3rd, 4th and 5th days of Ramadan

Tuesday was the second day of puasa. I was not able to break my fast together with mak and abah at my lovely house. hmm.. what a heavy rained, it was so watery on the road, when i was on my way to my car. I just bought a kueh tiow goreng basah, for my buka puasa, and 2 tinned of beverages, that i bought from the Shell petrol pam. It was Pn Hamidah’s class.. class ended at 1100pm.. at the end of the class i feel that there was no more energy in me..my eyes and my voice was a bit hmm husky..and tak keluar dah when i say bye to sue…. i was the only car on the road.. along the way to Glenmarie bt 3. hmm serious tak de kereta.. tak pernah aku balik selewat ini dari class.

Bila sampai rumah aku flat giler.. tapi tak dapat tido terus.. lepak dekat sofa.. bila mata hampir tak boleh nak bukak.. aku ke bilik air, bersihkan diri, solat and terus tidur.  Wednesday was the day i had my Mandarin class. arrh next week test and listening test.. aucchh.. lepas nih kena speaking mandarin.. but i still dont have a confident to talk to my users.. adoii.. just a simple conversation tuh bleh la.. aucch.. ihiks. Lunch hour break on wednesday, boss aku ajak pi berjemaah kat masjid SS15.. hmm aku pun follow.. since last Monday, i had to refuse due to my physio’s appointment. Seronok jugak berjemaah dekat masjid tuh, hmm at least terluang skit masa untuk benda2 baik di bulan ramadan nih. Berbuka puasa with a milo and twiggies in my mandarin class with the rest of my classmates. Continued with Ho laoshi up to 8pm. Habis class solat magrib and terus balik rumah. It was totally darked, mak and abah went out to nearest surau for terawikh.. dua hari aku tak solat terawikh.

Thursday morning.. lepas subuh i’ve connected to VPN.. to access my office network dari rumah, buat report awal so that aku tak stuck dekat office lama2.. plus thursday and friday memang tak der class sepanjang ramadan nih..aaa alhamdulillah. class semua dah di ganti. Thought nak hantar assignment hmm malas nyer nak drive ke campus dalam keadaan hujan dan jamm nih. Belum tentu aku boleh berbuka kat rumah. 1730 aku cabut dari office. report untuk meeting on friday dah siap awal.. huhuh.. syiok. Kali nih boss dell dah tukar orang lain.. hmm havent had a chance to talk to her.. cam ne ye orang nyer. (lain orang lain ragamnya n lain caranya).. Sampai dekat bawah rumah, aku call mak suh turun, mak ajak pi pharmacy berdekatan untuk beli ubat yang dia terlupa nak claimed from UMMC. Wow.. jalan sesak sekitar pasar ramadan kat kawasan umah aku.. sesak. Ramai orang. tapi hati nih tak teringin nak beli.. hmm aku bab nak membeli juadah berbuka nih.. fussy.. (susah betul orang cerewet nih).. aku lebih suka masakan kat rumah.. Balik dari pharmacy, jam dah kul 1845.. mak singgah kat kedai bawah rumah untuk beli kuih sampan untuk abah. Mahal betul kuih muih sekarang… satu 40 sen.. fuh.. nasib baik aku tak berapa enjoy makan kuih-muih.. hmm melainkan yg mak buat sniri jugak yang best.

Aku naik rumah, mak mintak tolong aku buatkan ikan stim… recepi aku yang sempoi.. since nak dekat berbuka, aku singkatkan lengan baju, action.. hahah sempoi. aku pi gatal letak ikan one side and ayam one side. hmm just add, chopped onion, garlic, ginger, oyster sauce, a bit chili sauce, soya sauce, cili padi (mak suka pedas2) about 3 to 4 chopped.. broncoli, carrot and tofu telur (hmm best). A bit salt and pepper di salut ke ikan n ayam. Dah beres.. changed cloths and ready untuk berbuka. Senang giler. And i got compliment from mak.. taraaa.. muahahahah

Lepas berbuka.. ala kadar.. duduk sat 5 minutes, bersihkan diri, solat magrib and bersiap ke surau. Abah dah charlos dulu ke surau awal. aku berjalan seiringan ngan mak… Apakahh mengantuk giler masa dekat surau.. ingatkan habis solat mata aku ok.. akhirnya dalam almost 10pm.. aku dah masuk bilik and tidur sampai pagi..  aaa.. mungkin terganti tidur2 aku yang tak cukup hari tuh. syiok..

It’s friday today.. waaaa best.. hujung minggu.. have a nice weekend everybody..  😀

First night of Ramadan 1429

Salam to all.. Alhamdulillah, again we’ve in a holy month of Ramadan. Bulan penuh keberkatan.. Excited nak berpuasa on the first day of ramadan.. dalam kepala dah fikir menu apa yang nak di cuba buat.. hmm

Makan makan jugak.. i decided to cut down my carb intake.. hmm aku dah start..today my meals for lunch and dinner are sandwiches made of lettuce, broccoli, china cabbage, slice of cheese, cucumber, egg, onion and fresh red chili. Hmm alhamdulillah. Tapi menu yang aku pikir nak buat for buka puasa is.. menu favorite mak. Mak dah lama nak makan chicken chop.. hmm thought nak buat esok. Ahaks.. kalau dapat buat brown sauce sniri lagi bagus.. Cuma kena carik herbs nya..hmm kak ila kata she want to helps me.. aku bukan reti sangat masak-masak nih.. makan ok la.. ihiks. (belum dapat diploma..– ngada2 masak pun nak ada cert ke?). Itu untuk mak and abah.. for me just a simple one pun dah ok.. aku with my different taste of sandwiches.. hehe

Saturday pagi is hari aku pi pyhsiotherapy kat SJMC. this time mak and kak ila temankan aku.. hmm abah lepak kat rumah tengok tv and breakfast lepas balik dari surau.. Mak nak joint katanya nak pi tengok langsir… So pagi tuh about 0900 am kami keluar.. pegi breakfast kat McDonald’ SS15 Subang Jaya. Tempat lepak biasa yang best untuk lepak2. Mentang2 Isnin puasa.. hahaha. Lepas breakfast, kami ke SJMC… kak ila drop off aku kat area emergency and aku, mak and hidayah naik ke tingkat satu. physiotheraphy kat sini dah di gelar dengan nama Rehab services. hmm.. tak silap aku dorang letak nama baru.. dulu nama lain.. Macam biasa physiotherapist tuh lekat kan some sort like rubber pump kat belakang aku and ada urutan ala2 kerusi urut Gintell kat umah kakak aku. Rasa sengal lepas aku buat benda nih.. continued with apa benda machine aku tak tahu..  machine yang di gunakan untuk menarik my lower abdomen sambil baca magazine Newsweek yang isinya ala2 menarik untuk di baca sambil berbaring. makin lama makin berat plak benda nih.. But from day to day.. aku rasa my back is getting better. Alhamdulillah. Aku dah boleh duduk and lurus kan kaki.. and almost.. skit lagi i can touch my toe without any paint… fuhh.. lega..

Dari SJMC kami ke Carrefour Subang Jaya. hmm mula2 aku temankan kak ila buat kaca mata baru. later aku ambik kunci kereta dari kak ila and ambik abah dekat rumah. Kami nak pi makan kat bt 3 shah alam. Jam dah 1345 bila aku sampai rumah. Abah dah bersiap dengan baju putih pagoda,berkopiah, berseluar and aku pimpim abah ke kereta. Hari nak hujan. Aku drive ke Carrefour, Mak, kak ila and hidayah menunggu depan Domino Pizza and aku drove ke Batu 3. Betul2 sampai dekat kedai makan tuh.. hujan turun dengan lebat. Abah enjoy makan sup tulang.. mak, aku and kak ila enjoy makan kerabu mangga.. hmm lama dah tak makan kerabu mangga.. nyum nyumm.. Lepas makan kami drive balik ke rumah, on the way balik, singgah bank, bank in duit untuk Fatihah and terus balik rumah. Jam dah pukul 3pm. Aduss belum solat lagi. Sampai umah, salin baju masuk bilik air and solat. Mak kata petang nak keluar lagi.. nak beli bekas makanan.. untuk nasi lemak esok pagi.

Sunday morning. lepas solat subuh aku keluar dari bilik.. mak dah siap masak beberapa periuk nasi with Nasi Lemak katanya untuk di edar kepada jiran2.. Aku duduk mengadap nasi lemak yang memang i tell you sedap.. panas.. baunya ya allah godaan.. Aku sekadar menolong menyendukkan nasi and pack into lunch boxes sambil tengok perarakan merdeka parade kat TV… Mak isikan sambal, timun and telur.. Waa.. aku rasa mesti orang suka makan nasi lemak mak aku. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah (hmm form 4 and 5).. hmm masa tuh mak aku masih berniaga suka-suka jual nasi lemak.. and tugas aku hari2.. is buat sambal nasi lemak.. (waahh can u imagine.. i can made a good sambal nasi lemak.. dulu laa.. sekarang? ahaks.. entah2 sambal tuh jadik hangit..my skills all gone) apa2pun itu recepi mak.. aku hanya. ikut ajer. orang puji babe sambal tuh sedap. ahaks.. (cam tak caya je).

After zohor, actually mak ajak aku pi carrefour lagi. semalam dia lupa bawak kain sample. Aku rasa malas nak pi, kebetulan sedara aku, Ayong nak pi sana ngan mak nyer. So mak follow ayong and her mum. Mak aku and mak Ayong memang best friend.. so tak hairanlah dorang sampai rumah almost 530. Waa seronoknya mak aku pi shopping. Kadang-kadang aku yang tak larat ikut mak pi shopping.. hehhe..

Magrib, aku masuk bilik air and mandi..bersiap solat and duduk depan tv. nak tunggu announcement berpuasa. Once aired, aku sarong telekung and berjalan ke surau berdekatan. hari nih tak lah ramai sangat kat surau.. hmm esok malam sure ramai..

Can’t wait for tomorrow. Seronok nak sambut puasa dari beraya aku rasa.. seronoknya raya pun sekadar 2  atau 3 hari.. tapi puasa.. sebulan.. lebih seronok. auranya lebih terasa.. rasanya kalau keluar malam pun ala2.. syaitan semua hilang. is it.? hehe whatever it is.. hati-hati selalu u ols..

1st of Muharram

First of Muharram fall on Thursday. It’s public holiday again. i wasn’t plan to go anywhere, since my mum requested to bring to her to the wet market. hmm I’m not in a mood. Feeling so lazy especially this is my first week of my PLK classes. Penat, Exhausted. nak rehat je hari nih. Finally, my mum and kak ila went to wet market with kak ila’s husband. Aku lepak rumah main dengan Nur Hidayah. Hidayah suka main dengan aku, and she always smile at me when i called her name. Bila aku panggil dia “Cantik” definitely she will turn her face to me… Geram… kalau aku panggil dia “tembam” dia buat derk je. 😀

hmm hari nih mak masakkan aku lauk kegemaran. Aku rasa kelmarin aku ada sebut nak makan lauk asam pedas ikan tenggiri. haaa i so luv my mum.. siap demand lagi.. masak pekat2.. extra pedas pun tak pe.. ‘Ekin mengada-ngada’. 😀 sambil-sambil tuh aku tolong mak ‘mengacau’ dekat dapur. My mum very understanding.. Abah aku macam biasa. He is a cool man, gentle, very generous, diam.. tapi kalau dia dah cakap.. bebel dia lebih dari mak aku. Ahakss..

Petang lepas solat zohor aku keluar ke Fitness first, rasanya dah 2 minggu aku tak pegi.. Konon sibuk. ;D. Sampai dekat sana aku tukar selipar dengan kasut sport Adidas aku yang dah lama.. hmm teringin nak ada running shoes yang baru.. tapi kasut nih pun elok and cantik lagi. Bila la kasut nih nak rosak yekk. ? hahaha.

Sekarang nih kalau aku pegi fitness first aku akan minum favourite drink, either fruit tea or green tea.. ahhh lega sedap, and suam2. 100 Plus, aku dah tak minum, macam malas nak minum.. haha nanti tengah exercise rasa cam nak kentut plak.. muahaha.. hmm tapi tak pernah pun kentut aku terlepas muahah.. hampes ekin.. cerita apa yang ko type nih.
lama jugak la aku ber work out kat sini, dah habis session, penat and bau badan sendiri pun aku dah tak suka, aku naik atas mandi.. mandi is the best moment kalau lepas work out.. tahu2 aku keluar orang semua dah hampir takder. orang yang terdahulu mandi pun dah berjalan balik..Jam 6pm baru aku keluar dari fitness first. Alamakk hujan pulak.. lebat.. aku tak solat asar lagi.. hmm memang plan nak solat dekat rumah, alamat hujan macam nih.. kalau tak sempat aku terpaksa la singgah dekat masjid Subang jaya SS15.

Akhirnya, di sebabkan tak mau menunggu, aku redah hujan lebat bila butir air nyer dah mengecil. Bayar parking RM2.00 and charlos. Sampai rumah @620pm, pakcik and makcik aku datang rumah. Aku berlalu solat dulu pastu pekena kopi hitam berhalia..joint pakcik aku sekali.. superb kopi nih.. Tak main la halia serbuk, raw ginger yang di tumbuk lagi power. Fuuhhh…

Malam aku tak kemana, hanya lepak rumah layan internet, carik bahan untuk class aku esok. Mak, abah, fidah and adik aku plan nak balik ipoh esok. Alamak tinggallah aku sorang2. hmm tak best nyer. Fidah ada medical follow up kat Hospital ipoh, mak and abah aku temankan dia balik, because she’s not used to drive alone to Ipoh, this is her first time. lagipun kaki dia kalau sakit tengah jalan.. ada la orang tolong urut or whatever. probably adik aku bleh gantikan dia.