers from northern region nih tak main2.. mcm engineers from central.. cara bertanya pun bebaik.. lega makcik..there will be 2nd batch training in penang soon.

Training end at 5:05.. nasib baik office and hotel seberang jalan sahaja. I like the Penang office.. hmm tapi tak laratnya jalan kat penang awat laa kecik sangat.. kereta punyer laa banyak. habis training, terus ajak mak and abah keluar jalan2 sekitar Penang island.. lucky i have this makcik and her young husband.. very loving couple.. dorang la bawak jalan sana sini.. singgah kat jalan apa ntah.. ala2 petaling street maybe.. tak ingat.. beli jeruk.. hmm aku tak makan seketui pun.. anyway aku bukan pemakan jeruk pun.. tapi mengenangkan kawan2 yang suka sangat makan.. and few of them ibu mengandung. so tak sampai hati balik ke subang dengan tangan kosong.. 🙂

Makcik aku tuh bawak pi jalan2 ke persiaran gurney tak la jauh sangat.. at the end of my 3 days in Penang baru la aku familiar skit jalan kat penang nih.. masa hari nak balik.. mulut rasa nak bertanya orang arah mana aku nak jalan keluar ke Penang bridge.. tapi instinct aku kata.. aku tahu jalan nyer.. as usual sign board helps me alot.. huhuh sib baik laa tak ke sesat ke mana..  tapi paling sakit hati.. orang penang bawak kereta..  sangat laa”kurang ajaq” << ini bukan aku yang cakap.. officemate aku kat penang yang bagitau.. suka hati la nak overtake orang.. pastu masuk dok mencelah.. eee.. nasib baik laa aku nih.. cool ajer bawak kete.. lagi satu trend orang penang bawak kete.. suka nar bunyikan honk.. allah aku gelak je bila time dorang ngamuk antara bikers and drivers.. dok angkat2 tangan marah.. tapi tak lah sampai bertumbuk kat luar.. haha kalau kat KL nih.. sign language yang buruk2 yang keluar… kat KL aku rasa lebih aggressive.. and pemandu Penang tak reti nak beza hijau dengan merah.. traffic lights dah merah lagi mau jalan.. tak pasal2 kereta on the other side dok honk.. bukan satu kereta.. punya laa banyak kereta yang suka main honk.. pelik dan kelakar..

Apa2 pun.. there will be next trip to Penang.. tapi kali nih bos aku nak ikut sekali.. hmm so kena naik flight laa gamaknya.. nak carik peluang jalan-jalan kat Penang lagi.. tapi entah laa dapat atau tidak.. Next week, patut nyer ke Penang.. hmm ada scheduled ngna project lain pulak.. thought plan to KT, pun sama.. so next training.. date tak tahu lagi.. kena habiskan dulu scheduled PM dengan company2 yang dah di janjikan..

Rainy Friday

Early Friday morning, aku received one sms from Rahimah. She met with an accident. Keretanya terbalik. At that time, i was about to get ready to the office. Kesiannya.. tried to call her. tak dapat. Meeting chaired by Asri.. lucky asri ada. di samping dok explained about the termination of current project, a bit of an overview about new project yang mahal itu untuk all engineers.

Habis meeting aku siap kan slide untuk another meeting yang already scheduled untuk petang, but aku terpaksa mintak postpone due to rahimah nyer accident, and i wont be available to replace her. Once aku dah siap slide, about 1300 aku and inaz, drove ke Cheras. Site visit. Inaz dah buat appointment dengan one of her x-colleague, dekat HUKM. hmm kitaorang nak buat observation skit, nak list down user requirement untuk new system and etc etc. Lama gak aku terperuk dekat lab yang agak kurang teratur.. (serabut mata aku… tak selasa? hmm yeah.. tapi tak bleh la tunjuk sangat) hmm maklum la vendor ajer.. tempat tengah renovate. harap-harap lepas nih dorang selesa laa.. Jam 1530, baru la aku, inaz and nurul turun makan. Dekat cafe yang ala2 open air, dengan hujan lebat yang amat. Kesian pekerja2 cafe tuh, terpaksa laa menyapu air hujan yang membuak dari parit berdekatan..

Disebabkan hujan lebat, aku suggest kat Nurul untuk tunjukkan aku library kat situ. Katanya ada banyak buku cerita best.. aku yang memang dah jatuh hati ngna library sejak mula belajar balik nih.. tak mo lepaskan peluang.. dan one thing is.. book club kat dept aku yang kecik itu sedang giat aktivitinya. Besarnya academic library nih.. berangan.. kalau aku yang belajar kat sini.. sure aku bleh jadik scorer..(hahaha) because banyaknya sangat bahan ilmu di dalam nyer. This is the library mentioned by my lecturer yang dapat sponsorhip for RM200k yearly by the Lim Goh Tong foundation.. Wahh.. bagusnya kalau jadik orang kaya kan..  bleh sumbang pada pembangunan ilmu.. bagus.  Nak pulak if di sumbangkan untuk perkara2 baik macam nih.. wish that lebih ramai lagi orang-orang kaya dalam Malaysia nih.. untuk buat lebih kebajikan. Satu yang kita bagi.. sepuluh in return. Insya allah 🙂

Tepat jam 1700 aku and inaz bergerak dari HUKM.. hujan dah reda.. tapi semakin aku jauh memandu semakin besar titik hujan. Aku hantar Inaz ke rumahnya dekat Pantai Hill Park. Terus drove ke Puncak Perdana.. ada class cataloguing hari nih. Aku sampai dekat campus jam 1830. terus solat asar and masuk class. Aku habis class sharp at 2200. Driving balik rumah dengan lega.. it’s Friday dude.. esok sampai Isnin cuti. best nyer. Alhamdulillah, Amin.

Bye bye orang penang

Yesterday.. was a sad day for me.. because it is almost the end of a small project started about a year ago. After this, there will be no more weekly performance meeting with orang penang.. All this will be ended on 17 Nov. Sedih kan.. from zero until we totally understands the processes, cherish tuh ada la skit, though rasa terkilan itu pun ada. Nak buat macam mana jodoh dengan orang penang tak lama…Sekarang nih dalam bab-bab nak menyelesaikan kerja2 terakhir sebelum semuanya jadi kenangan.

Currently, there is another project yang kebetulan aku been selected to be in a team.. hmm itu pun nasib baik la Asri and Rahimah nak letak aku kat team tuh.. Project yang mencecah 1 million itu aku kira yang terbesar for our division.. harap2 semuanya baik belaka.. and kerja2 dengan office nih akan jadi lebih licin n efficient.

Last Friday was the day where we had the kick off meeting at our auditorium. Terpandang la kat slide yang tertulis nama ku untuk men”support” on the technical part. Hmm confident giler la orang from this singaporean company about their capabilities on meeting our requirement. Hmm. Tapi rasa nak gelak je masa mula2 aku dengar speaker tuh bercakap.. maybe he is one of the typical indian from india kot.. the pronunciation and style.. heheh very the Indian. He sounds funny to me.. tapi is it actually a unique style that not all indian have. Rasanya aku berada didalam conference dekat India je.. bukan niat nak gelakkan orang.. well, u know.. that is the uniqueness of having multiracial community in Malaysia.

Due to this project, sekarang hari2 ada discussion. at least for 1 hour untuk brainstorming session for fulfilling the user requirement of the new system. Hmm.. jumaat pulak, inaz ajak aku pi ke site at HUKM, untuk tengok system kat sana.. Hmm seronok la inaz lepas lawatan kat HUKM aku bleh hantar dia balik terus.. hmm aku nak charlos cepat pi class lepas tuh.. harap-harap esok traffic tak menjadi masalah.

Esok ada last meeting with all engineers.. hmm kesian.. disebabkan project dengan orang penang ini, ada yang terpaksa di terminate.. hmm dan kisahnya nak kahwin tak lama lagi.. adoi.. dugaan la untuk orang itu. Semoga tabah.  Oklah.. ini draft semalam.. tak sempat nak publish.. aku nak sambung keje.. nak buat classification of works untuk project baru..

Chiow.

Monday 30th June 2008

Tiba2 banyak pulak perkara yang aku kena buat. started with meeting yang di postponed with orang penang.. boss aku bagitau meeting tuh on Monday. Aku memang dari awal dah expect yang meeting last Friday sure kena postponed because aku, orang yang prepare slide tak dak. :D. Early Monday morning, boss aku dah IM aku.. “Ekin.. meeting with Dell is today, but will be held in USj office.” Yahooo for me.. at least aku tak perlu masuk meeting and jadi mangsa fire crackers, from kam fung. ahaks..

Lunch hour boss aku, rahimah, ajak aku pi lunch. She IMed me thru Sametime
Boss: Ekin.. jom lunch.. i rasa nak makan banyak hari ini.. jom kul 1130.
EKin: haa 1130?
Boss: ala.. i kan boss.. jom..
Ekin: owh ok

Aku tengok jam baru 1115. Aduss.. aku ingat tak mau turun lunch hari nih.. because aku ada bawak cereal aku.. plus aku nak siapkan slide untuk meeting petang nih..Rahimah kalau invite aku pi lunch itu mesti tak de lain. Tension, deperessed la tuh.. Tempat makan tak der lain.. Subang Parade, Pizza hut. She likes to try all new pizza from pizza hut. Aku ikut aje.. dah orang nak belanja kan..

Naik kereta rahimah, dekat je subang parade. Masuk parkir.. tapi kami masih bersembang dalam kereta tak keluar.. after 30 minutes aku rasa, aku ajak rahimah keluar..to continue chit chatting outside.. Kesian dia.. penat la jadi manager kat company aku nih.. Aku hanya mendengar, bagi comment and layannnn…

yes memang betul. She’s damn tensioned, skit depressed, dengan orang atas.. She told me about the previous dell visit to our office.. hmm the real story. Dahsyat.. kesian Rahimah. And about this coming Friday’s meeting between Managers and MD.. Things to highlight and etc etc.. Petang nih bos aku ada meeting with asri and boss nuar kat office USJ. Continue meeting with dell @1500. until today.. aku tak dapat pun apa2 feedback on previous meeting.. harap-harap semuanya OK.

Janda Baik & Meeting yang horror..

Aku tengah dalam meeting room dengan bos aku, tengah dok gosiping and meluahkan perasaan pasal kerja and company.. hmm aku bersembang dengan rahimah macam kawan.. hmm and spontaneously expressing my thoughts, opinion and comments.. Actually not really bersembang.. we are looking for a solution.. discussing verbally.. sambil2 balas email dan melayang terus dari bawah sampai ke top mgmt (habis aku.. director pun dah tahu problem yang tengah arise skrg.. )… Susah jadi manager.. or leader.. bagi aku.. (at my current situation.. ) tapi bak kata rahimah.. She is ok with comments and complaints made by customer or client.. as long as her people is behind and always supporting her.. (hmm betul gak.)

Last wednesday ada meeting ngan orang dell.. supposedly aku masuk dengan rahimah.. tapi pasal aku halfday.. rahimah terbakar and hangus seorang diri dalam concall. hmm horror lagi.. together with SM dell yang baru.. kesian dia.. hari nih meeting with dell aku ada.. just the two of us and with manager dell.. Manager yang paling suka bagi soalan yang orang tak boleh jawap.. Hahaha tapi aku jenis menjawap.. muahaha so apa yang aku rasa boleh jawap, relevant so aku jawap… Rahimah sometimes dia.. jadi “kelu lidah untuk berkata-kata” kadang-kadang ajer.. kalau dah penat nak menjawab.. well u know.. it’s hard to satisfied people.. especially ur client or customer… hmm menjawap ngna bos pun susah. ( haha tapi aku ngan bos pun boleh menjawap.. (dengan cara yg elok dan friendly laa )

Sat lagi ada bas yang akan bawak kau ke Janda Baik, Selesa Resort.. ada team buidling.. hmm barang-barang dari baju, sport shoes, socks, toiletries, swim suit and a book (the Hobbit) and Mag (Shape) with me.. Harap-harap team building nih tak memboringkan.. hmm rahimah dah kata dia nak satu bilik dengan aku.. (aaa? ).. hmm aku tak kisah.. hehe (anyways.. perhaps lagi banyak info aku boleh cekup.. i mean.. good knowledge laaa ). Kereta aku tinggalkan kat office.. hmm ahad aku akan balik sini and perhaps sampai dalam kul 4pm..

Alamak.. satu lagi.. pegi team building pun.. kena buat keje.. Apa case… ? hmm nih semua gara-gara orang penang tuh.. nak update cepat sokmo….

Have a nice weekend all.. take care

Penang oh Penang

Thursday morning, bersahur jam 515am. Lepas sahur aku terus kebilik air and solat. Menelaah kaalam Allah sampai jam 630am, and aku ke hall rumah. Mak dengan abah baru balik dari surau. Tengok tv sama-sama sambil sembang. Jam 7am, aku gosok baju, mandi and bersiap.
Jam 730am, aku naik sekejap ke rumah kak ila, nak pinjam backpack kak ila.. aku kena bawak LOI and SOW yang setebal 400 pages. Dah ambik beg, aku masuk kereta, panaskan engine and terus memandu ke KLIA.

Dari rumah aku, aku tuju arah LDP, U-turn masuk kawasan Hospital sunway, and terus ke Persiaran kewajipan. Turun ke Kesas and masuk highway ke KLIA. Kereta banyak giler, tapi mujur tak jamm. Cuma on the way ke Subang Jaya yang jamm. Kalau jam alamat aku lambat sampai airport. Aku janji dengan rahimah and inaz aku sampai sana jam 845am. Jam 835am aku sampai dekat parking B KLIA. Park kereta and menuju ke balai pelepasan di tingkat 5. Rahimah, my manager call aku.. Katanya dia dekat KFC, and dia tak jumpa pun MCD. i’d tell her to wait me there, tunggu sampai aku datang. Aku sampai dekat atas, aku jumpa rahimah and lepas jumpa rahimah aku received sms from inaz. Inaz dekat MCD, aku and rahimah pegi arah McDonald and meet with Inaz there. Rahimah datang dari office naik limo, while Inaz tunang dia hantar sampai KLIA.

After that, we went to check in counter, claimed our ticket and turun ke balai pelepasan.
Nak berjalan ke pintu A5, punyer la jauh. Sementara tunggu boarding time, kami sembang-sembang dekat tempat menunggu. Flight berlepas jam 1045am. Perjalanan sekejap je, 50 minutes dah sampai Penang. Sampai dekat Penang International Airport, kami lepak and tunggu jam 1215. tepat 1215, kami ambik taxi and terus ke DELL. Dekat je dell from airport. tak jauh. Kami sampai terus ke guard house, macam biasa kena tunjuk IC and dorang bagi kami sticker. Macam kelakar but good. tak payah pakai tag-tag canggih. sticker sahaja. Aku tampal sticker dekat lengan kiri. masuk officenya, Asri and Boss nuar dah sampai. Asri is my team leader. Boss nuar is the project manager and planner for this project. Kami di sambut baik oleh Project Manager Dell, SM and Kam Fung. They are very nice. Kami di bawak keliling dell office. Besar giler and penat berjalan. Terus ke Bilik Meeting di tingkat 2..

Meeting dari jam 1pm sampai 230. Kemudian kami dibawa melawat sekeliling bangunan operasi dell yang support Asia Pacific , Japan and Australia. Menarik Besar giler, especially the ECC room. canggih, siap ada gambar from satellite NASA lagi. . Tapi i know how it feels working in this situation. Aku dah merasa masa dekat TPM dulu. Call centre dia besar giler, and definitely dipenuhi dengan orang dari pelbagai bangsa dari seluruh Asia Pacific. Orang Melayu rasanya tak sampai 5 orang dari 1000 orang yang ada di dalam sana (for one floor ONLY). Rasanya, hanya kami berlima yang berbangsa Melayu. Hmm takkisah laa.. janji company aku dapat buat project dengan company gah ini. Lepas di bawa ke sana-sini, kami ke bilik meeting di tingkat satu. Last discussion before we dismiss from the building. Kemudian kami melawat tempat training room. Dekat sinilah engineers aku attend classes. Tekun dorang study. training 2 minggu tuh.. semata-mata untuk certification. Jam 3.40pm kami keluar dari building, call teksi, tunggu 15 minutes kemudian kami terus ke Penang International Airport. Inaz takkan balik ikut kami, just aku and rahimah sahaja, dia terus balik rumahnya, Balik Pulau.

Terus ke check in counter, early schedule kami balik dengan flight 635pm, tapi kami request untuk naik flight kul 510pm. 4.30pm kami masuk, sementara menunggu, boarding time, kami solat dekat surau airport. lepas solat aku masuk kedai chocolate, carik chocolate kegemaran and terus ke gate 12. Masuk and duduk diam-diam. Masing-masing dah penat. terlelap aku dengan rahimah. Sampai dekat KLIA, bergerak keluar dari parking KLIA jam 630. Parking kena RM23. Giler mahal. Mujur aku boleh claim. Aku ajak rahimah tumpang kete aku sampai HQ. Rahimah park kereta dekat office. Dalam perjalanan balik aku dengan rahimah sembang tak berenti.. pastu Asri called, bagitau konon dia and boss nuar tengah tunggu waktu berbuka. Menu tak lain mestilah Nasi Kandar. Jealous aku. Kawan-kawan aku yang lain semua ajak aku berbuka dekat penang, tapi Rahimah nak balik awal. Rumah dia jauh. Kesian pulak, tak de sapa temankan dia. Sampai office 7pm. AKu drop rahimah and terus memandu balik. Aku sampai rumah jam 720pm. Suasana waktu senja dekat kawasan perumahan sunyi sepi. Aku masuk rumah bukak tudung letak barang-barang aku terus duduk makan. Exhausted giler.

Malamnya aku ke rumah kak ila. Badan penat tak larat nak pegi surau. Cadang ingat nak solat dekat rumah kak ila. Tapi jam 930pm aku dah tidur. Penat giler. Tidur tak sedarkan diri.

Friday, Ramadan 2, 1428H

Friday was the second day of Ramadan. I woke up @5.15am. I’m having a couple of toast and plain milo. Solat and get ready for the last day of a week. Seronok… It’s Friday!!..

Planning for another project that is so demanding for next week. Project deployment for 36 sites nationwide. Aku plan seadanya. According to given schedule. released.. Tapi petang tuh pulak aku kena attend meeting @1800 sampai 1915. Nampaknya terpaksa la aku berbuka dekat office. Hmm Pizza Domino will be the menu. I’m not in a mood to eat pizza. 1700 aku keluar, call rumah and informed mak yang aku balik lewat and probably berbuka dekat office. Ingatkan nak keluar carik food dekat luar, akhirnya aku hanya berdiri dekat pintu kereta and naik balik ke atas office. Malas. mak aku kata, no need to buy.. There will be pizza.. so just eat it.. no need to buy another. I went up.. tengok sekejap kerja yang ada.. jam 1800 aku turun ke meeting room G08. Ramai yang ada.. cuma ada 3 kwn2 aku yang masuk lambat. GM pun ada skali..

It’s a last briefing for engineers before the first call dispatch from company gah dekat Penang. Banyak pulak pantang larang and itu ini yang kena buat for this project. Next week, Thursday, aku and bosses aku akan ke Penang. Boss Nuar, Asri (my team leader), Rahimah (my Manager), inaz and myself. There will be a presentation yang terakhir from our company to company gah dekat Penang. Agenda of the meeting pun dorang dah email.. Aku dengar katanya kitaorg akan jumpa CEO company nih..

Meeting habis nak dekat waktu berbuka.. So kami berbuka ramai-ramai dengan pizza Domino. Lepas berbuka aku solat dekat surau and went back home. AKu sampai rumah jam 2030. Rumah dah gelap and kosong, mak adik and abah aku semua dah kesurau.

Aku yang sampai ke rumah, dah rasa layu.. mata rasa mengantuk. Penat nih, penat yang tak boleh tidor… aku tunggu family aku balik dari terawikh. Akhirnya lewat jugak aku tidur…tengah malam. Sebelum tidur aku bersihkan diri, solat isyak and terawikh seorang diri dalam bilik aku. so exhausted.. Second day of puasa dah kena berbuka dekat office. Hmm this hari raya.. probably aku tak cuti lama.. because inaz dah ambik cuti after raya.. Rahimah kata kena bergilir. Aku tak kisah pun. raya tiga hari pun dah cukup.. cuma mak aku la.. Probably aku akan ambik cuti on Friday. As usual, aku suka balik pagi2, bila orang semua bersahur dekat rumah, aku akan bersahur tengah jalan. Probably keluar rumah jam 4am. jalan pun tak jamm. Mungkin.

-S-

Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini.. :D. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.