Empty Planning – Planning Empty.. Which one?

i just don’t want to stop, i am not stopping but am looking and observing.. unable or probably not very good at explaining things or probably its best to keep it here… Hopes that am not losing it.Wishing and praying.. I dont to lose it.. still want to keep it.  Still wanna keep it on here..Mind and Heart…

It’s been an almost empty sem break for me. I mean my blog entry.. Quite and.. I may not losing any idea to write here, it’s just that i have so many things in here, i have two to ten stories in my draft.. hmm not knowing.. when i can publish these… Too many constraint… Unable to share the voice that i’ve recorded on the previous meeting with Brother Lim Jooi Soon… and un able to embede a good link in this wordpress. hmmm kena pegi ke authorised web.. AKA popular web, then only i can paste the link.. hmm just forget about it.Rasa malas nak carik..

A kind of empty sem break because i dont go anywhere to release my stress… tried to plan a short vacation with family.. hmm nampak gaya it does not working.. Hidayah just discharged of her dwi-weeks sickness and admitted to the hospital.. and of cause, its really toughed week for me and her mother.. for more than 3 days i overnight @hospital.. kesian hidayah. Now she is catching up with her weight.. kind of lose some and just gain about few grams i think.. all because of Rota virus. Hidayah is definitely a clever girl.. she knows how to escape herself from taking medicine… “Nak tidor” she told me… and she kind of alergi to all uniforms ladies.. The nurses precisely. So every one hour you will here her little cries due to the visit by the nurses.. bukan apa just untuk di ambik suhu badan shj pun…

Got to use myskills to seduce her to eat. hmm aku la jadik “Maria tunku sabri” of my own version.. And it works. 😀

And this morning.. i was again in the hospital.. accompany kak ila, hidayah and luqman. For the third months injection mender aku tak tahu… tapi Luqman kena rescheduled to another week, sebab luqman baru first day dapat diarrhea.

Late in the afternoon, we planned to go out for a groceries shopping tapi terbantut, sebab family pak sedara and mak sedara datang berkunjung.. Magrib rumah jadik kosong sekejap, since mak and my sis when to makcik’s house nearby. tempah baju raya mungkin.. I got to rest abit and doing my things… Around 11pm family kakak aku balik and just 4 of us now.. mak, abah and fatihah already asleep…. tinggal aku laa depan notebook nih, with tv on and am typing in this empty page… and i would like to post it empty…

Need to do some reading and thinking.. preparation for Tuesday meeting.. hmm presenting my ideas and perhaps it may contribute a bit to the small organization… perhaps it may change the assumption that people always thought about call centre… hmm sayang my office notebook still on repair and am not able to acces the vpn… adoi rugi rugi..

2nd nite of Ramadan 1429

First day of puasa.. seronoknya dah masuk Ramadan.. yang tak seronoknya.. hari nih ada class. Siapa lagi kalau bukan lecturer yang paling rajin.. masa sem break, public holiday pun nak buat class. since i’m not the one yg suka ponteng class(cehh), aku melangkah ke kereta jam 0840am. Class kul 0900. aku tahu today is public holiday and biasanya orang-orang kat lembah klang nih memang tak bangun lagi.. hahaha.. Federal highway clear, perjalanan smooth dengan aku boleh memecut hampir 100 per/km. Well.. alhamdulillah, aku sampai at 0912 dekat class. Lecturer aku dok sibuk call students yang tak datang lagi.. ahaks.. Rajin betul pakcik nih..

Class habis about 12, supposedly habis at 11, dia mintak extend.. again.. rajin betul pakcik nih. Habis class.. aku ada discussion with Sue.. about our project.. yang mulanya tak menepati specifikasi. fuhh lega nasib baik makcik tanya. Malu bertanya sesat jalan.. (hmm apakahhhh) So tak mau sesat baik bertanya..

about 1240, i was on my way to SJMC.. ambik kak ila and pi carrefour Subang jaya, beli barang skit untuk berbuka.. hmm kak ila on duty hari nih, so she wasn’t able to teach me to cook brown sauce.. hmm nevermind. perhaps some other time kot. I bought chicken, instant mash potato, chicken gravy, bread crumbs and some other stuff yang mak kirim.

Ramai betul orang kat carrefour.. macam nak raya pulak.. Habis membayar, aku hantar kak ila balik ke tempat kerjanya.. aku terus balik rumah. I reached home by 1430. duk rehat jap.. 1445 solat and lepak.. since tengah puasa aku lepak2.. mata pulak rasa ngantuk.. about 1530 aku tidur sambil menikmati sejuknyer hujan petang (syiokk).. jam 1700 aku bangun.. mandi and solat asar. at 1830 aku start buat menu untuk mak and abah. Hmm a simple chicken chop.. mak request not to deep fry the chicken, instead just fry ala2 grill, with a lil bit of vegeoil.. hmm mak and abah pun batuk tak elok2 lagi. hmm kesian. Aku stim broccoli and carrot,  mixed instant mash potato, chichken gravy plus my favorite kerabu kacang botor. hmm nyummy..

Kami berbuka hanya bertiga.. mak, abah and aku. before berbuka mak call adik dekat Ipoh.. hmm.. investigate anak bongsunya makan apa and bla bla bla.. (Sedih la tuh..) hmm mak request aku buat lagi if adik and anak2 buah aku datang ke sini. Probably aku tak balik raya tahun nih.. raya kat sini je.. (hmm sure tak der mender nak buat. Mungkin menonton tv jer kot. macam tak best je bunyinyer.) lepas magrib, aku menyiapkan diri untuk solat magrib and ke surau.. Kami bertiga jalan sama-sama pi surau.. After 8 rakaat aku and mak balik rumah, because pak sedara aku yang baru bernikah nak datang bertandang umah. Tolong mak mengoreng mee, hot drinks and tetamu pun datang.. sambil sembang2 sambil belek gambar2 majlis perkahwinan pakcik aku.

Alhamdulillah. dapat satu hari berpuasa.. ala.. yang tak best esok ada class sampai 2230.. adus.. if bernasib baik class habis @2200. 😦 bulan pose nih.. class aku on from Monday to Wednesday.. hmm kesiannya esok mak and abah je yang berbuka kat rumah.. sure dorang sunyi. Aku pulak.. sure kena berbuka ala2 tapau.. hmm dah kalau keluar office pun 530.. class start at 630.. break for 30 minutes untuk berbuka and solat magrib.. pastu masuk class balik.. aarrghh first time aku sambut puase macam nih.. Harap-harap aku di berikan kekuatan dan tenaga yang mencukupi.. Paling penting tak mau ngantuk dalam class.. aaa cabaran besar sungguh..)

Nite ols..

Hectic Vs Vacation

Sekolah bermula kembali, and it same goes to my classes. Last weekend, my sister from Ipoh gather with us with her family. Ada majlis orang kahwin somewhere in cheras. Last Friday, i am still on sem break, lepas magrib aku keluar office terus balik ke rumah, anak2 buah aku dah sampai dari Ipoh, dengan tak sempat mandi and tak sempat makan, i drove to bandar Tun Razak, kak li and family nak pi ke kenduri orang kahwin esok, so aku lah tukang penunjuk jalan. Ahaks.. a.k.a. navigator, lepas pi umah, aku la tukang carik jalan kat mana letaknya dewan untuk majlis itu nanti. carik punya carik.. jumpa pun, tempat yang aku tak pernah sampai pun, kat area Bandar tasik Permaisuri. Aku sampai rumah dalam 1130. fuh tired giler. dengan sakit belakangnya.. sengal aku rasa.. esok pagi aku nak pi physio..

Thought Satruday morning kak ila ada untuk temankan aku ke SJMC… hmm she told me that she needs to attend a wedding in Gombak.. 😦 akhirnya aku sorang pegi ke SJMC for my physiotherapy 2nd session. Tak lah aku pi awal2 sangat pun, about 10am aku reached SJMC.. hmm lepas habis session.. hmm kepala aku dah plan nak ke Subang parade.. i drove to Subang Parade, park dekat parking lotnya, and i walked in. I hv hush puppies voucher rm50. Hmm memang dah lama aku teringin kasut kat Nine West tuh.. cantik giler aku tengok masa aku pi The garden.. Tapi tinggi giler.(Musim aku pakai kasukt2 tinggi nih dah berlalu) So demi menjaga my back bone for another 50 years.. (haha if only aku boleh hidup sepanjang itu).. aku memilih kasut yang tak berapa bertumit pun.. just about an inch and half aje. kalau flat sangat pun not good for my posture. Hehehe.. Aku masuk pharmacy, i bought brand’s prune juice, my Simple eyes cream, Anlene concentrated for 5 boxes and entah apa benda mengarut lagi aku beli. Thought nak beli brand’s Berry skali, tak dak plak kat pharmacy tuh.. Hmm nanti mata aku bleh la wink wink.. bersinar ala2 mutiara kat lautan.. muahahaahah..(tak hengat). Dari pharmacy aku jalan masuk ke Bodyshop, thought of buying my fav body butter product.. adik tuh pulak kata tak dak stock.. body scrub favorite either mango or papaya pun tak dak. Ee.. tak best. Aku keluar berjalan ke kedai MPH yang besar kat Subang Parade.. lama aku kat dalam.. tapi satu buku pun aku tak beli.. haha baca buku free, habis jugak laa aku baca. ahaks.. Magazine bulanan belum sampai.. hmm boring n tak best.

Sebelum balik, i enjoyed budak2 primary schools kat area subang and USJ nyanyi choir.. hmm nice and sweet sangat.. Haha teringat dulu masa sekolah nyanyi choir, nyanyi solo.. haha semua aku balun. Rasa dah penat berjalan dengan rasa sengal kat belakang aku drove balik rumah. After 5 minutes anak-anak buah aku pun sampai rumah dari rumah orang kahwin. Malas aku nak pi because ini sedara sebelah abang ipar aku. Akhirnya malas aku membawak ke hari ahad.. Ahad kawan sepejabat aku kahwin.. hmm my good friend. kawan seperjuangan pulak tuh.. dia kahwin pun aku tak pegi.. Sengal kan..? hmm badan pun rasa tak sedap, pinggang pun sengal, assignment pun kena buat.. so i need to set my priority here.. progress of report nak kena tunjuk esok.. hmm so i’m very sory inaz.. very very the sorry.

Monday was a new day for me.. aku rasa I have been rejuvenated and full of good mood to work.. (kadang-kadang aku lebih rasa selesa bekerja, datang and masuk office dari duduk rumah.. pegi bercuti tuh.. lain la kan) hari tuh doctor Anuar advised aku pi swimming.. aaa best nyer kalau dapat pi swimming kat laut biru and hijau.. hmm teringin nak pi pulau lagi.. (bila eee?)

Guess, where is this heaven located?
Guess, where is this heaven located? I've been there once, and i luv to be here again..

I am free

Hari inilah adalah hari paling happy aku rasa.. walaupun agak sakit dekat badan aku nih.. yet am happy. Awal pagi aku bangun and bersiap untuk ke hospital dekat subang jaya. hmm mak temankan aku. Terima kasih mak. i luv you. 🙂 . Kak ila pun temankan aku. Kak ila masuk lambat hari nih, semata-mata nak teman kan aku. hmm Sayang kak ila.. (hmm rasa cam nak nangis plak)..

Sampai dekat SJMC, aku park kereta, kotak parking yang paling dekat dengan tangga. Lucky huh.. Alhamdulillah. Terus aku call kak ila. Kak ila dah tunggu dekat lobby hospital. Dari lobby aku, mak and kak ila terus naik lift ke tingkat tiga, out-patient center. Kak ila tolong aku ambikkan number, duduk sekejap and terus di entertained. After 15 minutes, aku, mak and kak ila dah duduk depan bilik Dr Anuar. Hanya menunggu di panggil masuk..About 10am, kak ila turun bawah ke tempat kerjanya.. Lepas been examined by Dr Anuar, aku pi turun ke imaging dept.. hmm lucky i dont have to go thru MRI.. hanya buat lumber spine. huhu amazingly.. outcome gambar x-ray aku cantik.. huhuh tulang sihat bhai…. hmm tapi apsal aku sakit..? hmm probably terseliuh and terkehel ke apa.. i dont know.. hahaha.. Dr Nuar sent me to physiotherapy.. i need to visit this dept twice a week.. for 6 sessions.. lama jugak aku di dalam.. hampir satu jam. Kesian mak tunggu lama.. sampai dia tertidur dekat sofa…

At 1300, kak ila datang jumpa aku di rehab services dept. she took my medicine prescription.. and brought to the pharmacy.. sementara aku and mak, pergi turun ke restaurant Taj cafe yang berhampiran dengan hospital. Kesian mak. Dia dah lapar.. After lunch aku, mak and kak ila singgah kat pharmacy to collect my medicine.. At 1400 aku keluar dari hospital, di temani kak ila and mak. Thank You so much kak ila…

On my way home, aku ambik adik dekat depan Carrefour Subang Jaya. Katanya nak carik jangka lukis special for her project, to draught a house plan.. She is really an expert.. hahah boleh jadik freelancer adik aku nih.. berbakat. Apa jadi pada bungalow idaman aku yang dia lukis dulu?.. hehe adik aku tengah cuti nih.. boleh kacau dia.. Aku nak tengok bungalow angan2 aku.. ahaks. Berangan nak ada special cubicle for steam bath and to have a jacuzzi, ada bilik bacaan yang rak bukunyer tinggi, hmm mesti la kena ada tangga, ala2 macam cerita harry potter tuh.. kat kedai jual magic wand, ada pool, hmm ada tennis and squash court dlm rumah muahahah.. (ganas angan2 aku nih) (Ekin di alam fantasi.. )Kuang kuang kuang.. Whateverrrrr. akhirnya jumpa jugak alat yang fatihah nak beli.. somewhere in SS15.

Hampir jam tiga kami sampai rumah, abah sekejap2 telefon tanya update. On the way balik, berenti dekat kedai favourite abah, belikan lauk pauh favouritenya. Sampai rumah, aku rasa sengal..duduk sekejap, solat pastu aku rehat dalam bilik.. About 6 aku bersiap untuk ke class. Class Dr Harcharan on pulak masa tengah cuti sem nih.. hmm nak buat macam mana.. aku rasa rugi nak tinggalkan class. Class start @2000. Dalam class hanya ada discussion and gathering info from group members.. Dalam 2210 baru habis class and balik rumah.

And as usual, mak aku memang akan jadi penunggu setia setiap malam aku ada class. Dia akan tunggu aku sampai tertidur dekat sofa depan.. Kesian mak.. Abah pun akan duduk dekat kerusi kesukaannya, sambil tunggu aku balik. .. Kalau jam 2300 aku sampai rumah.. dorang tetap ada dekat dining room. Sama ada sambil menonton Tv and membaca paper. Tq mak and abah.. I luv both of u.. u are my heaven.. muaahss

Online gathering

Hujung minggu yang aku boleh tafsirkan sebagai paling sambil lewa… aku betul2 free and tak buat apa2. Kecederaaan mengakibatkan aku tidak boleh bergerak aktif. hmm esok appointment with doctor kat SJMC dah set. aku pun dah apply cuti awal2.. supaya tidak menyusahkan kawan-kawan dekat office. Insya allah ada masa.. habis rawatan aku.. aku akan singgah ke office. Serba salah pulak aku.. since aku yang menjadi kaki and tangan Inaz yang sedang bercuti kahwin dekat Balik Pulau, Penang. Selamat Pengantin baru Inaz. 🙂 . Wishing you all the best and cherish with happiness for your brand new life.

Petang tadi.. setelah sekian lama, tak berconference dengan kakak aku.. Kami sekeluarga berweb-cam online MY-NZ. RIndunya dekat orang sana. Muka Kakak aku bertambah bulat.. Mak kata dah macam muka aku. Muahahah. Kakak aku yang baru keguguran kandungannya yang berusia dua bulan telah di nasihatkan oleh mak.. untuk berpantang.. Hmm aku tak tahu pulak.. orang keguguran pun kena berpantang.. ihiks. Tapi kakak aku jenis.. selamba. Dulu masa kakak aku lahirkan Mikhael.. after 8 days dah keluar berjalan pegi berhari raya sekitar kota London. Walau di tegah.. hmm tak jalan gak kakak aku nih..

Rupa Misya and Mikhael.. makin lain dan makin mature pulak aku tengok.. Mikhael tak habis2 cerita pasal sekolahnya, online gamenya and perkara mengarut yang dia habiskan dengan adik. Hampir sejam kami online and webcam.. terubat rindu mak and abah. Adik aku kata Mihkael dok bercakap omputih di corong speaker… agak kelu bila nak bertutur dalam bahasa.. same goes to misya.. Misya Joe ikut slang New Zealanders. And Mikhael sound a bit jelaous, when i told him that i’m learning Mandarin.. Katanya dia dah lupa. i asked him..” Mikhael buleh kecek Kelate dok?”.. hehe he replied. ” skit skit..”

Habis conference, aku, adik and Hidayah drove to SJMC. Ambik Ibu Hidayah. Hidayah happy sangat bila aku bawak dia jalan-jalan waktu petang.. Seronok, walaupun sekajap sangat. Thought nak bawak Hidayah jalan dekat Taman Tasik Subang Jaya.. hmm kesihatan ku tak berapa mengizinkan. Probably lain kali. Mak pun terpaksa menunda tuntutan nak pi shopping skit untuk raya hari lain.. tergendala..

Hari yang Sibuk

Adoit.. liatnya nak bangun pagi.. Mellas.. It’s Monday dude… late evening sunday blues still in the air.. ahaks. Bukak mata ajer ingat keje. Auchh.. alamak hari nih aku jadi superwoman.. I am the multiplayer kat department aku. hmm Dari my old post kat level 5, ke level 4.. I feel like people trust me and suka keje aku kot.. Muahahah… masuk bakul angkat sendiri.. ada sorang bos lama aku, tanya aku and mintak opinion aku about kerja yang dah lebih setahun aku tinggalkan.. alhamdulillah nasib baik aku ingat lagi keje2 aku yang lama tuh.. hmm whatever it is.. knowledge tuh digunakan untuk project lain, project yang memang aku tak boleh nak join. Hmm due to current circumstances and current job scope. . Macam2 red tape nya.. Probably bukan rezeki aku masuk ke project tuh..

AKu kena masuk awal and on time hari nih, aku memandu keluar at 0750, terus the tempat breakfast biasa @Taj Cafe and Restaurant depan SJMC. Aku sampai dulu, after 2 minutes kak ila sampai dekat tempat duduk aku.. Am having a cup of nescafe (arrgh coffee lagi.. i’m addicted to it) with 1 idli and a vadai. Habis breakfast aku charlos pegi dulu.. kak ila masuk lambat hari nih at 1000. Aku sampai office 0833. Dari tempat duduk aku, aku ke cubicle inaz, she’s onleave for two days. Balik Penang.

Hari ini, aku kena concentrate to inaz nyer roles, while aku nyer task kena letak tepi jap, after 10am baru aku sentuh flowchart yang aku kena siapkan. Complicated betul pulak flow nih. For another project untuk company jual beli saham. This isn’t the first time.. masa mula-mula dulu kecoh gak pasal company nih and the project assigned to us.. hmm akhirnya ada lagi project from this company.. ingatkan dah tak der dah.. hm penat lah mengadap org2 kat sini.. paling kesian sure la the PM..

Working without the main character memang payah. Hmm tapi alhamdulillah everything went systematically good. During lunch hour aku keluar ke tempat lunch biasa. Memandu ke arah Subang Jaya Medical Centre. Lunch with Kak ila. Petang aku keluar office around 1900.. sampai umah 1930.. terus masuk bilik air and solat magrib. Malam takder agenda, boring.. cerita kat tv pun tak best nak bukak notebook pun malas.. hmm aku suka layan channel AFC and Travel and living Disc. Aku layan channel AFC sampai kul 0100.. paling best rancangan Chef at home. hmm chef nih nampak pembersih skit compared than Jamie Oliver nor Gordon Ramsay (yang nih nampak ganas skit.)…. dapur dia cantik giler.. the spices nyer storage ( or shud i say.. a special room for dried and wet stuff).. best giler. Anak dia pun comel cute sangat. Kalau chef Michael Smith masak.. bahan-bahan dia senang and tak banyak yang pakai liquor.. very rare

Kalau free layan la website nih.. >> http://www.asianfoodchannel.com/

Taxi in Shah Alam…

Thursday is a working day. Hari nih aku tak de class malam. pagi-pagi aku dah sms boss aku yang aku akan masuk lambat, because i want to send my car to perodua service centre @glenmarie. Tak la jauh sangat. Very near to my office, i think about 3.5 km.

Aku sampai dekat pusat service lebih kurang jam 8.40am. Tempat nih bukak pun 830am. Tunggu punyer tunggu jam 10am aku baru habis. Hmm macam-macam nak kena betulkan. Budget probably dlm Rm1500 kot. Fuhhh.. sakit perut aku. I have to leave my car here for few days.. lucky me kak ila boleh pinjamkan aku keretanya. Boleh lah aku ke class. Paling awal kereta aku akan siap on next Tuesday. Soon as aku habis urusan aku suruh la orang perodua nih call taxi. Walaupun office aku tak la jauh sangat, tapi berpeluh la aku kalau nak kendong thinkpad yang besar nih ke office. And traffic dekat kawasan sini laju2. Nak tak nak aku kena ambik taxi. No choice. nak suruh kawan2 office aku ambik, aku rasa menyusahkan orang pulak. nak suruh kak ila pun, aku takut mengganggu dia bekerja.

i’ve waited for 15 minutes, taxi tak mai lagi. Aku bertanya lagi dengan orang perodua nih, ” hmm taxi ada bagitau tak nak sampai berapa minit”? orang tuh reply..” nanti saya call lagi sekali”. Aku pun dengar la budak tuh call.. (bukan budak pun).. and she said to me ” kalau orang taxi mintak Rm10 ok tak ” huh.. dalam hati aku.. Rm10 to my office, cekik darah betul.. ” Ok la..” whatever. Aku replied. Masa tengah tunggu taxi tuh.. aku rasa aku dah nak exploded giler2 dah.. dalam hati aku kata.. kalau taxi nih tak sampai tepat 1030am. aku akan bangun and suruh budak tuh cancel that taxi.. dah la nak Rm10, pastu datang lambat. Tepat jam 1030am taxi masuk ke perkarangan pusat service. Aku say thanks to budak pompuan tuh and terus keluar. Biasalah kan.. dah masuk dalam kawasan pusat service yang sesak… orang taxi nih menggamit tangan kat aku.. so that i can walk to his taxi.. aku biarkan aje.. aku berdiri dekat tempat aku berdiri.. tunggu taxi betul2 berhenti depan aku. Ko nak Rm10 aku kan.. aku masuk taxi and releks. After 3 to 4 minutes dah sampai ke perkarangan office aku.. aku suruh orang taxi tuh masuk and berhenti betul2 depan pintu lobby office aku. Aku keluar kan Rm10, and keluar.

Pemandu tuh orang melayu, hmm cekik darah betul… geram.. aku hanya naik few kilometers je.. dari perodua kat glenmarie ke office aku dekat Menara Mesiniaga. Siapa yang tahu, sure akan kata dekat giler… tak patut betul. Aku baru teringat yang taxi dekat Shah Alam memang semua installed meter.. tapi tak pernah pakai pun.. dorang main letak harga je.. Macam mana yee dorang boleh ambik duit orang sesuka hati and charge public pastu pakai duit tuh tanpa rasa bersalah.. Bukan aku tak halalkan.. halal.. tetapi.. lepas orang merungut, mungkin sumpah seranah.. baru dorang dapat duit tuh.. itu pun selepas sakitkan hati pengguna macam aku.. Apa dorang rasa haa..

Aku tak pasti lah.. macam mana dunia pemandu taxi yang charged public macam nih.. how do they spend the money… hmm tak rasa bersalah ke.. bagi family makan duit yang macam nih.. ee pelik. Aku dulu pernah la floating kat office aku nih lepas balik dari project kat TPM, hmm rasa tak senang duduk bila 3 minggu aku tak der kerja… rasa macam makan gaji buta.. duit masuk tapi tak buat kerja.. serba salah di buatnya..

Sampai office, aku teringat yang Friday ada meeting. Dua meeting, first with engineers and satu lagi petang @1500, with Dell people. Meeting with engineers kul 8am, Friday. Arrghh aku kena siapkan presentation slides.. Aku kena siapkan report yang aku kena gali.. one by one.. aku kena compile engineers certifications and Incident report and etceteras.. Fuh banyak benda. Lucky me hari nih tak der class.

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila, kak ila ambik aku dekat office and kami makan tempat biasa. lepas lunch aku bawak kereta kak ila ke office aku. About 6pm aku keluar office, ambik kak ila and terus balik rumah. Thought nak pegi pasar malam dekat rumah aku, hmm nak beli air kelapa muda yang best.. Hmm tapi hidayah tak berapa sihat.. muka, badan and all ada bintik2 merah.. hmm campak ke nih?.. I’ve decided untuk bawak hidayah pegi ER lepas magrib.

Sampai dekat Subang Jaya Medical Center.. fuiyyoo ramai nyer orang dekat ER nih.. giler ramai.. jam baru 830pm.. Aku menunggu sambil baca newsweek… kak ila dah bawak hidayah kedalam.. kena buat blood test.. pastu tunggu lagi.. almost 1 hour result baru keluar pastu tunggu giliran lagi, because patients terlalu ramai. Dalam jam 1130pm barulah hidayah masuk consultation room. aku dukung hidayah and kak ila masuk sekali.. Doctor kata the blood test result, is ok.. cuma ada skit virus infections.. hmm virus dari apa.. itu aku tak tahu.. doctor just bagi ubat and kami balik. Sampai rumah tepat 12am.

Aku bukak thinkpad aku and on my VPN. aku kena siapkan jugak presentation slides aku.. dalam jam 3am baru aku siap and i’ve sent out the email.. Fuhh lega.. Tutup machine and change my attire ke baju yang sesuai untuk tidur.. releasedd… syiok giler dapat tidur @0300. Apa2 pun. aku kena reached office awal esok.. kalau tak merajuk boss aku. 😀