iftar gathering @ level 12, Menara Office ku.

Last Friday was not my very happy day. Seawal subuh dapat berita pemergian paklong. Soon as my mum told me.. aku menekup muka.. menahan tangis.. yang akhirnya terlerai jugak… I really miss the moment where we were gathered at the table and chitchatted with paklong and family. ๐Ÿ˜ฆ

Petang tuh bos aku suh aku take over her place in a concall with orang penang. Due to she has an urgent meeting in USJ office.And I was all alone during the concall.. Fuh soalan orang penang as usual, memang payah nak jawap.. well bab goreng-mengoreng and membina ayat so that people convince with my answer, it is part of my job now.. I am not saying that we have to lie or give fake facts or reason.. but actually I am trying my best to convince the other party that we can do this and that.. and itu bukan janji kosong.. Aku jenis yang tak suka tabur janji kosong.. so usually I will told them apa yang aku rasa, we are capable of, in other word, relevant and realistic.. hmm barulah ada ITIL.. do I act like an ITIL certified person?.. hehehe.. i am certified.. ๐Ÿ˜‰

)
Thanks for helping Ivy.. ๐Ÿ™‚

Originally the iftar gathering was not my idea.. earliest, we plan to have a dinner at hotel or any restaurant near subang jaya, but it seems that.. tak semua kawan-kawan sini yang willing to spend more on food. (Unlike me) and ramai pulak yang baru bekerja… so I decided to think on the most cheapest or perhaps yang paling mudah. Hehe.. Iโ€™ve sent email to all, suggested that, we will do a pot luck style.. instead of cooking it.. we buy it from Ramadan Bazaar yang glamour kat SS18, subang jaya. Kawan2 lain agreed.. (hehe seronok). Iโ€™ve collected sorang RM10, bos aku pun orang pertama bagi duit for the buka puasa, even though sheโ€™s not joining the Iftar, due to her eldest son yang baru nak belajar berpuasa.. Dua, tiga hari aku survey and asked my colleagues nak makan apa.. hmm on that day, kak ila kebetulan balik awal, 1400, so she offered a hand of helps.. to buy part of the juadah berbuka yg kwn2 kirim..(hmm thank you bebeh.. I luv u) kak ila bought ayam percik, hot soya drink, kuih tepung pelita, murtabak and macam2 lagi.. Aku during lunch hour, keluar beli cut fruits kat kedai buah favorite aku.. dekat SS15. buah-buahan kat sini fresh and at reasonable price. Jam 1630 aku turun ke dept pantry tengok perkakas apa lagi yang tak cukup..pingang, mangkuk, hot drink semua aku checked and ordered dengan makcik pantry.. Baik makcik pantry tuh.

Approximately 1740, kak ila sampai dekat lobby office aku. Aku suh kawan-kawan aku bawak food naik atas, meanwhile aku, izzati and achu went to the Ramadan bazaar at SS18. Fuuh banyaknya makanan.. kelmarin aku dah surveyed.. hari nih aku datang. Kami tak beli banyak sebab kak ila dah tolong belikan yang lain2. We just bought Satay,

)
muka2 girang lepas berbuka ๐Ÿ™‚

sambal tumis petai (mummy-to-be-izzati nak yang nih), sambal belacan.. (hmm nyum nyumm. Sedap), achu nak chicken wings and air asam boi. Kami tak membeli banyak, because ada gak kengkawan yang sempat buat itu ini, ada spagetti Bolognese, ada kek batik, chocolate cake, agar2, cream caramel, croissant tuna with cheese and entah apa lagi aku tak ingat. Drinks we have, Nescafe, hot tea, soya bean, asam boi and air suam. Bila aku drive balik ke office, dekat tingkat 12, semua makanan dah terhidang.. waahh best nyer. Baik sungguh kawan-kawa

By 1915 kami berbuka.. there are just 12 of us, yang non muslim, tak semua dapat joint.. just Ivy yang tunjuk muka.. Thanks Ivy for joining us.. Yang lain tak dapat joint. Sayang ye. Food banyak sangat.. About 830, kami makan, makanan masih banyak.. kami pakat2 tapau dalam plastic and clear the venue kasi cantik balik.. by 930 aku sampai rumah.. best gak.. buat gathering macam nih.. thanks to all my friends.. terima kasih kerana membantu and menghadirkan diri..

2nd nite of Ramadan 1429

First day of puasa.. seronoknya dah masuk Ramadan.. yang tak seronoknya.. hari nih ada class. Siapa lagi kalau bukan lecturer yang paling rajin.. masa sem break, public holiday pun nak buat class. since i’m not the one yg suka ponteng class(cehh), aku melangkah ke kereta jam 0840am. Class kul 0900. aku tahu today is public holiday and biasanya orang-orang kat lembah klang nih memang tak bangun lagi.. hahaha.. Federal highway clear, perjalanan smooth dengan aku boleh memecut hampir 100 per/km. Well.. alhamdulillah, aku sampai at 0912 dekat class. Lecturer aku dok sibuk call students yang tak datang lagi.. ahaks.. Rajin betul pakcik nih..

Class habis about 12, supposedly habis at 11, dia mintak extend.. again.. rajin betul pakcik nih. Habis class.. aku ada discussion with Sue.. about our project.. yang mulanya tak menepati specifikasi. fuhh lega nasib baik makcik tanya. Malu bertanya sesat jalan.. (hmm apakahhhh) So tak mau sesat baik bertanya..

about 1240, i was on my way to SJMC.. ambik kak ila and pi carrefour Subang jaya, beli barang skit untuk berbuka.. hmm kak ila on duty hari nih, so she wasn’t able to teach me to cook brown sauce.. hmm nevermind. perhaps some other time kot. I bought chicken, instant mash potato, chicken gravy, bread crumbs and some other stuff yang mak kirim.

Ramai betul orang kat carrefour.. macam nak raya pulak.. Habis membayar, aku hantar kak ila balik ke tempat kerjanya.. aku terus balik rumah. I reached home by 1430. duk rehat jap.. 1445 solat and lepak.. since tengah puasa aku lepak2.. mata pulak rasa ngantuk.. about 1530 aku tidur sambil menikmati sejuknyer hujan petang (syiokk).. jam 1700 aku bangun.. mandi and solat asar. at 1830 aku start buat menu untuk mak and abah. Hmm a simple chicken chop.. mak request not to deep fry the chicken, instead just fry ala2 grill, with a lil bit of vegeoil.. hmm mak and abah pun batuk tak elok2 lagi. hmm kesian. Aku stim broccoli and carrot,ย  mixed instant mash potato, chichken gravy plus my favorite kerabu kacang botor. hmm nyummy..

Kami berbuka hanya bertiga.. mak, abah and aku. before berbuka mak call adik dekat Ipoh.. hmm.. investigate anak bongsunya makan apa and bla bla bla.. (Sedih la tuh..) hmm mak request aku buat lagi if adik and anak2 buah aku datang ke sini. Probably aku tak balik raya tahun nih.. raya kat sini je.. (hmm sure tak der mender nak buat. Mungkin menonton tv jer kot. macam tak best je bunyinyer.) lepas magrib, aku menyiapkan diri untuk solat magrib and ke surau.. Kami bertiga jalan sama-sama pi surau.. After 8 rakaat aku and mak balik rumah, because pak sedara aku yang baru bernikah nak datang bertandang umah. Tolong mak mengoreng mee, hot drinks and tetamu pun datang.. sambil sembang2 sambil belek gambar2 majlis perkahwinan pakcik aku.

Alhamdulillah. dapat satu hari berpuasa.. ala.. yang tak best esok ada class sampai 2230.. adus.. if bernasib baik class habis @2200. ๐Ÿ˜ฆ bulan pose nih.. class aku on from Monday to Wednesday.. hmm kesiannya esok mak and abah je yang berbuka kat rumah.. sure dorang sunyi. Aku pulak.. sure kena berbuka ala2 tapau.. hmm dah kalau keluar office pun 530.. class start at 630.. break for 30 minutes untuk berbuka and solat magrib.. pastu masuk class balik.. aarrghh first time aku sambut puase macam nih.. Harap-harap aku di berikan kekuatan dan tenaga yang mencukupi.. Paling penting tak mau ngantuk dalam class.. aaa cabaran besar sungguh..)

Nite ols..

Buka puasa @Singgahsana – 2007

Hampir 5 hari lagi untuk Aidilfitri. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat.. Rasa tak puas nak menjalani dan tetap ‘tinggal’ dalam bulan ramadan. Bulan yang penuh berkat.

Rasanya dalam kepala aku ada banyak perkara yang aku hajatkan, tapi banyak yang tak mungkin direalisasikan buat ramadan tahun ini. Hopefully umur aku dipanjangkan ke ramadan yang akan datang. Tuhan sahaja yang tahu.

Last week, first time aku ke pasar ramadan yang glamour dekat kawasan rumah aku. Balik dari office aku and kak ila stop di pasar ramadan itu. Juadah yang paling menarik sekali is Murtabak. Sedap.. aku rasa tak der tempat lain yang lebih sedap dari ini.

Hampir setiap minggu, keluarga kakak aku akan berbuka dekat rumah. kakak aku tengah pregnant anak ke-4, asyik mabuk and demam2, tak macam sebelum ini.. Mak aku kata mungkin anak perempuan kot, because sebelum ini, kakak aku steady ajer bila pregnant. Anyway anak2 dia semua nyer lelaki. Nakal.. and active.

Last Saturday, my friends and me went for buka puasa dekat Hotel Singgahsana, PJ. Nusantara and Middle east cuisine. Menarik. Disamping ada performance from Rabbani. Aku memandu kereta seorang diri ke Singgahsana Hotel, PJ. Dekat je pun dengan rumah aku, 15 minutes dah sampai. Aku sampai kereta nak masuk hotel punyalah panjang. AKhirnya aku menyelit antara ruang yang ada. memang cukup2 untuk kereta kancil aku. Aku pegi ke pintu utama, sherry and her husband dah sampai. Di belakang aku, Ismawati pun baru sampai. Hanya menunggu Abai, rizuan and adik abai. Kami semua satu sekolah, lain-lain class, tapi kami semua kenalan rapat sejak dari form 1. Doranglah antara kawan-kawan terawal yang aku kenal masa aku di sekolah menengah. Maklumlaa.. sekolah dekat kawasan rumah aku, tapi di sebabkan aku dari sekolah sekitar PJ, Assunta 2, so aku tak berapa kenal orang, pegi sekolah pun sorang-sorang, tambahan lagi aku tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, janggal betul masa tuh aku rasakan.. Alhamdulillah masa tu lah aku kenal Sherry. Sherry jenis yang kenal ramai orang, jenis yang suka berkawan, so aku yang seorang ini, ikut la si sherry yang banyak kawan ini. Secara tak langsung aku pun mulalah buat kawan dengan kawan2 baru dekat sekolah baru. Kalau aku tak jumpa sherry, tak tahu lah aku macam mana..

Aku, Sherry and husband, and Is masuk dulu, di tengah-tengah kaunter untuk membayar, abai, rizuan and adik abai muncul. Riuh sekejap tempat kami berdiri. Buffet di Hotel SinggahSana hanya RM53 nett. Mulanya kami plan nak berbuka di Shah’s village hotel, tapi abai kata food tak sedap. So kami tukar venue. Ingatkan ramailah yang nak joint, rupa-rupanya muka2 yang sporting ini jugak yang pegi. Orang punyer lah ramai.. tapi food tak mengecewakan.. food pun bagus.. ada kambing golek lagi.. sedap.. waktu nak berbuka, azan magrib di laungkan penyanyi utama Rabbani, Ust Asri.. sedap giler suara dia.. rasa betul2 dekat dengan masjid, tapi aku and kawan2 aku semuanya bergerak mengambil makanan, sebab atas meja kami masih kosong..

Entah berapa kali aku bangun, aku pun tak tahu, abai dengan berpinggan-pinggan kuih muih nyer, aku dengan roast lamb, sherry dengan pelbagai juadah yang dia nak cuba. kami duduk and makan sampai jam 9 lebih.. Lepas makan, bersembang, kami bergerak keluar dari hotel, tapi memandangkan kereta diluar masih lagi beratur untuk keluar dari hotel, kami masuk balik ke dalam hotel, duduk at nearest table and bersembang lagi. Jam 10pm, kami keluar and terus ke kereta masing-masing. Aku terus masuk kereta and memandu balik rumah. Sampai rumah aku salin baju and keluar untuk bermalam dekat rumah kak ila. Kak ila keseorangan dekat rumah, since dia dah ada baby kecil, so turn aku la pulak tidur dekat rumah dia.

Malam 15 Ramadan

Ikut kiraan aku malam ini malam ke 16 ramadan. Semalam mak aku kata malam nih baru 15 ramadan.. tapi yang pasti semalam witir aku takde bacaan qunut.. hehehe.. Aku sempat solat dekat rumah aje.. badan penat.

Petang aku keluar office awal, jam 5 je.. Balik rumah aku terus hantar fidah ke Station Jln Duta. bas kul 730. Mak aku siap bekalkan aku mihun and air lagi.. aku kata “just air je mak.. dah cukup”. Mak punya pasal aku ambik je. perjalanan ke Station Jln Duta jamm giler. Banyak kali tersangkut dalam jamm. Dari jam 5.40pm aku bergerak dari rumah aku sampai dekat sana dalam jam 6.43pm. Aku drop fidah and terus memandu balik. Jalan masih jamm. Aku pancung masuk ke NPE, at that time dah 7.01pm, aku memandu laju jugak laa.. akhirnya aku sampai rumah, bukak pintu azan magrib baru berkumandang.. hah.. syiokk..

Last weekend Saturday aku bantai tidur dekat rumah. Takde aktiviti lain yang aku boleh buat. Lepas sahur, aku solat, mengaji and pegi pasar. Lepas balik dari pasar, aku terbungkam sampai tengahari 12noon. jam 12 noon aku celik mata lepas tuh tidur lagi… sampai jam tiga.. muahahah.. jam 315pm aku baru zolat zohor.. lepas solat mak aku kata dia malas nak masak.. aku pun ke dapur, disebabkan dah tidur banyak, aku pun masak la apa yang ada kat dapur. Aku buat macaroni and chicken tomato sauce, sayur campur goreng dengan udang and aku buat pegedil. Dah siap semua barang, aku solat asar.. Jam 6.00 baru aku mula masak.. tak best masak awal.. nanti food tak fresh.. hehehehe.. syiok berbuka hari sabtu dengan family.. sambil enjoy cerita budak2. Upin and Ipin.. dekat channel TV9. menarik cartoon nih.. aku suka sangat..

On Sunday, makcik aku, Acik Zizah, ajak berbuka dekat rumahnya dia Bandar Tun Razak.. hmm tapi cam susah la plak.. Kereta aku pun tak cukup nak masuk mak, aku, fidah, kak ila, intan, abah and hidayah.. Akhirnya magrib tuh abang ipar aku sampai dekat rumah, katanya esok ada meeting kat Putrajaya. Abang Ipar aku bawak kereta Avanza.. So aku pun pakai kereta tuh and pi rumah makcik aku. Kami pegi lepas solat terawikh.. Kitaorang berjemaah dekat rumah, aku jadi iman untuk solat Isyak, adik aku jadi imam untuk solat terawikh.. hehe lawak betul adik aku jadi Imam. Rock… Lepas solat kami bergerak jam 940pm. Aku, mak, fidah, kak ila, hidayah and adik. Abah ku pi surau kat rumah. Sampai sana dalam 1010pm kot. Jumpa nenek saudara. Nenek itu soranglah yang tinggal sekarang. Adik beradik dengan nenek aku yang meninggal kira-kira 50 tahun yang lalu.. Aku tempah kuih raya dengan makcik aku. Hmm paling best kat makcik aku nih is kuih tat nenas and almond london dia.. tapi aku rasa semua kuih makcik aku nih sedap.. tiap-tiap tahun aku tempah kuih kat makcik aku nih.. aku tempah tiga jenis aje, mak aku kata, dia nak beli kat makcik sorang lagi pulak.. nanti terasa plak makcik yang sorang lagi tuh.. to be fair.. kena la bahagi dua..

Penang oh Penang

Thursday morning, bersahur jam 515am. Lepas sahur aku terus kebilik air and solat. Menelaah kaalam Allah sampai jam 630am, and aku ke hall rumah. Mak dengan abah baru balik dari surau. Tengok tv sama-sama sambil sembang. Jam 7am, aku gosok baju, mandi and bersiap.
Jam 730am, aku naik sekejap ke rumah kak ila, nak pinjam backpack kak ila.. aku kena bawak LOI and SOW yang setebal 400 pages. Dah ambik beg, aku masuk kereta, panaskan engine and terus memandu ke KLIA.

Dari rumah aku, aku tuju arah LDP, U-turn masuk kawasan Hospital sunway, and terus ke Persiaran kewajipan. Turun ke Kesas and masuk highway ke KLIA. Kereta banyak giler, tapi mujur tak jamm. Cuma on the way ke Subang Jaya yang jamm. Kalau jam alamat aku lambat sampai airport. Aku janji dengan rahimah and inaz aku sampai sana jam 845am. Jam 835am aku sampai dekat parking B KLIA. Park kereta and menuju ke balai pelepasan di tingkat 5. Rahimah, my manager call aku.. Katanya dia dekat KFC, and dia tak jumpa pun MCD. i’d tell her to wait me there, tunggu sampai aku datang. Aku sampai dekat atas, aku jumpa rahimah and lepas jumpa rahimah aku received sms from inaz. Inaz dekat MCD, aku and rahimah pegi arah McDonald and meet with Inaz there. Rahimah datang dari office naik limo, while Inaz tunang dia hantar sampai KLIA.

After that, we went to check in counter, claimed our ticket and turun ke balai pelepasan.
Nak berjalan ke pintu A5, punyer la jauh. Sementara tunggu boarding time, kami sembang-sembang dekat tempat menunggu. Flight berlepas jam 1045am. Perjalanan sekejap je, 50 minutes dah sampai Penang. Sampai dekat Penang International Airport, kami lepak and tunggu jam 1215. tepat 1215, kami ambik taxi and terus ke DELL. Dekat je dell from airport. tak jauh. Kami sampai terus ke guard house, macam biasa kena tunjuk IC and dorang bagi kami sticker. Macam kelakar but good. tak payah pakai tag-tag canggih. sticker sahaja. Aku tampal sticker dekat lengan kiri. masuk officenya, Asri and Boss nuar dah sampai. Asri is my team leader. Boss nuar is the project manager and planner for this project. Kami di sambut baik oleh Project Manager Dell, SM and Kam Fung. They are very nice. Kami di bawak keliling dell office. Besar giler and penat berjalan. Terus ke Bilik Meeting di tingkat 2..

Meeting dari jam 1pm sampai 230. Kemudian kami dibawa melawat sekeliling bangunan operasi dell yang support Asia Pacific , Japan and Australia. Menarik Besar giler, especially the ECC room. canggih, siap ada gambar from satellite NASA lagi. . Tapi i know how it feels working in this situation. Aku dah merasa masa dekat TPM dulu. Call centre dia besar giler, and definitely dipenuhi dengan orang dari pelbagai bangsa dari seluruh Asia Pacific. Orang Melayu rasanya tak sampai 5 orang dari 1000 orang yang ada di dalam sana (for one floor ONLY). Rasanya, hanya kami berlima yang berbangsa Melayu. Hmm takkisah laa.. janji company aku dapat buat project dengan company gah ini. Lepas di bawa ke sana-sini, kami ke bilik meeting di tingkat satu. Last discussion before we dismiss from the building. Kemudian kami melawat tempat training room. Dekat sinilah engineers aku attend classes. Tekun dorang study. training 2 minggu tuh.. semata-mata untuk certification. Jam 3.40pm kami keluar dari building, call teksi, tunggu 15 minutes kemudian kami terus ke Penang International Airport. Inaz takkan balik ikut kami, just aku and rahimah sahaja, dia terus balik rumahnya, Balik Pulau.

Terus ke check in counter, early schedule kami balik dengan flight 635pm, tapi kami request untuk naik flight kul 510pm. 4.30pm kami masuk, sementara menunggu, boarding time, kami solat dekat surau airport. lepas solat aku masuk kedai chocolate, carik chocolate kegemaran and terus ke gate 12. Masuk and duduk diam-diam. Masing-masing dah penat. terlelap aku dengan rahimah. Sampai dekat KLIA, bergerak keluar dari parking KLIA jam 630. Parking kena RM23. Giler mahal. Mujur aku boleh claim. Aku ajak rahimah tumpang kete aku sampai HQ. Rahimah park kereta dekat office. Dalam perjalanan balik aku dengan rahimah sembang tak berenti.. pastu Asri called, bagitau konon dia and boss nuar tengah tunggu waktu berbuka. Menu tak lain mestilah Nasi Kandar. Jealous aku. Kawan-kawan aku yang lain semua ajak aku berbuka dekat penang, tapi Rahimah nak balik awal. Rumah dia jauh. Kesian pulak, tak de sapa temankan dia. Sampai office 7pm. AKu drop rahimah and terus memandu balik. Aku sampai rumah jam 720pm. Suasana waktu senja dekat kawasan perumahan sunyi sepi. Aku masuk rumah bukak tudung letak barang-barang aku terus duduk makan. Exhausted giler.

Malamnya aku ke rumah kak ila. Badan penat tak larat nak pegi surau. Cadang ingat nak solat dekat rumah kak ila. Tapi jam 930pm aku dah tidur. Penat giler. Tidur tak sedarkan diri.

Ramadan 7, 1428H

Nak masuk hari ke Tujuh puasa.. Alhamdulillah sampai hari ini, puasa, terawikh and membaca quran menjadi jadual aku.. Tidur as well..

Kebiasaannya aku bangun jam 5 or kalau malas 5.15 or 5.25am. Muahahah.. bangun bersahur sekadar, makan dua keping roti and plain Milo satu cawan. Lepas makan, minum air putih 2 or tiga mug. Masuk bilik air, gosok gigi, ambil wuduk and ready untuk solat Subuh. Habis solat aku recite few pages of quran, jam 630am aku tidur. Jam 7.30 or 8.00am aku bangun. Masuk bilik air, mandi and bersiap ke tempat kerja. Biasanya aku sampai office jam 8.35 or 8.40am.

Masuk office buat keje tanpa henti, keje makin banyak… tadi pun aku lupa yang aku ada training kul 2pm. Training to use new system. Untuk project dengan company gah nih laa.. Jam 6pm aku keluar office. Balik sama-sama dengan kak ila. At this moment, anak kak ila, Nur Hidayah, mak aku yang jaga, orang tua aku kesian dengan kak ila because tak der orang yang nak jaga anak dia. Moreover bulan puasa, takut orang not well prepared untuk jaga baby. After raya, kak ila akan hantar dekat rumah orang yang sebaris dengan rumah aku.. Mak aku nak tolong jaga sebulan aje..

Aku sampai rumah jam 6.40pm. memang dah tak boleh nak masak pun apa2 menu yang aku suka.. So aku makanlah apa sahaja yang mak masak.. My sister bought Mertabak/murtabak, keropok lekor, Yong Tau Foo.. Aku makan nasi dengan sayur campur, kerabu and merasa skit-skit makanan yang lain. Habis berbuka, solat magrib, continue baca quran and terus turun ke surau dekat rumah. Habis solat biasanya jam 930pm. Terus lepak rumah sampai tengah malam. Dah mengantuk aku tidorlah..

Macam tulah routine aku bulan pose nih… hopefully penuhlah puasa aku tahun ini.. hehe. macam ada peluang.. Bestnya kalau dapat puasa penuh…

Berbuka Di Hotel bercanggah dengan Ajaran Islam?

I saw this statement from my friend’s blog. Bunyinya agak kejam. Memang betul, pembaziran itu sifat ikutan syaitan, tapi pendapat aku, kita boleh tengok this topic from many perspective. Kalau dari sudut economy, itu salah satu cara, pihak hotel nak melariskan businessnya. Buat promosi itu ini, untuk tarik orang datang berkunjung..

Pasal bab masakkan yang di lihat banyak dan bertimbun, setahu aku, kalau dekat hotel, bila makanan dah nak kurang baru dorang masak lagi.. dan kalau tak habis pun satu-satu menu, dorang ada cara untuk keep that food untuk tahan lebih lama, or ada hotel yang bagi food tuh dekat charity house yang memerlukan. People who works in Hotel industry, they know what they are doing. kalau boleh dorang pun nak kurangkan cost and berjimat, at the same time dapat keuntungan. Itu pandangan aku..

Mengenai orang tertinggal atau tinggal solat magrib, itu aku no comment. Tapi setahu aku, dekat semua hotel yang aku pernah pegi, semua ada surau, selesa dan ada telekung yang diwakafkan dalam surau. So reason terlepas solat magrib tak timbul, itu depends on individual.. Honestly, aku tak pernah bermasalah untuk solat magrib masa berbuka dekat mana-mana hotel dekat malaysia nih… No big deal.

Makan di hotel menwujudkan isu pergaulan bebas? My opinion is, tempat duduk and makan dekat hotel cukup selesa, lampu terang tak malap macam tempat hiburan, kerusi meja jarak yang cukup selesa.. Dekat mana datangnya pergaulan bebas? Aku rasa itu pun depends on individual. Masa ambik makanan pun, aku tengok orang ramai semua pandai beratur and dengan sopannya ambik makanan, tak der la yang carik peluang bergesel or anything yang tidak menyenangkan. Orang nak berbuka puasa perut lapar.. So tak de benda lain yang orang akan pikir, melainkan makan untuk mengisi perut yang dah kosong.

Aku rasa yang menjurus ke pembaziran ini, kalau orang kita membeli makanan untuk di bawak balik rumah dan berbuka, kadang-kadang makanan sampai penuh meja. Selepas waktu berbuka makanan yang di beli tadi tak terusik dan tak termakan pun. Perkara nih, pernah berlaku dalam keluarga aku, tapi sekarang tak lagi. Itu zaman kami kecik2 dulu, budak-budak berpuasa, so excited bila nak berbuka.
Pesan Rasulullah S.A.W, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi orang sekarang tak kisah la yang makan dekat hotel atau kat mana2, memang kebanyakkannya suka berhenti makan bila perut dah sengkak. Itu pasal orang Malaysia sekarang banyak penyakit HBP, Diabetes and heart attack. Sniri mau ingat laaa..

Pergaulan bebas boleh terjadi dekat mana2, tak kisah la dekat mana-mana pun, selagi seseorang itu bergelar manusia. Terutama manusia yang lemah.. This is all individual factor gak. Tepuk dada, tanya Iman.

Pikirkan lah… Ia menjadi pembaziran bila makanan yang di masak atau di beli tidak dimakan. think positively.. and try to avoid things dari menjadi negative. Malaysian kan Boleh…