Old School gathering..

Entry about my team building belum sempat nak menaip dekat sini.. last weekend another event.. Gathering dengan kawan-kawan sekolah menengah aku dekat Ilham Resort, Tanjung Biru, PD. Hmm probably can scratch a bit now and here..

Friday.. after work, am packing all my things into my backpack. Mak, abah, adik, kak ila and hidayah ikut sama ke gathering ini. Lepas solat magrib kami bertolak. Husband kak ila tak dapat cuti.. and he allowed kak ila to go with me.. Kami semua excited dapat bawak hidayah jalan-jalan… Hidayah's First Step
nak bawak hidayah mandi dekat pool.. aku rasa sure dia akan suka. 😀 “Nanti auntie bawa hidayah pi mandi kat pool nyer.. ” (kalau hidayah pandai jalan lagi best..nanti nak ajar hidayah pi snorkeling boleh tak. hehehe )

Sampai dekat PD about 10 something.. supper kat restaurant tepi jalan jap, lepas tuh kami check in kat Ilham Resort. hmm Aprtment dia cantik.. yang best panorama dari tingkap hall and bilik air yang ada balkoni menghadap pool and laut. Whatever it is. hari dah malam.. nanti nyamuk pulakk.. so kena tutup balik tingkap. nak plak resort nih betul2 sebelah hutan rekreasi (utk jungle trecking kot.. ee lama dah tak pi jungle trecking)..

Saturday morning.. kawan-kawan aku bertolak dari rumah masing2. Antara yang datang Azma, husband, the brother and 2 kids, Nazrin, husband, the sister and 4 kids, Izwan, Wife and kid, Along (Izan Izamuddin), wife brother and kid, Abai, and Pudin.. Azma and Nazrin datang dengan lauk pauh yang berbekas besar2. Mak aku kebetulan pagi tuh memasak nasi lemak dengan sambal ikan bilis and sambal tempe.. dalam waktu tengah hari kawan2 aku yang lain sampai dekat rumah tuh.. nasib baik masa tuh aku dah naik dari swimming pool and dah siap mandi.. kalau tak kesian lama kawan2 aku menunggu. Dorang semua kawan2 dari class yan sama, sama ada dari tingkat 3, 4 atau 5… seronok dapat jumpa dorang balik.. walaupun ada yang aku tak jumpa hampir 10 tahun. Hmm anak Nazrin pun dah 4 orang.. (besar dan meriah keluarga dia.. ) even anak azma pun dua2 girl.. dua2 suka warna pink.. just like Misya, my niece. Lembut, sopan anak azma the second.. very sweet.. (mengingatkan aku pada Misya.. i miss her so much. 😦 ) After 2pm kwn2 aku bawak anak2 dorang mandi kat swimming pool, dorang pun tak sabar nak terjun kesitu.. Lewat petang.. aku main layang-layang.. hmm tapi sayang angin tak berapa nak ada. Layang-Layang tuh kak ila beli pagi tadi masa aku dengan dia pi beli barang untuk melengkapkan menu bbq dinner malam nanti.. banyak tempat kami stop.. sampai abah call dari rumah penginapan..

Dinner, aku dah tempah bbq set dengan resort. hmm tempat pun ok and cantik.. aku buat, marinated sesame chicken, veggie salads, potato jacket, sausages, burger, and thousand island (homemade), Pudin bawak ikan siakap and marinated honey chicken, Izwan bawak nasi putih.. Tukang bakar husband Azma (Shariman) and husband Nazrin (Mel), sesekali pudin joint and tolong skali. Husband dorang sempoi and ok.. siap bagi pelepasan lagi.. because after dinner kami ada meeting aka gossiping session kat bilik atas. Sambil sembang2 cerita lama… sambil minum air and makan kacang. Izwan, Along, Pudin and abai menyewa kat bilik tingkat atas.. hari tuh aku cuba apply 2 aptmt.. hmmm tapi tak dapat.. Company aku approved untuk 1 rumah ajer.. murah giler less than Rm50.. tapi kawan2 aku menyewa and they hv to pay RM460 for one aprtmt. Aprtmet yang sama. Alahai kesian dorang. ( tapi dorang banyak duit.. hahaha tak der hal punyer ) Sembang sampai awal pagi..

Sunday morning.. kami ramai2 turun dari dua buah rumah.. ramai2 layan swimming pool, sambil kawan-kawan yang lain dok melayan anak masing-masing.. 1pm kami keluar and bergambar ramai sebelum balik… Keluar dari resort.. aku ke arah seremban.. Singgah rumah Mak Long and Pak Long.. rindu dah dengan dorang.. lama aku tak jumpa. Mak kata hari tuh masa mak balik kampung.. dorang tanya pasal aku.. ala2 pelik because mak and abah aku balik tanpa aku. Biasanya aku yang bawak mak and abah kemana-mana. Balik rumah aku terbungkam awal.. sedar pukul 4am, solat isyak.. sambung tidor balik. ahaks..

Pagi Yang Gelap.. kini sudah Terang.. :D

Ahaks.. Pagi yang lebih terang dari hari lain.. huhuhu.. berdebar giler. Alhamdulillah syukur sangat2. penantian dah berakhir, segala pertanyaan sudah terjawab… Result dah keluar and alhamdulillah.. I am listed on a dean list. Memang impian aku… Insya allah i will work better, harder and smarter on this coming semester. Kena pasang strategy awal2… hmm ada kawan aku dapat 4.0.. hmm takkan aku tak boleh dpt kan? Syiokk..

Tak der aral melintang… hmm aku nak langsaikan nazar and hutang aku.. Mak aku pun kata OK.. Nak hantar makanan dekat surau rumah aku… doa selamat skit..Insya Allah..

Minggu depan aku ke Janda Baik for a team building.. hmm lepas tuh gathering dengan kawan-kawan sekolah aku dekat ilham resort. Apartment dah confirmed.. hmm aku nak bagi dorang makan best best… lama betul aku tak jumpa dorang… Azma, Izwan, Nazrin, Shahril, Sherry and Abai.. dorang nih semua dah berkeluarga, entah berapa orang anak dorang aku pun tak sure.. Just aku ngan abai je single.. (hmm dengar kata abai nak settle down this year..bila ye? ) Aku akan bawak mak, abah and adik sekali to this gathering.. menu apa yee nak buat? .. marinated chicken, beef, and sausages tuh biasa.. hmm hari tuh, masa aku pi gathering last Feb i guess.. hmm aku buat chicken bbq, wrapped potatoes.. salads, thousand islands.. hmm this time… takkan menu yang sama?…. hmm thinking of nic dessert.. hmm lama dah aku tak buat chocolate mousse. Hmm… haa creamy giler.. sedap dan sangat menggemukkan.. arrghh teringat chocolatess pulak tengah-tengah malam nih.. nak pikir dulu buat menu apa…

As of now.. bye and chaw.. 😀

Most special in my life…

Mak and Abah

Tuesday is another busiest day EVER… hmm lack of manpower, too many calls. For the first time, we received almost 50 calls.. arrrghh.. tensi. Tension.. i am lack of knowledge on this task.. hmm nak tak nak.. aku kena jadi bidan terjun.. Hmm hopefully with my involvement takkan memburukkan keadaan. I am here to help.. harap2 tangan aku ada superpower.. hmm power to resolve every single problem dispatched. 😀 Cheerr…

Tuesday morning tak sempat nak breakfast sama-sama dengan kak ila. Masuk office sharp at 0830. terus bukak thinkpad aku, duduk dekat cubicle inaz.. Inaz cuti lagi hari nih.. hm tunang dia tak berapa sihat, warded kat Tawakal Hosp. Kesian.. katanya hari tuh paralyzed half face.. kena buat treatment. insya allah Inaz akan kahwin this August. Semoga cepat sembuh.. hmm muda2 lagi sakit cam tuh.. pelik kan?.. sakit tak kenal usia and mangsa..

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila.. duduk2 and sembang pasal nak balik kampung.. hehe ekin tak der kampung… mak ngan abah kan duduk dengan ekin “.. ihiks.. Kak ila nak balik kampung this 31, sampai 5/06 .. oo lamanya cuti.. Kebetulan kak ila nak balik kampungnya di Air tawar, so mak and abah aku akan balik kampung tumpang kereta kak ila.. Aku malas nak balik.. tak der apa pun.. sekadar kenduri yang kurang penting untuk aku hadiri (suka hati jee… ) Mak and abah pun tak kisah aku tak balik.. Anyway keje aku banyak and aku lagi suka habiskan hujung minggu yang boring dekat sini… atleast kalau boring2 aku bleh pi jejalan mana2 yang aku nak.. hmm cerita favorite kat panggung pun tak sempat tengok lagi..

Hmm nak refresh my schedule for the month of June..

  • 31 – 01/6 – Minggu ini sahaja yang aku free.
  • 6, 7, and 8 – Team building kat Glory beach Resort.. PD.. hmm
  • 14/06 – kwn aku kahwin kat Melaka.. hmm dah janji ngan ecah and family nak convoy ke Melaka
  • 21 -22/06 – gathering ngan kwn2 sekolah kat ilham resort.. Aku dah book tempat guna office aku nyer package.. hmm tak tahu dpt ke tak.. (thought nak bawak mak,abah and adik if dpt 2 rumah)
  • 23, 24, 25 – ITIL cert (passing marks = 85% .. arrghhh…. need to pass this, otherwise kena bayar beribu-riban, penalty in my evaluation and etc etc.. )
  • 28-29 /06 – probably result exam keluar… (arghh.. tolong.. i want A .. cita2 tinggi menjulang.. insya allah berjaya. ahaks. ) :p

Aku keluar office kul 2100.. hmm keje aku dah habis at 2000, tapi aku menunggu kawan sorang nih.. heheh dia tak berani dok sesorang kat level 4 nih.. ahaks.. so aku temankan.. Keluar dari office aku ambik adik dekat Bali, drove her to Carrefour subang jaya, hmm problem lagi with her new handphone.. aku dah kata jangan beli yang AP.. beli yg Zitron… anyway this is her first AP phone. Hmm taukeh kedai tuh kata nak betulkan system board dalam hp tuh.. harap2 lepas nih tak der problem lagi.. aku pun dah penat asyik bawak adik aku ke tempat yang sama. About 10pm aku sampai rumah.. perut lapar tak makan dinner lagi. Mak masakkan sayur rebus favorite.. nyum nyum.. hmmmm best menghirup sup sayur mak specialll. I luv U mak… u r the best and the most understandable.. ;D

Kodok Kahwin

Cuti sekolah bermula lagii.. !! kalu dulu masa aku sekolahh.. hmm aku la yang paling syiok sekali.. Hantu tv. Banyak sangat cerita menarik.. paling best slot “Alam Ria Cuti Sekolah” kat TV3.. Ahaks… the most memorable films yang aku tengok masa cuti sekolah is.. The Sounds of Music and Mary Poppins (rasanya betul tajuk criter nih).. Best banget… Kalau pegi jalan2, abah suka bawak kami adik beradik pi Seremban.. melawat Mak long and Paklong, pastu sure pegi Port Dickson (PD) syiok mandi laut.

Last Friday, masa dekat office, aku meeting dari 1500 sampai 1830… the first meeting held kat bilik Rahimah.. teleconferencing tools ada orang lain pakai pulak.. rahimah mengamuk dengan orang tuh.. So dalam bilik rahimah, just rahimah, asri and me. Kami conference about our strategy of handling more calls with relevant/available sources.  Fuhh agak panas teleconferencing tuh.. hmm esok entah apa laa jadik kat office.. aku kena turun padang pulakk.. because ramai kawan-kawan dekat call centre tuh pi kahwin ramai2 pulakk.. aduss.  Harap-harap semuanya lancar..

About 1710 habis meeting kat bilik rahimah.. AKu angkut thinkpad aku ke bilik sebelah for another meeting utk department nyer empowerment.. fuh.. xcuse untuk solat jap, after 20 minutes aku masuk bilik tuh.. Presenter is Ivy Cheah.. alahai.. aweks nih. lembutnyer bercakap suara dia macam .. hmm camner yekk.. very soft.. ala2 perempuan sejati laa.. ahakss.. .. aku cukup idam betul..kalaulah aku bleh bercakap cam dia.. Muahahahah.. (jht aku).. bentang punyer bentang.. adus banyak nar benda yang aku tak tahu lagi.. nak plak aku belum ada ITIL certification… hmm harap-harap rahimah hantar aku pi ambik cert nih before sem aku bermula.. kalau tak… panas punggung, panas kepala laa aku.. habis meeting aku dok lepak lagi kat office.. tiba-tiba kak ila call.. ekin.. cepat balik.. anak buah semua dah ada kat umah.. .. aku lupa kakak aku dari ipoh akan sampai hari nih.. aku terus packed barang.. charlos laa..

Aku sampai umah almost magrib.. Ayong, Angah, kak chik and a’a.. semua ada.. Kalau anak-anak buah aku datang umah, sure bilik aku jadi sasaran tempat lepak.. tempat sembang2, tempat browsing internet and bla bla bla.. bilik adik aku jadi sasaran dorang untuk main games, either cards or computer games. jerit2 n lompat2… ihiks

On Saturday di sebabkan aku boring sangat.. dari pagi sampai tengahari ade je alasan yg buat aku tak bleh keluar rumah.. after zohor, aku, kak ila, ayong and little hidayah pi keluar. Aku drove kete kak ila, ke summit USJ. Thought nak carik racket untuk sukan baru lagi.. aku nak ajak kak ila and kwn2 tempat keje kak ila main squash.. Hmm racket tennis aku dah suh abang ipar aku kat NZ untuk carikkan.. insya allah by August aku akan ada racket tennis and squash… Syioknya… Tak sabar nak start main squash pulak.. Sambil tolak stroller hidayah.. aku, kak ila and ayong round satu summit, thought nak main bowling.. hmm penuh la pulakk.. carik punyer carik rupanya kat summit nih tak dak kedai peralatan sukan.. hmm i guess kat sunway piramid ada kot.. Penat berjalan.. kami lepak makan.. hidayah dah tertidur dalam strollernya… Lepas makan kami charlos balik. Kami reached home before 1830, sampai umah aku terus solat and joint anak buah aku yang lain browsing internet… sampai tengah malam…

Early sunday morning, aku woke up, solat and ke hall umah.. bila dah ramai orang dekat rumah, tv memang pagi2 dah terpasang… activity nak pack tapai yang mak buat untuk kahwin iwan akan bermula.. hehe aku awal2 dah bagitau mak yang aku wont be able to help.. (ee ngada2) dengan alasan anak buah aku ramai boleh tolong.. (ihiks.. malas).. aku nak pi gym pagi ahad nih.. untuk ambik hati mak.. aku sediakan breakfast dengan membancuh tiga diff type of drinks. hehehe.. while mak started with frying fried meehoon.. lepas aku siapkan breakfast, aku ironed baju abah n mak untuk wedding iwan tenghari tuh. Aku ironed skali baju aku.. hmm takut tak sempat nanti. Settled, aku mandi and keluar rumah tuju ke arah subang jaya..

Dekat gym.. routine aku bermula.. start with green tean or fruit tea, plain.. Best sambil belek paper..  habis secawan.. aku start exercise.. hmm habis first session aku stop for another warm tea. pastu continue lagi.. kul 1210 baru aku naik mandi and bersihkan diri.. mandi tak ingat dunia.. about 1250 aku dah masuk kereta, memandu untuk balik rumah. Speeding tak henggat.. aku sampai after12 minutes, tukar ke baju kurung light green, berlabuci.. 12.10 aku turun ke kereta balik.. memandu pi rumah paksu.. Rumah orang kahwin la.. just few rows dari umah aku.. ahaks..

Meriah cousin aku kahwin.. he is younger than me by ayear.. wife dia muda giler. 19 years old.. lagi muda dari fatihah, adik aku… 21. tapi kalau tengok muka fatihah dengan wife iwan.. muka adik aku lagi macam budak2.. hmm budak2 yang tak cukup umur untuk kahwin.. muahahah.. whateverrr..

Semoga berbahagia Iwan Kodok.. muahahahh. melekat gelaran kodok nih utk ko wan..