2nd nite of Ramadan 1429

First day of puasa.. seronoknya dah masuk Ramadan.. yang tak seronoknya.. hari nih ada class. Siapa lagi kalau bukan lecturer yang paling rajin.. masa sem break, public holiday pun nak buat class. since i’m not the one yg suka ponteng class(cehh), aku melangkah ke kereta jam 0840am. Class kul 0900. aku tahu today is public holiday and biasanya orang-orang kat lembah klang nih memang tak bangun lagi.. hahaha.. Federal highway clear, perjalanan smooth dengan aku boleh memecut hampir 100 per/km. Well.. alhamdulillah, aku sampai at 0912 dekat class. Lecturer aku dok sibuk call students yang tak datang lagi.. ahaks.. Rajin betul pakcik nih..

Class habis about 12, supposedly habis at 11, dia mintak extend.. again.. rajin betul pakcik nih. Habis class.. aku ada discussion with Sue.. about our project.. yang mulanya tak menepati specifikasi. fuhh lega nasib baik makcik tanya. Malu bertanya sesat jalan.. (hmm apakahhhh) So tak mau sesat baik bertanya..

about 1240, i was on my way to SJMC.. ambik kak ila and pi carrefour Subang jaya, beli barang skit untuk berbuka.. hmm kak ila on duty hari nih, so she wasn’t able to teach me to cook brown sauce.. hmm nevermind. perhaps some other time kot. I bought chicken, instant mash potato, chicken gravy, bread crumbs and some other stuff yang mak kirim.

Ramai betul orang kat carrefour.. macam nak raya pulak.. Habis membayar, aku hantar kak ila balik ke tempat kerjanya.. aku terus balik rumah. I reached home by 1430. duk rehat jap.. 1445 solat and lepak.. since tengah puasa aku lepak2.. mata pulak rasa ngantuk.. about 1530 aku tidur sambil menikmati sejuknyer hujan petang (syiokk).. jam 1700 aku bangun.. mandi and solat asar. at 1830 aku start buat menu untuk mak and abah. Hmm a simple chicken chop.. mak request not to deep fry the chicken, instead just fry ala2 grill, with a lil bit of vegeoil.. hmm mak and abah pun batuk tak elok2 lagi. hmm kesian. Aku stim broccoli and carrot,  mixed instant mash potato, chichken gravy plus my favorite kerabu kacang botor. hmm nyummy..

Kami berbuka hanya bertiga.. mak, abah and aku. before berbuka mak call adik dekat Ipoh.. hmm.. investigate anak bongsunya makan apa and bla bla bla.. (Sedih la tuh..) hmm mak request aku buat lagi if adik and anak2 buah aku datang ke sini. Probably aku tak balik raya tahun nih.. raya kat sini je.. (hmm sure tak der mender nak buat. Mungkin menonton tv jer kot. macam tak best je bunyinyer.) lepas magrib, aku menyiapkan diri untuk solat magrib and ke surau.. Kami bertiga jalan sama-sama pi surau.. After 8 rakaat aku and mak balik rumah, because pak sedara aku yang baru bernikah nak datang bertandang umah. Tolong mak mengoreng mee, hot drinks and tetamu pun datang.. sambil sembang2 sambil belek gambar2 majlis perkahwinan pakcik aku.

Alhamdulillah. dapat satu hari berpuasa.. ala.. yang tak best esok ada class sampai 2230.. adus.. if bernasib baik class habis @2200. 😦 bulan pose nih.. class aku on from Monday to Wednesday.. hmm kesiannya esok mak and abah je yang berbuka kat rumah.. sure dorang sunyi. Aku pulak.. sure kena berbuka ala2 tapau.. hmm dah kalau keluar office pun 530.. class start at 630.. break for 30 minutes untuk berbuka and solat magrib.. pastu masuk class balik.. aarrghh first time aku sambut puase macam nih.. Harap-harap aku di berikan kekuatan dan tenaga yang mencukupi.. Paling penting tak mau ngantuk dalam class.. aaa cabaran besar sungguh..)

Nite ols..

First night of Ramadan 1429

Salam to all.. Alhamdulillah, again we’ve in a holy month of Ramadan. Bulan penuh keberkatan.. Excited nak berpuasa on the first day of ramadan.. dalam kepala dah fikir menu apa yang nak di cuba buat.. hmm

Makan makan jugak.. i decided to cut down my carb intake.. hmm aku dah start..today my meals for lunch and dinner are sandwiches made of lettuce, broccoli, china cabbage, slice of cheese, cucumber, egg, onion and fresh red chili. Hmm alhamdulillah. Tapi menu yang aku pikir nak buat for buka puasa is.. menu favorite mak. Mak dah lama nak makan chicken chop.. hmm thought nak buat esok. Ahaks.. kalau dapat buat brown sauce sniri lagi bagus.. Cuma kena carik herbs nya..hmm kak ila kata she want to helps me.. aku bukan reti sangat masak-masak nih.. makan ok la.. ihiks. (belum dapat diploma..– ngada2 masak pun nak ada cert ke?). Itu untuk mak and abah.. for me just a simple one pun dah ok.. aku with my different taste of sandwiches.. hehe

Saturday pagi is hari aku pi pyhsiotherapy kat SJMC. this time mak and kak ila temankan aku.. hmm abah lepak kat rumah tengok tv and breakfast lepas balik dari surau.. Mak nak joint katanya nak pi tengok langsir… So pagi tuh about 0900 am kami keluar.. pegi breakfast kat McDonald’ SS15 Subang Jaya. Tempat lepak biasa yang best untuk lepak2. Mentang2 Isnin puasa.. hahaha. Lepas breakfast, kami ke SJMC… kak ila drop off aku kat area emergency and aku, mak and hidayah naik ke tingkat satu. physiotheraphy kat sini dah di gelar dengan nama Rehab services. hmm.. tak silap aku dorang letak nama baru.. dulu nama lain.. Macam biasa physiotherapist tuh lekat kan some sort like rubber pump kat belakang aku and ada urutan ala2 kerusi urut Gintell kat umah kakak aku. Rasa sengal lepas aku buat benda nih.. continued with apa benda machine aku tak tahu..  machine yang di gunakan untuk menarik my lower abdomen sambil baca magazine Newsweek yang isinya ala2 menarik untuk di baca sambil berbaring. makin lama makin berat plak benda nih.. But from day to day.. aku rasa my back is getting better. Alhamdulillah. Aku dah boleh duduk and lurus kan kaki.. and almost.. skit lagi i can touch my toe without any paint… fuhh.. lega..

Dari SJMC kami ke Carrefour Subang Jaya. hmm mula2 aku temankan kak ila buat kaca mata baru. later aku ambik kunci kereta dari kak ila and ambik abah dekat rumah. Kami nak pi makan kat bt 3 shah alam. Jam dah 1345 bila aku sampai rumah. Abah dah bersiap dengan baju putih pagoda,berkopiah, berseluar and aku pimpim abah ke kereta. Hari nak hujan. Aku drive ke Carrefour, Mak, kak ila and hidayah menunggu depan Domino Pizza and aku drove ke Batu 3. Betul2 sampai dekat kedai makan tuh.. hujan turun dengan lebat. Abah enjoy makan sup tulang.. mak, aku and kak ila enjoy makan kerabu mangga.. hmm lama dah tak makan kerabu mangga.. nyum nyumm.. Lepas makan kami drive balik ke rumah, on the way balik, singgah bank, bank in duit untuk Fatihah and terus balik rumah. Jam dah pukul 3pm. Aduss belum solat lagi. Sampai umah, salin baju masuk bilik air and solat. Mak kata petang nak keluar lagi.. nak beli bekas makanan.. untuk nasi lemak esok pagi.

Sunday morning. lepas solat subuh aku keluar dari bilik.. mak dah siap masak beberapa periuk nasi with Nasi Lemak katanya untuk di edar kepada jiran2.. Aku duduk mengadap nasi lemak yang memang i tell you sedap.. panas.. baunya ya allah godaan.. Aku sekadar menolong menyendukkan nasi and pack into lunch boxes sambil tengok perarakan merdeka parade kat TV… Mak isikan sambal, timun and telur.. Waa.. aku rasa mesti orang suka makan nasi lemak mak aku. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah (hmm form 4 and 5).. hmm masa tuh mak aku masih berniaga suka-suka jual nasi lemak.. and tugas aku hari2.. is buat sambal nasi lemak.. (waahh can u imagine.. i can made a good sambal nasi lemak.. dulu laa.. sekarang? ahaks.. entah2 sambal tuh jadik hangit..my skills all gone) apa2pun itu recepi mak.. aku hanya. ikut ajer. orang puji babe sambal tuh sedap. ahaks.. (cam tak caya je).

After zohor, actually mak ajak aku pi carrefour lagi. semalam dia lupa bawak kain sample. Aku rasa malas nak pi, kebetulan sedara aku, Ayong nak pi sana ngan mak nyer. So mak follow ayong and her mum. Mak aku and mak Ayong memang best friend.. so tak hairanlah dorang sampai rumah almost 530. Waa seronoknya mak aku pi shopping. Kadang-kadang aku yang tak larat ikut mak pi shopping.. hehhe..

Magrib, aku masuk bilik air and mandi..bersiap solat and duduk depan tv. nak tunggu announcement berpuasa. Once aired, aku sarong telekung and berjalan ke surau berdekatan. hari nih tak lah ramai sangat kat surau.. hmm esok malam sure ramai..

Can’t wait for tomorrow. Seronok nak sambut puasa dari beraya aku rasa.. seronoknya raya pun sekadar 2  atau 3 hari.. tapi puasa.. sebulan.. lebih seronok. auranya lebih terasa.. rasanya kalau keluar malam pun ala2.. syaitan semua hilang. is it.? hehe whatever it is.. hati-hati selalu u ols..

Exhausted, The Fifth

The fifth days as a super mighty woman.. Fuh exhausted.. rasa badan penat, tekak dan hidung dah rasa tersumbat. but i just ignore it..

Alhamdulillah this week weekly meeting dengan orang penang tak der.. lega skit aku, tapi report and slide tetap aku kena submit.. Aku prepared report utk ETA, Open calls, performance as a whole, presentation slides, backup orang.. and i work until 2030. Minggu depan aku akan lalui routine yang sama.. mintak2 aku sihat..sebab seingat aku.. kalau aku keje direct dari pagi sampai malam.. aku akan hanya bertahan untuk 2 minggu (including Sat n Sun.. lucky me i don’t work on these days).. lepas tuh aku akan flat..

Keluar office, aku drop Acu dekat komuter station, and berjanji, kalau sabtu Acu tak der plan, kami nak menonton wayang sama… Aku drove terus ke rumah, kak ila and adik nak keluar pi carrefour, hmm kak ila did not insist me to bring my car, so aku kena balik.. park kereta, tukar kasut aku and naik kereta kak ila… back to subang jaya.. Tak sempat mandi pun 😦 . Battery handphone aku dari pagi tadi dah weak.. tapi petang tadi baru kong habis-habis.. aku pun malas nak recharge… Sampai rumah balik jam sebelas.. disebabkan hujan petang tuh, aku tak boleh nak mandi.. sejuk giler, just damped my body with a wet towel, solat lepas tuh aku terus tertidur.. badan dah tak sedap. rasa macam nak demam. pening.. (hmm baru seminggu)..

Most special in my life…

Mak and Abah

Tuesday is another busiest day EVER… hmm lack of manpower, too many calls. For the first time, we received almost 50 calls.. arrrghh.. tensi. Tension.. i am lack of knowledge on this task.. hmm nak tak nak.. aku kena jadi bidan terjun.. Hmm hopefully with my involvement takkan memburukkan keadaan. I am here to help.. harap2 tangan aku ada superpower.. hmm power to resolve every single problem dispatched. 😀 Cheerr…

Tuesday morning tak sempat nak breakfast sama-sama dengan kak ila. Masuk office sharp at 0830. terus bukak thinkpad aku, duduk dekat cubicle inaz.. Inaz cuti lagi hari nih.. hm tunang dia tak berapa sihat, warded kat Tawakal Hosp. Kesian.. katanya hari tuh paralyzed half face.. kena buat treatment. insya allah Inaz akan kahwin this August. Semoga cepat sembuh.. hmm muda2 lagi sakit cam tuh.. pelik kan?.. sakit tak kenal usia and mangsa..

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila.. duduk2 and sembang pasal nak balik kampung.. hehe ekin tak der kampung… mak ngan abah kan duduk dengan ekin “.. ihiks.. Kak ila nak balik kampung this 31, sampai 5/06 .. oo lamanya cuti.. Kebetulan kak ila nak balik kampungnya di Air tawar, so mak and abah aku akan balik kampung tumpang kereta kak ila.. Aku malas nak balik.. tak der apa pun.. sekadar kenduri yang kurang penting untuk aku hadiri (suka hati jee… ) Mak and abah pun tak kisah aku tak balik.. Anyway keje aku banyak and aku lagi suka habiskan hujung minggu yang boring dekat sini… atleast kalau boring2 aku bleh pi jejalan mana2 yang aku nak.. hmm cerita favorite kat panggung pun tak sempat tengok lagi..

Hmm nak refresh my schedule for the month of June..

  • 31 – 01/6 – Minggu ini sahaja yang aku free.
  • 6, 7, and 8 – Team building kat Glory beach Resort.. PD.. hmm
  • 14/06 – kwn aku kahwin kat Melaka.. hmm dah janji ngan ecah and family nak convoy ke Melaka
  • 21 -22/06 – gathering ngan kwn2 sekolah kat ilham resort.. Aku dah book tempat guna office aku nyer package.. hmm tak tahu dpt ke tak.. (thought nak bawak mak,abah and adik if dpt 2 rumah)
  • 23, 24, 25 – ITIL cert (passing marks = 85% .. arrghhh…. need to pass this, otherwise kena bayar beribu-riban, penalty in my evaluation and etc etc.. )
  • 28-29 /06 – probably result exam keluar… (arghh.. tolong.. i want A .. cita2 tinggi menjulang.. insya allah berjaya. ahaks. ) :p

Aku keluar office kul 2100.. hmm keje aku dah habis at 2000, tapi aku menunggu kawan sorang nih.. heheh dia tak berani dok sesorang kat level 4 nih.. ahaks.. so aku temankan.. Keluar dari office aku ambik adik dekat Bali, drove her to Carrefour subang jaya, hmm problem lagi with her new handphone.. aku dah kata jangan beli yang AP.. beli yg Zitron… anyway this is her first AP phone. Hmm taukeh kedai tuh kata nak betulkan system board dalam hp tuh.. harap2 lepas nih tak der problem lagi.. aku pun dah penat asyik bawak adik aku ke tempat yang sama. About 10pm aku sampai rumah.. perut lapar tak makan dinner lagi. Mak masakkan sayur rebus favorite.. nyum nyum.. hmmmm best menghirup sup sayur mak specialll. I luv U mak… u r the best and the most understandable.. ;D