What was i thought and guessed is truthfully rite. I am working like hell for two weeks in a hell situation (dekat office je la.. kat umah aku happy🙂 ).. adusss.. Ya allah ayat aku.. astagfiruallahh.. memang la aku suka buat keje tuh.. u know kind of helping people… back up orang itu.. backup orang ini dapat buat and belajar benda baru.. but at last.. keje aku jugak yang tak habis.. sampai la nih aku tak hantar lagi weekly report yang tiap2 minggu aku compile and send to orang2 yang sepatutnya.. Aku tak sempat nak compile anything while i’m backing up others.. tak der masa.. nak curik masa pun tak der. hari jumaat aku balik kul 2130 jugak.. (sedihnya.. adakah aku akan berterusan macam nih..?)

Hari Sabtu, hari untuk riadah aku.. Last sunday aku tak dapat nak try racket baru and kasut tennis baru aku.. gara-gara hujan petang tuh.. akhirnya aku and adik pi singgah masuk Giant Kelana jaya.. hd our simple dinner and head to my sister’s house at Kelana Jaya. Hmm lepak sana layan anak2 buah aku ( Amin, Aiman, Adam and Atikaq) lepas magrib kami balik rumah. Kebetulan sampai rumah mak and abah pun sampai dari ipoh.. dengan segala lauk pauh dari kenduri berkhatan kat kampung dan cerita-cerita menarik dari kampung especially anak2 buah aku.. (Ayong Nadia, Angah Aida, kak chik and A’a). malam tuh aku dengan mak sembang sampai jam 0100.. abah tak berapa sihat.. asthma and batuk2 kuat..

Masa dekat kampung abang ipar aku bawak abah ke Hospital Batu Gajah.. terus ke ICU dan di beri bantuan pernafasan… hmm aku dah pesan dekat mak.. bawak machine nebulizer tuh… tapi mak terlupa.. memang dah jadi kebiasaan kalau aku balik kampung.. atau kemana-mana dengan abah.. aku akan ingatkan untuk bawa nebulizer yang ada kat umah.. bukan apa.. just in case of emergency.. because abah aku kalau travel jauh.. cuaca lain skit.. sure dia akan batuk2… and membawa kepada lelah and sesak nafas.. tak senang duduk aku dekat office bila mak kata abah di bawak ke hospital… aku call for update… sampai mak and abah balik semula ke sini.. ikutkan hati aku nak balik je kampung hari selasa lepas (untuk bawak orang tua aku balik ke sini) … aku risau…

Saturday morning.. bangun, solat mandi and breakfast skit.. dalam jam 0830 aku keluar rumah.. aku kendong bag and racket.. Aku drive ke Kompleks sukan, Kelana Jaya. Bersebelahan MAS academy. Kat sini ada tennis wall. Aku nak try racket and kasut baru nih.. Aku sampai je… aku tengok ramai gak orang kat gelanggang.. tapi kat gelanggang tengah. Aku terus berjalan sampai kehujung kompleks.. Ada tennis wall yang bersih dan terjaga.. Betul2 sebelah masjid.. dekat dengan rumah imam and umah bilal kot.. ( well sapa lagi yang dok dalam kawasan masjid kan )

Haaaa puas aku main.. best.. ada bunyi pop. pop kat racket aku.. tak la aku pandai main sangat.. tapi aku puas hati dengan racket nih.. cuma aku nak tukar grip dia.. racket color merah kilat giler… cantik babe.. kasut pun sedap pakai.. color purple.. (ee girlish giler color dia.. tapi aku memang suka color purple..) size 6 1/2 (UK). Tengah sedap main.. tiba2 ada dua ekor monyet ekor panjang berjalan atas pagar yang betul2 dekat tennis wall.. well… aku cuak giler..  dalam cuak2 pun aku pukul bola gak.. tried to ignore them as best as i can.. yang seekor nih besar, seekor lagi kecik skit…  berjalan ala2 macho red butt monkey.. (dlm hati aku kata.. haii la monyett apa ko buat kat sini.. nak main tennis kee.. ?) racket aku at ready.. ee gerun. (maklum laa orang tak pernah jumpa monkey live.. liar macam nih.. dekat zoo aku pernah la jumpa) kalau lahh si monyet nih attack aku. dah laa pagar court aku tuh tertutup.. memang aku sorang je dalam court tuh.. aku risau kalau2 si monyet nih pi keja bola hijau cerah milik aku.. aarrrghhh tolongg.. Dah sampai dekat hujung pagar court aku.. monyet nih turun kebawah..  Ya allah nasib baik dia turun kebawah luar dari court aku.. pintu pagar court aku tutup bhaii.. where else i can run.. ? fuhhh.. dah la dorang turun pastu dekat dengan pintu masuk court aku. arrghh tak bleh jadikk.. tak pasal monyet nih kena bantai ngan aku.. i always had my racket at ready.. jangan ko jadik bola tennis aku sudahh.. monyet dua ekor nih carik makanan.. lucky dalam bag aku tak der makanan.. all i hv is my mineral water and face towel… dua ekor monyet tuh masuk kawasan masjid.. pastu ada orang kat masjid nih keja and halau.. fuhh for 5 minutes.. permainan aku terganggu.. siot je monyet2 tuh… Lepas tuh aku main sampai jam 1030.. panas terik pulak aku rasa.. dengan peluh yang dah basah baju and muka.. Aku main direct 1 hour and 30 minutes.. no lepak just berenti untuk teguk air aje..  syiokkk..

Sunday morning… aku keluar breakfast dengan kak ila.. lepas breakfast aku tak jadi pulak pi fitness first.. (gatal.. barang semua aku dah pack..) entah apa pasal rasa malas pulak.. Aku ajak mak keluar jalan-jalan dekat carrefour Subang jaya.. hmm rupanya dalam diam mak aku dah tempah langir untuk raya.. Mak tak bagitau aku pun.. hmm dia sengaja nak nyorok and tak mau bagitau aku.. sebab biasanya mak aku discuss ngan aku.. tapi sebab tahap cerewet and complaint aku tinggi sangat.. dia buat diam2.. (ee tak patut..)

Esok.. is another day… and yes aku kena backup orang lagi.. meeting aku dengan rahimah (manager ku yang supportive – bukan nak kipass haaa) about discussion pasal one project(jual beli saham .. aku rasa sure rahimah lupa..).. belum di finalize lagi.. aduss.. lama2 hilang apa benda yang aku nak citer and highlight. Pasal keje back up orang nih pun.. nak kena hihglight gak.. Aku pun pelik apsal ramai nar yang berenti.. (tapi ok  gak.. because yang berenti tuh.. yang bermasalah sebenarnya… ihiks.. ) so.. have a great future guys.. aku dah bagitau rahimah next time tak payah laa ambik balik orang-orang yang pernah berenti nih. unless if they have good track records.. Ponek yo yang dapekk.. hahahah