Love is Magic

Friday night, aku dok browsing to internet carik bahan untuk project sambil2 berchatting dengan class mate aku, discussed about our next tasks. Su, log off awal, lebih kurang tengah malam, biasa laa orang dah berkeluarga, commitment towards family pun kena jaga.. Lucky Sue, hubby dia supportive betul on her studies. She always been reminded by her hubby to concentrate and study well for her course.. Hmm bagus kan hubby dia..? (i ain’t got one. And to be honest.. am a bit jealous. Bukan ramai lelaki yang macam tuh..) Thought nak web cam je with Su.. but since Su tak dak mic and speaker.. so kena taip lahh.. (nasib baik jari jemari aku dah biasa menaip laju.. hahah bahasa pasar boleh laaa)

Hmm aku tak sedar, pukul berapa aku tertidur.. dengan notebook and internet connection yang still on. Mak aku bukak pintu bilik.. dengan aku terbungkam atas katil, lampu bilik aku masih terang benderang.. Aku bangun switched off everything, masuk bilik air, makan ubat and tidur. Since dah 03:30, aku tak makan ubat yang mengantuk tuh, nanti tak pasal-pasal aku tak bangun subuh. Sambung tidur…

Pagi aku bangun macam biasa, lepas solat terus aku keluar bilik. Abah dah balik dari surau.. tengah menikmati minum pagi dengan mak.. fatihah tak bangun lagi… Opah aku dah balik ke Ipoh. Gara-gara doctor kat sini tak bleh bagi stock ubat.. hmm whateverrr.. (aku menyampah system2 kat Me’sia nih).

Hari nih.. aku tak kemana-mana, hanya sekadar jadi driver, bawak mak pegi pasar.. tapi aku tak keluar kereta, since hidayah tertidur dalam kereta. Kak ila temankan mak. Balik dari pasar, kak ila balik ke rumahnya untuk masak, Hidayah stayed with Auntie Ekin. hehehe.. Hidayah dah tahu sebut banyak words. hehe Paling best sebutan Auntie…. dah betul. And she likes to kiss me on my lips.. lovable betul budak Hidayah nih..

Since Hidayah hadir dalam hidup kak ila.. i feel closer and closer to this little Hidayah, .. hmm kalau dulu, budak-budak kecik, ke baby2 nih memang aku.. entah kureng sikit.. But Hidayah is different.. Itu pasal nama dia pun “Hidayah”.. AKu yang dulu tak layan bebudak.. sekarang.. aku suka dengan budak tomei nih.. Kak ila kata aku “a different person now”.. (hmm yer ker? aku tak perasan pun). Tapi peliknyer.. aku suka kalau Hidayah datang rumah aku.. and she likes to sleep on my bed too. Mak and abah pun dah anggap Hidayah macam cucu sendiri..sikit-sikit hidayah, . πŸ™‚ . Haha.. aku yang tak pernah beli present untuk anak2 buah yang ramai tu tapi for Hidayah.. am willing to spend easily… (waahh magic nya.. this is what love meant to me.. MAGIC) Macam ada pari-pari dari kayangan pulak yang bagi sprinkle kat aku kasik suka kat budak kecik nih.. hahah (Apa aku mengarut nih.. ) hmm It is true.. i do feel a bit different. In other word, Pelik Tapi Benar.

Well…for me Love is always Magic.. kita tak tahu dia nak datang.. and we don’t even plan for it. tiba2 ada kat depan mata.. bezanyer sama ada kita dapat merasainya dengan cepat atau kita slow skit atau failed nak interpret and internalize feeling kita… haha tapi dalam case DSAI and saiful.. ini bukan love dah.. this is lust. laknatuallah.. eee apa nak jadik yee dunia sekarang.. astagfiruallah.. aku tak tahu nak cakap apa.. Cuba bayangkan kalau betul laa DSAI jadik PM.. gosh.. aku rasa kalau aku banyak duit and enough qualification aku pun nak berhijrah ke tempat lain.. tak sanggup lahh nak mengangkat orang macam DSAI sebagai pemimpin. Orang2 macam nih dalam Islam memang tak layak jadi contoh or ketua.. Pendapat aku.. si saiful tuh dah bersumpah seadanya, tapi undang-undang dalam negara nih or mana2 dalam dunia.. kena ada bukti.. eee macam tak best jee letak cerita nih kat sini. Aku rasa tercemar seluruh cerita aku kat atas yang manis-manis tuh.. I stop here.. Tepuk dada, tanya Iman.

Good day All.

p/s: Jangan lupa tengok badminton Esok jam 1830.. huhuh (doa2 lahh Malaysia menang at least 1 gold/silver medal pun okla tuh.. ) Kasi angkat skit Dignity kita.. walaupun ada perkara lain yang lebih tercemar berlaku dalam negara.. isk isk isk.. Cubaan..

Secara Langsung.. :)

Aku rasa lama betul aku tak meng-update secara langsung dekat blog kecik nih.. Ada sahaja yang tertunda. Bz..paling aku tak boleh lupa kisah aku hampir2 melanggar seekor kambing yang agak tinggi dari hadapan kereta kancil aku dalam perjalanan balik dari class. Entah dari mana kambing hitam tuh datang.. tiba2 dari tepi jalan dia berlari ala2 kuda yang dalam sukan equestrian.. nampak slow tapi laju sebenarnya. Dengan kelajuan 70km/sejam aku sempat break walaupun tak berenti terus, tapi jarak kereta aku dengan kambing hitam tuh just less than a meter.. alhamdulillah aku tak langgar kambing tuh, and kereta kat belakang pun tak dak. Aku yang kat dalam kereta beristiqfar panjang dengan incident itu.. fuhh alhamdulillah selamat.. kalau tak.. tak pasal2 kereta kancil aku tukar nama.. jadi kereta kambing.. (aku rasa kalau aku langgar kambing tuh, cermin depan kereta aku akan pecah. atau lebih teruk kambing tuh boleh tergolek ke arah aku.. or probably aku jadi arwah sekarang… Gemuk ok kambing tuh.. sihat ya rabbi )

On Saturday 12 July .. yang aku ingat aku pi main tennis ngan tenis buddy aku kat 3k, Subang Jaya, bila habis main lepak2 keringkan peluh, sambil minum air kelapa muda kat restaurant SG, 3K. Judd pun belanja aku beli over grip untuk racket aku. Tq Judd.

Habis main tenis, aku balik rumah terus ke bilik air. Mandi solat zohor and terus keluar and memandu ke Serendah. Abang aku dah ambik mak and abah dari Ipoh. So abang aku suh datang ambik dorang kat rumah abang. Aku memandu kereta kak ila dengan kak ila and Hidayah sekali. Aku sampai umah abang waktu tuh hujan lebat sangat sangat. Terpaksa memayungkan kak ila and hidayah sampai kedalam rumah abang. Bila aku sampai umah, mak pulak tak berapa sihat. Aku just stay sekejap and menjamah sedikit hidangan ikan tenggiri masak kari kat rumah abang. Sedap.. Kak yati memang pandai masak. Tak lama lagi Abang aku akan dapat baby baru tak lama lagi.. Anaknya yang kelima. Wow.. abang aku paling express antara kakak2 aku. (hampes) Kak sila dekat NZ baru informed aku thru ym and call bagitau mak and abah yang dia sah mengandung anak ketiga. Hahaha bertambah lagilah keluarga Hj Abdul Wahab.. and bertambah lagilah anak buah aku.. hmm akan menjadi 16 orang.. huhuhuh. sure meriah kalau dapat kumpul ramai2.

Petang tuh jugak around 5pm aku balik dalam keadaan hujan lebat dengan sedikit banjir di antara Serendah ke Rawang.. lucky kereta kak ila OK. Thanks kak ila. πŸ˜€ . Hmm opah pun ada. Sekarang ingatan Opah aku tak macam dulu.. banyak perkara yang baru-baru dia tak ingat. So on Sunday it happened that kak ila bekerja and baby sitter kak ila pun bercuti balik kg, so aku yang menjaga hidayah. Sambil menengok mak yang tak berapa sihat, demam panas dan opah yang memerlukan tuntunan. Abah mujur boleh uruskan diri sendiri.. and lucky i have energy to handle all these…

Alhamdulillah waktu itu aku tak penat and merungut.. thanks Allah.. for giving me my patient and strength. Mak kalau demam, memang semua benda dia tak mau, makan, even mandi pun susah. Opah pepagi aku kena mandikan.. siapkan breakfast and lunch. Nasib baik hidayah tak meragam masa nak tidur. Actually ada kenduri yang supposedly mak nak pegi.. mak suruh gak aku pegi kenduri kat block sebelah, katanya nanti apa pulak nenek kata.. Lepas kak ila balik dari kerja, about 3pm aku ajak kak ila pegi rumah nenek saudara kat block sebelah. Terima kasih kak ila.. sebab temankan ekin. .. tiba waktu petang aku kena mandikan Opah. Hmm rupanya melayan orang tua nih memang betul2 macam budak kecil..manja and nak kena belai. . Malam sebelum tidur Opahku akan di pakaikan pampers. Ingatan nya tak berapa mengizinkannya untuk ke tandas bila tiba waktunyer. Fikiran aku memang tidak boleh lari dari memikirkan waktu aku tua nanti macam mana..(kadang-kadang terpikir yang aku tak mahu hidup sampai usia yang lanjut)

Monday morning aku berkeras gak nak bawak mak pi clinic. Aku sms Rahimah, that i will be a bit late to the office this morning. Rahimah replied OK. Mak aku jenis degil skit. (macam aku jugak kuang kuang kuang) Mak masuk bilik aku bila keluar dari bilik air.. bagitau yang dia tak mau pi clinic “Kin.. tak yah la pegi clinic tuh..mak dah sihat” I said “No. Mak kena pegi jugak.” Lepas aku mandikan opah and bawak mak pi clinic baru aku rasa tenang masuk office. I called makcik aku untuk tengok2 kan mak and opah dekat rumah. Makcik aku datang ke rumah sambil bawak makanan untuk lunch. From my office i called for update. Abah aku said OK. Malam tuh aku ada class sampai kul 10pm. Aku mintak tolong kak ila siapkan makanan abah, mak and opah malam itu. Kebetulan kak ila tidur rumah aku malam tuh. Tq tq tq.. Tq so much for the helping hands.. (Macam manalah aku nak balas.. )

Mak is getting better on Tuesday. On Wednesday, makcik aku pulak nak bawak opah aku kerumah nya..Sebab aku kena bawak mak pi medical follow up kat UMMC. sampai hari nih opah masih dekat rumah makcik aku. Sakit pinggang.. kesian opah.. Aku teringin nak bawak opah jalan2 dekat midvalley or KLCC. Masalahnya kereta aku kecik.. wheel chair opah tak boleh masuk kereta kancil aku. hmm Opah aku jenis adventure. Sukakan perfume, berbedak and cukup menjaga penampilan dirinya walaupun dirinya buta. Bab makanan opah tak kisah.. Dia rock.. makanan apa sahaja dia boleh makan. hehehe.. Sure Best kalau boleh bawak opah jalan-jalan.. ( mungkin aku bleh pinjam kete kakak aku.. :D)

Semalam aku pi main tenis ngan my tennis buddy lagi.. huhu kali nih main lebih syiok.. judd kata my strokes are better.. heheh tqtq next time kita lawan.. probably next week ka.. kita main kira mata.. hahaha (macam terror).. Tengah syiok main hujan pulak.. sementara menunggu hujan berenti and court kering aku enjoyed tengok orang main netball. hahah pemainnya terdiri dari lelaki sahaja. hehe mula-mula aku gelak. tapi mamat tuh kata.. dorang memang dah lama ada group and they are actively playing this game. no kidding they are damn good. bagus tau dorang main.. Mamat tuh siap promote lagi kat aku, if kat office aku ada orang-orang lelaki yang nak main netball… hahaha interested?

Tadi aku pi main kat tennis wall kat Kelana Jaya.. ramai pulak orang mai waktu petang nih. Kak ila and hidayah teman kan aku.. hehe Hidayah dah pandai jalan nanti boleh main tennis ngan Auntie.. πŸ™‚ FYI, Hidayah dah pandai panggil aku Auntie.. Tapi sebutan nyer ATi.. “T” yang berbunyi seolah-olah dia menyebut huruf “Ta” yang cukup hamas nya. hahahah

Esok bermula minggu ketiga kat tempat belajar aku.. hmm aku tak tengok pun lagi soalan2 untuk project sem ini.. i need to start early and be prepared.. aku tak nak ketinggalan.. Anugerah dekan seterusnya impian aku.. Ahaks.. (berangan lagii!! ) insya allah. πŸ˜‰

Sem baru bermula lagii!!.. :)

Huhu.. minggu belajar or sem baru dah bermula.. Hmm first wk biasanya banyak class yang cancelled.. Haa aku pun antara mangsanya.. sepatutnya on Monday aku ada class started at1800.. hmm tapi takder sorang pun maklum. bebudak fulltime je ramai.. budak2 PLK.. kak Zana sorang je dalam class. Aku tak tahu.. tapi lucky kak Zana ambikkan course details.. @2000 aku kat class tunggu lecturer for another subject.. hmm tak datang.. Ramai gak kawan-kawan lain yang ada.. tapi akhirnya kami keluar after 40 minutes.

On Tuesday.. Aku datang ke campus lagi.. supposedly ada class from 1800 to 2200.. hmm lecturer tuh cuti seminggu pulak.. tak der sapa informed.. hangin jee kawan-kawan lain.. yelah.. nak plak minyak tengah mahal.. ada yang datang dari sejauh Sri kembangan, dari kajang. Kesian dorang.. Aku pun kecewa gak.. apsal lah cuti lecturer nih tak di freezed masa first wk of the sem. Walhal 2 bulan students tak der kat campus and tak der class lagi.. (mungkin lecturer tuh pi course kot.. ) Well.. semuanya maybe maybe.. mangsanya kami..

Yesterday was my first class for third language.. hmm aku registered for Mandarin.. since japanese language tak dak kat campus aku.. hmm i hv no choice.. Tapi menarik gak mandarin nih.. haha silap2 bleh pi china jalan2.. travel.. (perhaps.. one fine day.) Syiokk.. (huh.. berangan tak habis2). Lecturer dia pun best.. sempoi.

hari nih.. aku tak dak class.. fuhh lega skit.. compared than last sem.. everyday Mon to Fri ada class.. This sem.. kira ok skit.. Heheh.. dalam kepala ada macam-macam rancangan berlegar dalam kepala.. (mungkin bisa di realisasikan.. ahaks ). Malam nih ada pasar malam kat umah aku plus kak ila tidur umah aku.. since hubby nyer kerja malam.. (yeye.. bleh memain and tidur dengan hidayah). Tak lama lagi Hidayah genap setahun (16/07).. hehe dia suka makan, aku suka suapkan hidayah makan.. hmm tapi badan halus jee.. macam mak dia gak.. Hahahah…

Taxi in Shah Alam…

Thursday is a working day. Hari nih aku tak de class malam. pagi-pagi aku dah sms boss aku yang aku akan masuk lambat, because i want to send my car to perodua service centre @glenmarie. Tak la jauh sangat. Very near to my office, i think about 3.5 km.

Aku sampai dekat pusat service lebih kurang jam 8.40am. Tempat nih bukak pun 830am. Tunggu punyer tunggu jam 10am aku baru habis. Hmm macam-macam nak kena betulkan. Budget probably dlm Rm1500 kot. Fuhhh.. sakit perut aku. I have to leave my car here for few days.. lucky me kak ila boleh pinjamkan aku keretanya. Boleh lah aku ke class. Paling awal kereta aku akan siap on next Tuesday. Soon as aku habis urusan aku suruh la orang perodua nih call taxi. Walaupun office aku tak la jauh sangat, tapi berpeluh la aku kalau nak kendong thinkpad yang besar nih ke office. And traffic dekat kawasan sini laju2. Nak tak nak aku kena ambik taxi. No choice. nak suruh kawan2 office aku ambik, aku rasa menyusahkan orang pulak. nak suruh kak ila pun, aku takut mengganggu dia bekerja.

i’ve waited for 15 minutes, taxi tak mai lagi. Aku bertanya lagi dengan orang perodua nih, ” hmm taxi ada bagitau tak nak sampai berapa minit”? orang tuh reply..” nanti saya call lagi sekali”. Aku pun dengar la budak tuh call.. (bukan budak pun).. and she said to me ” kalau orang taxi mintak Rm10 ok tak ” huh.. dalam hati aku.. Rm10 to my office, cekik darah betul.. ” Ok la..” whatever. Aku replied. Masa tengah tunggu taxi tuh.. aku rasa aku dah nak exploded giler2 dah.. dalam hati aku kata.. kalau taxi nih tak sampai tepat 1030am. aku akan bangun and suruh budak tuh cancel that taxi.. dah la nak Rm10, pastu datang lambat. Tepat jam 1030am taxi masuk ke perkarangan pusat service. Aku say thanks to budak pompuan tuh and terus keluar. Biasalah kan.. dah masuk dalam kawasan pusat service yang sesak… orang taxi nih menggamit tangan kat aku.. so that i can walk to his taxi.. aku biarkan aje.. aku berdiri dekat tempat aku berdiri.. tunggu taxi betul2 berhenti depan aku. Ko nak Rm10 aku kan.. aku masuk taxi and releks. After 3 to 4 minutes dah sampai ke perkarangan office aku.. aku suruh orang taxi tuh masuk and berhenti betul2 depan pintu lobby office aku. Aku keluar kan Rm10, and keluar.

Pemandu tuh orang melayu, hmm cekik darah betul… geram.. aku hanya naik few kilometers je.. dari perodua kat glenmarie ke office aku dekat Menara Mesiniaga. Siapa yang tahu, sure akan kata dekat giler… tak patut betul. Aku baru teringat yang taxi dekat Shah Alam memang semua installed meter.. tapi tak pernah pakai pun.. dorang main letak harga je.. Macam mana yee dorang boleh ambik duit orang sesuka hati and charge public pastu pakai duit tuh tanpa rasa bersalah.. Bukan aku tak halalkan.. halal.. tetapi.. lepas orang merungut, mungkin sumpah seranah.. baru dorang dapat duit tuh.. itu pun selepas sakitkan hati pengguna macam aku.. Apa dorang rasa haa..

Aku tak pasti lah.. macam mana dunia pemandu taxi yang charged public macam nih.. how do they spend the money… hmm tak rasa bersalah ke.. bagi family makan duit yang macam nih.. ee pelik. Aku dulu pernah la floating kat office aku nih lepas balik dari project kat TPM, hmm rasa tak senang duduk bila 3 minggu aku tak der kerja… rasa macam makan gaji buta.. duit masuk tapi tak buat kerja.. serba salah di buatnya..

Sampai office, aku teringat yang Friday ada meeting. Dua meeting, first with engineers and satu lagi petang @1500, with Dell people. Meeting with engineers kul 8am, Friday. Arrghh aku kena siapkan presentation slides.. Aku kena siapkan report yang aku kena gali.. one by one.. aku kena compile engineers certifications and Incident report and etceteras.. Fuh banyak benda. Lucky me hari nih tak der class.

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila, kak ila ambik aku dekat office and kami makan tempat biasa. lepas lunch aku bawak kereta kak ila ke office aku. About 6pm aku keluar office, ambik kak ila and terus balik rumah. Thought nak pegi pasar malam dekat rumah aku, hmm nak beli air kelapa muda yang best.. Hmm tapi hidayah tak berapa sihat.. muka, badan and all ada bintik2 merah.. hmm campak ke nih?.. I’ve decided untuk bawak hidayah pegi ER lepas magrib.

Sampai dekat Subang Jaya Medical Center.. fuiyyoo ramai nyer orang dekat ER nih.. giler ramai.. jam baru 830pm.. Aku menunggu sambil baca newsweek… kak ila dah bawak hidayah kedalam.. kena buat blood test.. pastu tunggu lagi.. almost 1 hour result baru keluar pastu tunggu giliran lagi, because patients terlalu ramai. Dalam jam 1130pm barulah hidayah masuk consultation room. aku dukung hidayah and kak ila masuk sekali.. Doctor kata the blood test result, is ok.. cuma ada skit virus infections.. hmm virus dari apa.. itu aku tak tahu.. doctor just bagi ubat and kami balik. Sampai rumah tepat 12am.

Aku bukak thinkpad aku and on my VPN. aku kena siapkan jugak presentation slides aku.. dalam jam 3am baru aku siap and i’ve sent out the email.. Fuhh lega.. Tutup machine and change my attire ke baju yang sesuai untuk tidur.. releasedd… syiok giler dapat tidur @0300. Apa2 pun. aku kena reached office awal esok.. kalau tak merajuk boss aku. πŸ˜€

Where is Sharlinie?

Di mana Sharlinie, Sedih bila dengar ada case kidnapped macam ala2 Nurin Jazlin nih, siapa la yang kejam sangat memisahkan anak kecil dengan family yang sayangkan dia. Aku probably antara penerima email tentang postmortem Arwah Nurin Jazlin, but i’d never forward to anyone, sedih yang teramat, gerun, rasa benci dengan kekejaman yang orang jahat tuh buat. Sampai hati orang jahat tuh tengok anak kecil nih menjerit, kesakitan, dan mintak tolong. I can see it thru her dying face yang orang captured masa tubuh badan arwah masih berada didalam beg. Kejam!!!..

dimana-sharlinie.jpg
These number are valid, courtesy http://www.Salam.Org.My
Now there is another story, very near to my house, exactly dekat rumah aku. Kadang-kadang aku terbayang kalau2 Nur Hidayah hilang.. i just can’t imagining it.. macam mana sedihnya, macam mana rindunya aku dengan senyum, ketawa, dan tangisan hidayah.. Auntie luv Hidayah so much.. Orang jahat nih takder agenda lain ke?Dorang nak apa kidnap budak2 kecik nih? Dorang nak jual organ ke? or are they going to abuse a little child? They are not suppose to be treated as human.. because they don’t have respect at all on Allah’s creation.. BO*OH!!!. Baru2 nih dorang dah dapat tangkap suspect Nurin Jazlin, tapi hanya suspect, ujian DNA belum disahkan. Please expedite it.. people needs to know. Apa hukuman paling bagus untuk orang yang menyeksa seorang kanak-kanak? Seksa dia dengan cara yang sama . Biar dia rasa macam mana sakitnya budak kecik tuh. Padan Muka.

1st of Muharram

First of Muharram fall on Thursday. It’s public holiday again. i wasn’t plan to go anywhere, since my mum requested to bring to her to the wet market. hmm I’m not in a mood. Feeling so lazy especially this is my first week of my PLK classes. Penat, Exhausted. nak rehat je hari nih. Finally, my mum and kak ila went to wet market with kak ila’s husband. Aku lepak rumah main dengan Nur Hidayah. Hidayah suka main dengan aku, and she always smile at me when i called her name. Bila aku panggil dia “Cantik” definitely she will turn her face to me… Geram… kalau aku panggil dia “tembam” dia buat derk je. πŸ˜€

hmm hari nih mak masakkan aku lauk kegemaran. Aku rasa kelmarin aku ada sebut nak makan lauk asam pedas ikan tenggiri. haaa i so luv my mum.. siap demand lagi.. masak pekat2.. extra pedas pun tak pe.. ‘Ekin mengada-ngada’. πŸ˜€ sambil-sambil tuh aku tolong mak ‘mengacau’ dekat dapur. My mum very understanding.. Abah aku macam biasa. He is a cool man, gentle, very generous, diam.. tapi kalau dia dah cakap.. bebel dia lebih dari mak aku. Ahakss..

Petang lepas solat zohor aku keluar ke Fitness first, rasanya dah 2 minggu aku tak pegi.. Konon sibuk. ;D. Sampai dekat sana aku tukar selipar dengan kasut sport Adidas aku yang dah lama.. hmm teringin nak ada running shoes yang baru.. tapi kasut nih pun elok and cantik lagi. Bila la kasut nih nak rosak yekk. ? hahaha.

Sekarang nih kalau aku pegi fitness first aku akan minum favourite drink, either fruit tea or green tea.. ahhh lega sedap, and suam2. 100 Plus, aku dah tak minum, macam malas nak minum.. haha nanti tengah exercise rasa cam nak kentut plak.. muahaha.. hmm tapi tak pernah pun kentut aku terlepas muahah.. hampes ekin.. cerita apa yang ko type nih.
lama jugak la aku ber work out kat sini, dah habis session, penat and bau badan sendiri pun aku dah tak suka, aku naik atas mandi.. mandi is the best moment kalau lepas work out.. tahu2 aku keluar orang semua dah hampir takder. orang yang terdahulu mandi pun dah berjalan balik..Jam 6pm baru aku keluar dari fitness first. Alamakk hujan pulak.. lebat.. aku tak solat asar lagi.. hmm memang plan nak solat dekat rumah, alamat hujan macam nih.. kalau tak sempat aku terpaksa la singgah dekat masjid Subang jaya SS15.

Akhirnya, di sebabkan tak mau menunggu, aku redah hujan lebat bila butir air nyer dah mengecil. Bayar parking RM2.00 and charlos. Sampai rumah @620pm, pakcik and makcik aku datang rumah. Aku berlalu solat dulu pastu pekena kopi hitam berhalia..joint pakcik aku sekali.. superb kopi nih.. Tak main la halia serbuk, raw ginger yang di tumbuk lagi power. Fuuhhh…

Malam aku tak kemana, hanya lepak rumah layan internet, carik bahan untuk class aku esok. Mak, abah, fidah and adik aku plan nak balik ipoh esok. Alamak tinggallah aku sorang2. hmm tak best nyer. Fidah ada medical follow up kat Hospital ipoh, mak and abah aku temankan dia balik, because she’s not used to drive alone to Ipoh, this is her first time. lagipun kaki dia kalau sakit tengah jalan.. ada la orang tolong urut or whatever. probably adik aku bleh gantikan dia.

Bee Movie and Era Hotlink 2007

Early Saturday morning, I woke up, performed my solah, ate my cereal breakfast. Mandi and get dress with my jeans and Tee. Aku ajak adik and adik sepupu aku, fidah, pegi breakfast, sementara aku hantar kereta untuk di cuci di kedai biasa.

Lepak dekat kedai biasa, fidah makan nasi lemak, adik aku makan mee rebus. Aku dah breakfast dekat rumah, hanya order air suam untuk basahkan tekak. Malas aku nak breakfast banyak2 cukup sekadar mengalas perut..to monitor my weight.. risau aku bila lepas2 raya nih.. faham-faham je la.. hah. good news is.. i’ve lose 0.5 kg in 4 days.. muahahah syiok

Lepas breakfast and cuci kereta, aku hantar adik aku balik rumah and straight to Cineleisure, Mutiara Damansara. Kereta agak banyak di jalan, tapi cuaca cantik, cuma terlebih sejuk plak. once i reached the Curve, tempat biasa yang aku park kereta is dekat B2. Lucky me, the parking lot is almost empty, pagi pun. Parked my car and climbed the escalator to centre court. Straight to Cineleisure, naik atas and waited my friends. Semua orang belum sampai. Berlalu ke restroom. Bila aku keluar semua kawan-kawan aku dah sampai. Jue, Syukur and Din. Tengah berbaris dekat counter minuman, ternampak pulak muka yang very familiar Pakcik Lan and makcik Shikin aku yang duduk di Desa Moccis di Sg Buluh.. probably menonton cerita yang sama kot. Aku menyapa. Yes they are going to watch the same movie, tapi tak sure plak panggung yang sama atau tak. A bottle of mineral water for me. That’s enough. Soft drink and ice definitely a no no for me.

Kami semua masuk ke panggung on time, except for Din, ada press conference plak dekat luar, kami semua masuk dulu, duduk dekat seat yang hampir2 terkebawah, lucky us, tak sampai sakit tengkuk. Ceritanya best, funny and hilarious. best sangat. Thank you Syukur for the invitation. Lepas menonton kami semua lepak minum sekejap di Kayu Nasi Kandar, Tesco. Tak pernah aku sampai dekat sini. Not so familiar. Aku ikut Jue sahaja mana dia bawak aku. Aku hanya minum plain milo.. walau dah tengah hari, perut aku tak rasa lapar plak. Baguspun. mungkin sebab mineral water satu bottle aku habiskan… πŸ˜€

selesai di Kayu Nasi Kandar, aku terus ke kereta. Jam dah 1.30pm. Memandu balik. Alamakk.. hujan lebatnyaa.. habis kereta aku yang baru di basuh tadi 😦 . Selalu macam nih.. Sampai rumah pun masih hujan. Tak la lebat tapi boleh basah baju la.. Terus naik ke rumah, salin baju and solat zohor. Lepas solat aku tertidur dekat sofa. Tak dan baring dekat katil aku pun. Jam 3.30pm aku terjaga. Cuaca masih sejuk dan mendung. Aku call kak ila. Kak ila ada dekat rumah, cuti hari sabtu. Adik aku keluar beraya dengan kawan-kawannya ke Kuala Selangor. Jauh betul adik aku beraya. Best friend katanya. Lepas solat asar aku ironed baju raya yang aku nak pakai petang nih. Hmm rumah terbuka Era Hotlink kena pakai baju raya. Bolehlah… pakai lah apa yang tercapai dek tangan.

 

Jam 630pm aku keluar rumah dengan kak ila. Jue tak dapat ikut, ada class. Kak ila tinggalkan babynya dekat husbandnya. Later adik aku akan ambik baby kak ila and bawak kerumah aku. Husband kak ila bagi green light and dapatlah dia ikut aku. Aku pun tak der orang lain yang aku boleh ajak. Syukur kata register 645pm. aku sampai dekat level 15 @ballroom jam 645pm. Hmm tapi Syukur and Din tak sampai lagi. Tengah duduk2 menunggu, rupanya Yoga Zone pun ada buat conference on the same day. Menarik sungguh. I would like to joint, thought.. hmm tapi tak der kelompok orang melayu pun?.. nanti rasa janggal plak. Tapi yang ini aku kira, maybe for professional instructor. Body dorang semua sihat2.. in a good figure. tak jumpa lemak pun. hehehe.. Sure badan dorang ringan giler and boleh buat macam-macam movement yang difficult.

About 720pm Syukur and Din sampai. Terus register and masuk hall. Hmm aikk tak ramai plak.. tadi apsal nampak ramai? Concept merah and putih. Hotlink. Terus carik meja duduk for a while and went to prayer room. surau @lvl 10. sejuk giler suraunya.. lepas solat aku and kak ila masuk hall balik. Majlis belum bermula, tapi orang macam tak penuh-penuh. At last, about 8pm, majlis bermula. Nana and Keiran jadi pembuka bicara. Petah betul DJ2 nih bercakap kan..kalau aku la yang jadi DJ, rasanya boleh membazir je bagi aku mic tuh. Aku tak petah bercakap, walaupun cita2 asal aku nak jadi lawyer, itu agaknya aku disqualified untuk ambik law. πŸ˜€

Majlis bermula. the first thing is MAKAN. dari tengah hari aku tak makan, tak lapar. Malam aku balun.. Muahaha. Tapi paling weird is laksanya. Ikannya rasa macam ikan tuna atau sardin dalam tin.. tapi yang pasti bukan brand biasa.. Weird pun aku belasah sampai habis. :D. Kuih muih malas aku nak sentuh, kak ila ambikkan aku cheese cake and few pastry/dessert with fruits. Akhirnya buahnya sahaja yang aku makan. πŸ˜€ other than that, ada nasi minyak, rendang daging, Lamb bromia, curry and dalca. Walla.. rasa jangan tak rasa.. Satay, pecal and etc etc. Food banyak sangat tapi orang tak der. I saw soto ayam.. alamak lupa plak nak ambik.. hehe..

During the event ada banyak games, hmm tapi aku cam segan nak joint memang la hadiah nya best.. hmm tak perlulahh.. tapi yang paling excited is dapat jumpa dengan bintang AF5 Mila and Diddy. Cute sangat mila tuh. hmm rasanya setinggi anak buah aku yang sulong. Hehe kasut dia jangan cakap, 4 inch. itupun tak boleh lawan ketinggian aku. Paling tinggi kasut aku pernah pakai pun setakat 3 inch, itupun aku dah rasa tinggiii… Very cute and tiny person. Mesti puas dia makan kacang kan, tapi tak tinggi- tinggi. Nak carik baju sure payah. πŸ˜€ Anyway.. she’s a great singer, suara power cuma yang tak power speaker pecah kot… kureng skit.

Majlis over @ about 2200 i guess. Bayar ticket parking and ambik kereta aku dekat level 12, kunci semua pintu and drove back to my house. Kami sampai after 12 minutes. dekat Sunway Hotel je pun. Sampai rumah aku salin baju, gosok gigi and solat. Tidur agak lewat sikit sebab Hidayah meragam.. selsema. Akhirnya jam 0100am baru aku dapat tidur. ZzzZzzZzz.