Yoga.. Majlis fatwa.. Haram?

Amalan Yoga diharamkan?.. Aa? confused aku.. Aku pernah gak masuk class yoga kat fitness first.. hmm tapi tak lah ada mantra-mantra yang meragukan.. atau pergerakan atau pose yang sampai boleh membawa ke percanggahan akidah..tapi if ada posed yang bercanggah pun niat hanya nak exercise.. (provided no mantra involve.. and if rasa tak patut buat jangan la buat.. If rasa itu boleh memasukkan anda ke perkara syirik tak nampak (jali) hmm janganlah… pikir2kan sniri)

yang ada hanya instructor suh angkat tangan kaa. relax la.. cat stretch la.. and few other posed yang mengguna ala2.. bahasa purba sana. sana .. sana cth matsyendrasana.. (posed nih sakit giler laa nakbuat)

Spinal twist aka Matsyendrasana
Spinal twist aka Matsyendrasana

Lucky malam tadi aku tengok berita, Pak lah kata yang tak bleh buat are those with mantra and benda2 yang menjurus ke arah kekufuran.. hmm aku rasa those muslim yang joint class yoga.. sure la dorang tahu yang mana bleh ikut yang mana tak bleh.. Those muslim yang kurang arif.. atau tak tahu.. kena tanya orang.. Tapi aku rasa kalau sekadar gerakan physical by the instructor gym.. shud be ok.. probably yang perlu di pantau are those yang memang concentrate n focusing in Yoga buss only..

Tapi sebenarnya ada banyak gak activity lain yang seumpama yoga, like pilates.. Pun menarik gak. Pernah la sekali masuk class pilates with my colleague Wong masa aku keje kat KLCC.. waaaa.. giler la sakit perut for 3 days.. (Wong, already got his 6 pax)gerenti perut ada 6 pax.. nice huh.. hmm berangan la kot nak perut cam tuh. Hahah. how’s mama Woon doing now ya.. lama tak jumpa mama.. Rajin pi gym tapi tak boleh hilangkan habit merokok. Sayang je..

Me.. tengah tak der class nih la.. i can spend masa utk beriadah skit.. Insya allah esok nak swimming at pool atas.. and on sunday kwn2 sekolah aku ajak berjogging kat KJ and later proceed to swimming pool.. (haa bestnyer)

Korang jom..

Pagi yang Gelap belum terang-terang lagi..

What was i thought and guessed is truthfully rite. I am working like hell for two weeks in a hell situation (dekat office je la.. kat umah aku happy ๐Ÿ™‚ ).. adusss.. Ya allah ayat aku.. astagfiruallahh.. memang la aku suka buat keje tuh.. u know kind of helping people… back up orang itu.. backup orang ini dapat buat and belajar benda baru.. but at last.. keje aku jugak yang tak habis.. sampai la nih aku tak hantar lagi weekly report yang tiap2 minggu aku compile and send to orang2 yang sepatutnya.. Aku tak sempat nak compile anything while i’m backing up others.. tak der masa.. nak curik masa pun tak der. hari jumaat aku balik kul 2130 jugak.. (sedihnya.. adakah aku akan berterusan macam nih..?)

Hari Sabtu, hari untuk riadah aku.. Last sunday aku tak dapat nak try racket baru and kasut tennis baru aku.. gara-gara hujan petang tuh.. akhirnya aku and adik pi singgah masuk Giant Kelana jaya.. hd our simple dinner and head to my sister’s house at Kelana Jaya. Hmm lepak sana layan anak2 buah aku ( Amin, Aiman, Adam and Atikaq) lepas magrib kami balik rumah. Kebetulan sampai rumah mak and abah pun sampai dari ipoh.. dengan segala lauk pauh dari kenduri berkhatan kat kampung dan cerita-cerita menarik dari kampung especially anak2 buah aku.. (Ayong Nadia, Angah Aida, kak chik and A’a). malam tuh aku dengan mak sembang sampai jam 0100.. abah tak berapa sihat.. asthma and batuk2 kuat..

Masa dekat kampung abang ipar aku bawak abah ke Hospital Batu Gajah.. terus ke ICU dan di beri bantuan pernafasan… hmm aku dah pesan dekat mak.. bawak machine nebulizer tuh… tapi mak terlupa.. memang dah jadi kebiasaan kalau aku balik kampung.. atau kemana-mana dengan abah.. aku akan ingatkan untuk bawa nebulizer yang ada kat umah.. bukan apa.. just in case of emergency.. because abah aku kalau travel jauh.. cuaca lain skit.. sure dia akan batuk2… and membawa kepada lelah and sesak nafas.. tak senang duduk aku dekat office bila mak kata abah di bawak ke hospital… aku call for update… sampai mak and abah balik semula ke sini.. ikutkan hati aku nak balik je kampung hari selasa lepas (untuk bawak orang tua aku balik ke sini) … aku risau…

Saturday morning.. bangun, solat mandi and breakfast skit.. dalam jam 0830 aku keluar rumah.. aku kendong bag and racket.. Aku drive ke Kompleks sukan, Kelana Jaya. Bersebelahan MAS academy. Kat sini ada tennis wall. Aku nak try racket and kasut baru nih.. Aku sampai je… aku tengok ramai gak orang kat gelanggang.. tapi kat gelanggang tengah. Aku terus berjalan sampai kehujung kompleks.. Ada tennis wall yang bersih dan terjaga.. Betul2 sebelah masjid.. dekat dengan rumah imam and umah bilal kot.. ( well sapa lagi yang dok dalam kawasan masjid kan )

Haaaa puas aku main.. best.. ada bunyi pop. pop kat racket aku.. tak la aku pandai main sangat.. tapi aku puas hati dengan racket nih.. cuma aku nak tukar grip dia.. racket color merah kilat giler… cantik babe.. kasut pun sedap pakai.. color purple.. (ee girlish giler color dia.. tapi aku memang suka color purple..) size 6 1/2 (UK). Tengah sedap main.. tiba2 ada dua ekor monyet ekor panjang berjalan atas pagar yang betul2 dekat tennis wall.. well… aku cuak giler..ย  dalam cuak2 pun aku pukul bola gak.. tried to ignore them as best as i can.. yang seekor nih besar, seekor lagi kecik skit…ย  berjalan ala2 macho red butt monkey.. (dlm hati aku kata.. haii la monyett apa ko buat kat sini.. nak main tennis kee.. ?) racket aku at ready.. ee gerun. (maklum laa orang tak pernah jumpa monkey live.. liar macam nih.. dekat zoo aku pernah la jumpa) kalau lahh si monyet nih attack aku. dah laa pagar court aku tuh tertutup.. memang aku sorang je dalam court tuh.. aku risau kalau2 si monyet nih pi keja bola hijau cerah milik aku.. aarrrghhh tolongg.. Dah sampai dekat hujung pagar court aku.. monyet nih turun kebawah..ย  Ya allah nasib baik dia turun kebawah luar dari court aku.. pintu pagar court aku tutup bhaii.. where else i can run.. ? fuhhh.. dah la dorang turun pastu dekat dengan pintu masuk court aku. arrghh tak bleh jadikk.. tak pasal monyet nih kena bantai ngan aku.. i always had my racket at ready.. jangan ko jadik bola tennis aku sudahh.. monyet dua ekor nih carik makanan.. lucky dalam bag aku tak der makanan.. all i hv is my mineral water and face towel… dua ekor monyet tuh masuk kawasan masjid.. pastu ada orang kat masjid nih keja and halau.. fuhh for 5 minutes.. permainan aku terganggu.. siot je monyet2 tuh… Lepas tuh aku main sampai jam 1030.. panas terik pulak aku rasa.. dengan peluh yang dah basah baju and muka.. Aku main direct 1 hour and 30 minutes.. no lepak just berenti untuk teguk air aje..ย  syiokkk..

Sunday morning… aku keluar breakfast dengan kak ila.. lepas breakfast aku tak jadi pulak pi fitness first.. (gatal.. barang semua aku dah pack..) entah apa pasal rasa malas pulak.. Aku ajak mak keluar jalan-jalan dekat carrefour Subang jaya.. hmm rupanya dalam diam mak aku dah tempah langir untuk raya.. Mak tak bagitau aku pun.. hmm dia sengaja nak nyorok and tak mau bagitau aku.. sebab biasanya mak aku discuss ngan aku.. tapi sebab tahap cerewet and complaint aku tinggi sangat.. dia buat diam2.. (ee tak patut..)

Esok.. is another day… and yes aku kena backup orang lagi.. meeting aku dengan rahimah (manager ku yang supportive – bukan nak kipass haaa) about discussion pasal one project(jual beli saham .. aku rasa sure rahimah lupa..).. belum di finalize lagi.. aduss.. lama2 hilang apa benda yang aku nak citer and highlight. Pasal keje back up orang nih pun.. nak kena hihglight gak.. Aku pun pelik apsal ramai nar yang berenti.. (tapi okย  gak.. because yang berenti tuh.. yang bermasalah sebenarnya… ihiks.. ) so.. have a great future guys.. aku dah bagitau rahimah next time tak payah laa ambik balik orang-orang yang pernah berenti nih. unless if they have good track records.. Ponek yo yang dapekk.. hahahah

Tennis, The shoes and Me

Last week was a bit bz for me.. bz with my weekly tennis session and beli belah dengan mak.. ihiks..

Saturday i went to the 3k kompleks kemudahan Masyarakat @ SS13, Subang jaya. Aku booked court started from 0930 until 1130. aku memain ala kadar.. hmmm with a very limited skills backhand n forehand.. game and etc etc.. lepas main ala2 tengah lepak mak aku call, suh balik umah, abang aku datang ngan family kat umah mak.. After 15 to 20 minutes, aku charlos balik umah.. Abang aku present kat mak aku set home theater baru.. fuiyo i tell you memang menjadi kegemaran mak and abah aku laa set nih.. dorang suka layan radio klasik fm. ahakss.. aku tumpang gumbira..

On sunday, Mak and abah balik kampung, ada org kahwin kat kampung, aku tak balik. Yang kahwin pun just kawan mak aku.. so cam ala2 tak perlu sangat nak balik. Pepagi aku pi gym, fitness first kat Wisma Consplant, Subang jaya. lama giler aku tak dtg sini.. genap sebelan aku rasa. Exam dah habis.. tapi keje pulak bertimbun..

Cerita pasal kerja, tahu-tahu je la pulak bos aku nih yang exam aku dah habis.. ihiks.. hmm ada extra dua job untuk aku.. eh actually 3. tapi satu aku reject.. because that person suppose to do his job.. bukan aku untuk kasi complete keje dia.. tak kuasa aku.. nanti aku yang buat.. orang lain yang dapat nama.. i dont like it.. u know.. even though nama aku ada kat database tuh.. well. people can simply ignore it.. tutup mata.. any appreciation.. pegi kat orang lain.. but complaints semua datang kat aku.. tak adill… aku tak mau di pijak-pijak lagi.. if tak suka.. kurang setuju.. aku akan cakap.. lantak laa nak jadi apa..

Sambung balik citer hari ahad aku.. lepas pi gym, aku keluar dah kul satu tengahari.. aku stop kat tempat kerja kak ila.. lunch dengan buah hati aku.. ihiks.. Kak ila laa.. lepas lunch aku balik umah. Aku belikan adik aku roti.. dah aku tanya nak makan apa.. semua tak nak.. last-last dia request roti.. nahh ambik ko roti.. hehehehe..

Petang at 5pm mak and abah sampai umah, agenda seterusnya berkumpul ahli keluarga… sambil tengok cerita yang ntah apa2… apa tajuk dia yekk.. hmm Sarah ke tajuk dia.. hmm tak ingat.. tapi cerita tentang seorang ibu yang meratapi kematian anaknya dengan cara yang kurang waras.. memang laa aku tak der anak.. tapi aku rasa citer nih melampau.. ( well in reality mesti ada.. ) tapi kisahnya ala2.. si ibu ini tak dapat terima qada dan qadar.. As a person, i can see that, without iman, taqwa and tiada reda.. susah hidup.. hidup tak tenteram.. How can we reach Iman and Taqwa.. ? sembahyang je tak cukup, adik aku kata.. you need to properly internalize the knowledge that you learn/given to you.. baca Quran, hayati and faham.. baru ok.. baru ada taqwa.. ( this is what my sis says) .. bagi aku betull.. apa guna dia sekolah agama.. kalau tak tolong remind family sniri kann ? tul tak ? bak kata nabil.. “lu pikir la sniri”

Monday, is a public holiday.. Wesak day. Another tennis session, 2 hours kat 3k, Subang Jaya. Dengan keadaan diri aku yang tak berapa sedap badan.. sakit tengkuk pun degil.. masih nak main.. duhhhh.. Lepas main aku ke Mydin Mall, USJ1, pagi tadi mak and adik aku ke sana.. I joint them.. teman dorang makan lunch, solat pastu mak aku kata nak pi Giant kat sebelah pulakkk.. it’s already 3 pm… i asked my mum to menapak ke sana and i drove to Summit.. konon nak carik kasut tennis baru.. hmm aku park kereta kat B3.. Aku masuk.. huhuh not bad.. parking sekarang dah bagus.. tak segelap dulu.. dulu horror tempat nih.. aku naik ke atas terus ke LG. Aku singgah ATM, terus tanya orang where is the ADIDAS factory outlet.. “ @ G floor on the way the summit hotel ” aku terus naik atas.. terus masuk boutique ADIDAS, the sales person approached aku politely.. his name is Arif. Aku terus bagitau yang aku nak tengok kasut tennis.. There are 2 available design, Splitstep and CC Divine. hmm with limited colors and size available, aku choose purple color, Splitstep, 6.5 UK size. hmm i’m looking for 7, tak dak… Aku bagitau budak Arif that i will come back.. aku keluar berjalan di floor yang sama.. hmm thinking to buy another shoes for my office attire. hmmm haa aku jumpa princess.. sales girl dia baik giler la pulak layan aku.. sayang aku tak der nama dia.. sales girl yang memang tak mengalah melayan customer.. ( well tahu je lahh.. kalau aku yang memilih kasut.. ) at last i bought a shoes suggested by her.. (i think i should put her name here laaa ). Can i just call her Melati.. pasal budak tuh putih.. heheh.. (sukahati aku jee).

i went back to the ADIDAS boutique.. this time to really buy that shoes.. hehehe.. Immediately the sales person, Arif, approached me and i said “ Adik.. find me the 6.5 or 8 uk size.. i wanna try it, the splitstep plz.. ๐Ÿ˜€ ” he brought with him 2 large boxes, aku try dua2, siap dengan socks skali.. i feel comfortable with 6.5. 8 Uk size?gilor apo ? fuuhh too big.. macam badut.. muahaha.. I suruh budak tuh pack untuk aku.. bayar and charlos keluar. I went straight to the autopay station, bawak kereta keluar, terus ambik mak and adik dekat Giant. Sampai rumah at almost 1630.. penat giler.. aku flat giler.. flat sampai malam..

Aku tertidur awall.. ZZzzzzZzzzzzZZz..

Tuhan Sahaja Yang Tahu

Wow.. it’s been two weeks that i didn’t write anything in here.. Hmmm miss u so much…. I am currently living my world in a bz and hectic life. Tuhan sahaja yang tahu. Whatever it is.. I am so happy about it. Even though i’m extremely bz, at least i still hv time to be at my gym. Dah dua minggu aku ke gym every Tuesday. On Tuesday, class habis @2000, habis class aku solat, memandu ke gym. Exercising sambil watching my favorite show, Heroes. Kalau dekat rumah, sure kena berebut Tv dengan mak or abah. So, better aku lepak sini after class until 10pm. Habis Heroes, aku naik atas, bersihkan diri, around 1045pm, aku akan keluar dari gym and memandu balik.

Honestly, rasa cuak jugak balik keluar sorang-sorang ke kereta dari pintu gym tuh, tapi aku tawakal sahaja.. Suasana kadang-kadang terlalu sunyi. Aku tak takut hantu, Tapi aku takut hantu yang pakai topeng manusia biasa, aku takut pemandu mabuk and etc etc.. Nak buat macam mana.. itu sahaja peluang yang aku ada. And i have to do it.. because i want it too much. itu sahaja masa yang aku ada. Weekend, i can use that time for my family, friends and revision… ๐Ÿ˜€

last Friday, habis satu presentation, Tomorrow, another assignment to be submitted, Wednesday ada test, and on Friday another assignment nak kena hantar and meeting kat tempat kerja.. Syukur Alhamdulillah everything is under control, well prepared and went smoothly. Hanya tuhan sahaja yang tahu. i feel so relieved… and calmed. :D. So far kerja dekat office pun best and bagus..ย  yes there is another offer and opportunities for me to jump, to another work environment, tapi i thing, i should stay here and focus.. Memang itu cita-cita aku, tapi, probably allah nak test aku.. So i just hold it back.. khuatir kalau-kalau yang aku kejar tak dapat, yang aku kendong berciciran… I just don’t want it to be like that… I know what i’m capable of, and i know where is my limit.. Thank God.. thanks Allah.. For giving me this opportunities and strength to face all these.. ๐Ÿ˜€

1st of Muharram

First of Muharram fall on Thursday. It’s public holiday again. i wasn’t plan to go anywhere, since my mum requested to bring to her to the wet market. hmm I’m not in a mood. Feeling so lazy especially this is my first week of my PLK classes. Penat, Exhausted. nak rehat je hari nih. Finally, my mum and kak ila went to wet market with kak ila’s husband. Aku lepak rumah main dengan Nur Hidayah. Hidayah suka main dengan aku, and she always smile at me when i called her name. Bila aku panggil dia “Cantik” definitely she will turn her face to me… Geram… kalau aku panggil dia “tembam” dia buat derk je. ๐Ÿ˜€

hmm hari nih mak masakkan aku lauk kegemaran. Aku rasa kelmarin aku ada sebut nak makan lauk asam pedas ikan tenggiri. haaa i so luv my mum.. siap demand lagi.. masak pekat2.. extra pedas pun tak pe.. ‘Ekin mengada-ngada’. ๐Ÿ˜€ sambil-sambil tuh aku tolong mak ‘mengacau’ dekat dapur. My mum very understanding.. Abah aku macam biasa. He is a cool man, gentle, very generous, diam.. tapi kalau dia dah cakap.. bebel dia lebih dari mak aku. Ahakss..

Petang lepas solat zohor aku keluar ke Fitness first, rasanya dah 2 minggu aku tak pegi.. Konon sibuk. ;D. Sampai dekat sana aku tukar selipar dengan kasut sport Adidas aku yang dah lama.. hmm teringin nak ada running shoes yang baru.. tapi kasut nih pun elok and cantik lagi. Bila la kasut nih nak rosak yekk. ? hahaha.

Sekarang nih kalau aku pegi fitness first aku akan minum favourite drink, either fruit tea or green tea.. ahhh lega sedap, and suam2. 100 Plus, aku dah tak minum, macam malas nak minum.. haha nanti tengah exercise rasa cam nak kentut plak.. muahaha.. hmm tapi tak pernah pun kentut aku terlepas muahah.. hampes ekin.. cerita apa yang ko type nih.
lama jugak la aku ber work out kat sini, dah habis session, penat and bau badan sendiri pun aku dah tak suka, aku naik atas mandi.. mandi is the best moment kalau lepas work out.. tahu2 aku keluar orang semua dah hampir takder. orang yang terdahulu mandi pun dah berjalan balik..Jam 6pm baru aku keluar dari fitness first. Alamakk hujan pulak.. lebat.. aku tak solat asar lagi.. hmm memang plan nak solat dekat rumah, alamat hujan macam nih.. kalau tak sempat aku terpaksa la singgah dekat masjid Subang jaya SS15.

Akhirnya, di sebabkan tak mau menunggu, aku redah hujan lebat bila butir air nyer dah mengecil. Bayar parking RM2.00 and charlos. Sampai rumah @620pm, pakcik and makcik aku datang rumah. Aku berlalu solat dulu pastu pekena kopi hitam berhalia..joint pakcik aku sekali.. superb kopi nih.. Tak main la halia serbuk, raw ginger yang di tumbuk lagi power. Fuuhhh…

Malam aku tak kemana, hanya lepak rumah layan internet, carik bahan untuk class aku esok. Mak, abah, fidah and adik aku plan nak balik ipoh esok. Alamak tinggallah aku sorang2. hmm tak best nyer. Fidah ada medical follow up kat Hospital ipoh, mak and abah aku temankan dia balik, because she’s not used to drive alone to Ipoh, this is her first time. lagipun kaki dia kalau sakit tengah jalan.. ada la orang tolong urut or whatever. probably adik aku bleh gantikan dia.

Friday – Nov 9, 2007

Since Deepavali fall on Thursday, i’ve decided to take a leave on the next day, Friday. Nak habiskan cuti. At the same time, i’m reserving 5 days leave to carry forward to the next year. As per my previous plan, aku nak ready untuk trip to New Zealand. Probably bulan Sept 2008, Kebetulan best friend abang ipar aku and family pun plan nak pegi masa ini. Anyway.. musim pun, abang ipar aku kata, musim bunga.. Hmm menarik. Mesti banyak bunga yang cantik2 kan?.. hmm aku pasti nak jejakkan kaki di Negara Buah Kiwi itu.

Friday..aku ke Wisma Consplant, mana lagi? kalau bukan ke fitness first yang dah 2 bulan aku tinggal. Kalau bulan puasa tuh aku hanya exercise dengan terawih yang tak selalu cukup 23 rakaat. berkiraa..!!. hampes je kan ? Hehe tapi alhamdulillah ada inspirasi untuk aku ke masjid tahun ini, first my mum, second because masjid dekat rumah tuh ber-air-cond. hehehe ngada2 kan ? Cuma first and second week of ramadan aku ke surau yang dekat rumah, selebihnya aku kena memandu untuk ke masjid..

Selain exercise dengan terawih, kalau aku rajin ikut dekat fitness channel mana2 aku buat la pilates atau yoga depan TV… itupun kalau aku ter-switch to that channel. ๐Ÿ˜€

On Friday, aku keluar rumah @1200, memandu ke carrefour and park kereta dekat situ. Kebetulan kawan abang ipar aku dekat New Zealand, balik malaysia, so kakak aku and abang ipar kirim barang untuk kami di sini.. Aku jumpa kawan abang ipar aku dekat depan carrefour ambik barang2 and letak dalam kereta.

Aku dapat chocolate besar, of coz dark chocolate and a cute lamb with magnet. Selain itu kakak aku kirim cenderahati dari Christchurch untuk setiap orang dekat sini. Comel. Time kasih kak shila and abang joe..

Lepas letak barang, aku berjalan kaki ke Subang parade, masuk cold storage and beli makanan tengah hari. Aku beli mango juice, yogurt and sunflower seeds. Terus berjalan ke wisma consplant and get changed. Turun ke juice bar di fitness first, aku makan makanan tengah hari aku.. sambil membelek-belek magazine.. Aku kira waktu ini, orang lelaki semua di masjid.. gymnasium nih kosong, satu machine cardio dekat sini tak disentuh orang.. Hureeyy.. gym nih aku yang punya.. Syiok giler.. kosong bai.. Di sebabkan baru on friday aku buat exercise betul2, terasa plak sengal dekat area thigh.. rasa muscles area perut, kaki and tangan semua kena tarik.. ๐Ÿ˜€ Puas merenggang otot, masuk rehat dalam steam bath..

Selesai activity aku, aku keluar berjalan ke Subang parade, solat zohor and window shopping and membeli sikit. ๐Ÿ˜€ Tak sedar dah masuk waktu asar, Aku naik ke surau bersebelahan celebrity fitness. ada dua tiga orang sahaja, Jam 1730. Lepas solat aku ke carrefour balik, ambik kereta and drive ke Subang Jaya Medical Centre. Aku masuk Taj curry house, order tosai and duduk sementara menunggu kak ila joint aku. This is my dinner. Dinner @1815. Lepas minum and makan aku and kak ila bergerak balik ke rumah. Baby kak ila husbandnya dah ambik dari rumah baby sitter. Terus hantar kak ila ke pintu masuk rumahnya and aku park kereta naik ke rumah aku. another few minutes masuk watu magrib.

Lepas magrib, aku hanya lepak di rumah and layan internet @ my new home… apa lagi.. wordpress.com laa. ๐Ÿ˜€

-S-

Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini.. :D. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.

Weekends

Weekends…
Saturday – Mak aku ada plan, so aku tak dapat ke gym awal pagi. Exercise awal pagi aku suka, kalau dah petang jangan harap aku akan keluar. Jarang sekali aku dapat jejak kaki waktu petang dekat Fitness First. Pagi-pagi best, peralatan masih bersih orang pun tak ramai. Bau peluh semalam yang ditinggalkan pelawat semalam pun dah hilang. Bersih dari kuman and bacteria. . Aku terpaksa mengajar adik aku memandu kereta, pasal this monday dia nak ambik test. She’s not confidence with hills. dah banyak kali aku ajar, tapi still have no confidence. Kalau suruh driving school ajar, kena tambah duit and money is the problem. Lepas mengajar aku ke sunway piramid dengan adik aku. Dia pergi because nak tukar ticket sunway lagoon dengan cover page surat khabar, aku naik ke TGV. Konon nak menonton Rush Hours 3 seorang diri, adik aku dah tengok dengan kawan dia last week. Akhirnya sebab waktu tayangan lambat sangat aku cancel the plan. Adik aku pun tak dapat ticket, pasal dah habis. Kami keluar dari sunway piramid, berhenti dekat kedai makan, makan and beli lauk untuk di bawak balik. Mak aku not in the mood nak masak, pasal petang nih kami ramai-ramai kena tolong mak aku isi tapai dalam mangkuk kecik2. Kesian mak. On the way balik, dah hampir waktu zohor. Lepas solat and lunch, aku on internet. Conference dengan kakak aku di perantauan. Mak and abah dah rindu kot dengan kakak aku, because last week, aku ada agenda lain and tak sempat nak online dengan org New Zealand. Malam, kami duduk ramai2, hmm tak la ramai pun, just adik, aku and mak aje. Duduk and pack tapai pulut yang mak aku buat last thursday. Aku tak la suka tapai nih.. manis.. pulut plak tuh, berkanji.. kalau darurat tak der makanan boleh la aku makan.

Ahad – Hmm aku tak pegi jugak ke Fitness First hari nih. Lucky, hari Rabu hari tuh aku dah request to freeze account aku, due to bulan puasa and raya. Hmm rasa rindu pulak. Bukan apa, badan aku akan rasa sakit-sakit kalau aku tak exercise.. rasa lenguh. Jam 10am aku mandi and bersiap untuk ke majlis kahwin biras aku. Aku SMS kawan-kawan aku untuk ke majlis Suzie Farah, my schoolmate, tapi sorang pun tak reply. Even Abai and the geng pun tak sms aku. Entah dorang pegi ke tak . So aku hanya ke majlis biras aku di Banting. Lama jugak aku di sana. Yelah mak and abah aku ada kena mengena dengan orang-orang dekat sini.. so aku pun kena la stay and tak boleh lari. Luckily makanan dia sedap.. puas aku makan. hmm ada cup cake lagi. nice and very chocolaty.. Pengantinnya pun muda.. agaknya dalam 22 or 23 year old. Aku sampai rumah hampir jam 5 ptg. penat plus kekeyangan… Aku cakap dekat mak yang aku nak keluar ke Fitness First, hah.. sampai rumah solat, dah kena air sejuk, bamm dalam bilik aku. Tidur la apa lagi. Hampessss…

Tour to rumah orang kahwin

Cuti sekolah dah bermula, KLCC pasti penuh, nak plak dekat KLCC convention centre sekarang ada BoofFest@Malaysia – The biggest Chinese bookfest in South East Asia. Hmm tangan kanan aku masih terasa sengal and kejangnya gara-gara aku masuk class BodyPump kat FF. Hmm mungkin sebab kerja aku yang asyikย memegang mouse menyebabkan sakit dari elbow aku melarat ke pergelangan tangan aku. Even bilaย nak pegang mug aku untuk minum pun aku terasa sakitnya. Terlupa sejenak yang abah aku terror mengurut. Balik nih sure aku suh abah aku urut. Aduss

Memang seronok joint class yang ada dekat FF nih. So far aku ada joint class Body Combat and Body Pump. But obviuosly, aku rasa aku lebih enjoy dengan class BodyPump, Menarik. And anyway i have friend in this class. Wong, who has been so familiar with every classes in FF, has taught me all the time during the class. He is so helpful and nice. Thanks Wong.

Dalam sakit-sakit pun aku masih sempat pergi ke Majlis kahwin Kawan lama aku kat SJMC dulu. Zaimal. Tukang masak muda and terror masak and rajin timba ilmu memasak. Aku pergi dengan kak ila. Hubby kak Ila kerja, so aku pegi ngan dia, Menghantar si Zaimal ke rumah Perempuan Kat Kawasan Kg. Baru. Zaimal lengkap berpakaian serba Kuning keemasan. Smart and nice color.ย  ๐Ÿ™‚ Selamat Penganti Baru Zaimal. Semoga bahagia Selalu.

This weekend plak, Hari jumaat nanti aku akan bertolak ke Johor Bahru. Sepupu Aku plak yang kahwin. Sabri. Aku akan bertolak dari sini pepagi mungkin. Apa lagi bawak kereta comel aku and sudah pasti aku yang akan drive.ย Yang pasti aku nak try ikan bakar yang faris kata sedap kat JB. Katanyer dekat depan Hyatt Hotel. Aku akan try carik. Hehehe bab makan memang aku tak tolak. Ini first time aku akan ke JB. Ingatkan aku nak turun ke Singapore sekali, tapi mak ngan abah aku nyer pasport plak udah mati. Hmm macam tak sempat plak nak renew, and rasa malas nak ambik pass pelawat sahaja. Tunggulah satu hari nanti. Bukan apa, berjalan ngan orang tua aku nih lain sikit, dorang kalau boleh memang tak mau tengok aku terlebih spend. Heheh biasa la orang tua. Aku pun tak mau bagi dorang worried. Kalau pegi ramai-ramai ngan adik beradik aku yang lain, dorang ok skit. Kesian dorang, tujuan aku nak bagi dorang rasa apa yang aku rasa, mungkin dorang tak merasa selesa bila di berikan benda mewah-mewah sikit sebab dulu dorang mangsa keadaan, hidup susah.ย  Tapi yang pasti, mereka hidup susah payah dulu besarkan aku. Aku rasa aku perlu bagi dorang kesenangan yang aku mampu beri. Itu sahaja.

Selagi aku masih bernyawa, Aku akan berbakti untuk Mak and Abah aku. Sampai la aku MATI. Insya Allah.