Thursday morning, bersahur jam 515am. Lepas sahur aku terus kebilik air and solat. Menelaah kaalam Allah sampai jam 630am, and aku ke hall rumah. Mak dengan abah baru balik dari surau. Tengok tv sama-sama sambil sembang. Jam 7am, aku gosok baju, mandi and bersiap.
Jam 730am, aku naik sekejap ke rumah kak ila, nak pinjam backpack kak ila.. aku kena bawak LOI and SOW yang setebal 400 pages. Dah ambik beg, aku masuk kereta, panaskan engine and terus memandu ke KLIA.

Dari rumah aku, aku tuju arah LDP, U-turn masuk kawasan Hospital sunway, and terus ke Persiaran kewajipan. Turun ke Kesas and masuk highway ke KLIA. Kereta banyak giler, tapi mujur tak jamm. Cuma on the way ke Subang Jaya yang jamm. Kalau jam alamat aku lambat sampai airport. Aku janji dengan rahimah and inaz aku sampai sana jam 845am. Jam 835am aku sampai dekat parking B KLIA. Park kereta and menuju ke balai pelepasan di tingkat 5. Rahimah, my manager call aku.. Katanya dia dekat KFC, and dia tak jumpa pun MCD. i’d tell her to wait me there, tunggu sampai aku datang. Aku sampai dekat atas, aku jumpa rahimah and lepas jumpa rahimah aku received sms from inaz. Inaz dekat MCD, aku and rahimah pegi arah McDonald and meet with Inaz there. Rahimah datang dari office naik limo, while Inaz tunang dia hantar sampai KLIA.

After that, we went to check in counter, claimed our ticket and turun ke balai pelepasan.
Nak berjalan ke pintu A5, punyer la jauh. Sementara tunggu boarding time, kami sembang-sembang dekat tempat menunggu. Flight berlepas jam 1045am. Perjalanan sekejap je, 50 minutes dah sampai Penang. Sampai dekat Penang International Airport, kami lepak and tunggu jam 1215. tepat 1215, kami ambik taxi and terus ke DELL. Dekat je dell from airport. tak jauh. Kami sampai terus ke guard house, macam biasa kena tunjuk IC and dorang bagi kami sticker. Macam kelakar but good. tak payah pakai tag-tag canggih. sticker sahaja. Aku tampal sticker dekat lengan kiri. masuk officenya, Asri and Boss nuar dah sampai. Asri is my team leader. Boss nuar is the project manager and planner for this project. Kami di sambut baik oleh Project Manager Dell, SM and Kam Fung. They are very nice. Kami di bawak keliling dell office. Besar giler and penat berjalan. Terus ke Bilik Meeting di tingkat 2..

Meeting dari jam 1pm sampai 230. Kemudian kami dibawa melawat sekeliling bangunan operasi dell yang support Asia Pacific , Japan and Australia. Menarik Besar giler, especially the ECC room. canggih, siap ada gambar from satellite NASA lagi. . Tapi i know how it feels working in this situation. Aku dah merasa masa dekat TPM dulu. Call centre dia besar giler, and definitely dipenuhi dengan orang dari pelbagai bangsa dari seluruh Asia Pacific. Orang Melayu rasanya tak sampai 5 orang dari 1000 orang yang ada di dalam sana (for one floor ONLY). Rasanya, hanya kami berlima yang berbangsa Melayu. Hmm takkisah laa.. janji company aku dapat buat project dengan company gah ini. Lepas di bawa ke sana-sini, kami ke bilik meeting di tingkat satu. Last discussion before we dismiss from the building. Kemudian kami melawat tempat training room. Dekat sinilah engineers aku attend classes. Tekun dorang study. training 2 minggu tuh.. semata-mata untuk certification. Jam 3.40pm kami keluar dari building, call teksi, tunggu 15 minutes kemudian kami terus ke Penang International Airport. Inaz takkan balik ikut kami, just aku and rahimah sahaja, dia terus balik rumahnya, Balik Pulau.

Terus ke check in counter, early schedule kami balik dengan flight 635pm, tapi kami request untuk naik flight kul 510pm. 4.30pm kami masuk, sementara menunggu, boarding time, kami solat dekat surau airport. lepas solat aku masuk kedai chocolate, carik chocolate kegemaran and terus ke gate 12. Masuk and duduk diam-diam. Masing-masing dah penat. terlelap aku dengan rahimah. Sampai dekat KLIA, bergerak keluar dari parking KLIA jam 630. Parking kena RM23. Giler mahal. Mujur aku boleh claim. Aku ajak rahimah tumpang kete aku sampai HQ. Rahimah park kereta dekat office. Dalam perjalanan balik aku dengan rahimah sembang tak berenti.. pastu Asri called, bagitau konon dia and boss nuar tengah tunggu waktu berbuka. Menu tak lain mestilah Nasi Kandar. Jealous aku. Kawan-kawan aku yang lain semua ajak aku berbuka dekat penang, tapi Rahimah nak balik awal. Rumah dia jauh. Kesian pulak, tak de sapa temankan dia. Sampai office 7pm. AKu drop rahimah and terus memandu balik. Aku sampai rumah jam 720pm. Suasana waktu senja dekat kawasan perumahan sunyi sepi. Aku masuk rumah bukak tudung letak barang-barang aku terus duduk makan. Exhausted giler.

Malamnya aku ke rumah kak ila. Badan penat tak larat nak pegi surau. Cadang ingat nak solat dekat rumah kak ila. Tapi jam 930pm aku dah tidur. Penat giler. Tidur tak sedarkan diri.