P.Ramlee – Suara Takbir

Sedang aku mendengar lagu2 lama P.Ramlee from my notebook.Tiba2 keluar lagu raya yang best sangat, dengan suara yang superb.(I really salute him.. suara P.Ramlee memang sorang tak bleh challenge) tak sangka dalam folder nih ada lagu raya. Antara lagu2 yang best and yang aku selalu layan, Bagai Bulan Di pagar Bintang, Tiada Kata Secantik Bahasa, Engkau laksana Bulan, Jeritan batinku, Getaran Jiwa, Tanya sama hati (yer kot tajuk nih.. lagu duet dalam cerita Anakku Sazali, nyanyi kat tepi jetty sungai) :).
So lagu raya yang aku ada are..Suara takbir, Dendang Perantau and Aidilfitri sang by Saloma. Aku tak bleh nak letak lagunya kat sini.. ditakuti melanggar copyright law plak.. tak pasal2 aku kena saman nanti. šŸ™‚ Aku pun tak rajin nak pi carik any embedded link in any website to be pasted here.. Enjoy the lyric.. (ini lirik asli tau… tak der edit2)

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada ilahi

Suara azan mengalun
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohan restu dengan bakti
Kepada ilahi tuhan maha suci

Terdengar suara takbir
Muji nama ilahi
Rasa dalam kalbu..
Tenteram and aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di hari raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan.

My next aim.. is.. I am waiting special ads by Petronas and TV3.. biasa nya iklan2 dorang best and cukup menyentuh hati.. Paling kelakar iklan TV3 yang ada adibah Noor jadik pemandu limo.. ā€œAda kerbau lintas jalanā€. =). Dalam banyak iklan Raya, Iklan mana yang korang paling suka or paling ingat sangat ? Care to share? Sharing is caring. take care all.

Al-fatihah to arwah P.Ramlee

Bill, bill, Bill….

Last weekend kami sekeluarga call and conference dengan family kakak aku di perantauan. Terubat rindu. Perbualan hanya 15 minutes, kemudian agak petang skit adik aku call lagi. Kali nih giliran dia bersembang dengan anak buah aku Misya. Kali nih Misya nak gak bercakap, kalau tak, 2 minggu lepas dia merajuk dengan abang dia, langsung tak nak bercakap.

Aku baru received email from kakak aku. Katanya Misya akan masuk sekolah baru. Satu sekolah dengan abangnya. Cukup usia 5 tahun, baru Misya boleh masuk sekolah abangnya. Semalam cikgu dia bawak ke sekolah abang dia. Ala-ala Orientasi laa.. So kalau Mikhael and Misya dah satu sekolah abang ipar aku boleh carik keje tempat lain. Kurang sikit commitment hantar anak2nya kesekolah lain2. Kakak aku kata dia dah dapat PR kat sana. termasuklah husband and anak2nya. Mungkin senang skit urusan bank ataupun pembayaran or application apa2 bila dah ada PR. Kena bayar 4k NZD tuh untuk seorang. mahal giler.

Kakak aku kata, Misya tak berapa enjoy sekolah dekat tempat sekarang, because best friend dia, budak Jepun, dah nak pindah sekolah lain, this week is the last week Misya and her best friend budak jepun. Luckily last week ada budak korea baru masuk sekolah Misya. Dia suka berkawan dengan budak rambut hitam kakak aku kata, sebab budak-budak lain tak faham Misya cakap. Kesiannya. Misya kata budak Jepun tuh faham bahasa Melayu. Kesian Misya, nak sekolah pun susah.

Kakak aku memang dengan anak-anak dia, banyak berbahasa Melayu, kalau dengan abang ipar aku, dia ajar anak dia bahasa Hokkien. So, bahasa “omputih” anak buah aku banyak belajar sendiri, dari TV and games.. especially Mikhael. Tapi aku rasa Mikhael and Misya nih memang survivor.. la aku rasa. Anyway.. dorang kecik lagi.. so bahasa apa pun dorang belajar.. sure bleh masuk dalam kepala..

Ala kalau ikutkan.. mak abah aku dulu pun tak ajar bahasa asing.. kami semua belajar sendiri.. tuition pun tak pi.. tak cukup duit.. hmm tak mau ingatlah.. kisah2 lama nih.. sedih.. susah memang susah… tapi alhamdulillah.. sekarang dah tak macam dulu.. Thanks Allah.

Hmm bil telefon aku melambung bulan nih. Hehe gara-gara melekap dengan telefon dengan kak ila di kampung. Tapi tak lah melambung sampai pecah bumbung.. . Reasonable lagi.. AKu masih waras.. Last Saturday kak ila dah balik sini.. so this month bil telefon aku akan back to normal.. Hehehe.. hmm kadang-kadang bil aku tak sampai pun RM 75.. rugi plak rasanya… Ada dua bulan aku tak habiskan quota… ee rugi plak.. bila aku pakai lebih tak plak dia cover balance yang aku tak pakai dulu. Cehh.. Sama la dengan bil Streamyx aku. Entitle for 88 hours untuk dua tahun, hmm aku tak pakai pun banyak tuh.. Setakat seminggu 8 jam adalah.. heheh. Hmm cuma bil astro yang aku tengah pertimbangkan, sama ada nak ambik package movie atau stay package sekarang, atau tukar Astro Maxx only. Hehehe dapat la aku record citer apa yang aku nak record. Yang mana lebih bagus? Kalau aku ambik movie pun, aku tak pikir aku boleh duduk rumah and menonton. Kebanyakkan cerita aku suka tengok sekali aje. Unless cerita tuh best and memang favourite. Itu keluar banyak kali kat tv pun aku bleh tengok. Tapi dengan package sekarang pun, banyak cerita yang aku tak sempat tengok. Pengguna bijak.. Hmm

Bil electric kat rumah aku, tinggi giler bulan nih, walaupun rumah aku tak pakai Air-cond, tapi ya allah banyak dari biasa.. Ini mesti aku punyer pasal.. sebelum tidur, baca buku, mag konon, lepas tuh buku yang tidurkan aku… akhirnya lampu menyala sampai pagi.. Adik aku, suka buat keje sampai pepagi buta, siang hari dia tidur malam jadi burung hantu lukis pelan bumbung… Hmm bil apa lagi.. ahh duit rumah, duit kereta. Installment kereta akan habis bulan sepuluh.. lepas nih aku akan jadi orang kaya … Muahahha… no more commitment bayar duit kereta… sayang pulak nak tukar kereta tuh dengna kereta baru.. Dalam hati.. hmm kalau dapat kereta free dari peraduan Petronas tuh.. ahhh Alhamdulillah syukur sangat… kena buat kenduri doa selamat nih.. heheh berangan tak habis-habis.. Itu pasal jerawat banyak narr atas dahi aku.

Dulu masa sekolah, sebiji jerawat pun tak tumbuh.. rimas plak aku.. bukan atas dahi je, kat pipi, kat dagu semua ada jerawat kecik2… hmm tapi aku punya style.. biarkan aje.. hehe hormon berTUKARRR… (ala2 gaban).. Muahahah i should be proud of this.. bukan selalu aku ada pimples.. heheh.. rasa cam lebih matang dari dulu.. muahahaha.. umur nak cecah 28 baru nak matang.. ? hilang akal apa..

KB Oh Kb

Malam sebelum aku pergi ke Kelantan, ingat aku nak tidur awal, tapi aku pulang lewat jugak kerumah, sampai dalam kira2 jam 9pm, sampai sahaja aku terus capai kunci kereta, nak isi minyak penuh2, pasal next morning aku kena bertolak awal ke Kelantan. Kami raya di sana.. akhirnya pukul 12tghmlm jugak aku tidur. Aku kunci jam hanphone aku pukul 4am. Mujur paginya aku tersedar pukul 4am, tanpa rasa penat, tanpa rasa mengantuk. Alhamdulillah tidur aku cukup. Aku siap2, mandi, pack barang, pasal memang malam nya aku kena tidur. Tak sampat pack barang pun. So aku capai 2 pasang baju kurung, seluar panjang aku, t shirt and etc, etc. sekejap nya aku pack.. pantas.. baju aku sorang, so tak der hal kalau aku terlupa atau apa2. Alhamdulillah sumer aku dah pack.

Saturday pagi tu, aku bertolak ke Kelantan, kami bertolak kira2 jam 5.15am, dari rumah aku, aku drive ke LDP, sampai ke kepong, melalui, batu caves and terus masuk ke karak. Haiii masa pepagini lah perut aku meragam, walhal sebelum keluar rumah tadi, aku dah melepas.. hahahahah. tapi nasib baik symptom sakit perut aku sekejap.Ā  Sampai di station Petronas paling besar dekat karak highway tuh kami berhenti unutk solat Subuh.Ā  Kira2 dalam jam 5.50 am aku sampai kat situ.Ā  Besar betul station Petronas tu, macam2 ada.Ā  Kami teruskan perjalanan, pagi itu hujan, usah cakap, kadang2 lebat kadang2 renyai, lepas tuh lebat balik.. Itulah perjalanan aku sepanjang ke Kelantan ini. Walaupun pertama kali aku drive sejauh ini, tapi aku ok.. cuaca usah cakap, memang sejuk, dan jalan raya basah. wiper kereta memang tak berhanti bergerak.

Second place yang aku berenti rehat is, dekat Rehat and Rawat Gua Musang. haha Line telefon aku zero. No network terus. Kami berhenti rehat lebih kurang 1 jam, gi toilet and isi perut. Tak silap aku kami sampai di Gua Musang jam 9.50am. Kami menyambung perjalanan dalam jam 10.50am. Masa tuh baki perjalanan dalam, 200km lagi. Nasib baik pinggang aku tak meragam, Everything was so fine. Kami sampai di KB dalam jam 130pm, hujan dah kurang, tapi wiper kereta masih bergerak. Sekarang operasi aku nak pergi ke rumah kakak aku, di Beris Kubur Besar. So aku carik2, buat beberapa phone call, and akhirnya aku jumpa jugak, so far tak de la aku sesat. Aku ikut signboard, abang ipar aku kata, ikut kubang kerian, lepas tu ikut arah Pantai Irama. YEs aku jumpa. dan jalan dekat town KB sangat sibuk, mungkin ramai anak-anak dorang balik ke kampung, maklum la Raya Haji, katanya raya haji kat sini, lebih meriah dari tempat lain.

So bila dah sampai rumah kakak aku, petang tu aku tak kemana, keje aku tak de lain, tengok tv, tengok tv, habis satu movie, baru aku rehat… tidur.. zzZZzzz. Aku bangun dalam jam 530pm. mandi and activities hanya dirumah.

Hari ahad aku mak and adik aku, gi KB. Abah aku tak ikut, dia lebih suka duduk rumah tengok Astro, channel kegemaran dia Channel 6 and 70.Ā  hhah citer tamil. Pasal bapak aku memang fasih cakap tamil. Dari rumah kakak aku, jauh jugak nak ke KB, lebih kurang 15 ke 20km, pastu plus orang2 kat ke Kelantan nih kalau bawak kete, memang tak ingat orang lain, slow giler, serius, tah apa yang dorang tengok aku pun tak tahu, lepas tuh kalau nak masuk jalan, dorang masuk tanpa tengok kereta yang datang, main masuk ajer, gunakan lorong kecemasan dengan seberapa lama yang boleh pastu cilok depan kete orang. Aku sniri tak tahu cam ner, JPJ kat sini nilai orang2 yang baru nak belajar kereta kat sini. Sangat worse. Aku plak yang risau kot terlanggar dorang, naya aku kena sumpah seranak ngan bahasa dorang yang aku memang tak faham. Orang yang bawak motor pulak satu hal. Jalan dah la kecik, lagi mau jalan tengah2, aku paham jalan kat tepi tuh macam tak selamat sangat, tapi untuk memotong motor di Jalan raya Kelantan, is macam kita nak memotong kenderaan biasa jugak. macam2 hal.

Aku round KB, kat area central nya, from Jln Sultan Ibrahim, aku masuk ke jalan Temengung, and tiba-tiba mak aku kata ” ehh nih lah tempat mak beli bahulu tu”.. ooooo okok.. ku pun carik la parking. punyer la berpusing-pusing, akhir dapat jugak. AKu masukkan sejumlah duit syiling yang banyak. Pasal aku tahu mak kau mesti lama kat pasar nih. Lepas kami beli barang skit, makan tengahari and letak barang dalam kereta, kami berjalan ke, Pasar Besar Siti Khadijah, well aku rasa dulu aku pergi tempat nih , aku rasa masih lagi bersih, tapi kali ini mengejutkan, orang2 yang berjual didalam nyer seakan dah biasa dengan kehadiran makhluk2 yang lain. Aku ingat masa mak aku membeli bahan2 untuk nak buat laksa, Aku ternampak sesuatu di bawah dulang timbunan sayur2 kat situ.. aku dah seram.. and jauhkan diri aku dari tempat tuh, aku mula la suh mak aku cepat keluar dari pasar tuh. Kemudian mak aku stop kat kedai beras, satu lagi mkhluk yang aku alergi, lipas, makcik tuh about to catch the lipas, aku yang nampak lipas tuh, memula jarak kan skit diri aku dari mak aku, lepas tuh lipas tuh terbang pulak, nasib baik aku tak menjerit, dalam pasar tuh. Tahu2 sajalah kalau orang yang namanya ekin, kalau dah jerit, memang aku rasa, boleh pekakkan telinga orang. Kadang2 aku rasa, aku tak perasan aku boleh menjerit sekuat itu. hahah bisa sakit teling orang di depan, dibelakang dan sekeliling aku. Sekali lagi aku ajak mak aku cepat beredar dari tempat tuh, haii makĀ cam biasa nak naik atas plak.. aku nak tak nak aku ikut gak, dalam 3 minutes lepas tuh , kami semua keluar dari pasar itu. I think pasar tuh patut di lakukan sesuatu. yang pasti lepas nih aku takkan masuk lagi. Meremang bulu roma aku tengok makhluk2 yang menjadi penghuni pasar itu, aku rasa dorang pun dah biasa ngan visitors kat situ.

oklah, got to go, kakak aku pun dah habis keje..

cau