Kemaafan dendam yang terindah..

Entry ini, tiada kena mengena dengan tajuk lagu di atas.. Lagu Aishah. Mungkin related skit.. MAAF.

Merenung diri sendiri.. masih banyak perkara yang aku perlu perbaiki.. masih banyak yang perlu aku belajar.. untuk melengkapkan diri aku dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat..

Setiap hari, perjalanan hidup aku, aku jumpa ramai orang.. macam-macam. A person with 90% on positive attitude.. pastu tiba2 jadi -90%.. Why are there some people yang macam nih? is it because they failed to handle and control their anger?.. is it because they never face any failure in life and vice versa.. or is it because they already immune and they are made to be like that? Too many reasons actually… at most.. is because they have different background, different lifestyle.

Untuk tarik muka when something happened to you, it’s normal.. but if you already knew the person… and the person is actually your good/best friend.. apa tak boleh di maafkan kah? i’m not saying that.. aku tak tarik muka.. hmm ya for certain situation definitely aku akan tarik muka gak.. ( bila tak tahan ) tapi taklah sampai tak memaafkan..

Everybody, in our life.. for sure ada buat salah.. kita bukan maksom. kita bukan malaikat. I’ve already set in my mind that.. i have/really to forgive.. but will never forget. Aku rasa kesian dengan kawan aku yang hidupnya tak boleh maafkan kawan sendiri.. atau mana-mana orang disekelilingnya. Rasa sedih because.. kawan-kawan aku nih antara orang-orang yang baik-baik sebenarnyer.. tapi mungkin keadaan yang buat dorang jadi macam tuh.. hmm i cannot help them.. because they already matured and adult, boleh berpikir sendiri.. tapi sayang.. masih tidak boleh memaafkan..  Aku pun risau kalau2.. ada apa2 yang aku buat.. or mistakenly saying something yang boleh buat dorang kecik hati.. manalah kita tahu kann. kawan-kawan aku nih tak memaafkan aku..  Alang-alang nak dijadikan cerita.. kalau aku mati.. hmm aku tak di maafkan oleh kawan sendiri.. Should i stay away from them? I can’t because they are my friends. Apa khabar dia haa..? lama aku tak dengar berita dia.. kalau dia bercerita dengan aku pun.. hmm seumpama bukan bercerita dengan kawan.. tapi dengan musuh..

Dan seingat aku.. tak ramai orang nak berkawan dengan dorang.. bukan sebab dorang cacat or hina dina.. tapi just because people dont agree on their opinion.. Yang peliknya.. kenapa orang lain tak boleh terima dorang seadanya.. ( hmm actually takut jugak nak berterusan berkawan dengan dorang.. because.. takut tidak dimaafkan.. ) tapi aku tetap berkawan and contact kawan-kawan aku.. tapi sampai bila.. boleh ke kawan-kawan aku tuh berubah?… i wish they could.. one day. Insya Allah

Hanya tuhan yang tahu..

AKu suka quote Dato’ Dr Fadhilah Kamsah. Sebelum tidur.. kita maafkan semua orang..hati akan jadi lebih tenang

Memories and billions SMS perday?

huhu… it’s been quite sometime that i didn’t write anything here.. Bz plus Malles plus no story to tell.. muahaha

But this morning i discovered one hot topics. It is about SMS. It’s been announced thru a TV show this morning that, in a day there are billions of SMSses being sent and received just in Malaysia. But if i asked myself, how many sms that i sent in a day? The answer is far too small. Jangan gelak. 2 sms ONLY. Y? because

1. I’m so lazy to type sms,
2. I dont like the keypad on my hp.

Probably, if i have a good hp and best keypad, it will help and increase my enthusiastic to sms. Hmm perhaps.

March, is a month to complete all my assignment, April is a month of my final exam and my training. Aaa.. April also is a month of Celine Dion’s concert.. aarg.. tak sabar nak pegi.. nak nyanyi lagu2.. Celine Dion yg BEST tuh… Bila aku teringat lagu My Heart Will Go On, aku teringat masa aku dekat college dulu, one of my friend, Che ku, cukup suka buat video klip. Video clip sendiri.. Muahaha.. dengan gaya slow motion, running from end to end.. gelak macam nak pecah perut.. Lagu yang seromantic itu dah tak jadi romantic langsung.. Semua gara-gara Che ku. Selain buat Video klip, kitaorg suka buat suara ala2 soprano.. masa nyanyi lagu nih.. havoc giler dalam bilik tuh..

Another song yang very memorable between me and my friends are, Always Be My Baby – Mariah Carey, Aku dok nyanyi lagu nih dengan Yen… buat concert sendiri dalam bilik.. muahaha.. entah sumbang kee.. sumbing kee.. kami tak tahu.. but all we know is.. this is what we call as stress-reliever-activities..

Hmm rasa rindu membuak to all my room mates.. rindu rindu. Cepat-cepat aku shoot email to all.. there is a good news.. Zila already confirmed and currently on her 5th month of pregnancy.. and soalan lain yang kawan-kawan aku tanya.. tak lain tak bukan… Bila nak makan nasi minyak.. Which i.. spontaneously.. replied ” wait until i’m 32 at least.. unless Allah says.. ” Kun fa ya Kun”.. hehehe..

Hmm.. i just received an email containing a quite crucial document that need my signature. From You-Know-What-company from US. hmm akhirnya aku kena sign jugak.. not my authority person nor my boss. Nama aku siap tertera lagi kat situ.. Petang ada class macam biasa Class with En Azman, mata rasa mengantuk tapi masih nak menaip lagi. En Azman pulangkan test yang last 2 weeks kami ambik, alhamdulillah aku dapat keputusan yang aku kira… quite excellent. 😀 banggo makcik.

Saturday with Bowling and Sherry

Fuh again it’s Monday. Alhamdulillah for today and pity me on last friday… Panas, berbahang masa meeting on last friday. Meeting yang biasanya boleh habis 30 minutes, jadi 2 jam… Berpeluh .. kena jaga orang ini orang itu.. Well tak semua salah engineer aku.. aku pun nak gak sesekali memang dalam debate..

Payah. silap sikit panjang lebar kena menjawap..Yang si KC (GM) pulak, dalam jarang-jarang masuk meeting, tiba2 tengah panas nih dia masuk pulak. Aku tak tahu la yang aku cakap masa meeting tuh relevant ke tidak kat kepala dia.. tapi yang pasti.. hmm tak ada pulak dia mencelah. I guess everything is ok kot apa yg aku ckp tuh.. entahlah..

Pagi tadi is the happiest morning. Fairuz, one of my engineer yang pi training kat Penang called and hv pass the enterprise exam. Aku seronok giler.. Syukur Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku gumbiranya.. bila tahu dia pass. For two weeks he’d struggle and menelaah sorang-sorang. Kadang-kadang bila aku online kat rumah, dia YM aku.. just a matter of to share his loneliness and mati kutunya.. Nasib baik dia ada bawak gambar wife, and his kids.. Kesian pulak aku tengok orang-orang yang pangkat2 pakcik nih pi training.. Hehe.. whatever it is. it is proven now that he can do it.. Aku tak tahu la bos aku Rahimah and Asri tahu ke tidak. Hopefully they read the email. Rahimah definitely tak baca email, because her mailbox has reached its quota. and she’s on MC.. Kesian rahimah, sure antara penyebabnya because of friday’s nyer meeting.

Saturday was a bowling day kat Midvalley. Hmm main suka2.. tiga game. Aku sekadar dapat Mug MSRC. Lewat gak habis bowling, hampir kul 2pm. Lepas main aku and Rini (Achu) berjalan kat Mid Valley. Solat dekat Jusco, pegi ke Shopping complex baru @ The Gardens cuci mata masuk kedai kasut Nine West, test the shoes.. definitely. best. Aku memang dah lama berkenan dengan kasut kat Nine west nih.. Seksi. Auucwww.. 😀

I so admired the shoes.. Mak aku pun dah sounds suh beli kasut baru.. walhal ada lagi kasut aku yang dalam kotak.. tapi aku simpan aje.. Hush Puppies Boot – high cut, pointed krim color shoes – Nose . Tapi kasut-kasut nih tak boleh lah aku pakai hari2.. Yang aku pakai hari2, sampai lunyai is My Hush Puppies black sandals yang aku suka pakai .. Everywhere i go.. i wore this sandals.. best.. Aku tengah mabuk kasut Nine West.. bila laa aku dapat beli.. berangan ekin.. berangan..

Habis berjalan kat Mid Valley, aku hantar achu balik rumah kat Pantai Vista. And then aku call Sherry. Kawan sekolah aku nih baru keluar hospital.. Mengandung luar rahim, since wednesday dia sms aku, tapi aku tak dapat nak melawat. So this is the only day yang aku available. Hujan lebat giler lepas aku hantar Achu kat rumah dia. Sherry ada kat rumah maknya @ Petaling Utama.. So aku drive ke sana. Aku sampai ke rumah mak Sherry dalam jam 530. Tak tahu nak beli apa untuk sherry aku tak jumpa kedai buah pun masa aku balik. Akhirnya aku beli juadah minum petang untuk family Sherry.

Alhamdulillah Sherry ok and boleh gelak.. Cuma satu kilang yang produced telur kena buang. Kesian Sherry.. tapi alhamdulillah Sherry dah ada anak sorang. Huda Dinni. Cute and sweet little girl. Mesra macam Sherry jugak. Lama aku dekat rumah Sherry. Sembang-sembang dengan sherry and her mum, tumpang sembahyang Asar and duduk lagi. hehe.. macam tak tahu nak balik rumah, lepas azan magrib aku keluar dari rumah sherry. dari rumah Sherry ke rumah aku tak la jauh sangat. So habis azan, aku keluar. Aku sampai rumah dalam jam 7.55pm. Terus masuk bilik air and solat magrib. Mak and abah pegi kenduri kat bawah rumah.

Agak lewat aku tidur on sunday night. Tengah menilik kerja and assignment yang kena di siapkan. Another assignment has been given to me and my friends.. aduss.. ya allah tolonglah aku untuk jayakan semua ini.. AMin.. 😀

My day

There is many things that i want to type here, but times are permanently a constraint to me. Everyday, aku akan keluar rumah @730 or 8am in the morning. Sampai tempat kerja, aku bukak thinkpad aku and terus mulakan kerja. Breakfast? kadang-kadang sempat dekat rumah otherwise, i’ll take my breaskfast @Taj Cafe and Restaurant, Subang Jaya. Habis breakfast, masuk office, commit to my works and @1pm, aku keluar makan dengan Kak Ila. Almost everyday. Or simply fo to the roof top and buy food from the caterer.

Macam tadi, kebetulan Masyi Maro ajak aku keluar, She’s coming down to KL following her husband for a business matter. Aku ajak sekali xNetops to joint Masyi and me. Akhirnya kami lepak dekat Manhattan Fish Market @Subang Parade. Lama betul tak jumpa masyi, dia masih macam dulu, belum ‘berisi’, that is what she aim for since she already married to Aiman for 5 months i think. Hmm whatever it is.. sekarang masyi tak bekerja lagi, jadi housewife sepenuh masa.. Seronok betul dapat sembang dengan kawan lama. Even though Emma, Rad and Kak Nad satu bangunan, tapi untuk terjumpa ke, terserempak ke.. jangan harap laa.. Jarang sangat.

dsc00488.jpg

Agak lewat gak aku masuk office balik, sampai je dekat lobby office aku singgah surau kejap, after that baru aku naik ke 4th floor. Sambung keje macam biasa… Argghhh esok aku ada meeting, presentation. Dah jadi keje aku untuk prepare semua material. Tiap2 minggu. Penat gak. Setiap minggu dengan debaran tunggu result from respective personnel. Dah dapat result kena prepared presentation slides pulak… Meeting yang boleh habis 30minutes, kadang-kadang boleh membawa ke perbincangan sampai waktu magrib. Hv to get myself ready..

Habis waktu kerja, exactly @5pm aku bersiap nak turun. Class hari nih start kul 6pm pulak. aku masuk class sorang pun ak der.. Hmm aku silap class ka? Masuk class yang kosong tuh, jam baru 5.50pm. Aku on air cond and lampu, lucky me, Suhaili menyusul lepas tuh. :D. Class start at 630. lecturer tuh dapat wrong info from another lecturer. best Pn Norasiah nih mengajar. Aku info. Banyak info aku dapat. All recorded. Hampir jam 10pm baru aku masuk kereta, Memandu balik rumah. Sampai rumah, biasanya aku duduk dulu, paling lama 20 minutes, then only aku start buat benda lain. Internet access every night is a must, just to check my email and few other things. @0000 or 0100 baru aku tidur.

And my day will be repeated again… with different a day, different agenda, and at different times. But the goals of living is still the same, To be a better person, Dunia n Akhirat.  😀

14 Nov 2007

hpnx0198.jpg

Hmm tonight is my 28th birthday. Syukur alhamdulillah. Umur aku di panjangkan sehingga kini. Received few birthday wish from Umi, My Boss-Rahimah and Kak Ila. Kak ila dah merangka rancangan untuk aku dan dia celebrate birthday sama-sama. Probably on 23 Nov kot. Aku akan ambik cuti. Kak ila was born on 1st Nov. Dua2 bintang scorpio. She is my very best friend and my soul mate. Aku rasa aku dengan Kak Ila serasi sangat, alhamdulillah kami masih berkawan rapat even though Kak Ila dah kahwin and berkeluarga.

At works aku received email from people in Corp Comm. Hmm invitation untuk dinner to Diamond Club dekat tempat kerja aku. Hmm Ini ala2 badan yang bagi appreciation to all employees yang did a great job la.. Alhamdulillah lagi.. cantik la evaluation aku tahun ini. At least semangat nak bekerja been renewed. 😀

Seronoknyaa.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah ..

Rasa tak puas nak panjatkan syukur ke hadratNya.

I’m da Best Buddy and Steady Supporter

I took one test on Tickle Web. It is so interesting. I always visited this site, because sometime it helps to build “a person” in me. Hehehe
Here is the result.

What Type of Friend are u?
Ekin, you’re a Best Buddy
Need help figuring out which shoes look cuter with which outfit? You’re the girl to call. Friendships are top priority in your list of things to do — you check in regularly, hang out all the time, and you probably never get tired of your closest pals. So when someone is heading to the hair salon for a big cut, you’ll go and hold their hand. Heck, you’ll even pitch in for the dull stuff — like scary appointments to get braces. No matter what you and your friends are up to, you’re in it for the long haul. Your specialty is putting the needs of others over your own. Best part is, your friends make sure to do the same.

What Type of GirlFriend are u?
Ekin, you’re a Steady Supporter
Stand by your man — that’s just something you naturally do. Once you’ve committed to a relationship, you are a constant companion who enjoys the comfort and stability that comes from being a couple. Not quick to judge, accuse, or think the worst, you have a lot of trust (in him and in yourself), and you rarely worry about where he is or who he’s with. For you, mutual respect is of utmost importance. You are comfortable and confident in your own skin, making you a great pillar of strength in all your relationships. Whether he’s striving to climb a mountain or land a promotion, you have his back. Best part is, you know he’s got yours too.

Friend + Ship

Paling yang membuat ku bengang semenjak dua menjak, is penarikkan diri kawan2 sekolah aku from SMTM96 group. Semuanya gara-gara reunion yang grand itu tidak jadi. Aku pelik mengapa perlu tindakan yang macam tuh. Kalau nak boikot orang perseorangan, jangan lah buang kawan secara keseluruhan. Terasa aku. Senang betul dorang buang kawan. Maklumlah, dorang orang terkenal, hidup senang, so ramai orang yang nak dampingi dorang. So setakat old friends from old school yang memang tak masuk dalam sejarah negeri selangor pun..  kena buang. sodih den.  😦

Orang macam aku lainlah, cukup sukar orang nak kenal or dekati aku. Orang mudah assume aku orang yang sombong, berlagak, tapi sebenarnyer aku mungkin lambat mesra dengan orang, well mungkin sebab ajaran mak bapak aku, so aku cukup hati-hati dalam pergaulan aku dengan orang. Almaklumlah, dok kat Kota yang dikatakan orang besar nih, so kena ingat selalu and jangan lupa diri.

So kawan sendiri pun dah tak nak joint group yang sepatutnya dorang ada, what can i say. Tutup buku.

Jujur, ikhlas, tolak ansur dan percaya sangat penting dalam persahabatan, kalau takda elements nih, jangan mimpi anda akan ada kawan sejati sampai tua nanti. hehe i have one!!..

Whatever it is, life must go on, rasanyer ramai lagi orang lain yang lebih ikhlas nak berkawan. Bukan hanya berkawan kerana duitnya, kedudukannya atau glamournya, tapi kawan yang boleh sama-sama berlayar bersama kita (sekepala la), ambil berat (caring each other), and terima keburukan perangai kita seadanya. Barulah ada Friend+Ship. Image