Nak masuk hari ke Tujuh puasa.. Alhamdulillah sampai hari ini, puasa, terawikh and membaca quran menjadi jadual aku.. Tidur as well..

Kebiasaannya aku bangun jam 5 or kalau malas 5.15 or 5.25am. Muahahah.. bangun bersahur sekadar, makan dua keping roti and plain Milo satu cawan. Lepas makan, minum air putih 2 or tiga mug. Masuk bilik air, gosok gigi, ambil wuduk and ready untuk solat Subuh. Habis solat aku recite few pages of quran, jam 630am aku tidur. Jam 7.30 or 8.00am aku bangun. Masuk bilik air, mandi and bersiap ke tempat kerja. Biasanya aku sampai office jam 8.35 or 8.40am.

Masuk office buat keje tanpa henti, keje makin banyak… tadi pun aku lupa yang aku ada training kul 2pm. Training to use new system. Untuk project dengan company gah nih laa.. Jam 6pm aku keluar office. Balik sama-sama dengan kak ila. At this moment, anak kak ila, Nur Hidayah, mak aku yang jaga, orang tua aku kesian dengan kak ila because tak der orang yang nak jaga anak dia. Moreover bulan puasa, takut orang not well prepared untuk jaga baby. After raya, kak ila akan hantar dekat rumah orang yang sebaris dengan rumah aku.. Mak aku nak tolong jaga sebulan aje..

Aku sampai rumah jam 6.40pm. memang dah tak boleh nak masak pun apa2 menu yang aku suka.. So aku makanlah apa sahaja yang mak masak.. My sister bought Mertabak/murtabak, keropok lekor, Yong Tau Foo.. Aku makan nasi dengan sayur campur, kerabu and merasa skit-skit makanan yang lain. Habis berbuka, solat magrib, continue baca quran and terus turun ke surau dekat rumah. Habis solat biasanya jam 930pm. Terus lepak rumah sampai tengah malam. Dah mengantuk aku tidorlah..

Macam tulah routine aku bulan pose nih… hopefully penuhlah puasa aku tahun ini.. hehe. macam ada peluang.. Bestnya kalau dapat puasa penuh…