Woo.. banyak betul kerja, and since 22/08 aku tak menaip dekat sini..😀. Sibuk dengan project dengan company computer yang gah sedunia and meeting sana sini. Sampai kena gastric.. gara-gara makan tak ikut time. MC lagi. Tahun ini sahaja aku dah ada MC 6 hari. Paling banyak is tahun ini. mintak-mintak jangan tambah lagi MC aku. Kalau last year aku tak MC pun, paling banyak pun sehari.

22 Aug : Ada discussion dengan training untuk preparation untuk project yang akan started on Third week of Sept. Meeting habis jam 730pm, aku sampai rumah jam 8pm. Solat cepat2, lepas isyak bergerak keluar dengan Ayung, pergi menonton kat Sunway Piramid. Cerita Rush Hour 3. Gelak giler. Best and hilarious.

24 Aug : Aku cuti. Jumpa am kat KLCC. Aku tak jumpa dia sejak dia balik dari Haji. La nih kawan aku dah ada gelaran “Hajah”. Dari pagi sampai jam 5 petang baru Am balik. Lepas meeting with Am, aku ke FF, Menara Maxis. Magrib dekat surau KLCC and aku balik. Park kereta tempat biasa, Tmn Jaya.

25/26/27 Aug : Aku kena Gastric.. Pi klinik Aku MC on Monday.

28 Aug : Aku ingatkan semalam Huazlee dah submit report, rupanya aku gak yang kena buat.
Project and PM berlambak. Meeting dengan company Gah Penang. Project pasang UPS, Report aku kena prepare/submit plus meeting after office hour 5-7pm. Penatt..

30 Aug: Aku onleave. Pi bawak kete masuk service centre kat glenmarie. Jam 12 baru siap. Aku balik rumah, pack baju masuk beg and bertolak ke Ipoh dengan mak, abah and adik aku. Sampai sana jam 530pm.

31 Aug : Merdeka day. Aku and family pi Rumah pak ngah aku kat Tanjung Rambutan, tengok new baby born, anak sepupu aku, Sabri@Amran.

1 Sept : 16th Anniversary kakak aku yang sulong. We went to kak ila’s kampung. Majlis akikah, Nur Hidayah. yang pegi Aku, mak, Abah, adik, anak buah aku 2 org, Acik Yam and cucunya Arif. Bawak kete kakak aku, Avanza. Lepas majlis habis mak and makcik aku ajak ke pekan Air Tawar. Dekat sini ada kedai glamour jual banyak kain. Kedai Yang Yang. Aku, abah and aida tunggu dalam kereta. Tak kuasa aku nak membeli belah tengah panas terik dengan baju kurung.. Panasss.. On the way balik, aku stop dekat Kilang and kedai RotiSegar. Balik ke Ipoh, aku ke sekolah asrama anak buah aku. Malam kami pi kenduri dekat Kg. Changkat larang. Mertua kakak aku punyer sister buat kenduri sambut bulan puasa. Sedap makanan dia.. banyak ulam, petai and ada ayam goreng dengan air asam.

2 Sept : Pepagi aku keluar dengan kakak aku, round satu Ipoh carik kedai Tayar. Akhirnya masa dekat waktu zohor baru jumpa kedai dengan harga yang bagus, dengan kualiti tayar yang baik. Kedai di Taman Perpaduan, Tambun. Habis tukar tayar, balik rumah. Lepas magrib aku bertolak balik KL. Sampai KL jam 1230 tgh mlm. Jalam jamm teruk dari Slim river ke Rawang. Kami sekeluarga makan supper kat kedai mamak 24 hours yang dekat dengan rumah.