First Syawal 1429H.

First Syawal, 1429H.

Seawal sebelum fajar menyinsing, aku dah bangun.. Solat subuh and mandi sunat aidilfitri and bersiap untuk ke masjid. Abah and bro-in-law, pi ke nearest surau dekat rumah. While mak, adik and me bersiap ke masjid dekat kawasan rumah. Well, i need to drive my car to the masjid. Solat sunat Aidilfitri lebih kurang 830am or a bit later than that.. Aku tak tengok jam. Lepas mandi sibuk keringkan rambut dengan hair dryer and grab telekung terus ke masjid. Lucky me.. baju raya yang aku beli siap tak perlu nak mengosok banyak.. Sonang kojo den. :). kak li and anak-anaknya bersiap dekat rumah and hidangkan makanan after solat aidilfitri.

Solat sunat dua rakaat, dengan takbir di setiap rakaat sebanyak 7 dan 5 kali ini.. hanya 2 kali setahun je dalam calendar Islam.. Hmm rebut la peluang selagi ada ruang untuk solat dua nih.. kalau mati esok2.. hmm memang lah dah tak dapat merasa lagi.. Di ikuti dengan 2 khutbah after solat. habis solat i drove home and we all gathered dekat rumah. Aku sampai dulu dari abah and abang ipar yang hanya bersolat dekat surau berdekatan. Habis sessi solat, kami breakfast and makan pagi sama2. sessi mintak maaf and sessi bagi duit raya. Actually trend mintak maaf masa raya nih.. aku probably dah biasa.. hmm atau mungkin sebab aku.. aku senang nak mintak maaf kot.. or aku selalu buat silap dengan mak and abah.. hmmm (sniri mau ingat la ekin).

kenangan raya.. bersama kak sila and family. Miss them so much..
kenangan raya.. bersama kak sila and family. Miss them so much..

Jam 1030, received phone call dari jiran yang juga sedara aku. Pi la visit and beraya kat umah dorang.. Hampir ke noon, kami bertolak ke rumah makcik dekat Bdr Tun Razak. Nenek sedara paksu and mak sedara semua dekat sana, since my second cousin baru delivered new baby.. so makcik aku pun tak balik kampung. Hmm rumah makcik aku yang sememangnya bukan rumah kampung, just rumah teres kat bandar.. hmm raya cam gitu-gitu je.. I really miss kuih chang.. Kawan-kawan kat office aku seakan mengejek aku yang tak dak kampung (sodih den).. hmm terbayang aku gambar2 kampung dalam imaginasi aku (berangan lagi!!).. rumah kampung tengah bendang, ada sungai.. hmm plus daun pokok kelapa yang melambai and beralun di tiup angin dan menyapu tetingkap rumah.. it reminds me of Ecah punyer kampung. Hmm somewhere in manong kuala kangsar.. I went there for a short vacation during my sem break..hmm best ada sungai jernih (anak sungai i guess) kat belakang rumah.. best.. aku siap mandi lagi.. selamba giler aku kat kampung orang.. kat rumah orang.. Aku dah tak pedulik la orang nak kata apa.. asalkan aku happy.. Hmm masa tuh arwah bapak ecah pun masih ada.. bapak ecah kelakar.. mak ecah pun baik. Seronok bila betul2 ada kat kampung.. Ecah bawak aku ronda naik motor round kampung.. best (aku bukan reti bawak motor pun. Berbahagia la korang yang ada kampung yg betul2 kampung). kampung abah aku kat ipoh tuh pun.. hmm haram laa rupa kampung.. just about less than a kilometer.. udah ada tesco baru bukak kat kampung ipoh aku.. (kampung ka  tuh?)

Habis beraya dekat rumah makcik kat Tmn Jaya, Cheras kami balik umah.. lepak rumah. hmm menonton tv pun.. tak berapa nak enjoy.. lebih enjoy sembang2 and makan kuih raya..

Salam Aidilfitri…

Hi all.. esok raya korang.. Aku masih deka office.. kerja berlambak.. hmm tapi belum headache..

This morning i received an email from my sister from NZ.. email about her raya plan kat NZ and duit raya untuk orang2 di sini.. Rajin kakak aku kirim duit raya.. kebiasaannya macam tuh lahh.. tapi aku ingatkan tahun ni tidak ada.. because she told me that she needs to fly to New Orleans somewhere in Mac on her own.. to attend a conference and untuk buat her final presentaiton for her PHd.  Probably she needs the money more than us here. Aku suh dia simpan duit and saving skit.. since the University hanya sponsor separuh dari tambang ticket. And she replied to me “ala rezeki byk kena la share, simpan byk sgt pun buat apa, kang kalau mati, tak sempat rasa, baik belanja sekarang” I wish u all the best sis.. We really miss you alot..  sob sob..

Just wanna share some of our best moment masa raya2 lepas..

Hmm gambar raya on 2005, kat rumah pak Ngah somewhere in Lendu, Melaka. Ini baju raya sessi petang. haha setelah penat berjalan raya dari hulu ke hilir kampung di UK, ulu Kelemak, Alor gajah. From left : A’a (farah), Aiman dengan muka chicken pox, Mikhael and Misya.

This is raya 2006, Dekat rumah kak Li, RPT pengkalan Pegoh, Ipoh. Tengok muka a’a (two from left) yang membengkak, sebab dia baru di diagnos with a failure on her kidney.. alhamdulillah she is getting ok now.. makan kena monitor. From left: Abd Chik (Adam), A’a (farah), Misha and Kak chik(A’in)

Raya 2006: Dekat rumah one of my mak sedara.. Allah pinky sungguh rumah ini.. Rumah ini penuh dengan hiasan bunga melampau aku rasa.. hmm aku rimas skit.. tengok dalam gambar nih.. berapa banyak gubahan bunga? Hahah.. Picture : Abah (berkopiah putih) meeting his brother, lain mak sama bapak. Abdul Majid Khan, nasib baik nama abah aku tak dak Khan.. kalau tak nama aku mesti Norasikin Bibi. hahaha. The woman in this this photo, kak Maimuda, pernah aku cerita dalam blog aku, Koma for one month kerana dengue. Alhamdulillah she is now fully recovered.

Ini raya 2007, dekat rumah MakLong Zainab in Bercham, Ipoh Utara. Kami sekeluarga memang suka jalan pi rumah orang.. hahah.. Pic: Along Amin dengan size normal with A’a (farah). A’a dah kurang tembam. I called her chubby dia marah. hahaha.. Along Amin sekarang lagi bertambah sihat, aku risau tengok cara dia makan.. tak hengat dunia.. jahat auntie nih. asyik nak control dia makan je.. hahaha

Hmm i’m looking forward for tomorrow. Raya dekat rumah sini.. Kakak aku akan sampai hari ini.. Ramai2 lah kita penuhkan rumah yang kecik tuh.. Salam all..  🙂

Buka puasa @Singgahsana – 2007

Hampir 5 hari lagi untuk Aidilfitri. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat.. Rasa tak puas nak menjalani dan tetap ‘tinggal’ dalam bulan ramadan. Bulan yang penuh berkat.

Rasanya dalam kepala aku ada banyak perkara yang aku hajatkan, tapi banyak yang tak mungkin direalisasikan buat ramadan tahun ini. Hopefully umur aku dipanjangkan ke ramadan yang akan datang. Tuhan sahaja yang tahu.

Last week, first time aku ke pasar ramadan yang glamour dekat kawasan rumah aku. Balik dari office aku and kak ila stop di pasar ramadan itu. Juadah yang paling menarik sekali is Murtabak. Sedap.. aku rasa tak der tempat lain yang lebih sedap dari ini.

Hampir setiap minggu, keluarga kakak aku akan berbuka dekat rumah. kakak aku tengah pregnant anak ke-4, asyik mabuk and demam2, tak macam sebelum ini.. Mak aku kata mungkin anak perempuan kot, because sebelum ini, kakak aku steady ajer bila pregnant. Anyway anak2 dia semua nyer lelaki. Nakal.. and active.

Last Saturday, my friends and me went for buka puasa dekat Hotel Singgahsana, PJ. Nusantara and Middle east cuisine. Menarik. Disamping ada performance from Rabbani. Aku memandu kereta seorang diri ke Singgahsana Hotel, PJ. Dekat je pun dengan rumah aku, 15 minutes dah sampai. Aku sampai kereta nak masuk hotel punyalah panjang. AKhirnya aku menyelit antara ruang yang ada. memang cukup2 untuk kereta kancil aku. Aku pegi ke pintu utama, sherry and her husband dah sampai. Di belakang aku, Ismawati pun baru sampai. Hanya menunggu Abai, rizuan and adik abai. Kami semua satu sekolah, lain-lain class, tapi kami semua kenalan rapat sejak dari form 1. Doranglah antara kawan-kawan terawal yang aku kenal masa aku di sekolah menengah. Maklumlaa.. sekolah dekat kawasan rumah aku, tapi di sebabkan aku dari sekolah sekitar PJ, Assunta 2, so aku tak berapa kenal orang, pegi sekolah pun sorang-sorang, tambahan lagi aku tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, janggal betul masa tuh aku rasakan.. Alhamdulillah masa tu lah aku kenal Sherry. Sherry jenis yang kenal ramai orang, jenis yang suka berkawan, so aku yang seorang ini, ikut la si sherry yang banyak kawan ini. Secara tak langsung aku pun mulalah buat kawan dengan kawan2 baru dekat sekolah baru. Kalau aku tak jumpa sherry, tak tahu lah aku macam mana..

Aku, Sherry and husband, and Is masuk dulu, di tengah-tengah kaunter untuk membayar, abai, rizuan and adik abai muncul. Riuh sekejap tempat kami berdiri. Buffet di Hotel SinggahSana hanya RM53 nett. Mulanya kami plan nak berbuka di Shah’s village hotel, tapi abai kata food tak sedap. So kami tukar venue. Ingatkan ramailah yang nak joint, rupa-rupanya muka2 yang sporting ini jugak yang pegi. Orang punyer lah ramai.. tapi food tak mengecewakan.. food pun bagus.. ada kambing golek lagi.. sedap.. waktu nak berbuka, azan magrib di laungkan penyanyi utama Rabbani, Ust Asri.. sedap giler suara dia.. rasa betul2 dekat dengan masjid, tapi aku and kawan2 aku semuanya bergerak mengambil makanan, sebab atas meja kami masih kosong..

Entah berapa kali aku bangun, aku pun tak tahu, abai dengan berpinggan-pinggan kuih muih nyer, aku dengan roast lamb, sherry dengan pelbagai juadah yang dia nak cuba. kami duduk and makan sampai jam 9 lebih.. Lepas makan, bersembang, kami bergerak keluar dari hotel, tapi memandangkan kereta diluar masih lagi beratur untuk keluar dari hotel, kami masuk balik ke dalam hotel, duduk at nearest table and bersembang lagi. Jam 10pm, kami keluar and terus ke kereta masing-masing. Aku terus masuk kereta and memandu balik rumah. Sampai rumah aku salin baju and keluar untuk bermalam dekat rumah kak ila. Kak ila keseorangan dekat rumah, since dia dah ada baby kecil, so turn aku la pulak tidur dekat rumah dia.

Raya dah Dekat!!

Hmm rasa macam nak dekat dah hari raya.. Hmm baju raya pun dah siap, kuih pun aku dah tempah, cuti raya pun dah apply and approved lagi. Lagu raya pun dah berkumandang di corong radio.. Apa lagi?
Duit raya? .. Kakak aku yang jauh diperantauan pun dah kirim duit raya untuk kaum keluarga di sini.. last Monday aku dapat email dia..

Paling seronok aku laa.. heheh ada allocation untuk kuih raya and duit minyak balik kampung.. hehe ingatkan aku nak bayar duit kuih raya, rupanya kakak aku pun nak sponsor sekali.. Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki. Orang dah nak bagi jangan ditolak.. . Duit minyak balik kampung, biar la aku yang bayar.. kete aku pun..bagi kat mak and abah lagi bagus. Terima Kasih.. Senyum sampai ketelinga aku baca email kakak aku. Tq again.

Company aku entah apa mimpi.. bagi gaji before raya.. giler awal.. bayangkan kalau lepas raya? fuuhh tuhan sahaja yang tahu.. hehehe… Duit raya tahun nih.. aku rasa sama macam tahun2 lepas… alhamdulillah.. aku dah ada allocation aku.. amin.

Mak aku baru ambik baju raya aku dari rumah angah.. hmm balik nih aku nak tengok.. tak sabar rasanya.. Hmm satu lagi cuma langsir aku je yang tergantung lagi.. mlm nih aku start balik la buat.. Mak aku dah dok tanya tanya dah.. Muahahah naya je langsir tuh tak sempat siap bila raya Heheheh.. Mana tak nya.. asal balik dari terawikh mata aku dah jadi berat… semalam pun aku pun tidur.. best sembahyang kat masjid rumah aku.. bleh je jalan kaki tapi penat la kan.. naik kereta gak.. mak aku sakit lutut.. abah selalu pi ngan kawan2 dia. Masjid nih dah ada air cond, sejuk giler.. kalau dulu masjid nih pakai kipas aje.. selesa giler sembahyang kat Masjid Al Ehsan tuh…

Aku cuti raya start Jumaat sampai selasa. Jumaat force leave, selasa tuh manager aku kesian kat aku kot.. hehehe.. Balik nih aku nak balik awal.. tak mau balik lewat sangat.. aku nak buat nasi beriani.. mak aku buat currynya.. gatal2 nak cuba.. ini semua gara-gara pi penang hari tuh.. aku gantikan nasi kandar dengan Nasi beriani.. sedapnya.. Cuma sekarang aku musykil.. mana nak carik air mawar.. Kedai mana aku pun tak tahu..

Sapa ada resepi Beriani.. share la.. hari nih aku hanya nak cuba resepi yang tertulis dekat belakang rempah beriani tuh sahaja.. harap2 jadi.. muaahahh…

Berakhirnya Syaaban..

2007 dah masuk bulan september. Cepatnya masa berlalu. Dekat office, kerusi aku masih hangat.. hangat dengan project baru yang baru masuk. Untuk company gah dekat penang tuh sekarang dah sampai stage Internal system testing week.

3/09 – Sibuk dekat office aku dengan discussion and testing system baru. DMSP. It’s a web base application. Masa developer tu tengah present, aku teringat masa dulu-dulu aku present system aku kat depan Head of faculty yang terbang dari Australia.. Dr apa tah nama dia aku lupa. Best nya kalau aku yang create system nih. Aku keje sampai nak kul 7pm. menyiapkan weekly report.

Hari Isnin, Selasa and Rabu aku balik lewat. Khamis aku halfday pagi. 6/09 pagi aku temankan fidah pi buat medical checkup untuk company barunya. Fidah, sepupu aku, sekarang dok rumah aku. Jumaat minggu tuh aku kena serang gastric lagi.. aku balik awal. Lepas magrib baru aku ke klinik, ubat dah habis. Nak dekat bulan puasa nih macam-macam penyakit plak datang. Alhamdulillah, aku puasa hari nih.

8/09 – Perut aku baru nak ok, tapi mak aku ajak pi tengok langsir baru. Aku ikutkan aje, kalau tak mak aku merajuk. Lagipun apa lah sangat. Dulu mak aku jaga masa kecik, masa sakit.. tak pulak dia complaint. Dah sampai dekat kedai, sakit perut aku pun hilang skit. Mulanya mak aku nak upah orang jahit langsir. Akhirnya aku offer diri untuk jahit.. Alah jahit langsir rumah, lurus je. Mak aku agreed. Dulu pun aku ada gak jahitkan langsir rumah kakak aku kat Ipoh. Rumah kakak aku dulu, lagi banyak tingkap, rumah kampung la katakan.. Lewat petang kak ila sampai dari kampung. Baru habis pantang lepas bersalin.

9/09 – Hari nih Birthday abang Ipar aku, Abg Joe. Dia yang suka ingatkan semua orang pasal birthday dia. Keluarga kak ila datang berkunjung kat rumah aku, kami makan tengahari. Petang kami skype dengan kak shila and family.

10/09 – Isnin, aku balik lewat. Paling lewat sejak aku transfer balik ke HQ. Kul 820pm sampai rumah. Report writing.

11/09 – Meeting untuk DMSP. Internal testing 3pm until 430pm.

12/09 – Lunch meeting kat Sheraton Subang. Celebrate pasal dapat project baru. Ala berkaitan ngan syarikat saham. Bukan aku yang dapat project, tapi after this aku yang kena keje kuat untuk project nih.. hehehe. Kenyang aku makan. Kebetulan Esok 13/09 First day of Ramadan. Memandai je dorang nih, before puasa dah kenduri makan kat Sheraton dulu.

Malam tuh, rumah aku kosong kami semua keluar ke surau berdekatan untuk perform solat Terawikh. Aku buat 8 rakaat and 1 witir. hehe.. Pengalaman sembahyang terawikh nih macam-macam, dengan keadaan yang mencabar (panas), tapi sekali sekala.. ok la tuh.. bulan puasa aku freeze Fitness First, tapi aku ber’senam’ dekat surau. Bagus jugak kan.. Pahala masuk lagi.. extra tuh.. Jom ramai2 gi solat terawikh..