Desired and Persuaded?

Dari minggu lepas, weekdays, aku tak berapa sihat.. sekejap demam sekejap ok. diarrhea and gastric.. macam-macam. La nih aku kena selesema pulak.. mungkin sebab.. bilik training yang aku duduk untuk dua hari tuh tak berapa bersih. (Dia yang tak reti jaga kesihatan.. benda lain plak nak di salahkan 🙂 )

Well.. on the first day.. memang la aku tak perasan.. bilik berair-cond kan… Tapi yang aku perasan masa pi solat kat surau tingkat basement 1. Yang peliknyer tapak kaki aku hitam giler… Aik.. apsal nih ? nak kata kasut aku yang turun warna.. kasut HP nih dah lama aku pakai.. tak pernah plak keluar warna hitam cam nih.. Lepas keluar dari bilik sembahyang baru la aku teringat. Masa dalam class, aku nih fesyen suka bukak kasut.. berjalan dalam class dengan kaki ayam.. suka bersila, bersimpuh, or lipat satu kaki masa duduk kat kerusi… Sahih..

Hari kedua.. aku dah mula bersin.. aku test kaki aku kat atas carpet bilik training nih.. Ya allah sahih.. habuk kekal atas carpet yang memang takkan nampak dengan naked eyes.. aku start bersin sepanjang class. Hidung mula berair.. suara makin tenggelam, serak, sengau, hidung aku rasa gatal and macam-macam lagi. Aku dengan selamba nyer letak comment dalam survey sheet. “This carpet, need to be cleaned and vacuum.” hahaha siap letak nama aku terang-terang, dengan nama company sekali. (Whatever ekin..)

Apa2 pun, training Excel 2007 level intermediate and advanced tuh sangat menarik.. Aku suka… lepas nih aku nak pi training data mining pulak..

Hari nih.. kat office, inaz balik half day.. Tak sihat katanya. Aku dengan selesema.. suara maha serak and sexy, hidung berair.. masih dekat office. Lepas nih ada plan baik Asri nak bagi aku.. hmm aku tak sabar nak tahu. Lunch hour aku pi lunch ngan kak ila. kak ila masuk kerja 0600am hari nih. So about 1330pm aku ajak kak ila keluar lunch @ Carrefour Subang Jaya. lepas lunch aku hantar kak ila balik ke SJMC and aku terus ke office. Boss aku mintak fetch her kat Pusat Service Perodua kat Glenmarie. Aku ambik Rahimah @1500, by 1530 aku dah sampai office. Prepared few more slides for today’s meeting, sebelum aku hantar to my boss and orang-orang kat penang.

Before balik, Rahimah panggil aku masuk bilik dia. Tengah dok discussed, Asri joined in. There is another task or should i say, new assignment for me. Hmm.. tak tahu la aku nak ambik keje nih ke tak.. rahimah asked me to think about it.. over this weekend.. hmm kerjanya ala2 persuade orang.. Ee pandai ke aku persuade orang.. ? Apsal boss aku kata.. aku boleh buat, base on my previous job and experienced.. ee aku rasa.. aku la orang yang tak pandai nak memujuk orang.. Hmm perhaps customer or dengan client ok kot?.. She said that i have a potential.. the best thing about this is.. the bigger ‘fish’ you persuaded.. the more money/commission on my pay cheque.. (Waa serious aku tak pernah buat benda2 nih – WARNING: kerja ini adalah halal yee) But there are few things that i need to highlight… (boleh ke aku buat conditions sniri?)..hmm i need this answer from her.

Desired… do i have this?

Keluar dari office @1715, aku drove to UiTM Puncak Perdana. Ada class ganti hari nih.. @1805 aku sampai. Solat asar, pastu terus masuk class. Class was until 1955. Straight to prayer room for magrib prayer and lepas tuh aku balik umah.

Ekin at Large

Woke up, bath and solat, not in the mood to dress up..  hmm akhirnya aku sarung Jeans and blouse..  same color green.. tudung pun hijau.. kasut crystal ala2 cindarella pun base hijau.. (melampau.. hehe ) keluar rumah at 0750am drop off my sis kat Fed highway (Bali) and breakfast with kak ila @ Taj cafe 0805.

I went to Perodua service centre @ Glenmarie, convoyed with kak ila, appointment @0850am. Reached there by 0840, waited for 10 minutes, registered, pastu kak ila sent me to my office. At 0857 i was at niza’s cubicle.. Inaz’s back.

Lunch hour kak ila ambik aku dekat office, went to McDonald’s drive thru ss15, straight to glenmarie perodua service centre.. ambik kereta and charlos ke office..

Memandu balik, mak aku ajak pi pasar malam.. aku tak masuk rumah.. mak dah siap so just drive to pasar malam. Bought favorite ulam (petai), veggies and etc etc. Aku request mak masak lauk tempoyak dgn pucuk ubi with petai and prawn. fuhh sedap. Makan masa weekend paling best… Air Kelapa muda is a must. Sampai rumah, mak buat sup sayur favorite… huhuhu.. yg tak perlu menumis yang tak perlu berminyak… that’s my fav. 😀 Abang ipar aku pun kelmarin baru turun dari cameron highland.. so banyak sayur2 fav aku yang fresh.. hmm yummy.

at 11pm, aku layan disney channel (macam budak2) tengok cerita Tarzan.. hahaha pastu sambung tengok Chef at large.. hmm org Jews nyer wedding.

Alamak.. hujung minggu nih mak and abah balik Ipoh.. hmm tak best nyer 😦 .. team building aku pun tunda ke 13, 14 and 15 June…  alamak sure kawan aku kahwin aku tak dapat nak joint Ecahh.. uwaaaa.. Ecah i’m sorry…( lama dah aku tak jumpa ecah, tak jumpa Am, hmm miss em’ll… )

My ITIL cert will be on 25, 26 and 27.. arrghh aku tak baca apa2 lagi..  TOlong Tolong.. i want A.. i want excellent .. (arghh whateverrrrrrr ekin.. )

There are so many reasons that make me so…

Weak. This is a correct word. Too many things comes at one time.. Now everything seems clear and much more realistic to be done. First with my car, second with kak ila’s car, the one that i drove and used for a week and …

Last weekend pulak my mum wasn’t feeling well enough the day Pak Ngah Nordin came to our house. Lucky me, i’d just arrived home at almost noon, pegi pasar. Hmm start cooking a simple dishes for Pak Ngah’s and family. Kesian mak demam pulak. Fidah is helping me, after 1 hour, we’re at our lunch plate. Alhamdulillah.

On Monday i went to my office with kak ila’s car. Supposedly, my car shud be repaired and done by tomorrow, However, i received sms from the service personnel, that they are unable to finish it by Tuesday. Testing pun belum. So they promised that my car will be done on the next day. On Wednesday pulak, they’ve found another problem. Something to do with the radiator and thermostat. The car’s temperature is not so good. They called me and told me that, probably on Thursday evening the car shud be OK, because they need to send my car to the radiator specialist and etc etc…

For Monday and Tuesday, i went to my campus as usual. Pakai kereta kak ila. This week is my last week before a sem break. Heheh.. syiok.. Rasa releks skit. Hmm I feel so good at last :D.

Tiba2 on Wednesday.. after i finished my class, kereta kak ila pulak tak boleh start. Time is 10pm. Engine tak boleh start langsung. owh owhh.. Worried giler, dah la pakai kereta orang. I’d called kak ila and informed. Purposely, kak ila did not informed Mak and Abah at that time, She worried that mak and Abah will be shocked. Aku, at my campus, tried to find any friend with a jumper. All i can think now is a jumper. Aku randomly pick one guy and ask him for a jumper… Thank god, dia ada.. but unfortunately, kereta kak ila masih tak boleh start. Lucky me ada few of my classmate tunggu aku, Su, Zack and Zul. The guy that i borrowed the jumper is from another class, he is a master student from Info mgmt course. His name is Ibrahim. He offered to drove me sampai Carrefour Subang. Thank You so much. Aku pun masa tu, tak mahu susahkan Suhaili, because, she is not familiar with the road to my house nor nearest area. Zul and Zack pulak naik motor.

So Ibrahim tumpangkan aku sampai Subang Carrefour, he insist to send me sampai sunway piramid, tapi aku kata, kakak aku akan ambik bila aku dekat carrefour. very thanks i said. Sampai dekat bus stop, the clock is already 1030pm. What am i suppose to do? Kak ila and fidah is on the way to CarredFour Subang, i’d called the service guy, nazri, he advised me to call 1 800 88 5555, it’s a toll free for perodua service. FOC. Aku called. At the same time Abah and kak ila call, line was cut off, terpaksa aku call lagi, Susah betul aku nak dapatkan line, after my third try baru dapat. Orang yang menjawap tuh, macam mengantuk pulak. Tapi aku tak peduli, layan aje. Bila aku tanya dia buat tak tahu aje.. Mungkin penat bekerja dari pagi sampai malam. Rasanya ada 30 minutes aku menunggu, kak ila and fidah arrived and i’d drove fidah’s car to UiTM Puncak Perdana. The towing guy called. i was on my way to Uitm, about 5 minutes away. I asked him to wait.

Bila aku sampai, I’d go straight to the guard house, leave my student card and go into the campus. Susah betul guard tuh, memang perangai guard. Orang approached buat BODO je.. Hmm i guess that is the criteria to be a guard or keeper. Dah sampai dekat kereta, aku suruh the tow guy to try again to use the jumper. Dalam kereta fidah ada jumper. Battery truck tuh pun besar, but still failed to start the engine. Akhirnya kereta kak ila kena ditarik jugak. kami follow belakang until Perodua Glenmarie. Bila everything settled, aku drove ke kedai minyak berhampiran. The clock is already 1am. kami sampai rumah, exhausted giler.. especially aku. Dari pagi hingga ke pagi. What happened to me.. apa yang aku buat sampai allah duga aku macam tuh? Anyway, Itu cubaan and dugaan untuk aku.. lucky me, i have people who cares for me. thanks to all. Sampai rumah aku bersihkan diri, solat and slept @0200….

Alhamdulillah.

Taxi in Shah Alam…

Thursday is a working day. Hari nih aku tak de class malam. pagi-pagi aku dah sms boss aku yang aku akan masuk lambat, because i want to send my car to perodua service centre @glenmarie. Tak la jauh sangat. Very near to my office, i think about 3.5 km.

Aku sampai dekat pusat service lebih kurang jam 8.40am. Tempat nih bukak pun 830am. Tunggu punyer tunggu jam 10am aku baru habis. Hmm macam-macam nak kena betulkan. Budget probably dlm Rm1500 kot. Fuhhh.. sakit perut aku. I have to leave my car here for few days.. lucky me kak ila boleh pinjamkan aku keretanya. Boleh lah aku ke class. Paling awal kereta aku akan siap on next Tuesday. Soon as aku habis urusan aku suruh la orang perodua nih call taxi. Walaupun office aku tak la jauh sangat, tapi berpeluh la aku kalau nak kendong thinkpad yang besar nih ke office. And traffic dekat kawasan sini laju2. Nak tak nak aku kena ambik taxi. No choice. nak suruh kawan2 office aku ambik, aku rasa menyusahkan orang pulak. nak suruh kak ila pun, aku takut mengganggu dia bekerja.

i’ve waited for 15 minutes, taxi tak mai lagi. Aku bertanya lagi dengan orang perodua nih, ” hmm taxi ada bagitau tak nak sampai berapa minit”? orang tuh reply..” nanti saya call lagi sekali”. Aku pun dengar la budak tuh call.. (bukan budak pun).. and she said to me ” kalau orang taxi mintak Rm10 ok tak ” huh.. dalam hati aku.. Rm10 to my office, cekik darah betul.. ” Ok la..” whatever. Aku replied. Masa tengah tunggu taxi tuh.. aku rasa aku dah nak exploded giler2 dah.. dalam hati aku kata.. kalau taxi nih tak sampai tepat 1030am. aku akan bangun and suruh budak tuh cancel that taxi.. dah la nak Rm10, pastu datang lambat. Tepat jam 1030am taxi masuk ke perkarangan pusat service. Aku say thanks to budak pompuan tuh and terus keluar. Biasalah kan.. dah masuk dalam kawasan pusat service yang sesak… orang taxi nih menggamit tangan kat aku.. so that i can walk to his taxi.. aku biarkan aje.. aku berdiri dekat tempat aku berdiri.. tunggu taxi betul2 berhenti depan aku. Ko nak Rm10 aku kan.. aku masuk taxi and releks. After 3 to 4 minutes dah sampai ke perkarangan office aku.. aku suruh orang taxi tuh masuk and berhenti betul2 depan pintu lobby office aku. Aku keluar kan Rm10, and keluar.

Pemandu tuh orang melayu, hmm cekik darah betul… geram.. aku hanya naik few kilometers je.. dari perodua kat glenmarie ke office aku dekat Menara Mesiniaga. Siapa yang tahu, sure akan kata dekat giler… tak patut betul. Aku baru teringat yang taxi dekat Shah Alam memang semua installed meter.. tapi tak pernah pakai pun.. dorang main letak harga je.. Macam mana yee dorang boleh ambik duit orang sesuka hati and charge public pastu pakai duit tuh tanpa rasa bersalah.. Bukan aku tak halalkan.. halal.. tetapi.. lepas orang merungut, mungkin sumpah seranah.. baru dorang dapat duit tuh.. itu pun selepas sakitkan hati pengguna macam aku.. Apa dorang rasa haa..

Aku tak pasti lah.. macam mana dunia pemandu taxi yang charged public macam nih.. how do they spend the money… hmm tak rasa bersalah ke.. bagi family makan duit yang macam nih.. ee pelik. Aku dulu pernah la floating kat office aku nih lepas balik dari project kat TPM, hmm rasa tak senang duduk bila 3 minggu aku tak der kerja… rasa macam makan gaji buta.. duit masuk tapi tak buat kerja.. serba salah di buatnya..

Sampai office, aku teringat yang Friday ada meeting. Dua meeting, first with engineers and satu lagi petang @1500, with Dell people. Meeting with engineers kul 8am, Friday. Arrghh aku kena siapkan presentation slides.. Aku kena siapkan report yang aku kena gali.. one by one.. aku kena compile engineers certifications and Incident report and etceteras.. Fuh banyak benda. Lucky me hari nih tak der class.

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila, kak ila ambik aku dekat office and kami makan tempat biasa. lepas lunch aku bawak kereta kak ila ke office aku. About 6pm aku keluar office, ambik kak ila and terus balik rumah. Thought nak pegi pasar malam dekat rumah aku, hmm nak beli air kelapa muda yang best.. Hmm tapi hidayah tak berapa sihat.. muka, badan and all ada bintik2 merah.. hmm campak ke nih?.. I’ve decided untuk bawak hidayah pegi ER lepas magrib.

Sampai dekat Subang Jaya Medical Center.. fuiyyoo ramai nyer orang dekat ER nih.. giler ramai.. jam baru 830pm.. Aku menunggu sambil baca newsweek… kak ila dah bawak hidayah kedalam.. kena buat blood test.. pastu tunggu lagi.. almost 1 hour result baru keluar pastu tunggu giliran lagi, because patients terlalu ramai. Dalam jam 1130pm barulah hidayah masuk consultation room. aku dukung hidayah and kak ila masuk sekali.. Doctor kata the blood test result, is ok.. cuma ada skit virus infections.. hmm virus dari apa.. itu aku tak tahu.. doctor just bagi ubat and kami balik. Sampai rumah tepat 12am.

Aku bukak thinkpad aku and on my VPN. aku kena siapkan jugak presentation slides aku.. dalam jam 3am baru aku siap and i’ve sent out the email.. Fuhh lega.. Tutup machine and change my attire ke baju yang sesuai untuk tidur.. releasedd… syiok giler dapat tidur @0300. Apa2 pun. aku kena reached office awal esok.. kalau tak merajuk boss aku. 😀

-S-

Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini.. :D. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.