Second Friday before Ramadan… 14/08/09

It’s Friday… rasa free and easy pulak.. Maybe sebab jumaat kot.. Pagi-pagi drive ke UMMC, Lucky wasn’t so jam. pagi nih, mak puasa “yang yok”.. nak kena ambik darah and next week will be back again to meet the doctor.. This is routine utk mak. and a routine for me to bring her when there is an appoinment..

Tengah tunggu giliran, rahimah called. Asking about computer problem and request me to help her. Bos aku memang rajin tanya aku itu ini.. and it’s ok for me.. at least i can test, how good i am at problem analysis and suggest what is the best practice or solution.. Maklum laa dah lama tak buat benda2 support-support nih..

On the way balik, singgah breakfast ngan mak, habis breakfast, aku drop mak depan rumah terus drove ke office. Sampai office aku teringat ada meeting with my boss petang nih..

Sampai depan office, alamakk apsal org ramai berkumpul kat luar nih..? Adoii fire drill.. aku lupa.. Adoi.. dari depan pagar, aku ambik kereta aku balik.. since dah tak dibenarkan masuk.. so aku drive ke kedai buah favourite aku. Jam dah 940. Lepas beli buah, aku terus ke taman tasik berdekatan and.. dok lepak dalam kereta sambil makan buah and tengok ikan berenang dan melompat 🙂 sampai la jam 1020. Boss aku sms that the fire drill activity dah habis.. Aku replied and terus aku drive ke office.

Lunch hour aku tak keluar, and as usual on Friday (Hari Soya Aku), aku pesan kat office mate aku yang pi ke masjid, air kacang soya panas.
Sharp 2 O’clock aku masuk bilik rahimah with my all-set notes (banyak benda nak kena update).. macam-macam discussnya, until 4. hmm Banyak yang aku kena buat.. Pernah sekali mak bertanya,

Mak: “kalau meeting tuh, tak der buat keje laa?”
Aku: Tak der keje? mak biasanya lepas meeting lagi banyak kojo Dennn.. (Adoi)

Hahaha…
So sapa yang tak nak or malas keje.. pi dok umah, then you will get nothing in return, duit tak dapat, pahala kerja pun tak dpt..

Pikir-pikir kan…

Kawan2ku, jagalah kesihatan baik2 kay..

Last Firday after the berbuka puasa, I received one sms. One of my x-schoolmate was admitted to the UMMC hospital due to his heart condition yang entah kenapa. Aku yang membaca dah cuak, aku tahu kawan aku tuh memang berbadan besar.. aa aku risau.. macam2 penyakit pulak yang datang bila kita tak berapa jaga figure kita kan? Bila aku nak melawat dia aa? Tapi seingat aku abai dah active ke California fitness, merokok pun tidak… what’s wrong with him?

Abai and Hidayah during our school reunion @ Ilham Resort, PD
Abai and Hidayah during our school reunion @ Ilham Resort, PD

Early Saturday morning, aku kena pergi jumpa doctor. Appointment dengan Doctor Anuar dekat SJMC. Doctor Anuar kata, Aku kena lebih bersukan lepas nih..yee.. aku pun janji insya allah habis final aku akan pi gym balik.. aku akan start main tennis and squash.. nak pi swimming skali pun buleh. Yeye Abang ipar aku belikan dua racket squash.. hehehe Sudah di kirimnya pada kawan yang balik ke Malaysia itu.. Tak sabar rasanya nak pi dapatkan racket tuh..

Selesai perkara kat hospital, I drove to campus puncak perdana. Where I am suppose to meet with my two classmates, Sue and Syura. We want to discuss about our proposal yang nk kena submit on the first week after raya. I just can’t wait to end this semester. I’d reached Puncak perdana campus by 11:!5, straight to the library, take out my notebook and papers and started to work on my proposal. Sue muncul afer 10 minutes. Syura called me and informed that she will be a bit late, maknya tak berapa sihat. Heheh baru aku perasan… Geng2 kat UiTM nih.. hmm semua nama start with S.. Ihiks.. Suhaili, Syikin and Syura.. hehe syiok. Sehati sejiwa.. Dalam tengah berdiskusi.. tiba keluar idea terus nak ke library syura di Kompleks Mahkamah Tinggi kat Shah Alam, Kami bertiga, bertiga kereta, memandu ke Bangunan Mahkamah Tinggi Sultan Salahuddin Shah, di Shah alam. After 20 minutes driving from puncak perdana, sampai lah kami ke tempat kerja Syura. Kami continue berdiskusi until 1415.

By 1430, kami keluar dari kawasan mahkamah, I drove to UMMC, nak melawat Abai yang sakit terlantar. Dalam hati aku berdoa harap2 abai tak apa.. Aku sampai dekat kawasan hospital bukan waktu melawat. Approximately 15:15.. gamble je masuk.. pedulik la kalau kena halau pun.. Aku dah tak kisah. Keluar dari kereta, terus ikut signboard ke menara Timur, hmm terjumpa dengan adik abai, Mas, bagitau Abai just been transferred to cardiology wing. Syukur alhamdulillah aku terserempak dengan adik abai. Kalau tak sure laa aku dah melilau carik kat menara Timur yang hujung dunia tuh. Abai looks so weak, tak boleh nak bercakap sangat, sorang pun tak der temankan abai. Aku pulak yang rasa sayu, maklum la awal tahun hari tuh mak abai baru meninggal dunia.. bapak dia pun dah lama passed away. Terbayang diri aku kat tempat abai.. (Adoii.. rub rub.. kasi hilang.. ). Masa aku datang, kaki abai dah ada bintik2 biru kehitaman.. katanya darah tak di pump properly.. hmm aku tak tahu.. he was complaining sakit kaki, kakak nurse di panggil for medication abai mintak pain killer. Aku tolong carikkan ubat untuk di sapu ke kakinya yang tengah sakit.. alahaii kesiannya kawan aku nih..

Aku tak stay lama, because Abai pun dah makan ubat,, I think he need rest.. Pakcik kat katil sebelah pun dok.. pandang aku semacam pulak aku rasa.. uik (bulan pose ekin, tak baik berprasangka) bukan aku urut pun kaki abai tuh, aku letakkan ubatnya aje.. apa2 pun.. aku kesian kat kawan aku, hope that he will be OK. Ya Allah sihatkan lah kawan aku cepat-cepat.. Aminn.

3rd, 4th and 5th days of Ramadan

Tuesday was the second day of puasa. I was not able to break my fast together with mak and abah at my lovely house. hmm.. what a heavy rained, it was so watery on the road, when i was on my way to my car. I just bought a kueh tiow goreng basah, for my buka puasa, and 2 tinned of beverages, that i bought from the Shell petrol pam. It was Pn Hamidah’s class.. class ended at 1100pm.. at the end of the class i feel that there was no more energy in me..my eyes and my voice was a bit hmm husky..and tak keluar dah when i say bye to sue…. i was the only car on the road.. along the way to Glenmarie bt 3. hmm serious tak de kereta.. tak pernah aku balik selewat ini dari class.

Bila sampai rumah aku flat giler.. tapi tak dapat tido terus.. lepak dekat sofa.. bila mata hampir tak boleh nak bukak.. aku ke bilik air, bersihkan diri, solat and terus tidur.  Wednesday was the day i had my Mandarin class. arrh next week test and listening test.. aucchh.. lepas nih kena speaking mandarin.. but i still dont have a confident to talk to my users.. adoii.. just a simple conversation tuh bleh la.. aucch.. ihiks. Lunch hour break on wednesday, boss aku ajak pi berjemaah kat masjid SS15.. hmm aku pun follow.. since last Monday, i had to refuse due to my physio’s appointment. Seronok jugak berjemaah dekat masjid tuh, hmm at least terluang skit masa untuk benda2 baik di bulan ramadan nih. Berbuka puasa with a milo and twiggies in my mandarin class with the rest of my classmates. Continued with Ho laoshi up to 8pm. Habis class solat magrib and terus balik rumah. It was totally darked, mak and abah went out to nearest surau for terawikh.. dua hari aku tak solat terawikh.

Thursday morning.. lepas subuh i’ve connected to VPN.. to access my office network dari rumah, buat report awal so that aku tak stuck dekat office lama2.. plus thursday and friday memang tak der class sepanjang ramadan nih..aaa alhamdulillah. class semua dah di ganti. Thought nak hantar assignment hmm malas nyer nak drive ke campus dalam keadaan hujan dan jamm nih. Belum tentu aku boleh berbuka kat rumah. 1730 aku cabut dari office. report untuk meeting on friday dah siap awal.. huhuh.. syiok. Kali nih boss dell dah tukar orang lain.. hmm havent had a chance to talk to her.. cam ne ye orang nyer. (lain orang lain ragamnya n lain caranya).. Sampai dekat bawah rumah, aku call mak suh turun, mak ajak pi pharmacy berdekatan untuk beli ubat yang dia terlupa nak claimed from UMMC. Wow.. jalan sesak sekitar pasar ramadan kat kawasan umah aku.. sesak. Ramai orang. tapi hati nih tak teringin nak beli.. hmm aku bab nak membeli juadah berbuka nih.. fussy.. (susah betul orang cerewet nih).. aku lebih suka masakan kat rumah.. Balik dari pharmacy, jam dah kul 1845.. mak singgah kat kedai bawah rumah untuk beli kuih sampan untuk abah. Mahal betul kuih muih sekarang… satu 40 sen.. fuh.. nasib baik aku tak berapa enjoy makan kuih-muih.. hmm melainkan yg mak buat sniri jugak yang best.

Aku naik rumah, mak mintak tolong aku buatkan ikan stim… recepi aku yang sempoi.. since nak dekat berbuka, aku singkatkan lengan baju, action.. hahah sempoi. aku pi gatal letak ikan one side and ayam one side. hmm just add, chopped onion, garlic, ginger, oyster sauce, a bit chili sauce, soya sauce, cili padi (mak suka pedas2) about 3 to 4 chopped.. broncoli, carrot and tofu telur (hmm best). A bit salt and pepper di salut ke ikan n ayam. Dah beres.. changed cloths and ready untuk berbuka. Senang giler. And i got compliment from mak.. taraaa.. muahahahah

Lepas berbuka.. ala kadar.. duduk sat 5 minutes, bersihkan diri, solat magrib and bersiap ke surau. Abah dah charlos dulu ke surau awal. aku berjalan seiringan ngan mak… Apakahh mengantuk giler masa dekat surau.. ingatkan habis solat mata aku ok.. akhirnya dalam almost 10pm.. aku dah masuk bilik and tidur sampai pagi..  aaa.. mungkin terganti tidur2 aku yang tak cukup hari tuh. syiok..

It’s friday today.. waaaa best.. hujung minggu.. have a nice weekend everybody..  😀

Who do you think the most suitable person (supposedly) to be in that room?

yesterday morning.. i brought my mum to the UHKL. hm now the name has been changed.. UMMC iguess.. pegi sana just to check on her blood. Went to the ground level.. after the tunnel, turn right. Lucky aku dapat parking senang..

After a while, mum’s number been called. go to bilik 5. hmm you know what.. i not trying to fool anybody here..but i am totally annoyed with the practitioners.. aku rasa dorang doctor pelatih.. Boleh tak dorang dok cucuk tangan mak aku berkali-kali (dua-dua) belah plak tuh.. tapi tak dapat keluarkan darah.. Aku pernah tengok kakak aku bekerja kat blood lab dulu.. cekap giler.. (yaa i know that’s her job..) but come on la.. u will be a profesional called doctor.. tak rasa malu ke.. buat macam tuh…(not convincing enough) masa aku tengah tunggu dekat luar.. aku boleh dengar dorang dok tepuk2 tangan patients.. (kuat plak tuh) hmm compared dengan my sister nyer lab dulu.. aku duduk berjam kat situ.. (pada satu ketika..) aku tak dengar pun dorang buat macam tuh (once in a while aje.. bila ada patients yang uratnyer memang tak nampak) tapi kat sini.. boleh katakan kerap or hampir semua buat macam tuh.. bukan ke.. benda tuh just a simple steps as tighten the arm (upper elbow).. ambik jarum, cucuk and tarik keluar fresh red blood..?

From what i saw at the hospital yesterday.. aku jadi.. (Duhh…?) dorang tuh (doctor pelatih) memang patut diletak kat situ atau patutnyer pekerja lab yang patut duduk situ?.. aku rasa kalau aku jadi mak aku.. sure aku dah bangun.. meleleh air mata sakit.. mak aku kata…. alasan yang dorang bagi is.. “urat tuh bergerak-gerak tak duduk diam”.. ahhh.. ? Aku rasa to smoothen the operation.. nak pulak kat hospital semi gomen yang memang jadi tumpuan dan ramai orang… sepatutnyer letak laa.. orang yang dah biasa ngan perkara cucuk cucuk nih.. kesian patients kayy.. aku tengok muka mak pun.. dah macam rasa menahan sakit.. Akhirnya dorang cucuk kat belakang permukaan tangan…lama mak aku kat dalam tuh.. sampai dua orang try cucuk tangan mak.. the second lady nampak ok. Mak aku yang tak bersekolah tinggi pun pelik.. ” Kenapa dorang susah sangat nak ambik darah.. “? ( sign.. Pelik)

jam 0900 kami keluar dari UHKL. Aku bawak mak pi breakfast, drop her at nearest shop depan rumah, aku terus drove ke office..