First day of puasa.. seronoknya dah masuk Ramadan.. yang tak seronoknya.. hari nih ada class. Siapa lagi kalau bukan lecturer yang paling rajin.. masa sem break, public holiday pun nak buat class. since i’m not the one yg suka ponteng class(cehh), aku melangkah ke kereta jam 0840am. Class kul 0900. aku tahu today is public holiday and biasanya orang-orang kat lembah klang nih memang tak bangun lagi.. hahaha.. Federal highway clear, perjalanan smooth dengan aku boleh memecut hampir 100 per/km. Well.. alhamdulillah, aku sampai at 0912 dekat class. Lecturer aku dok sibuk call students yang tak datang lagi.. ahaks.. Rajin betul pakcik nih..

Class habis about 12, supposedly habis at 11, dia mintak extend.. again.. rajin betul pakcik nih. Habis class.. aku ada discussion with Sue.. about our project.. yang mulanya tak menepati specifikasi. fuhh lega nasib baik makcik tanya. Malu bertanya sesat jalan.. (hmm apakahhhh) So tak mau sesat baik bertanya..

about 1240, i was on my way to SJMC.. ambik kak ila and pi carrefour Subang jaya, beli barang skit untuk berbuka.. hmm kak ila on duty hari nih, so she wasn’t able to teach me to cook brown sauce.. hmm nevermind. perhaps some other time kot. I bought chicken, instant mash potato, chicken gravy, bread crumbs and some other stuff yang mak kirim.

Ramai betul orang kat carrefour.. macam nak raya pulak.. Habis membayar, aku hantar kak ila balik ke tempat kerjanya.. aku terus balik rumah. I reached home by 1430. duk rehat jap.. 1445 solat and lepak.. since tengah puasa aku lepak2.. mata pulak rasa ngantuk.. about 1530 aku tidur sambil menikmati sejuknyer hujan petang (syiokk).. jam 1700 aku bangun.. mandi and solat asar. at 1830 aku start buat menu untuk mak and abah. Hmm a simple chicken chop.. mak request not to deep fry the chicken, instead just fry ala2 grill, with a lil bit of vegeoil.. hmm mak and abah pun batuk tak elok2 lagi. hmm kesian. Aku stim broccoli and carrot,  mixed instant mash potato, chichken gravy plus my favorite kerabu kacang botor. hmm nyummy..

Kami berbuka hanya bertiga.. mak, abah and aku. before berbuka mak call adik dekat Ipoh.. hmm.. investigate anak bongsunya makan apa and bla bla bla.. (Sedih la tuh..) hmm mak request aku buat lagi if adik and anak2 buah aku datang ke sini. Probably aku tak balik raya tahun nih.. raya kat sini je.. (hmm sure tak der mender nak buat. Mungkin menonton tv jer kot. macam tak best je bunyinyer.) lepas magrib, aku menyiapkan diri untuk solat magrib and ke surau.. Kami bertiga jalan sama-sama pi surau.. After 8 rakaat aku and mak balik rumah, because pak sedara aku yang baru bernikah nak datang bertandang umah. Tolong mak mengoreng mee, hot drinks and tetamu pun datang.. sambil sembang2 sambil belek gambar2 majlis perkahwinan pakcik aku.

Alhamdulillah. dapat satu hari berpuasa.. ala.. yang tak best esok ada class sampai 2230.. adus.. if bernasib baik class habis @2200.😦 bulan pose nih.. class aku on from Monday to Wednesday.. hmm kesiannya esok mak and abah je yang berbuka kat rumah.. sure dorang sunyi. Aku pulak.. sure kena berbuka ala2 tapau.. hmm dah kalau keluar office pun 530.. class start at 630.. break for 30 minutes untuk berbuka and solat magrib.. pastu masuk class balik.. aarrghh first time aku sambut puase macam nih.. Harap-harap aku di berikan kekuatan dan tenaga yang mencukupi.. Paling penting tak mau ngantuk dalam class.. aaa cabaran besar sungguh..)

Nite ols..