10 days after..

Hmm how and where should I start ye? It’s been quite sometime. I didn’t write anything.. exactly 10 days.. wahh lamanya.. Been very busy with my studies and my works.. unstoppable. Hectic.. Whatever it is.. I am feeling so glad, becoz I think I am using my time to the fullest. Tak lah duduk bengong and boring..

Every nite before I fallen asleep, I will re-play my plan for tomorrow. Step by step.. from A to Z.. Dari satu ke satu kerja perlu di siapkan.. sampai kadang-kadang plan yang di rancang pun boleh lupa.. Lucky I have  my very best friend. my mum.. tolong ingatkan. Nak gelak pun ada bila benda yang aku sniri kata OK.. at last aku gak yang out of track. Mak.. thank you for being there for me.. and always.. How can I repay you mum? hmm.. entah macam mana aku balas pun tak terbalas.. Tuhan sahaja yang tahu. Anak derhaka la aku kalau aku buat tak endah dengan orang tua aku kalau dorang tua nanti.. (always remember that!!). Well sapa lagi aku nak buat baik with.. kalau bukan mak bapak kan.. rebutlah peluang selagi ada.. ini pun selagi mereka masih hidup.. masa nih laa aku bleh buat baik.. and menadah doa restu dorang..

If mak abah dah tak dak… siapa lagi nak doakan kesejahteraan hidup aku.. ? terkontang kantinglah aku.. I should and always remember that. I heard somewhere.. don’t know whether it is from hadith, quran or apa2.. Jika tiada pencipta (Allah) dalam dunia nih, maka orang selayaknya disembah ialah our parents. Well.. aku pun bukan tahu sangat bab agama nih.. bersekolah agama pun tak pernah.. to understand arabic pun haram laa aku tahu. Sniri mau ingat. Aku rasa aku hidup senang and selamat nih pun berkat doa mak and abah.. otherwise.. hmm I donno..

Sekarang, aku di minggu2 terakhir class.. sampai hujung bulan.. and then.. exam.. rasa nak cepatkan aje masa.. kasi exam habis cepat..(harap2 aku tak boring masa cuti nanti) plus kakak aku nya permintaan yang perlu di kirim before 26 oct. adus.. nasib baik abang aku tolong skit.. dari kiriman kuih raya, spek baru kak sila, spek aku yang kena pijak dek anak gajah, road tax kete and insuran yang nak kena renew, air-cond compressor aku, ke CD E-book yang abang ipar aku request. Harap-harap semuanya under control.

Good day all. 🙂

Welcome, 1 Rejab 1429

Hurey… esok Friday.. hmm best kalau dapat pi TGI Friday kat subang parade.. bleh layan makan salad. (hmm i so miss the salads..)

Hari nih selamba aku balik awal.. kul 1708 aku dah charlos.. hm takder hati nak stay lebih lama. Keje aku pun nampak gaya beres. Since guard house pun dah call to remove car, aku terus turun, drove to Petaling Jaya Community Library.. Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam.. If minggu depan aku hantar.. aku dah start class malam. Jadual masih samar2, tapi yang pasti, class aku hanya untuk 4 malam sahaja.. at least ada satu malam aku free. Unlike sem1.. hari2 ada class. Sungguh mencabar. Dengan keadaan cuaca yang panas sejuk.. hujan lebat lewat petang.. semua itu dugaan.

Dari Office aku ke Pj, tak lah jauh sangat, melalui jalan Lebuhraya persekutuan yang masih clear dan tidak sesak.. About 15 minutes aku sampai. Dekat kaunter, aku jumpa kawan lama. She worked here for the past 3 years tak silap aku. Hmm tapi yang sedih nyer sampai la nih aku tak ingat nama dia…(oo.. so sorry) Tapi kawan aku tuh ingat nama aku.. (mulut aku pulak macam kelu nak tanya..” nama awak apa yek?”) bengong ko ekin.. Lepas pulangkan buku aku pi ladies.. Pastu aku singgah dekat kaunter lagi.. Aku bagi kawan aku kad aku.. with my hp#. hoping that she will email me and later i will save her name and address into my address book. (So that i can memories her name).. If only she email me… otherwise persahabatan itu akan jadi on and off. Habis urusan dekat library aku terus keluar.. tak mau meminjam dari library ini buat masa ini.. because aku dah nak start class.. probably aku boleh meminjam dari library campus.

Sampai rumah dalam jam 6pm. Sesekali sampai awal dekat rumah best jugak, cuaca pun cantik. Solat asar and layan adik and mak yang tengah sibuk kemas barang untuk di bawa ke Ipoh esok. Aku akan balik Ipoh esok, hantar adik aku kesana, to continue her study @ Poly Ungku Omar. Lepas nih hanya Mak, abah and aku sahajalah dalam rumah nih..

Esok satu Rejab.. hmm kami satu rumah pakat2 nak berpuasa.. Adik aku dah start berpuasa tadi.. Ha esok aku half day.. Yahoo..

Pagi yang gelap.. kini sudah terang.. V 2.0

Kalau boleh.. jika boleh, aku tak mau include citer2 pasal keje kat sini.. tapi disebabkan lebih dari perjalanan seharian kat office.. ( hmm most of my active time masa keje.. ) so.. takdak citer lain.. Semalam paling paling sadis.. hmm sibuk yang teramat.. keadaan genting.. sampai Rahimah pun duduk kat tempat kitaorang bekerja.. Overall alhamdulillah saat genting berjaya kami harungi.. ( hehe ala2 baru lepas enjoyed white water rafting plak.. konon2 hero laa… ihiks ) dari pagi sampai la ke jam 4pm.. ( siut je.. aku solat lambat.. inilah penyebab aku tak suka buat keje nih. Solat pun dapat telur ayam = zero; kalau abah aku tahu.. sure aku kena bebel) pukul 4pm aku pi turun solat zohor…

Petang tuh.. aku surrender.. dah dua minggu berturut-turut aku balik lewat malam, hari2.. aku dah tak larat.. tak sihat pun aku memalam pi clinic ambik ubat.. esoknya datang keje lagi.. Aku cabut awal semalam.. 630pm i guess.. sampai rumah mak aku je yang ada kat rumah, adik tak balik lagi.. dia lagi bz dari aku. (konon.. hehe ) Abah dah pegi surau.. mak aku tengah bersiap untuk kesurau.. Biasanya hari selasa ada ceramah agama kat surau umah.. Aku bagitau mak.. “Tadi kak sila bagi email.. dia naik pangkat mak ..pensyarah kanan..DUG50 ke 51 ke.. ekin tak tahu lah kod tu apa.. org keje gomen tahulah…kalau mak nak tahu tanya kak li.. 😀 ” Mak aku.. senyum.. pastu nangis.. adus.. pastu aku pun skali.. kuang3X… She miss my sister so much.. Orang tua-tua nih dorang tak der pikir lain.. baik mak or abah aku.. dorang takut kalau-kalau dorang tak jumpa kakak aku.. hmm.. aku pun tak tahu nak buat apa… melainkan layan and share the feelings together.. Asal cerita pasal kakak aku je.. sure mak nangis. Ikut jadual kakak aku akan stay kat NZ lagi 2 tahun.. hmm what shud i do.. ? Paling tidak aku suggest kat mak untuk conference or web cam ngan kakak aku….hmm aku tak der kat umah hujung minggu nih.. hopefully adik takkeje..

Last week kakak aku bagi email.. dok promote email baru Mikhael.. (apakahh anak buah aku yang 8 thn dah ada emaill?) eee harus ngada2… ada sekali aku YM ngan anak buah aku.. apakah dia ajak aku main online game..siap ajar lagi cam ner..sabarjela. akhirnya aku pass kat fatihah.. adik aku memang gamer.. tapi aku.. aku akan rasa cepat boring.. tengoklah game apa.. game tembak2, lompat2 aku tak main….

Malam aku online.. dok sembang and gossiping ngan classmate aku yang tengah outstation. tak sedar sampai kul 1am. hujan lebat start kul 0100.. fuiyoo syiok tidor..

Dream A Little Dream Of Me.. – Frank Sinatra

hmm breath in… breath out.. lelah aku rasa tengok keje dekat office… hmm konon ada buat planning.. tapi nampak gaya still.. not improving.. buat keje main redah ajer… ikut suka.. buat aje… the whole last week.. started from Monday til Friday.. hari2 aku balik malam.. nampak gaya minggu nih pun macam tuh.. hari nih aku keluar office 10pm.. nonsense je aku rasa.. buat keje dengan takder lunch, no break (rasa lapar pun takder).. just berenti untuk penuhkan bottle air.. pi toilet and solat.. Most horror.. paling stress sekali keje.. hari nih lahh.. tak sedar masa berlalu terlalu pantas…

Balik rumah perut aku rasa lapar giler… hmm angin dah berputar dalam perut.. aku bukak fridge , i took cauliflower, broccoli, whatever seafood items i hv in fridge, onion and air.. i boiled it all together… buat sup sayur… hmm sambil tengok cerita Desparate Housewives, aku hirup sup panas… Soon as the soup finished… cerita fav pun habis..

Now i’m leaving it all behind, malas nak pikir.. lepas nih strategy apa la pulak.. let’s pray for good everybody. Aku pun dah ready nak landing.. badan aku pun dah bersih..baru best tidur.. sleep tight ekin.. sweet dreams..

Dream A Little Dream Of Me – Frank Sinatra

Stars shining bright above you
Night breezes seem to whisper “I love you”
Birds singing in the sycamore tree
Dream a little dream of me
Say “Night-ie night” and kiss me
Just hold me tight and tell me you’ll miss me
While I’m alone and blue as can be
Dream a little dream of me
Stars fading but I linger on, dear
Still craving your kiss
I’m longing to linger till dawn, dear
Just saying this
Sweet dreams till sunbeams find you
Sweet dreams that leave all worries behind you
But in your dreams whatever they be
Dream a little dream of me

INteresting : Additional reading material taken from CIO.com. > Know Mandarin & Management, You’re In

Hectic Monday

Monday – is my busy day. hari di mana aku kena produce report by weekly untuk all managers. Bagi aku kerja nih memang la seronok, tapi yang tak tahan nya, minggu nih aku kena modify banyak content. Lucky otak aku berjalan lancar and aku berjaya produced report yang aku boleh kata kemas skit and efficient skit. Dah siap pun.. Dalam jam 630pm baru aku habis buat and sent. Bangga and suka dengan apa yang aku buat, because everything was my idea. Partner aku, huazlee satu hari tak der kat office. Meeting dekat luar. Hari nih pun tak der. Alhamdulillah, syukur, aku dah boleh take over banyak jugak project. Cuma ada few things yang aku kena refer and ask him. Kalau dia takder, aku suka tanya Azwar.. itupun kalau dia ada. Overall, kerja aku, alhamdulillah. Best.

Petang aku keluar office, terus balik rumah. Aku dah tak larat nak solat dekat surau office, terus balik rumah. Sampai rumah aku terus ke bilik and solat asar. Lepas tuh aku ke depan and menunggu waktu magrib. Lepas seharian buat report, aku rasa kepala aku pening and telinga aku rasa sakit pulak. Aku on internet sekejap, bayar hutang and internet banking baru aku tidur. Aku bermimpi pelik and luckily aku tak ingat pun apa dia. Biasanya mimpi-mimpi yang pelik and bercampur aduk nih, boleh buat aku penat.. because tidur tak nyenyak.. Roh ku merayau entah kemana.. hehehe banyak tempat dia explore semalam.

Tengok NARNIA

Ya Allah tolonglah aku. Aku musykil dengan orang-orang yang di atas. Kenapa susah sangat nak luluskan untuk upgrade the MyGeniie server. Seperti hari-hari biasa, aku menulis blog ini bila server MyGenii kat sini weng-weng.

Aku dapat tahu yg ada dua orang helpdesk kat sini yang tumbang pasal migrain. Stress keje. Harap-harap kengkawan aku kat sini ok.. Tapi kak aiza dah tunjuk sign yang dia diserang migrain jugak.. aduss aku risau betul bila orang di sekeliling aku sakit.. bukan apa.. aku takut aku pun jadi demotivate gak, so bila dah demotivated nih.. produktiviti pun bleh terjejas..

Semalam aku balik office lambat skit, kul 6.30pm aku charlos. mm nak tengok citer NARNIA. Kak ila yang dah sampai kat umah aku bagitau yang mak aku tak insist aku tengok citer tuh malam nih. Katanya dia risau aku penat and balik keje pun lewat. Aku sampai rumah kul 7.15pm. Aku cakap kat kak ila yang aku tetap nak gi, pasal dah janji and aku nak gi. Aku mandi, solat magrib and terus siap. Aku salam cium tangan mak and abah and aku keluar dalam kul 7.55pm. Aku drove ke sunway piramid, kami sampai kat sana lebih kurang 8.15pm aku dah ada kat atas beratur untuk beli tickets. Punya la panjang linenya, tapi ada sorang mamat india nih, dia suh kami pendeknya queue and proceed to the next counter. So secara tak langsung aku pun dah terkedepan. Aku tengok kat screen di kaunter, tickets untuk NARNIA dah sold out. Tapi aku beratur jugak. Bila sampai je turn aku, aku saper mamat india kat kaunter tuh, Hi and smile, pastu aku cakap aku nak tengok NARNIA for 2, he replied, cakap banyak takder, Rm 12 Sahaja.. aku waaaa ada lagi tmpt duduk. hehehe kat atas plak tuh.. cantik giler view. Pasal orang yang tempah through phone tak ambik, so dorang realease la sebelum 30 minutes tayangan.. heheh jadi kepunyaan aku.

Kami masuk panggung jam 8.40pm, sampai laa kul 11.00pm. Lepas habis je, kami berlari keluar and terus ke parking kereta. Dah tak tengok belakang dah, Kak ila risau katanya, takut mak ngan abah aku tunggu lama kat rumah. Aku sampai rumah dalam kul 11.24pm. Memang betul kata kak ila, Mak ngan abah aku tunggu kat hall, walhal mak aku dah tertidur masa tunggu kitaorang balik.

Balik aku solat, berus gigi, and tidur. Tidur dah tak sedarkan diri. mata aku pedih sangat. Pasal tengok sampai tak kelip mata kot.. Pedih sangat.

Wednesday, 07/12/2005

Wednesday, 07/12/2005 magnify

Pic : Wish that  i could be here tomorrow

Hi Ekin.. morning. i woke up at 6.10am on wednesday. mm bagi aku dah cukup lambat. Baju aku tak sempat nak gosok malam tadi. pasal semalam sebelum tidur kepala aku dah bagi sign sakit mata and kepala datang balik. Bagi pagi rasa macam sejuk sangat. Bersiap untuk ketempat kerja macam biasa. Aku hantar kak ila ke tempat kerja dia, kak ila masuk kul 7.00 pagi. So kul 6.35am aku dah keluar rumah. I sent her to her workplace and aku drive ke station komuter yang berhampiran, Subang Jaya. Aku naik train kul 6.56am.  Sempat sampai office before kul 8.00am.

Sambung kerja semalam yang berlambak, aku jadi cam, weng weng skit, sama la macam server MyGeniie kat petronas nih. sumer weng weng. Macam tak nak bagi orang buat keje. Kak aiza masih lagi bercuti, mungkin esok baru dia datang keje.. arhh keje banyak, tak tekira keje aku, naper keje aku nih tak surut-surut.

During lunch hour aku turun ke Suria, mm tak tahu nak beli apa. Tekak dah perit dan sakit, suara serak aku datang balik, batuk-batuk keras, lembut sumer ada. Turun bawah, am heading to BodyShop, sejak kebelakangan nih, aku kerap membeli benda untuk menconteng muka, mm mungkin aku dah masuk 26 nih, hormon aku bertukar skit kot.. tangan mengatal nak beli ajer apa yang terjual kat situ, pantang nampak potongan istimewa. AKu try Hi-shine lipstic nya. mm best rasa pun cam strawberi, sedap, macam boleh di makan. Warna pun cantik bila aku test skit kat my lips.. mmm nice. but the price mm cantik gak. tapi at this moment tak de potongan la plak, Dalam mag CLEO selalu ada coupon untuk barang-barang kat bodyshop, kadang-kadang aku beli pun pasal nak kan coupon tuh. heheh..  ehh rasa cam nak beli la.. lipstic tuh. cantik. Aku beli barang-barang untuk conteng-menconteng tuh pun bukan aku pakai hari2, kalau ada event je atau apa2 aku keluar ke, jejalan ker, kalau sempat aku pakailah.. mm aku rasa memang hormon aku sekarang dah bertukarr. laa : BERTUKAR: hehe cam citer gaban plakk..

Lepas tengok lipstick kat BodyShop aku gi Cold Storage, aku mencapai Mango Juice 1Liter and Nutella, pasal aku dah ada wholemeal bread kat office aku. Bayar and aku naik office balik, tahu-tahu dah kul 1.55pm. Makan kat cubicle aku sambil surfing. mm nyam nyamm nikmatnya makan roti nih. Sambung keje macam biasa, Server myGeniie di serang lagi, memang tak bleh nak buat keje ngan sempurna. Dari hari isnin la MyGeniie asyik menggila.. isk susah aku, request masuk banyak dan banyak. Mujur faris si penyelamat and jali pun tolong aku gak. Timer kasih la korang sudi tolong aku yang tak cukup jari dan tangan nih.

Aku, ghafar, farid and jali stayed kat office petang tuh, tengah dok buat keje, tengah geniie OK and kuat, tiba-tiba datang la sorang si MyGeniie nyer team, “Ekin u all tengah guna MyGeniie ke” kitaorang tengah shut the server down nih”.. aku” ahhh!!! down MyGeniie? aduss.. Sebelum tuh aku dah nampak dah kat screen faris, kata yang MyGeniie server down. aduss.. aku dah risau dah, orang tengoh syok nak close request server plak down.. Pastu without notice plak.. For 3 hours plak.. hangin aku.. aku pack barang terus balik.. nak tunggu apa lagik.. kami sumer charlos.. balik duduk rumah lagik bagus bak kata faris.. heheh.. tekak aku makin sakit, badan seram sejuk dah nih.. aku sure malam nih aku demam.

Aku sampai kat Station komuter subang jaya kul 8.00pm, aku tak sembahyang so senang aku tak payah rush ke masjid Subang Jaya. So aku drive balik rumah, mm sampai rumah kul 8.30pm. Traffic agak slow, kereta banyak kat depan Sunway Piramid. Memandu waktu malam waktu sekarang, dah tak macam dulu, mata aku silau tengok cahaya and pedih. kadang-kadang aku kena hadang mata aku dari cahaya lampu kereta lain. Am worried.

Sampai rumah, i received call from kak ila, kak ila akan datang dengan kak wati, along and abg Lan (They are adik-adik angkat kak ila) katanya nak tengok rumah baru kak ila, bangunan sebelah rumah aku. Aku invite dorang datang rumah aku. Aku prepared nugget and vege balls dan aku goreng. AKu tahu anak along , alia, budak-budak suka makan benda-benda cam nih, lepas aku goreng aku menjerang air and aku panaskan kuehtiow yang mak masak petang tadi. Baju kerja aku tak sempat tukar lagi.. Kak ila sampai ngan adik-adik angkat dia, aku masa tuh gagahkan diri jugak untuk duduk bersembang, walaupun badan dah rasa lain, batuk-batuk and pening kepala. Lagipun along tak pernah datang rumah aku. Sembang punyer sembang, sambil-sambil tengok jam – jangan sampai tetamu perasan kita tengok jam – pasal aku rasa alahai bila aku dapat baringkan badan aku, tetamu balik kul 10.40 pm. Jiran aku kat tingkat 3 mintak tolong aku tengokkan notebook dia plak, so lepas tetamu balik aku gi naik tingkat 3, and mengodam notebook jiran aku, akhirnya boleh gak aku tolong dia. Dia tak sure how to connect to internet, yang peliknya rumah dia pakai telefon perpaid, aku cuba-cuba ehh boleh pulak.. rupanya kena dail/type ” * “. hehe pelik.. Lepas tuh aku balik, aku mintak mak aku ubat kepala aku dah habis berpusing…  terus  aku masuk bilik. Meluru ke toilet bersihkan diri, gosok gigi and bumm.. tidur tak sedar lagi.. aaa.. what a hectic day.. Amin..