Ramadan 1430H

Ramadan, nak masuk Shawal dah.. kejap je rasanya. Cepatnya masa berlalu..

Rasa macam puas pulak cuti panjang 3 hari untuk 2 minggu berturut-turut. Walaupun tak pi mana2, tapi Alhamdulillah. Ramadan kali nih skit berbeza. Tak macam tahun-tahun lain. Paling jelas, aku tak dapat buat terawikh pun(this could be yr last ramadan Ekin!!), instead, siang hari and sebelum subuh ada banyak masa luangkan untuk ibadah. (konon).. 🙂

Setiap hari Monday to Thrusday ada tazkirah sebelum waktu zuhur dekat Audi level 1,.. alhamdulillah dapat la curik masa and learn something. I feel lucky, and ada masa untuk dhuha sekali..

Dekat rumah nih, untuk buat kuih raya, sorry la.. hmm nak harap aku buat haram laa.. biasanya beli kuih kat makcik aku je. Spirit buat kuih tak dak laa.. kakak2 aku yang rajin buat kuih pun, yang mana ada anak2 kecik yang nak makan. Biasanya bebudak kecik yang excited nak buat kuih nih.. 🙂

Pagi tadi mak and adik aku dok arrange perabot dalam umah.. walaupun aku kurang setuju, biasanya kat umah nih mak aku yang bleh decide pun.. betullah tuh.. aku dok umah nih pun hanya tidur and rehat. Selebih masanya kat tempat kerja dan class, masa kat umah pun hujung minggu je. Aku baru lepas gubah bunga.. hmm tak la mahir pun main cucuk2 je.. satu vase lagi kuntum bunganya tak cukup pulak.. in mak aku nyer favourite.. suka tukar bunga… and aku tolong cucuk2 ajer.. hmm apa la rupanya.. biar la kan.. apa pun janji mak aku suka. ahaks.. 🙂

ok? hahaha main suka2 jee
ok? hahaha main suka2 jee

3rd, 4th and 5th days of Ramadan

Tuesday was the second day of puasa. I was not able to break my fast together with mak and abah at my lovely house. hmm.. what a heavy rained, it was so watery on the road, when i was on my way to my car. I just bought a kueh tiow goreng basah, for my buka puasa, and 2 tinned of beverages, that i bought from the Shell petrol pam. It was Pn Hamidah’s class.. class ended at 1100pm.. at the end of the class i feel that there was no more energy in me..my eyes and my voice was a bit hmm husky..and tak keluar dah when i say bye to sue…. i was the only car on the road.. along the way to Glenmarie bt 3. hmm serious tak de kereta.. tak pernah aku balik selewat ini dari class.

Bila sampai rumah aku flat giler.. tapi tak dapat tido terus.. lepak dekat sofa.. bila mata hampir tak boleh nak bukak.. aku ke bilik air, bersihkan diri, solat and terus tidur.  Wednesday was the day i had my Mandarin class. arrh next week test and listening test.. aucchh.. lepas nih kena speaking mandarin.. but i still dont have a confident to talk to my users.. adoii.. just a simple conversation tuh bleh la.. aucch.. ihiks. Lunch hour break on wednesday, boss aku ajak pi berjemaah kat masjid SS15.. hmm aku pun follow.. since last Monday, i had to refuse due to my physio’s appointment. Seronok jugak berjemaah dekat masjid tuh, hmm at least terluang skit masa untuk benda2 baik di bulan ramadan nih. Berbuka puasa with a milo and twiggies in my mandarin class with the rest of my classmates. Continued with Ho laoshi up to 8pm. Habis class solat magrib and terus balik rumah. It was totally darked, mak and abah went out to nearest surau for terawikh.. dua hari aku tak solat terawikh.

Thursday morning.. lepas subuh i’ve connected to VPN.. to access my office network dari rumah, buat report awal so that aku tak stuck dekat office lama2.. plus thursday and friday memang tak der class sepanjang ramadan nih..aaa alhamdulillah. class semua dah di ganti. Thought nak hantar assignment hmm malas nyer nak drive ke campus dalam keadaan hujan dan jamm nih. Belum tentu aku boleh berbuka kat rumah. 1730 aku cabut dari office. report untuk meeting on friday dah siap awal.. huhuh.. syiok. Kali nih boss dell dah tukar orang lain.. hmm havent had a chance to talk to her.. cam ne ye orang nyer. (lain orang lain ragamnya n lain caranya).. Sampai dekat bawah rumah, aku call mak suh turun, mak ajak pi pharmacy berdekatan untuk beli ubat yang dia terlupa nak claimed from UMMC. Wow.. jalan sesak sekitar pasar ramadan kat kawasan umah aku.. sesak. Ramai orang. tapi hati nih tak teringin nak beli.. hmm aku bab nak membeli juadah berbuka nih.. fussy.. (susah betul orang cerewet nih).. aku lebih suka masakan kat rumah.. Balik dari pharmacy, jam dah kul 1845.. mak singgah kat kedai bawah rumah untuk beli kuih sampan untuk abah. Mahal betul kuih muih sekarang… satu 40 sen.. fuh.. nasib baik aku tak berapa enjoy makan kuih-muih.. hmm melainkan yg mak buat sniri jugak yang best.

Aku naik rumah, mak mintak tolong aku buatkan ikan stim… recepi aku yang sempoi.. since nak dekat berbuka, aku singkatkan lengan baju, action.. hahah sempoi. aku pi gatal letak ikan one side and ayam one side. hmm just add, chopped onion, garlic, ginger, oyster sauce, a bit chili sauce, soya sauce, cili padi (mak suka pedas2) about 3 to 4 chopped.. broncoli, carrot and tofu telur (hmm best). A bit salt and pepper di salut ke ikan n ayam. Dah beres.. changed cloths and ready untuk berbuka. Senang giler. And i got compliment from mak.. taraaa.. muahahahah

Lepas berbuka.. ala kadar.. duduk sat 5 minutes, bersihkan diri, solat magrib and bersiap ke surau. Abah dah charlos dulu ke surau awal. aku berjalan seiringan ngan mak… Apakahh mengantuk giler masa dekat surau.. ingatkan habis solat mata aku ok.. akhirnya dalam almost 10pm.. aku dah masuk bilik and tidur sampai pagi..  aaa.. mungkin terganti tidur2 aku yang tak cukup hari tuh. syiok..

It’s friday today.. waaaa best.. hujung minggu.. have a nice weekend everybody..  😀

Welcome, 1 Rejab 1429

Hurey… esok Friday.. hmm best kalau dapat pi TGI Friday kat subang parade.. bleh layan makan salad. (hmm i so miss the salads..)

Hari nih selamba aku balik awal.. kul 1708 aku dah charlos.. hm takder hati nak stay lebih lama. Keje aku pun nampak gaya beres. Since guard house pun dah call to remove car, aku terus turun, drove to Petaling Jaya Community Library.. Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam.. If minggu depan aku hantar.. aku dah start class malam. Jadual masih samar2, tapi yang pasti, class aku hanya untuk 4 malam sahaja.. at least ada satu malam aku free. Unlike sem1.. hari2 ada class. Sungguh mencabar. Dengan keadaan cuaca yang panas sejuk.. hujan lebat lewat petang.. semua itu dugaan.

Dari Office aku ke Pj, tak lah jauh sangat, melalui jalan Lebuhraya persekutuan yang masih clear dan tidak sesak.. About 15 minutes aku sampai. Dekat kaunter, aku jumpa kawan lama. She worked here for the past 3 years tak silap aku. Hmm tapi yang sedih nyer sampai la nih aku tak ingat nama dia…(oo.. so sorry) Tapi kawan aku tuh ingat nama aku.. (mulut aku pulak macam kelu nak tanya..” nama awak apa yek?”) bengong ko ekin.. Lepas pulangkan buku aku pi ladies.. Pastu aku singgah dekat kaunter lagi.. Aku bagi kawan aku kad aku.. with my hp#. hoping that she will email me and later i will save her name and address into my address book. (So that i can memories her name).. If only she email me… otherwise persahabatan itu akan jadi on and off. Habis urusan dekat library aku terus keluar.. tak mau meminjam dari library ini buat masa ini.. because aku dah nak start class.. probably aku boleh meminjam dari library campus.

Sampai rumah dalam jam 6pm. Sesekali sampai awal dekat rumah best jugak, cuaca pun cantik. Solat asar and layan adik and mak yang tengah sibuk kemas barang untuk di bawa ke Ipoh esok. Aku akan balik Ipoh esok, hantar adik aku kesana, to continue her study @ Poly Ungku Omar. Lepas nih hanya Mak, abah and aku sahajalah dalam rumah nih..

Esok satu Rejab.. hmm kami satu rumah pakat2 nak berpuasa.. Adik aku dah start berpuasa tadi.. Ha esok aku half day.. Yahoo..

Buka puasa @Singgahsana – 2007

Hampir 5 hari lagi untuk Aidilfitri. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat.. Rasa tak puas nak menjalani dan tetap ‘tinggal’ dalam bulan ramadan. Bulan yang penuh berkat.

Rasanya dalam kepala aku ada banyak perkara yang aku hajatkan, tapi banyak yang tak mungkin direalisasikan buat ramadan tahun ini. Hopefully umur aku dipanjangkan ke ramadan yang akan datang. Tuhan sahaja yang tahu.

Last week, first time aku ke pasar ramadan yang glamour dekat kawasan rumah aku. Balik dari office aku and kak ila stop di pasar ramadan itu. Juadah yang paling menarik sekali is Murtabak. Sedap.. aku rasa tak der tempat lain yang lebih sedap dari ini.

Hampir setiap minggu, keluarga kakak aku akan berbuka dekat rumah. kakak aku tengah pregnant anak ke-4, asyik mabuk and demam2, tak macam sebelum ini.. Mak aku kata mungkin anak perempuan kot, because sebelum ini, kakak aku steady ajer bila pregnant. Anyway anak2 dia semua nyer lelaki. Nakal.. and active.

Last Saturday, my friends and me went for buka puasa dekat Hotel Singgahsana, PJ. Nusantara and Middle east cuisine. Menarik. Disamping ada performance from Rabbani. Aku memandu kereta seorang diri ke Singgahsana Hotel, PJ. Dekat je pun dengan rumah aku, 15 minutes dah sampai. Aku sampai kereta nak masuk hotel punyalah panjang. AKhirnya aku menyelit antara ruang yang ada. memang cukup2 untuk kereta kancil aku. Aku pegi ke pintu utama, sherry and her husband dah sampai. Di belakang aku, Ismawati pun baru sampai. Hanya menunggu Abai, rizuan and adik abai. Kami semua satu sekolah, lain-lain class, tapi kami semua kenalan rapat sejak dari form 1. Doranglah antara kawan-kawan terawal yang aku kenal masa aku di sekolah menengah. Maklumlaa.. sekolah dekat kawasan rumah aku, tapi di sebabkan aku dari sekolah sekitar PJ, Assunta 2, so aku tak berapa kenal orang, pegi sekolah pun sorang-sorang, tambahan lagi aku tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, janggal betul masa tuh aku rasakan.. Alhamdulillah masa tu lah aku kenal Sherry. Sherry jenis yang kenal ramai orang, jenis yang suka berkawan, so aku yang seorang ini, ikut la si sherry yang banyak kawan ini. Secara tak langsung aku pun mulalah buat kawan dengan kawan2 baru dekat sekolah baru. Kalau aku tak jumpa sherry, tak tahu lah aku macam mana..

Aku, Sherry and husband, and Is masuk dulu, di tengah-tengah kaunter untuk membayar, abai, rizuan and adik abai muncul. Riuh sekejap tempat kami berdiri. Buffet di Hotel SinggahSana hanya RM53 nett. Mulanya kami plan nak berbuka di Shah’s village hotel, tapi abai kata food tak sedap. So kami tukar venue. Ingatkan ramailah yang nak joint, rupa-rupanya muka2 yang sporting ini jugak yang pegi. Orang punyer lah ramai.. tapi food tak mengecewakan.. food pun bagus.. ada kambing golek lagi.. sedap.. waktu nak berbuka, azan magrib di laungkan penyanyi utama Rabbani, Ust Asri.. sedap giler suara dia.. rasa betul2 dekat dengan masjid, tapi aku and kawan2 aku semuanya bergerak mengambil makanan, sebab atas meja kami masih kosong..

Entah berapa kali aku bangun, aku pun tak tahu, abai dengan berpinggan-pinggan kuih muih nyer, aku dengan roast lamb, sherry dengan pelbagai juadah yang dia nak cuba. kami duduk and makan sampai jam 9 lebih.. Lepas makan, bersembang, kami bergerak keluar dari hotel, tapi memandangkan kereta diluar masih lagi beratur untuk keluar dari hotel, kami masuk balik ke dalam hotel, duduk at nearest table and bersembang lagi. Jam 10pm, kami keluar and terus ke kereta masing-masing. Aku terus masuk kereta and memandu balik rumah. Sampai rumah aku salin baju and keluar untuk bermalam dekat rumah kak ila. Kak ila keseorangan dekat rumah, since dia dah ada baby kecil, so turn aku la pulak tidur dekat rumah dia.

Ramadan 7, 1428H

Nak masuk hari ke Tujuh puasa.. Alhamdulillah sampai hari ini, puasa, terawikh and membaca quran menjadi jadual aku.. Tidur as well..

Kebiasaannya aku bangun jam 5 or kalau malas 5.15 or 5.25am. Muahahah.. bangun bersahur sekadar, makan dua keping roti and plain Milo satu cawan. Lepas makan, minum air putih 2 or tiga mug. Masuk bilik air, gosok gigi, ambil wuduk and ready untuk solat Subuh. Habis solat aku recite few pages of quran, jam 630am aku tidur. Jam 7.30 or 8.00am aku bangun. Masuk bilik air, mandi and bersiap ke tempat kerja. Biasanya aku sampai office jam 8.35 or 8.40am.

Masuk office buat keje tanpa henti, keje makin banyak… tadi pun aku lupa yang aku ada training kul 2pm. Training to use new system. Untuk project dengan company gah nih laa.. Jam 6pm aku keluar office. Balik sama-sama dengan kak ila. At this moment, anak kak ila, Nur Hidayah, mak aku yang jaga, orang tua aku kesian dengan kak ila because tak der orang yang nak jaga anak dia. Moreover bulan puasa, takut orang not well prepared untuk jaga baby. After raya, kak ila akan hantar dekat rumah orang yang sebaris dengan rumah aku.. Mak aku nak tolong jaga sebulan aje..

Aku sampai rumah jam 6.40pm. memang dah tak boleh nak masak pun apa2 menu yang aku suka.. So aku makanlah apa sahaja yang mak masak.. My sister bought Mertabak/murtabak, keropok lekor, Yong Tau Foo.. Aku makan nasi dengan sayur campur, kerabu and merasa skit-skit makanan yang lain. Habis berbuka, solat magrib, continue baca quran and terus turun ke surau dekat rumah. Habis solat biasanya jam 930pm. Terus lepak rumah sampai tengah malam. Dah mengantuk aku tidorlah..

Macam tulah routine aku bulan pose nih… hopefully penuhlah puasa aku tahun ini.. hehe. macam ada peluang.. Bestnya kalau dapat puasa penuh…

Changed..

Kerja yang banyak belum surut-surut lagi, makin sibuk, dan makin sibuk. Hari ini aku pindah ke cubicle masyi (belakang aku je). Pasal masyi are no longer registrar, so aku yang masih di sini, setia di sini, setia menanti, hanya bertukar angin, tukar tempat, untuk tujuan mengurangkan stress and timbulkan suasan baru dalam kerja aku. Pagi-pagi lagi aku dah tolak drawer and remove my 2 CPU to new place.  Akhirnyer dapat aku duduk belakang skit, tak lah di ganggu orang yang lalu lalang.

I changed a bit the monitor arrangement, so that i can browse anything whenever i want, hehehe , kiding. At least privacy skit kat belakang nih. OK, i felt comfortable here, not bad. ada satu lagi benda yang aku kena buat, i have to train new registrar, adusss… payah. Faris is the new registrar, his married with 4 children age 42 and his cool. Willing to learn and help our team. Aku memang dah tak menang tangan dengan request UserTransfer nih, penat, jenuh rasa nak muntah buat benda nih. Day by day, i’ve been thinking , about how to speed my work routine. Memang aku dah dapat realized the new steps to speed up my work, tapi bila sampai tahap nak muntah tuh faham-faham sajelah.

Aku teringin nak join Notes Admin. Memang dah lama. Cuma aku tak cakap or request kat boss aku yang aku nak join, Shud i ask him or not. Bukan ke tugas bos untuk kenal pasti  those orang-orang yang gifted untuk buat satu-satu keje. aku rasa, aku macam tuh. Able to cope this and that, ceewahh.  Tapi memang aku teringin nak join, pastu aku plan nak ambik CLP (certified Lotus Professional) skali, to make my self qualified and certified.

Tapi apa kan daya, masa ku tak cukup, aku rasa 24 jam sehari tidak memadai untuk aku. Kerja-kerja yang aku buat sumernya memakan masa hampir 30jam sehari, itu pasal la aku tidur malam pun lewat, pasal bila dah balik lewat, aku rasa malam masih muda bila aku baru sampai rumah. Dan mata aku memang susah nak lelap awal malam. Paling awal pukul 12tgh malam , itu pun aku paksa tidur. Kalau tak sure aku tak productive esok harinya.

Well semalam aku sampai rumah awal jugak, 7.05pm, buka pintu rumah sumer orang dah duduk menghadap makanan, tinggal aku terkontang kanting, letak beg, bukak tudung, basuh tangan and baru duduk makan. Dalam perjalanan dari parking kereta dekat rumah aku ke pintu rumah, tak der seorang manusia pun yang berjalan di koridor, masing-masing dah menghadap makanan bersama keluarga tersayang dan orang teristimewa. Aku ingat, hanya bau-bauan makanan yang semerbak keluar dari celah-celah tingkap rumah masing-masing. Dalam hati aku rasa, waaa seronok nyer dorang dapat berbuka on time.. walaupun aku terlewat 5 minit. Tapi pada aku, masa itu so precious. tiada tukar ganti.

Works works works..

Senyap sunyi, hening, sejuk, ketaq kepala lutut, tiada bunyi azan, ooo berbuka pukul 7.00pm, aku refer to the intranet page kat office aku.. Aku terpaksa berbuka dalam office, sorang-sorang, sedangkan orang lain syok-syok balik awal, makan bersama keluarga. Image mm tak bestnya. Aku hanya menyungah kekacang yang baru di bawa balik dari Mekkah, yang di beri Kak Nad, dia yang baru balik Umrah, no drink, pasal aku malas nak capai mug yang dah kusimpan dalam drawer due to fasting month. Makan kekacang dan kismis plus kurma, aku berjalan menuju ke bilik sembahyang yang kelam tak berlampu. Macam nilah suasana berbuka di tingkat 59 tower 1, walaupun tinggi namun tidak lah sehebat KL tower, ada restoran berpusing lagi.. arrgghh tension betul berbuka kat sini. Orang kata berbuka kat sana best. Tapi aku tak pernah lagi makan kat situ. Kawan aku pernah gi ngan “boyfriend” dia.. mm tapi sayang sekarang dia dah putus ngan “boyfriend” dia. Becoz, that guy gatal dengan pompuan lain.. isk isk kesian betul jadi perempuan.

Lepas sembahyang ajer aku terus sambung keje skit and pack barang untuk balik rumah. Terbayangkan jantung pisang rebus yang mak aku masak untuk berbuka malam ni. uikkk sedap nya makan dengan sambal belacan.. waaa walla. Kalau boleh nak terbang balik cepat-cepat.

Aku sampai rumah jam 8.30pm, mak ngan abah tak der, dorang pegi masjid, so aku masuk rumah, terus dengan pelahapnya makan, sup sayur aku (timun siam), jangtung pisang rebus dengan sambal belacan and seketul ayam goreng. No nasi. hehehe. sambil tengok VCD CT @RAH lagi. Ahaks…

Semalam aku tidur awal skit, lepas mandi buat exercise skit and sit-up pastu tidur, pasal tak mau ngantuk esoknya, kerja pun berlambak lagi. mintak-mintak hari nih aku boleh balik awal. amin.