What should i…

Well.. let’s start with update on January.. since the class had just started.. for the least i am glad..  i dont feel bored driving home and arrived early.. most of the time i enjoyed the religious classes at auditorium.. Now i have to put it aside.. leaving all interesting topic in Hadith class with Ust Abdullah.. Class with Ust Rosli from USIM.. 2 last session with Ust Hasrizal with the 7 habits of effective people – Al Ghazali & Stephen Covey.. hmm. nak tak nak i have to chase another ilmu agenda in Uitm Puncak perdana..sib baik ada geng rajin posted and shared voice recording for all these Ustaz.. Thank God.

Also.. fuhh.. rasanya this 2011, it’s gonna be like mary-goes-round.. harap2 semuanya berjaya dilaksanakan.. Amin.. hmm i think i need to list all things that need to be done.. kita draft dulu

1. Voice recording evalution – this is every month nyer keje.. adus.. commitment.. commitment.. jgn aku mengatuk masa dok dgr recording ni sudah..

2. Internal training – i would be conducting more than one training session with engineers after CNY.. hmm definitely the modules and manual need to go through amendment.. editing.. improvement.. lucky me that i dont have to do it elsewhere. Dekat office HQ shj.. alhamdulillah. Just read an email from my bos.. she’s suggesting to do it after office hour.. OMG how about my classes.. 😦 Ya Allah tolonglah permudahkan perjalanan sem ini

3. KPI reporting – this is my quarterly job.. adus i am sure there will be another changes in this first quarter.. however i take this as a positive changes.. because without these changes.. it also means that the report is not improving.. therefore.. changes is crucial.. (Yeah bring the changes on baby)

4. Kbase – would be my nearest project. Insya Allah by end march should / must be ready.. that’s what i told the protege of mine.. hahaha.. ini la case mentor-mentee ni.. another headache

5. Sure all my school project would be end on Aprill adus.. research project.. and sudden changes on who’s-teaching-what… bukan apa.. i may be need to change a bit my in-class-study-rhythm.. since one of my lecturer most probably will swap with someone else.. honestly.. it is not easy for me.. since i’ve experienced that changing lecturer is another mary-goes-round episode.. let’s pray for betterment.. tak mau jadik mcm sem lepas.. HARU

6. Follow with final exam weeks..

 

Around KRABI.. nak mimpi japp.. *:)

7. On june.. is the one that i’ve waited since last year.. Trip to KRABI.. aduss.. ini lah cuti aku.. just waiting for MATTA fair to buy good ground package.. Definitely snorkeling trip to Phi Phi island, nice beaches.. elephant trip.. whatelse.. i suppose these are all the planning.. panjang umur dapat lah aku buat semua yang kat atas… insya Allah

Again.. Dear Allah.. wish that you could give me strenght and strong spirit to go thru this period.. Amin

ESQ training and chikungunya fever

Hi Precious Journal..

This is just a short entry.. I will be off to external training.. hmm something to do with leadership training.. It is not really about leasership.. but it is called ESQ leadership training because (according to the website) it says that we will learn about the experience of the most influential leader in the world history (which is our S.A.W) especially the values, principles and actions that makes him a great top leader. I once read this book (particularly on his chapter and few other leaders e.g: Gautama buddha, Jesus Christ and Leonarda Da Vinci) baca and close (aku tak baca semua). Hmm the training will be conducted by.. i think a Malaysian kot.. hmm for further info.. probably this link can provide the info on the  training.. Tiga hari 19-21 Dec, 2008 @ Summit Hotel, Subang Jaya.

Lucky my boss dah pi awal.. unfortunately.. minggu ini she is not feeling very well.. terkena  chikungunya fever.. previously she told me that her maid had this fever.. hmm kesian kali nih dia pulak..  take care Rahimah..  🙂

Desired and Persuaded?

Dari minggu lepas, weekdays, aku tak berapa sihat.. sekejap demam sekejap ok. diarrhea and gastric.. macam-macam. La nih aku kena selesema pulak.. mungkin sebab.. bilik training yang aku duduk untuk dua hari tuh tak berapa bersih. (Dia yang tak reti jaga kesihatan.. benda lain plak nak di salahkan 🙂 )

Well.. on the first day.. memang la aku tak perasan.. bilik berair-cond kan… Tapi yang aku perasan masa pi solat kat surau tingkat basement 1. Yang peliknyer tapak kaki aku hitam giler… Aik.. apsal nih ? nak kata kasut aku yang turun warna.. kasut HP nih dah lama aku pakai.. tak pernah plak keluar warna hitam cam nih.. Lepas keluar dari bilik sembahyang baru la aku teringat. Masa dalam class, aku nih fesyen suka bukak kasut.. berjalan dalam class dengan kaki ayam.. suka bersila, bersimpuh, or lipat satu kaki masa duduk kat kerusi… Sahih..

Hari kedua.. aku dah mula bersin.. aku test kaki aku kat atas carpet bilik training nih.. Ya allah sahih.. habuk kekal atas carpet yang memang takkan nampak dengan naked eyes.. aku start bersin sepanjang class. Hidung mula berair.. suara makin tenggelam, serak, sengau, hidung aku rasa gatal and macam-macam lagi. Aku dengan selamba nyer letak comment dalam survey sheet. “This carpet, need to be cleaned and vacuum.” hahaha siap letak nama aku terang-terang, dengan nama company sekali. (Whatever ekin..)

Apa2 pun, training Excel 2007 level intermediate and advanced tuh sangat menarik.. Aku suka… lepas nih aku nak pi training data mining pulak..

Hari nih.. kat office, inaz balik half day.. Tak sihat katanya. Aku dengan selesema.. suara maha serak and sexy, hidung berair.. masih dekat office. Lepas nih ada plan baik Asri nak bagi aku.. hmm aku tak sabar nak tahu. Lunch hour aku pi lunch ngan kak ila. kak ila masuk kerja 0600am hari nih. So about 1330pm aku ajak kak ila keluar lunch @ Carrefour Subang Jaya. lepas lunch aku hantar kak ila balik ke SJMC and aku terus ke office. Boss aku mintak fetch her kat Pusat Service Perodua kat Glenmarie. Aku ambik Rahimah @1500, by 1530 aku dah sampai office. Prepared few more slides for today’s meeting, sebelum aku hantar to my boss and orang-orang kat penang.

Before balik, Rahimah panggil aku masuk bilik dia. Tengah dok discussed, Asri joined in. There is another task or should i say, new assignment for me. Hmm.. tak tahu la aku nak ambik keje nih ke tak.. rahimah asked me to think about it.. over this weekend.. hmm kerjanya ala2 persuade orang.. Ee pandai ke aku persuade orang.. ? Apsal boss aku kata.. aku boleh buat, base on my previous job and experienced.. ee aku rasa.. aku la orang yang tak pandai nak memujuk orang.. Hmm perhaps customer or dengan client ok kot?.. She said that i have a potential.. the best thing about this is.. the bigger ‘fish’ you persuaded.. the more money/commission on my pay cheque.. (Waa serious aku tak pernah buat benda2 nih – WARNING: kerja ini adalah halal yee) But there are few things that i need to highlight… (boleh ke aku buat conditions sniri?)..hmm i need this answer from her.

Desired… do i have this?

Keluar dari office @1715, aku drove to UiTM Puncak Perdana. Ada class ganti hari nih.. @1805 aku sampai. Solat asar, pastu terus masuk class. Class was until 1955. Straight to prayer room for magrib prayer and lepas tuh aku balik umah.

-S-

Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini.. :D. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.

August 21, 2007

Alhamdumlillah, sakit kepala semalam dah hilang pagi ini.. my heart says, i want to arrive early @my office. Huh.. jangan harap. I reached my office @8.40am. What i like about my company is.. you can come to the office at anytime, provided you stay in your office for atleast 8 hours. Well there is no one to tell me that this is incorrect.. definitely it is not in the company mission statement or rules and regulations. it is base on trust.. Hehe.. first we are working as long as we have our customers and businesses. Customers usually are contactable after 9am. Hehe.. otherwise we will attend customer place at their convenient time/place. Office aku tak pakai system punch card or swipe card. Hehehe… Kalau aku kerja kat tempat lain, sure kena rekod masa masuk and keluar. hehe Jahat aku.

As usual, since we’re SP now.. every Tuesday memang ada conference. Tepat jam 10am, aku masuk bilik meeting, dengan fail hitam biasa aku. Cerita pasal nak menandatangan akujanji and termaktubnya perjanjian antara company aku and company kat penang nih. Last week all engineers yang kami hantar, semua dah balik sini. Azran, Bakari, Miswan,Humaimi, Chiew and sorang lagi aku tak ingat. kebanyakkan dorang lulus cukup makan.. 80% is markah lulus. Aku cerita dekat kawan-kawan lain yang akan pergi training semua dah kecut muka and perut. Kalau failed nampak gaya, no business. Tak qualified sapa nak bagi keje.

Waktu petang tadi aku decided nak tengok cerita Rush Hour 3 esok. Aku pun call TGV sunway piramid and reserve 2 tickets. Untuk aku and ayung. Esok jugak akan ada briefing dengan Call centre and all engineers yang involved dalam project ini. Definitely aku tak der buat apa2 preparation untuk slide or anything. Even team lead aku pun tak cakap apa. Dia pun tengah bercuti, wifenya baru delivered last week. So.. perlu ke aku nak bentang apa2. Nanti kawan-kawan aku tuh bukan tak tahu lorat diaorang, tanya macam2.. tanya itu tanya ini. walaupun dah jelas and terang kitaorang explain hari tuh…

Tapi kesian plak dorang kena seat for tests and certifications untuk project ini.. Harap-harap lepas nih tak der yang failed. So far antara 6 orang tuh, ada sorang failed.. arrrghhh aku yang risau plakkk…..