Salam Aidiladha 1430H

Currently in abah’s hometown, Ipoh. Beraya kat sini.. Semalam, bertolak dari umah, singgah rumah abang in serendah, pagi tadi baru bertolak ke ipoh..

I think this would be my longest holiday for this month.. cuti pun berbalance 5 hari, hmm itu untuk preparation tahan depan.. bila tiba pergelutan dengan sem belajar dah start.. Can’t wait for the new year.. and can’t wait to answer familiar question.. “Bila nak habis belajar?” “Dah tahun berapa”.. (exclude soalan yang aku dah lali “So bila nak kahwinnya”).. aku rasa aku dah habis imune dengan soalan yang aku rasa dah tak bonus lagi untuk aku..

Next year… when people asked me..” Bila nak habis belajar?” aku akan kata..(Dengan gembiranya “tahun depan”).. huhu tak sabar… tunggu la tahun depan.. and asked me repeatedly.. pun tak pa. aku rela..  Soalan bonus yang dah tak bonus… (ahahah) aku akan jawap.. wait until i finish.. then i will start searching.. hahaha.. gasaknya org nak kata apa.. This is aku.. tetap dengan pendirian aku..(hmm deep inside… tuhan sahaja yang tahu.. ) hahahah

Cita-cita.. buat masa ini lebih penting.. aku tak bertuah macam orang lain.. this is perhaps.. my best “path” yang allah dah tentukan.. so i should learn to redha…  Cerita about office.. banyak sangat keje.. lucky i dont have cut myself into two, since cuti sem pun dah mula.. dapat laa rehat sikit.. spent precious time dengan majlis ilmu dekat office and precious time kat umah..  pencarian ilmu perlu diteruskan.. even tengah cuti sem.. banyak ilmu yang kena belajar.. bukan hanya ilmu dunia.. ilmu akhirat pun kena ada.. at the very least…

About training kat office yang tak berapa menjadi.. got to do some research aku rasa.. found something about teaching techiques for engineers.. hmm sure laa aku yang kena upgrade manual yang ada.. hmm tgk apa yang aku boleh buat…

Esok raya.. tapi hati nih.. membuak nak pi tengok “New Moon”.. hmm atau pi Sg Klah resort.. mandi air panas.. musim2 hujan nih.. pun best gak.. nak pi laut.. hmm teluk batik pun nice.. tapi macam jauh giler.. Sorang anak sedara aku memang fanatic dengan Twilight.. dia setuju ajer nak ikut aku.. hmm best best..

AidilAdha, Girlfriends and Best Friend’s wedding,

last Monday was Aidiladha.. I drove my new car balik kampung. Unfortunately memang tak boleh bawak laju. Bored. Abah aku dah pesan awal2.. Well abah is my advisor pasal driving, route and car.

Since the very beginning aku drive kereta sampai la sekarang. Abah is My sifu. He thaught me about everything..pasal kereta, pasal carik jalan.. and cara2 memandu dengan berkhemah.. very invalueable guide i guess.. And apa yang aku tahu, segala tips aku pass to kak ila.. yang dulunya takut memandu.. sekarang kemana-mana sahaja.. just tell (cakap jer).. 🙂 ahaks

Balik dari beraya, hari Isnin. Cuti on Tuesday aku cancelled. Hmm sebab apa? Sebab rasa nak kerja dari bercuti. Cuti pun kureng and boring.. kerja lebih baik. 🙂

On Saturday, 13 Dec pulak, i went to Bota Kanan.. Majlis resepsi Isma.. Teacher Ismawati. Estimated @0800, aku keluar rumah, kak ila tak jadi kut, since hidayah not feeling well, batuk and muntah2.. Cian Hidayah. First i drove to umah mak Haizan. She is my partner in crime masa form2.. macam belungkas. Husband Haizan kerja.. also happened to be my clss mate masa form3. Itu pasal la last minute Haizan kata nak ikut aku. Lepas ambik Haizan, Kami dalam kereta dah rancak bersembang.. Lama tak jumpa Haizan, since majlis kahwinnya yang dulu, 5 tahun yang lepas.. (lama kan?).. Kami sampai dekat perkarangan rumah Sue. Amy janji tunggu dekat umah Sue. Sue dah masuk kereta Tapi Amy belum sampai. Just right before aku to call Amy.. Amy dah sampai. drop off by her sister and kami drive ke Bota kanan. Dari sini, kami menyusur masuk ke federal highway, melepasi GAB, Motorola and ikut arah susur masuk ke Airport lama. Ada tol kecik kat situ.. Tol subang i guess.. Masuk and terus menyusur ke lebuhraya NKVE.. stopped kejap dekat petrol pam petronas, and terus ke lebuhraya Utara Selatan.

I thought it’s going to be a boring journey since kak ila tak jadik joint aku, instead.. kami bising, bersembang dalam kereta dari rumah sampai la ke rumah Isma dekat Bota Kanan.. Macam-macam cerita and memories.. (best)

Dari lebuhraya Utara Selatan, aku masuk dekat tol Gopeng, thought nak memandu kearah Batu Gajah.. rupanya ada highway baru dari Gopeng direct ke Parit and Lumut.. (Wahh bagusnya). kami sampai rumah isma.. dalam jam 1115.. hmm orang dah ramai bertandang.. park kereta and kami masuk.. First thing kami jumpa Isma la.. say hi and aku letak buah tangan yang sempat aku beli on Friday after work..

Kami pakat2 turun bawah nak makan..perut pun dah berkeroncong.. hmm jam pun dah 12noon.. panas.. Lucky cuaca cerah.. makanan i tell u superb.. and marvellous.. Juadah biasa dekat rumah orang kahwin is nasi minyak n nasi putih.. With daging rendang (hitam), Ayam masak merah, Gulai Pisang, Darca (vege), Pecal, ulam kacang botol and timun, ikan masin (ikan kecik2.. ikan apa aa?), sambal belacan and sambal kelapa (perak style).. AA if ada survey about all these stuff.. definitely aku bagi 4.8 over 5… sedap.. yang aku tak makan is gulai pisang and ikan masin..

Lepas makan, kami lepak kat atas, 1245. Kul 1300 isma bersanding with a very nice kebaya labuh pink kain lace.. walla.. vogue makcik nih.. Cuma kesian husband Isma.. Kena pakai color pink.. haha Haizan kata “Isma jahat pilih color untuk dia seorang..” hmm yaa i kind of agree gak. Kulit husband Isma gelap.. too dark for pink color.. (Zalim ko Is) ahaks..

After Is habis makan beradab.. barulah ada masa untuk kami bergambar.. Snap satu dua. and kami pun beredar.. bertolak dari umah Is 1500.. Berhenti solat dekat R&R tapah, borong buah jambu, bersembang sepanjang jalan and sampai kat umah kitaorg dalam kul 1830. Tugas aku menghantar kawan2 aku ke rumah dorang.. dah hantar semua aku pun sampai rumah.. Malam aku terbungkam awal jam 1030..

Hari minggu.. tiada agenda menarik.. (hmm boleh tak aku lupa ada Pc fair.. aku nak beli xternal HDD.. 😦 Lupooo). Aku and mak keluar jam 1030.. konon nak pi pasar.. (apakah dah lewat sangat).. Akhirnya aku kata.. ” Mak kita pi Tescolaa.. carik ikan..Boleh?” mak aku jenis ikut je.. Aku pun drive laa ke Tesco Shah Alam.. lepas balik dari tesco.. balik rumah. memasak.. For me aku balun entah berapa potong sushi entah.. lama giler tak makan sushi.

Petang mak ajak aku pi jogging.. tapi hujan la pulakk.. Kul 1800, aku keluar drive kete kak ila bersama hidayah.. Ambik kak ila kat tempat kerja.. Hidayah nih makin hari makin bijak aku rasa.. Baru berusia 17 bulan tapi dah boleh menyebut perkataan yang macam2. Menyanyi pun pandai.. Liriknya jelas sebutannya. Lagu favorite nya.. Burung kakak Tua.. n  Twinkle twinkle little star.. Dalam.. kereta kami nyanyi sama2..

Ambik kak ila and terus balik rumah.. Malam lepas magrib aku entah kenapa rasa mengantuk giler (ini mesti pasal sushi tengah hari tadi).. terbungkam atas katil.. aku pesan kat kak ila kejutkan aku kul 2000.. Aku nak tengok Pirates of Carribean kat Star Movies.. hmm tapi kak ila lupa nak kejutkan aku.. Aku tersedar kul 0000.. bangun solat isyak and sambung tidur lagi.. ( Ini baru betul2.. ganti tidur di hujung minggu.. ) wakakaka..  😉

Adventures?

This is Hari Raya haji. This morning i was in Kelantan, at my sister’s house, Beris Kubur Besar, Mukin Pak Pura. haha Pelik sungguh nama orang lama-lama ni kan. Even nama atuk aku sebelah mak pun pelik. 😀

A not so breezy tuesday morning in Bachok, bangun pun tak la lewat sangat, bangun solat subuh, mandi sunat aidladha and gi masjid. Masjid At-Taqwa, Mukim Pak Pura. hehe lama-lama sebut nama nih jadi sedap plak.. 🙂

Tengah2 sembahyang tiba-tiba hujan, alahai, aku plak terpikir kasut aku basah, aku immediately pujuk hati concentrate, korbankan kasut aku tuh, biaq pi dia basah pun, janji kasut aku tuh nanti masih bleh di pakai. Nasib baik Tuhan ini maha adil, kasut aku tak la sebasah mana, masih selesa di pakai, Thank U so much. Aku balik, naik kete avanza abang Ipar aku and sampai umah, memang kakak aku tak beraya sangat pun, aku pun rasa macam tuh. mm Tak rasa sangat meriahnya. Mungkin akan meriah kalau saudara mara aku kat sini. Orang yang kata meriah tuh, maybe because familymember dorang ramai kat sini. and dorang berkumpul pun dalam group yang besar-besar. kalau ada family yang besar lagi laa.. meriah. tak kisah la kat mana pun.

Well aku lepas solat hari raya, dok depan pc, godek and main game. hahaha syiok. sampai mak aku panggil untuk kemaskan beg pasal kitaorang nak bertolak ke Ipoh. Abang Ipar aku kata dekat skit kalau ikut jalan Gua Musang-Cameron-Simpang Pulai. so.. aku agreed. AKu yang tak pernah memandu ikut jalan tuh, abang ipar aku siap buat map untuk aku, mm mmg aku perasan simpang mana nak masuk masa aku datang hari tuh ke Kelantan. Pagi tuh yang datang berkunjung ke rumah kakak aku is, jiran sebelahnya, Kak Enon. Bekerja di USM jugak.

So aku keluar rumah dalam jam 1230pm, mak aku nak singgah ipoh sebab ada sedara aku yang berkahwin hujung minggu ini, so aku hantar mak and abah aku ke sana. Aku akan balik ke KL esok. Kak ila akan temankan aku kat rumah. Plus adik aku pun tengah cuti sem.  Perjalanan ke Gua Musang yang berkilometer 200 tepat, aku sampai dalam 330pm. Kami bercadang menjamak and mengqasarkan solat bila sampai di ipoh nanti so, kami hanya stop kat station minyak untuk isi minyak and wewe sahaja. Dari Gua Musang ke Cameron Highland jauh perjalanannya ialah 108km, Simpang Pulai is 138KM. so yang aku nak tuju is Simpang Pulai, bila aku dah jalan sampai ke 20 km lagi nak sampai cameron, aku rasa hanya 12 biji kereta sahaja yang aku jumpa, tak de kereta di belakang dan di depan aku. Jalan clear sangat dan berhutan tebal. di suatu simpang sebelum masuk ke jalan ke Cameron Highland, ada runtuhan tanah runtuh, memang sepanjang jalan aku risaukan tanah runtuh, nak pulak jalannya banyak yang membelah bukit dan gunung.

Runtuhan tanah runtuh itu berwarna sangat orange, iaitu warna tanah liat, habis jalan raya penuh dengan tanah liat dan selut, masa nih aku rasa cemas sangat sebab risau, takut tayar kereta aku tersekat dalam selut, but alhamdulillah , kereta aku lepas, runtuhan itu baru terjadi aku kira sebab tiada sebarang signboard yang JKR letakkan. Biasanya jalan-jalan yang mengalami keruntuhan atau kerosakan akan di beritahu. Aku jalan terus, habis kereta aku lumpur sampai ke cermin windscreen aku and body kereta. Jalan terus tuh pulak, di penuhi baru-baru tar yang masih belum elok binaan nya, dalam lebih kurang 8 kilometer aku jalan, tiba-tiba aku sampai ke penghujung(yang ada hanya lumpur yang luas berekar-ekar and selut and batu-batu and hutan tebal), aik.. tak der jalan, mujur ada manusia kat situ, (nasib baik bukan jin jahat tadi.. heheh). mamat india atau bangladesh nih tahu yang aku nak masuk simpang ke Cameron, so, he asked me to go down to the bridge, iaitu tempat betul2 berlakunya tanah runtuh tadi, aku pun patah balik, mak aku dah risau giler ngan situasi masa tuh, aku paling risau kalau mak aku risau benda macam nih, aku risau dia pening, kot pengsan ke, maklum la dia ada darah tinggi, so aku suh dia tenang, and aku pun patah balik… actually the correct road is, turun kebawah, aku tak nampak simpang tuh, sebab lumpur tadi dah membuatkan lorong kecik bawah tuh macam lurah yang dalam. Jalan yang aku lalu tadi is actually jalan yang sedang di bina, yang akan jadi main road lepas dia siap nanti.

So aku turun slow.. really slow, kang tak pasal2 plak kete aku mengelongsor ke bawah. jalan yang sempit aku jumpa, berlalang tinggi, dan sesekali berbonggol. di litupi hujan kebun, aku jumpa orang bercucuk tanam, Cuacu masa nih, makin aku naik makin berkabus, dan aku yang berpenglihatan baik nih pun tak nampak. jalan punyer jalan ada plak jalan yang tak bertarak dengan tar, kereta lain.?. tak der kereta lain hanya kereta aku, so aku ikut slow-slow, pasal takut tersilap jalan , silap2 masuk cenuram plak.

Lepas tuh jalan terus turun dan turun, aku singgah kat orang jual sayur, beli skit sesayur yang memang favourite aku, and aku memandu turun. punyerla berS and S and S.. masih berbaki lebih kurang 59km lagi untuk sampai ke Simpang Pulai. Aku pandu, yang mana aku bleh speed aku speed, kalau tak bleh aku slow, nyawa orang dalam kereta adalah tanggungjawap aku, so aku mahu dorang selamat. Sepanjang perjalanan, aku nampak air terjun kecik.. kecik.. very nice. bayangkan dekat jalan tuh ada airr terjun kecik, it is air bukit , i think . tapi aku tak boleh nak singgah sebab mengejar waktu nak solat dekat rumah kakak aku di ipoh, Pengkalan Pegoh. So aku reach down, alhamdulillah by 530pm. dalam kul 6 pm aku sampai rumah kakak aku.

heheh paling best, abang ipar aku yang kat ipoh ni. gi sental kete yang berlumpur itu. hahaha aku dah penat memandu. jauh.. dan memenatkan. kalau from KL ke KB tuh ok lagi.. but from Kb to IPOH.. via cameron.. is adventures (aku kira milliage tadi ada dalam 410km).. tapi kalau ngan mak aku, bukan adventures.. aku plak yang risau pasal mak aku. U know bila orang tua dah risau, sure dorang pikir macam-macam. sampai rumah kakak aku, aku balun lemang.. mmm walla sedap. makannn pasal.. tadi menahan lapar. kalau aku makan dalam perjalanan tadi, sure ngantuk masa driving.

hehehe kete ku dah berkilat.. walla. esok aku balik KL.. Khamis aku keje.

Happy Eid ul Adha to all.

Beraya Korban Di Kelantan

Esok pagi aku akan bertolak ke kelantan, bawak kete. Aku , mak , abah and adik aku. Aku yang akan drive. Aku plan nak kuar rumah kul 5am esok. sahih kena bangun kul 4am. Adus malam nih aku kena tidur awal. Maklum la aku tak la pernah drive jejauh sangat. Setakat sampai Kuala Terengganu tuh.. pernah la tapi masa tuh aku ada driver lain gak. Kali nih aku drive sorang. Setakat Cameron tuh ok lagi.. tak la ponek sangat. Aku siang-siang dah cakap kat kat aku, kalau aku penat sangat, sampai nangis2 nak rehat, nanti aku stop sewa je rumah rehat atau hotel kecik2 kat mana-mana.. Tapi aku rasa aku happy nak drive kesana, pasal aku suka tengok tempat orang, and kerenah orang bawak kete. Memang kadang-kadang bagi tension and bengang. but kita boleh kenal orang dengan cara dia bawak kereta je. hahahaha saper silap, sahih kena sumpahan. hahaha

Rumah kakak aku kat Beris.. Rumah yg macam berkembar dua, tapi rupanya kembar empat. hahah jarang aku tengok rumah macam nih. mm Tapi aku raya kat sana pun bukan ada sesaper, sedara pun tak der. Mungkin aku ngan family kakak round rumah kawan-kawan dia kot. Rumah family husband dia tak celebrate raya, orang cina.. mana nak celebrate raya. Abang Ipar aku sorang je yang convert. Atas kerelaan sendiri..

Well.. hopefully perjalanan aku nanti selamat.. and smooth and selamat sampai. Amin.