Seronoknya cuti.. 8)

Happy Dewali.. seronoknya cuti panjang… Saturday aku pi post office berdekatan renew road tax dengan kak ila. So dapat lah duit rebet yang orang-orang dok cakapkan itu.. tanpa buat apa2 aku dapat extra rm600.. macam dapat duit raya pulak.. Habis urusan.. aku and kak ila lepak sat kat McDonald’s. Habis urusan aku lepak dekat rumah ajer..

Sunday morning.. aku pi bawak mak ke market berdekatan.. (hmm teringat lagu sunday morning by No Doubt.. Best). Sepupu aku kebetulan ada kat umah aku, since kursus induksinya kat Nilai.. Banyak la yang kami sembang sejak semalam. Katanya nak beli notebook.. nak pi low yatt katanya..

Morning at 0900, aku hantar makcik and pakcik aku yang datang dari Ipoh nak pi shopping kat Masjid India. Aku pun hantar dorang kat nearest LRT station. Dari Taman jaya terus ke Masjid India station.. dekat je. Aku tak lalu la nak pi ikut sekali shopping ngan makcik2 aku.. sebab dah habis raya pun. Aku, cousin aku, Fidah and adik pergi ke MPH wareshouse sales kat sec 13, Petaling Jaya. Lama aku dekat sini.. and i bought several books yang belum pernah baca and yang dah pernah baca pun aku beli. Saja untuk collection.. antaranya..buku2 untuk anak2 buah aku.. and tak lupa untuk anak angkat aku, Hidayah. hehehe. Banyak sangat buku.. wish that one day rumah aku akan ada library sniri.. bilik bacaan yang banyak buku.. hmm best nyer.

Lepas habis shopping kat sec 13, aku drive ke digital mall at sec 14. hmm macam malas nak pi low yatt. Jauh.. pastu kena menempuh traffic dekat KL. Malas.. Survey punyer survey jumpalah satu kedai yang bagi harga best sangat.. layan pun layan.. kami bagi deposit and charlos carik tempat nak solat.. adoi.. biasanya bangunan yang canggih dengan technology nih selalu nya memang tak dak surau. Orang-orang cleaner pun aku tanya.. hmm macam blur. Adik aku kata.. ikut kebiasaan setiap bangunan yang dibina should consider (kind of a must) to set up satu bilik sembahyang. tapi nampaknya bangunan digital mall nih.. tak der allocation untuk bilik kecil itu. So siapa punya keje yang approved nih.. (sniri mau ingat).kami keluar dari digital mall.. berjalan arah dry market.. aku masuk la satu kedai kek.. hmm mamat yang aku tanya jawap go to nearest masjid. Memang aku boleh nampak masjid dekat situ.. tapi nak berjalan waktu panas nih.. aduhh cukup mencabar.. kami keluar dari kedai kek.. dengan tujuan nak carik kat bangunan across the road. Akhirnya budak itu memanggil kami and katanya ada bilik sembahyang dekat dalam pasar. Fuh nasib baik la aku tak perlu nak menapak ke masjid.. alhamdulillah.

Habis solat kami menapak ke bangunan seberang jalan.. kind of bangunan baru ala2 shoppin complex gak. Kami belum makan tengahari. Jam dah kul 1540. Jalan punya jalan, kami masuk satu restaurant, nama nyer cozy corner. Makanan best gak.. tidaklah mengecewakan.. aku enjoy makan ginger keuh tiow dengan mango pudding.. hmm yummy. Selasai makan kami berjalan ke Digital mall lagi. Nak ambik notebook yang dah beres di install with OS. Jam 1800 kami dah dalam kereta.. Memandu balik. After 15 minutes kami sampai rumah. Itulah yang bestnya kalau pi shopping dekat2 nih.. tak la penat memandu. ihiks.

Malamnya kawan2 sekolah aku datang beraya, tak lah ramai tiga orang yang tunjuk muka.. kebetulan dorang nak datang umah abai.. tapi abai tak dak.. so Pudin, Sue and Emy yang datang.. seronok gak lama tak sembang dengan dorang.. aku hanya hidangkan mee goreng, kuih raya and minuman sejuk and panas… Jam 2300 dorang keluar dari rumah aku. Thank you sebab menyinggah.. seronok bila kawan-kawan datang rumah.. sembang2 and gossip2. ;). Kawan-kawan aku dah balik aku menyambung kerja membalut buku-buku yang aku baru beli.. hmm sayangnya.. the best collections..

Bahasa apa?

Waa lama nya aku tak luangkan masa menaip dekat ruang kecik blog nih.. miss it so much.. too many things yang kena concentrate the weekend of puasa are those days yang paling meriah.. berbuka bersama family kakak and anak2 buah yang boleh tahan nakal.. Atikah pun semakin chubby. Cuma family abang je yang datang berbuka di pertengahan minggu, hmm definitely aku tak bleh joint.. because class habis pun 1030. sampai rumah pulak about 11pm dah..

Am a bit lucky because during this bulan puasa, hanya ada class 3 hari. 4th and 5th days of a week, aku tak dak class. Only on Monday and Tuesday yang menuntut aku untuk berbuka dekat tempat belajar.. hmm menu biasa buka puasa either kueh tiow or Meehoon goreng basah. Kedai tuh masak sedap. Biasala, aku akan request lebih sayur hijau with extra charge.. hmm biasanya tuan kedai tu pun tak charge aku. Walaupun aku kata nak tambah duit. Hmm rezeki la tuh 🙂

Hahaha.. Last Tuesday masa aku nak untuk bekalan dalam class puan Hamidah, aku tanya la orang kedai tuh, whether he wants xtra coins.. (kebetulan pulak cashier nya orang indon).. aku nak gantikan dengan Rm1 or Rm5.. budak cashier tuh reply.. kak.. satu ringgit ini kami butuh di sini (lebih kurang laa). Aku yang memang tak reti bahasa indon and dengan tak tahu malunya bertanya.. Butuh?.. butuh tuh apa? ..si budak cashier nih pun dok pikir.. aku pun hehe memikir.. budak cashier tengah dok pikir lagi… aku kata pakai, perlu ke? budak cashier replied  haa yaa.. pakai.. kami kerap pakai/perlu rm1 di sini.. aku replied.. Owh.. hm tak per no big deal.. AKu pun ambik makanan aku, ambik balance duit aku and berjalan menuju kekereta aku. Dalam hati aku gelak geli hati.. bila memikirkan.. yang aku a bit bengong bahasa indon yang simple..

Teringat dulu kat TPM, masa aku kerja sama dengan masyi, support users sebuah international bank untuk seluruh Asia Pacific… hahahah. Aku selalu pass call orang indon kat masyi, because aku tak reti nak bercakap bahasa indon, bila aku cakap bahasa melayu pun dorang tak faham and aku pun macam bengong bila aku tak berapa pandai nak bercakap bahasa melayu when it comes to kerja… Bahasa pasar macam aku tulis kat sini bleh laa.. Haahahah.. sadis.. masyi terror banget speaking indon.. aku pun suka mendengarnya.. sedap and kena je plak bunyinya..

Semalam, ada test pulak untuk bahasa Mandarin.. aa menganga aku bila dengar dialog dalam class.. ya allah memang la boleh faham, tapi adoii cepatnyer cakap and bila cakap cepat, memang laa takterkejar aku nak memaham.. Sabar je lahh. hmm cam ner nak master mandarin nih haa.. Aku suka bahasa nih, menarik untuk di pelajari..

Hmm i stop here. minggu nih aku balik kampung on this Friday.. mengantikan activiti balik kampung because raya aku takkan beraya di kampung.. hmm Ipoh tuh aku tak rasa kampung lagi.. semua family dah pakat nak balik ke petaling jaya.. Isn’t it so weird beraya kat petaling jaya? Hmm aku ok je.. habis2 aku pi solat kat masjid, balik tengok tv ngan anak2 buah aku. Cuti raya pun aku tak cuti.. just dua hari tuh jee… hmm nak wek cam no…

Welcome, 1 Rejab 1429

Hurey… esok Friday.. hmm best kalau dapat pi TGI Friday kat subang parade.. bleh layan makan salad. (hmm i so miss the salads..)

Hari nih selamba aku balik awal.. kul 1708 aku dah charlos.. hm takder hati nak stay lebih lama. Keje aku pun nampak gaya beres. Since guard house pun dah call to remove car, aku terus turun, drove to Petaling Jaya Community Library.. Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam.. If minggu depan aku hantar.. aku dah start class malam. Jadual masih samar2, tapi yang pasti, class aku hanya untuk 4 malam sahaja.. at least ada satu malam aku free. Unlike sem1.. hari2 ada class. Sungguh mencabar. Dengan keadaan cuaca yang panas sejuk.. hujan lebat lewat petang.. semua itu dugaan.

Dari Office aku ke Pj, tak lah jauh sangat, melalui jalan Lebuhraya persekutuan yang masih clear dan tidak sesak.. About 15 minutes aku sampai. Dekat kaunter, aku jumpa kawan lama. She worked here for the past 3 years tak silap aku. Hmm tapi yang sedih nyer sampai la nih aku tak ingat nama dia…(oo.. so sorry) Tapi kawan aku tuh ingat nama aku.. (mulut aku pulak macam kelu nak tanya..” nama awak apa yek?”) bengong ko ekin.. Lepas pulangkan buku aku pi ladies.. Pastu aku singgah dekat kaunter lagi.. Aku bagi kawan aku kad aku.. with my hp#. hoping that she will email me and later i will save her name and address into my address book. (So that i can memories her name).. If only she email me… otherwise persahabatan itu akan jadi on and off. Habis urusan dekat library aku terus keluar.. tak mau meminjam dari library ini buat masa ini.. because aku dah nak start class.. probably aku boleh meminjam dari library campus.

Sampai rumah dalam jam 6pm. Sesekali sampai awal dekat rumah best jugak, cuaca pun cantik. Solat asar and layan adik and mak yang tengah sibuk kemas barang untuk di bawa ke Ipoh esok. Aku akan balik Ipoh esok, hantar adik aku kesana, to continue her study @ Poly Ungku Omar. Lepas nih hanya Mak, abah and aku sahajalah dalam rumah nih..

Esok satu Rejab.. hmm kami satu rumah pakat2 nak berpuasa.. Adik aku dah start berpuasa tadi.. Ha esok aku half day.. Yahoo..

Schedule, Schedule, Schedule

Ahhh.. good morning all.. salam

Hari nih pagi2 aku dah tengok the making of Sepi.. waaa best cerita nih.. bila laa aku nak tengok… tak sabar nak tengok sebenarnya.. kalau boleh tak nak lepas..  😀

This morning @0900 aku ada class aka course to attend.. hmm ITIL . Aku tak sempat nak menelaah pun malam tadi.. semalam balik awal. tidur pun awal.. semalaman aku tidur…  hopefully my sleep yesterday night will pay off with full concentration in a class. Insya allah. hmm voice recorder.. kasi recharge skit.. semoga berjaya.. Course ini akan berlarutan selama 3 hari.. Friday @1700 aku akan sambut hari merdeka kedua aku.. errrr Firday exam..

probably Saturday or Sunday.. mak nak buat kenduri baca doa selamat kot.. hmm aku dah berniat.. hari tuh.. naik gaji.. exam tempat belaja pun dah pass, adik aku pun dpt sambung belajar.. kak Sila pun naik pangkat..hmm we are so blessed… Thanks Allah  🙂

Minggu depan kena balik Ipoh.. nak hantar Fatihah pi Poly Ungku Omar.. pastu class aku start at 7 July.. huhuh class start balik.. syiok. .. haa banyaknya plan..

Petang nih aku nak pi library kat PJ.. nak extend date buku The Hobbit and Hannibal yang aku pinjam.. hmm probably boleh menelaah about ITIL sampai kul 9pm..

Good Luck Ekin..

Alhamdulillah… Thanks :D

Alhamdulillah sangat-sangat, it’s has been two weeks now. Alhamdulillah aku sihat. Tak sakit or pening kepala, even though hari2 aku keluar rumah pagi and balik bila malam. This Friday was so precious to me, syukur sangat and happy..

Saturday moring, aku keluar rumah dengan mak, and kak ila, pegi breakfast sama-sama dekat McDonald’s. Lepas breakfast, mak ajak aku and kak ila pegi pasar. Beli groceries, meet, fish and etcetera. Sampai dekat rumah lebih kurang waktu zohor, aku hantar adik ke Sec 14, Petaling Jaya, untuk one consumer product. Lepas hantar aku terus balik rumah. i think at that time, aku rasa dah penat sangat, dari pagi keluar sampai tengah hari. I’m almost flat. Aku sampai rumah around 2.30pm. Aku ambik lunch and solat,

Lepas Asar, aku dengan kak Ila, keluar ke Sg Buluh. Kak Ila melawat anak saudara dia kat Nursing college. About magrib baru sampai rumah. Malam, aku tak kemana, mak and abah ajak makan luar, tapi aku macam tak larat. Tak larat pun tidur lewat.

Sunday morning. mujur aku tersedar untuk solat subuh.. kalau tak sure aku subuh gajah. Mak and Abah awal pagi dah pegi surau. Berjemaah and ada kuliah subuh dekat surau berdekatan, almost 8 am baru mak and abah balik rumah. Malas betul nak keluar hari nih. hm aku hanya compiled notes and belek beberapa kertas yang ada dalam file berwarna biru and orange.

Semoga aku diberikan kesihatan yang excellent. Amin

Buka puasa @Singgahsana – 2007

Hampir 5 hari lagi untuk Aidilfitri. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat.. Rasa tak puas nak menjalani dan tetap ‘tinggal’ dalam bulan ramadan. Bulan yang penuh berkat.

Rasanya dalam kepala aku ada banyak perkara yang aku hajatkan, tapi banyak yang tak mungkin direalisasikan buat ramadan tahun ini. Hopefully umur aku dipanjangkan ke ramadan yang akan datang. Tuhan sahaja yang tahu.

Last week, first time aku ke pasar ramadan yang glamour dekat kawasan rumah aku. Balik dari office aku and kak ila stop di pasar ramadan itu. Juadah yang paling menarik sekali is Murtabak. Sedap.. aku rasa tak der tempat lain yang lebih sedap dari ini.

Hampir setiap minggu, keluarga kakak aku akan berbuka dekat rumah. kakak aku tengah pregnant anak ke-4, asyik mabuk and demam2, tak macam sebelum ini.. Mak aku kata mungkin anak perempuan kot, because sebelum ini, kakak aku steady ajer bila pregnant. Anyway anak2 dia semua nyer lelaki. Nakal.. and active.

Last Saturday, my friends and me went for buka puasa dekat Hotel Singgahsana, PJ. Nusantara and Middle east cuisine. Menarik. Disamping ada performance from Rabbani. Aku memandu kereta seorang diri ke Singgahsana Hotel, PJ. Dekat je pun dengan rumah aku, 15 minutes dah sampai. Aku sampai kereta nak masuk hotel punyalah panjang. AKhirnya aku menyelit antara ruang yang ada. memang cukup2 untuk kereta kancil aku. Aku pegi ke pintu utama, sherry and her husband dah sampai. Di belakang aku, Ismawati pun baru sampai. Hanya menunggu Abai, rizuan and adik abai. Kami semua satu sekolah, lain-lain class, tapi kami semua kenalan rapat sejak dari form 1. Doranglah antara kawan-kawan terawal yang aku kenal masa aku di sekolah menengah. Maklumlaa.. sekolah dekat kawasan rumah aku, tapi di sebabkan aku dari sekolah sekitar PJ, Assunta 2, so aku tak berapa kenal orang, pegi sekolah pun sorang-sorang, tambahan lagi aku tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, janggal betul masa tuh aku rasakan.. Alhamdulillah masa tu lah aku kenal Sherry. Sherry jenis yang kenal ramai orang, jenis yang suka berkawan, so aku yang seorang ini, ikut la si sherry yang banyak kawan ini. Secara tak langsung aku pun mulalah buat kawan dengan kawan2 baru dekat sekolah baru. Kalau aku tak jumpa sherry, tak tahu lah aku macam mana..

Aku, Sherry and husband, and Is masuk dulu, di tengah-tengah kaunter untuk membayar, abai, rizuan and adik abai muncul. Riuh sekejap tempat kami berdiri. Buffet di Hotel SinggahSana hanya RM53 nett. Mulanya kami plan nak berbuka di Shah’s village hotel, tapi abai kata food tak sedap. So kami tukar venue. Ingatkan ramailah yang nak joint, rupa-rupanya muka2 yang sporting ini jugak yang pegi. Orang punyer lah ramai.. tapi food tak mengecewakan.. food pun bagus.. ada kambing golek lagi.. sedap.. waktu nak berbuka, azan magrib di laungkan penyanyi utama Rabbani, Ust Asri.. sedap giler suara dia.. rasa betul2 dekat dengan masjid, tapi aku and kawan2 aku semuanya bergerak mengambil makanan, sebab atas meja kami masih kosong..

Entah berapa kali aku bangun, aku pun tak tahu, abai dengan berpinggan-pinggan kuih muih nyer, aku dengan roast lamb, sherry dengan pelbagai juadah yang dia nak cuba. kami duduk and makan sampai jam 9 lebih.. Lepas makan, bersembang, kami bergerak keluar dari hotel, tapi memandangkan kereta diluar masih lagi beratur untuk keluar dari hotel, kami masuk balik ke dalam hotel, duduk at nearest table and bersembang lagi. Jam 10pm, kami keluar and terus ke kereta masing-masing. Aku terus masuk kereta and memandu balik rumah. Sampai rumah aku salin baju and keluar untuk bermalam dekat rumah kak ila. Kak ila keseorangan dekat rumah, since dia dah ada baby kecil, so turn aku la pulak tidur dekat rumah dia.