Aku rasa lama betul aku tak meng-update secara langsung dekat blog kecik nih.. Ada sahaja yang tertunda. Bz..paling aku tak boleh lupa kisah aku hampir2 melanggar seekor kambing yang agak tinggi dari hadapan kereta kancil aku dalam perjalanan balik dari class. Entah dari mana kambing hitam tuh datang.. tiba2 dari tepi jalan dia berlari ala2 kuda yang dalam sukan equestrian.. nampak slow tapi laju sebenarnya. Dengan kelajuan 70km/sejam aku sempat break walaupun tak berenti terus, tapi jarak kereta aku dengan kambing hitam tuh just less than a meter.. alhamdulillah aku tak langgar kambing tuh, and kereta kat belakang pun tak dak. Aku yang kat dalam kereta beristiqfar panjang dengan incident itu.. fuhh alhamdulillah selamat.. kalau tak.. tak pasal2 kereta kancil aku tukar nama.. jadi kereta kambing.. (aku rasa kalau aku langgar kambing tuh, cermin depan kereta aku akan pecah. atau lebih teruk kambing tuh boleh tergolek ke arah aku.. or probably aku jadi arwah sekarang… Gemuk ok kambing tuh.. sihat ya rabbi )

On Saturday 12 July .. yang aku ingat aku pi main tennis ngan tenis buddy aku kat 3k, Subang Jaya, bila habis main lepak2 keringkan peluh, sambil minum air kelapa muda kat restaurant SG, 3K. Judd pun belanja aku beli over grip untuk racket aku. Tq Judd.

Habis main tenis, aku balik rumah terus ke bilik air. Mandi solat zohor and terus keluar and memandu ke Serendah. Abang aku dah ambik mak and abah dari Ipoh. So abang aku suh datang ambik dorang kat rumah abang. Aku memandu kereta kak ila dengan kak ila and Hidayah sekali. Aku sampai umah abang waktu tuh hujan lebat sangat sangat. Terpaksa memayungkan kak ila and hidayah sampai kedalam rumah abang. Bila aku sampai umah, mak pulak tak berapa sihat. Aku just stay sekejap and menjamah sedikit hidangan ikan tenggiri masak kari kat rumah abang. Sedap.. Kak yati memang pandai masak. Tak lama lagi Abang aku akan dapat baby baru tak lama lagi.. Anaknya yang kelima. Wow.. abang aku paling express antara kakak2 aku. (hampes) Kak sila dekat NZ baru informed aku thru ym and call bagitau mak and abah yang dia sah mengandung anak ketiga. Hahaha bertambah lagilah keluarga Hj Abdul Wahab.. and bertambah lagilah anak buah aku.. hmm akan menjadi 16 orang.. huhuhuh. sure meriah kalau dapat kumpul ramai2.

Petang tuh jugak around 5pm aku balik dalam keadaan hujan lebat dengan sedikit banjir di antara Serendah ke Rawang.. lucky kereta kak ila OK. Thanks kak ila.😀 . Hmm opah pun ada. Sekarang ingatan Opah aku tak macam dulu.. banyak perkara yang baru-baru dia tak ingat. So on Sunday it happened that kak ila bekerja and baby sitter kak ila pun bercuti balik kg, so aku yang menjaga hidayah. Sambil menengok mak yang tak berapa sihat, demam panas dan opah yang memerlukan tuntunan. Abah mujur boleh uruskan diri sendiri.. and lucky i have energy to handle all these…

Alhamdulillah waktu itu aku tak penat and merungut.. thanks Allah.. for giving me my patient and strength. Mak kalau demam, memang semua benda dia tak mau, makan, even mandi pun susah. Opah pepagi aku kena mandikan.. siapkan breakfast and lunch. Nasib baik hidayah tak meragam masa nak tidur. Actually ada kenduri yang supposedly mak nak pegi.. mak suruh gak aku pegi kenduri kat block sebelah, katanya nanti apa pulak nenek kata.. Lepas kak ila balik dari kerja, about 3pm aku ajak kak ila pegi rumah nenek saudara kat block sebelah. Terima kasih kak ila.. sebab temankan ekin. .. tiba waktu petang aku kena mandikan Opah. Hmm rupanya melayan orang tua nih memang betul2 macam budak kecil..manja and nak kena belai. . Malam sebelum tidur Opahku akan di pakaikan pampers. Ingatan nya tak berapa mengizinkannya untuk ke tandas bila tiba waktunyer. Fikiran aku memang tidak boleh lari dari memikirkan waktu aku tua nanti macam mana..(kadang-kadang terpikir yang aku tak mahu hidup sampai usia yang lanjut)

Monday morning aku berkeras gak nak bawak mak pi clinic. Aku sms Rahimah, that i will be a bit late to the office this morning. Rahimah replied OK. Mak aku jenis degil skit. (macam aku jugak kuang kuang kuang) Mak masuk bilik aku bila keluar dari bilik air.. bagitau yang dia tak mau pi clinic “Kin.. tak yah la pegi clinic tuh..mak dah sihat” I said “No. Mak kena pegi jugak.” Lepas aku mandikan opah and bawak mak pi clinic baru aku rasa tenang masuk office. I called makcik aku untuk tengok2 kan mak and opah dekat rumah. Makcik aku datang ke rumah sambil bawak makanan untuk lunch. From my office i called for update. Abah aku said OK. Malam tuh aku ada class sampai kul 10pm. Aku mintak tolong kak ila siapkan makanan abah, mak and opah malam itu. Kebetulan kak ila tidur rumah aku malam tuh. Tq tq tq.. Tq so much for the helping hands.. (Macam manalah aku nak balas.. )

Mak is getting better on Tuesday. On Wednesday, makcik aku pulak nak bawak opah aku kerumah nya..Sebab aku kena bawak mak pi medical follow up kat UMMC. sampai hari nih opah masih dekat rumah makcik aku. Sakit pinggang.. kesian opah.. Aku teringin nak bawak opah jalan2 dekat midvalley or KLCC. Masalahnya kereta aku kecik.. wheel chair opah tak boleh masuk kereta kancil aku. hmm Opah aku jenis adventure. Sukakan perfume, berbedak and cukup menjaga penampilan dirinya walaupun dirinya buta. Bab makanan opah tak kisah.. Dia rock.. makanan apa sahaja dia boleh makan. hehehe.. Sure Best kalau boleh bawak opah jalan-jalan.. ( mungkin aku bleh pinjam kete kakak aku.. :D)

Semalam aku pi main tenis ngan my tennis buddy lagi.. huhu kali nih main lebih syiok.. judd kata my strokes are better.. heheh tqtq next time kita lawan.. probably next week ka.. kita main kira mata.. hahaha (macam terror).. Tengah syiok main hujan pulak.. sementara menunggu hujan berenti and court kering aku enjoyed tengok orang main netball. hahah pemainnya terdiri dari lelaki sahaja. hehe mula-mula aku gelak. tapi mamat tuh kata.. dorang memang dah lama ada group and they are actively playing this game. no kidding they are damn good. bagus tau dorang main.. Mamat tuh siap promote lagi kat aku, if kat office aku ada orang-orang lelaki yang nak main netball… hahaha interested?

Tadi aku pi main kat tennis wall kat Kelana Jaya.. ramai pulak orang mai waktu petang nih. Kak ila and hidayah teman kan aku.. hehe Hidayah dah pandai jalan nanti boleh main tennis ngan Auntie..🙂 FYI, Hidayah dah pandai panggil aku Auntie.. Tapi sebutan nyer ATi.. “T” yang berbunyi seolah-olah dia menyebut huruf “Ta” yang cukup hamas nya. hahahah

Esok bermula minggu ketiga kat tempat belajar aku.. hmm aku tak tengok pun lagi soalan2 untuk project sem ini.. i need to start early and be prepared.. aku tak nak ketinggalan.. Anugerah dekan seterusnya impian aku.. Ahaks.. (berangan lagii!! ) insya allah.😉