Yoga.. Majlis fatwa.. Haram?

Amalan Yoga diharamkan?.. Aa? confused aku.. Aku pernah gak masuk class yoga kat fitness first.. hmm tapi tak lah ada mantra-mantra yang meragukan.. atau pergerakan atau pose yang sampai boleh membawa ke percanggahan akidah..tapi if ada posed yang bercanggah pun niat hanya nak exercise.. (provided no mantra involve.. and if rasa tak patut buat jangan la buat.. If rasa itu boleh memasukkan anda ke perkara syirik tak nampak (jali) hmm janganlah… pikir2kan sniri)

yang ada hanya instructor suh angkat tangan kaa. relax la.. cat stretch la.. and few other posed yang mengguna ala2.. bahasa purba sana. sana .. sana cth matsyendrasana.. (posed nih sakit giler laa nakbuat)

Spinal twist aka Matsyendrasana
Spinal twist aka Matsyendrasana

Lucky malam tadi aku tengok berita, Pak lah kata yang tak bleh buat are those with mantra and benda2 yang menjurus ke arah kekufuran.. hmm aku rasa those muslim yang joint class yoga.. sure la dorang tahu yang mana bleh ikut yang mana tak bleh.. Those muslim yang kurang arif.. atau tak tahu.. kena tanya orang.. Tapi aku rasa kalau sekadar gerakan physical by the instructor gym.. shud be ok.. probably yang perlu di pantau are those yang memang concentrate n focusing in Yoga buss only..

Tapi sebenarnya ada banyak gak activity lain yang seumpama yoga, like pilates.. Pun menarik gak. Pernah la sekali masuk class pilates with my colleague Wong masa aku keje kat KLCC.. waaaa.. giler la sakit perut for 3 days.. (Wong, already got his 6 pax)gerenti perut ada 6 pax.. nice huh.. hmm berangan la kot nak perut cam tuh. Hahah. how’s mama Woon doing now ya.. lama tak jumpa mama.. Rajin pi gym tapi tak boleh hilangkan habit merokok. Sayang je..

Me.. tengah tak der class nih la.. i can spend masa utk beriadah skit.. Insya allah esok nak swimming at pool atas.. and on sunday kwn2 sekolah aku ajak berjogging kat KJ and later proceed to swimming pool.. (haa bestnyer)

Korang jom..

Time is running out

Accidentally, i have two pending and unfinished drafts. Hmm me looking at it.. read it and deleted. Not knowing what to type and why should i continue with these stories… am not gifted to be a storyteller.. but am gifted to write whenever i feel/needs to write. (Apo aku mengarut nih)

This whole weekdays i spent it for my working hours and studies.. Revision? i need it so much.. but whenever i touch those books.. i can’t even start it right away.. (apsal aku macam nih aaa?) For this whole days.. i think, most of it.. i spent it on my bed.. (kenapa aku jadi malas? ). must be something wrong, somewhere..(i guess). I really need to go thru Huayu notes and exercise.. (kenapa aku rasa malas macam nih… Ya allah help me) Otherwise.. laoshi aku naik berang

Bulan august already. i guess this month, i will be getting more and more busy at work and school. (Aduii.. banyak benda nak buat). Mak aku untuk kesekian kalinya, remind me to quit from FF. This is because.. i dont even have any free slot.. for my excercise @ gym. Sayang. company aku dah bagi kemudahan.. tapi aku yang tak der masa. last month, i just visited FF, once.. this month, ZERO. (Kesian aku) I think i should stop and remove this FF from my schedule, as of now. Probably this month will be my last month. (Or maybe this would be my second months of ZERO-visit). Anyways.. class gym kat office aku pun aku tak pernah joint. Usually on Tuesday and Thursday after 1800.(Aku ada class, macam mana nak masuk class tuh) I think, my mum was right. I need to let go this. You can’t do everything that you want at one time. (Semua nak.. cam tamak plak..)

Pernah tak terpikir.. time is running out.. it is like… you already have your own scheduled.. you executed it.. but at the same time… your head is thinking.. where am i supposed to find a time.. to suite this and that plan? have you ever feel like.. that..whatever you have in your head.. should be done earlier before you are here (at your current situation). Fhm tak ? (hmm kadang2 ayat aku merapu.. hmm if fhm. ok lah.. tak fhm.. no problemo.)

Sharing is caring… Thanks in advanced.

Huayu = Mandarin language
Laoshi = lecturer/Teacher

Pagi yang Gelap belum terang-terang lagi..

What was i thought and guessed is truthfully rite. I am working like hell for two weeks in a hell situation (dekat office je la.. kat umah aku happy 🙂 ).. adusss.. Ya allah ayat aku.. astagfiruallahh.. memang la aku suka buat keje tuh.. u know kind of helping people… back up orang itu.. backup orang ini dapat buat and belajar benda baru.. but at last.. keje aku jugak yang tak habis.. sampai la nih aku tak hantar lagi weekly report yang tiap2 minggu aku compile and send to orang2 yang sepatutnya.. Aku tak sempat nak compile anything while i’m backing up others.. tak der masa.. nak curik masa pun tak der. hari jumaat aku balik kul 2130 jugak.. (sedihnya.. adakah aku akan berterusan macam nih..?)

Hari Sabtu, hari untuk riadah aku.. Last sunday aku tak dapat nak try racket baru and kasut tennis baru aku.. gara-gara hujan petang tuh.. akhirnya aku and adik pi singgah masuk Giant Kelana jaya.. hd our simple dinner and head to my sister’s house at Kelana Jaya. Hmm lepak sana layan anak2 buah aku ( Amin, Aiman, Adam and Atikaq) lepas magrib kami balik rumah. Kebetulan sampai rumah mak and abah pun sampai dari ipoh.. dengan segala lauk pauh dari kenduri berkhatan kat kampung dan cerita-cerita menarik dari kampung especially anak2 buah aku.. (Ayong Nadia, Angah Aida, kak chik and A’a). malam tuh aku dengan mak sembang sampai jam 0100.. abah tak berapa sihat.. asthma and batuk2 kuat..

Masa dekat kampung abang ipar aku bawak abah ke Hospital Batu Gajah.. terus ke ICU dan di beri bantuan pernafasan… hmm aku dah pesan dekat mak.. bawak machine nebulizer tuh… tapi mak terlupa.. memang dah jadi kebiasaan kalau aku balik kampung.. atau kemana-mana dengan abah.. aku akan ingatkan untuk bawa nebulizer yang ada kat umah.. bukan apa.. just in case of emergency.. because abah aku kalau travel jauh.. cuaca lain skit.. sure dia akan batuk2… and membawa kepada lelah and sesak nafas.. tak senang duduk aku dekat office bila mak kata abah di bawak ke hospital… aku call for update… sampai mak and abah balik semula ke sini.. ikutkan hati aku nak balik je kampung hari selasa lepas (untuk bawak orang tua aku balik ke sini) … aku risau…

Saturday morning.. bangun, solat mandi and breakfast skit.. dalam jam 0830 aku keluar rumah.. aku kendong bag and racket.. Aku drive ke Kompleks sukan, Kelana Jaya. Bersebelahan MAS academy. Kat sini ada tennis wall. Aku nak try racket and kasut baru nih.. Aku sampai je… aku tengok ramai gak orang kat gelanggang.. tapi kat gelanggang tengah. Aku terus berjalan sampai kehujung kompleks.. Ada tennis wall yang bersih dan terjaga.. Betul2 sebelah masjid.. dekat dengan rumah imam and umah bilal kot.. ( well sapa lagi yang dok dalam kawasan masjid kan )

Haaaa puas aku main.. best.. ada bunyi pop. pop kat racket aku.. tak la aku pandai main sangat.. tapi aku puas hati dengan racket nih.. cuma aku nak tukar grip dia.. racket color merah kilat giler… cantik babe.. kasut pun sedap pakai.. color purple.. (ee girlish giler color dia.. tapi aku memang suka color purple..) size 6 1/2 (UK). Tengah sedap main.. tiba2 ada dua ekor monyet ekor panjang berjalan atas pagar yang betul2 dekat tennis wall.. well… aku cuak giler..  dalam cuak2 pun aku pukul bola gak.. tried to ignore them as best as i can.. yang seekor nih besar, seekor lagi kecik skit…  berjalan ala2 macho red butt monkey.. (dlm hati aku kata.. haii la monyett apa ko buat kat sini.. nak main tennis kee.. ?) racket aku at ready.. ee gerun. (maklum laa orang tak pernah jumpa monkey live.. liar macam nih.. dekat zoo aku pernah la jumpa) kalau lahh si monyet nih attack aku. dah laa pagar court aku tuh tertutup.. memang aku sorang je dalam court tuh.. aku risau kalau2 si monyet nih pi keja bola hijau cerah milik aku.. aarrrghhh tolongg.. Dah sampai dekat hujung pagar court aku.. monyet nih turun kebawah..  Ya allah nasib baik dia turun kebawah luar dari court aku.. pintu pagar court aku tutup bhaii.. where else i can run.. ? fuhhh.. dah la dorang turun pastu dekat dengan pintu masuk court aku. arrghh tak bleh jadikk.. tak pasal monyet nih kena bantai ngan aku.. i always had my racket at ready.. jangan ko jadik bola tennis aku sudahh.. monyet dua ekor nih carik makanan.. lucky dalam bag aku tak der makanan.. all i hv is my mineral water and face towel… dua ekor monyet tuh masuk kawasan masjid.. pastu ada orang kat masjid nih keja and halau.. fuhh for 5 minutes.. permainan aku terganggu.. siot je monyet2 tuh… Lepas tuh aku main sampai jam 1030.. panas terik pulak aku rasa.. dengan peluh yang dah basah baju and muka.. Aku main direct 1 hour and 30 minutes.. no lepak just berenti untuk teguk air aje..  syiokkk..

Sunday morning… aku keluar breakfast dengan kak ila.. lepas breakfast aku tak jadi pulak pi fitness first.. (gatal.. barang semua aku dah pack..) entah apa pasal rasa malas pulak.. Aku ajak mak keluar jalan-jalan dekat carrefour Subang jaya.. hmm rupanya dalam diam mak aku dah tempah langir untuk raya.. Mak tak bagitau aku pun.. hmm dia sengaja nak nyorok and tak mau bagitau aku.. sebab biasanya mak aku discuss ngan aku.. tapi sebab tahap cerewet and complaint aku tinggi sangat.. dia buat diam2.. (ee tak patut..)

Esok.. is another day… and yes aku kena backup orang lagi.. meeting aku dengan rahimah (manager ku yang supportive – bukan nak kipass haaa) about discussion pasal one project(jual beli saham .. aku rasa sure rahimah lupa..).. belum di finalize lagi.. aduss.. lama2 hilang apa benda yang aku nak citer and highlight. Pasal keje back up orang nih pun.. nak kena hihglight gak.. Aku pun pelik apsal ramai nar yang berenti.. (tapi ok  gak.. because yang berenti tuh.. yang bermasalah sebenarnya… ihiks.. ) so.. have a great future guys.. aku dah bagitau rahimah next time tak payah laa ambik balik orang-orang yang pernah berenti nih. unless if they have good track records.. Ponek yo yang dapekk.. hahahah

Tuhan Sahaja Yang Tahu

Wow.. it’s been two weeks that i didn’t write anything in here.. Hmmm miss u so much…. I am currently living my world in a bz and hectic life. Tuhan sahaja yang tahu. Whatever it is.. I am so happy about it. Even though i’m extremely bz, at least i still hv time to be at my gym. Dah dua minggu aku ke gym every Tuesday. On Tuesday, class habis @2000, habis class aku solat, memandu ke gym. Exercising sambil watching my favorite show, Heroes. Kalau dekat rumah, sure kena berebut Tv dengan mak or abah. So, better aku lepak sini after class until 10pm. Habis Heroes, aku naik atas, bersihkan diri, around 1045pm, aku akan keluar dari gym and memandu balik.

Honestly, rasa cuak jugak balik keluar sorang-sorang ke kereta dari pintu gym tuh, tapi aku tawakal sahaja.. Suasana kadang-kadang terlalu sunyi. Aku tak takut hantu, Tapi aku takut hantu yang pakai topeng manusia biasa, aku takut pemandu mabuk and etc etc.. Nak buat macam mana.. itu sahaja peluang yang aku ada. And i have to do it.. because i want it too much. itu sahaja masa yang aku ada. Weekend, i can use that time for my family, friends and revision… 😀

last Friday, habis satu presentation, Tomorrow, another assignment to be submitted, Wednesday ada test, and on Friday another assignment nak kena hantar and meeting kat tempat kerja.. Syukur Alhamdulillah everything is under control, well prepared and went smoothly. Hanya tuhan sahaja yang tahu. i feel so relieved… and calmed. :D. So far kerja dekat office pun best and bagus..  yes there is another offer and opportunities for me to jump, to another work environment, tapi i thing, i should stay here and focus.. Memang itu cita-cita aku, tapi, probably allah nak test aku.. So i just hold it back.. khuatir kalau-kalau yang aku kejar tak dapat, yang aku kendong berciciran… I just don’t want it to be like that… I know what i’m capable of, and i know where is my limit.. Thank God.. thanks Allah.. For giving me this opportunities and strength to face all these.. 😀

Weekends

Weekends…
Saturday – Mak aku ada plan, so aku tak dapat ke gym awal pagi. Exercise awal pagi aku suka, kalau dah petang jangan harap aku akan keluar. Jarang sekali aku dapat jejak kaki waktu petang dekat Fitness First. Pagi-pagi best, peralatan masih bersih orang pun tak ramai. Bau peluh semalam yang ditinggalkan pelawat semalam pun dah hilang. Bersih dari kuman and bacteria. . Aku terpaksa mengajar adik aku memandu kereta, pasal this monday dia nak ambik test. She’s not confidence with hills. dah banyak kali aku ajar, tapi still have no confidence. Kalau suruh driving school ajar, kena tambah duit and money is the problem. Lepas mengajar aku ke sunway piramid dengan adik aku. Dia pergi because nak tukar ticket sunway lagoon dengan cover page surat khabar, aku naik ke TGV. Konon nak menonton Rush Hours 3 seorang diri, adik aku dah tengok dengan kawan dia last week. Akhirnya sebab waktu tayangan lambat sangat aku cancel the plan. Adik aku pun tak dapat ticket, pasal dah habis. Kami keluar dari sunway piramid, berhenti dekat kedai makan, makan and beli lauk untuk di bawak balik. Mak aku not in the mood nak masak, pasal petang nih kami ramai-ramai kena tolong mak aku isi tapai dalam mangkuk kecik2. Kesian mak. On the way balik, dah hampir waktu zohor. Lepas solat and lunch, aku on internet. Conference dengan kakak aku di perantauan. Mak and abah dah rindu kot dengan kakak aku, because last week, aku ada agenda lain and tak sempat nak online dengan org New Zealand. Malam, kami duduk ramai2, hmm tak la ramai pun, just adik, aku and mak aje. Duduk and pack tapai pulut yang mak aku buat last thursday. Aku tak la suka tapai nih.. manis.. pulut plak tuh, berkanji.. kalau darurat tak der makanan boleh la aku makan.

Ahad – Hmm aku tak pegi jugak ke Fitness First hari nih. Lucky, hari Rabu hari tuh aku dah request to freeze account aku, due to bulan puasa and raya. Hmm rasa rindu pulak. Bukan apa, badan aku akan rasa sakit-sakit kalau aku tak exercise.. rasa lenguh. Jam 10am aku mandi and bersiap untuk ke majlis kahwin biras aku. Aku SMS kawan-kawan aku untuk ke majlis Suzie Farah, my schoolmate, tapi sorang pun tak reply. Even Abai and the geng pun tak sms aku. Entah dorang pegi ke tak . So aku hanya ke majlis biras aku di Banting. Lama jugak aku di sana. Yelah mak and abah aku ada kena mengena dengan orang-orang dekat sini.. so aku pun kena la stay and tak boleh lari. Luckily makanan dia sedap.. puas aku makan. hmm ada cup cake lagi. nice and very chocolaty.. Pengantinnya pun muda.. agaknya dalam 22 or 23 year old. Aku sampai rumah hampir jam 5 ptg. penat plus kekeyangan… Aku cakap dekat mak yang aku nak keluar ke Fitness First, hah.. sampai rumah solat, dah kena air sejuk, bamm dalam bilik aku. Tidur la apa lagi. Hampessss…

Lucky

Too many updates right now.. so excited…. and glad. Syukur alhamdulillah.

Keputusan sudah dibuat, hanya menunggu jawapan. Hmm orang dah nakkan kita, so i demand la lebih.. Hehehe inilah masalah kita nak tengok value or market kita macam mana. Hmm if they dont want me, it’s ok.. i have another chances/opportunities.. Hehehe.. Rezeki Allah yang beri, yang penting aku kena usaha skit. Tawakal…

I’ve been offered to iP and to INTEL. Dua-dua aku rasa bagus. Yang pasti aku macam dah terlebih teruja, just becoz of INTEL. Hope to see u..  🙂 If ada rezeki tak kemana, puncak yang ku daki, insya allah tak kan goyah menyambut aku. Hehehe. Akan kudakap kemuncak itu… Segala puncak kenikmatan yang tuhan beri pada aku… Aku kena habis-habis appreciate nih.. but how?.. rasa tak puas ucap terima kasih mahupun ucap syukur aku kehadrat yang Maha Esa. Semoga aku terus dan terus di beri petunjuk. insya Allah and Alhamdulillah..

Inilah orang kata, berkat doa orang tua and restu mereka. Aku rasa. Buang rasa jemu, insya allah boleh selamat. Kemana-mana pun senang. Kita boleh selamat. Aku masih lagi tak puas ucap syukur yang sangat sangat syukur kehadrat Allah S.W.T. Thanks . thanks.. thanks.. thanks.

Tak sia-sia doa seribu dinar yang aku amalkan… tak sia-sia doa mak abah aku.. (ada ker doa mak bapak kata sia-sia?.. bengong btul ayat aku ) biaq pi laa.. yang penting aku terujaa… excited.. Hehe masa aku sekolah dulu kenapa tak der perkataan teruja nih… bunyinya sedap.. ter-uja. nice word.. itulah bahasa melayu.. indah dan cantik. Lembut. Bersopan.

hari nih aku tak jadi gi gym.. nasib baik semalam dapat aku habiskan 1 hour kat sana. insya allah during the friday prayer aku singgah kat gym.. Heheh sambil-sambil tuh bleh take note sesaper orang yang mengaku islam yang tak gi masjid…. Muhahaha Well konon orang kota sophisticated, modern, clubbin’ and bla bla bla.. budaya “zaman gelap” tuh nak ikut.. ikut cara orang bertamadun tak mau ikut.. APAKAHHHHhh.. biaq pi lah.. (hmm rendah betul iman aku). Selemah-lemah iman adalah org yang tidak berdaya menegur kemungkaran yang berlaku depan matanya. Kesian aku. kesian pada orang yang alpa.. Semoga aku bukan dari golongan orang-orang yang ALPA… Amin. 🙂

Tour to rumah orang kahwin

Cuti sekolah dah bermula, KLCC pasti penuh, nak plak dekat KLCC convention centre sekarang ada BoofFest@Malaysia – The biggest Chinese bookfest in South East Asia. Hmm tangan kanan aku masih terasa sengal and kejangnya gara-gara aku masuk class BodyPump kat FF. Hmm mungkin sebab kerja aku yang asyik memegang mouse menyebabkan sakit dari elbow aku melarat ke pergelangan tangan aku. Even bila nak pegang mug aku untuk minum pun aku terasa sakitnya. Terlupa sejenak yang abah aku terror mengurut. Balik nih sure aku suh abah aku urut. Aduss

Memang seronok joint class yang ada dekat FF nih. So far aku ada joint class Body Combat and Body Pump. But obviuosly, aku rasa aku lebih enjoy dengan class BodyPump, Menarik. And anyway i have friend in this class. Wong, who has been so familiar with every classes in FF, has taught me all the time during the class. He is so helpful and nice. Thanks Wong.

Dalam sakit-sakit pun aku masih sempat pergi ke Majlis kahwin Kawan lama aku kat SJMC dulu. Zaimal. Tukang masak muda and terror masak and rajin timba ilmu memasak. Aku pergi dengan kak ila. Hubby kak Ila kerja, so aku pegi ngan dia, Menghantar si Zaimal ke rumah Perempuan Kat Kawasan Kg. Baru. Zaimal lengkap berpakaian serba Kuning keemasan. Smart and nice color.  🙂 Selamat Penganti Baru Zaimal. Semoga bahagia Selalu.

This weekend plak, Hari jumaat nanti aku akan bertolak ke Johor Bahru. Sepupu Aku plak yang kahwin. Sabri. Aku akan bertolak dari sini pepagi mungkin. Apa lagi bawak kereta comel aku and sudah pasti aku yang akan drive. Yang pasti aku nak try ikan bakar yang faris kata sedap kat JB. Katanyer dekat depan Hyatt Hotel. Aku akan try carik. Hehehe bab makan memang aku tak tolak. Ini first time aku akan ke JB. Ingatkan aku nak turun ke Singapore sekali, tapi mak ngan abah aku nyer pasport plak udah mati. Hmm macam tak sempat plak nak renew, and rasa malas nak ambik pass pelawat sahaja. Tunggulah satu hari nanti. Bukan apa, berjalan ngan orang tua aku nih lain sikit, dorang kalau boleh memang tak mau tengok aku terlebih spend. Heheh biasa la orang tua. Aku pun tak mau bagi dorang worried. Kalau pegi ramai-ramai ngan adik beradik aku yang lain, dorang ok skit. Kesian dorang, tujuan aku nak bagi dorang rasa apa yang aku rasa, mungkin dorang tak merasa selesa bila di berikan benda mewah-mewah sikit sebab dulu dorang mangsa keadaan, hidup susah.  Tapi yang pasti, mereka hidup susah payah dulu besarkan aku. Aku rasa aku perlu bagi dorang kesenangan yang aku mampu beri. Itu sahaja.

Selagi aku masih bernyawa, Aku akan berbakti untuk Mak and Abah aku. Sampai la aku MATI. Insya Allah.