Ikut kiraan aku malam ini malam ke 16 ramadan. Semalam mak aku kata malam nih baru 15 ramadan.. tapi yang pasti semalam witir aku takde bacaan qunut.. hehehe.. Aku sempat solat dekat rumah aje.. badan penat.

Petang aku keluar office awal, jam 5 je.. Balik rumah aku terus hantar fidah ke Station Jln Duta. bas kul 730. Mak aku siap bekalkan aku mihun and air lagi.. aku kata “just air je mak.. dah cukup”. Mak punya pasal aku ambik je. perjalanan ke Station Jln Duta jamm giler. Banyak kali tersangkut dalam jamm. Dari jam 5.40pm aku bergerak dari rumah aku sampai dekat sana dalam jam 6.43pm. Aku drop fidah and terus memandu balik. Jalan masih jamm. Aku pancung masuk ke NPE, at that time dah 7.01pm, aku memandu laju jugak laa.. akhirnya aku sampai rumah, bukak pintu azan magrib baru berkumandang.. hah.. syiokk..

Last weekend Saturday aku bantai tidur dekat rumah. Takde aktiviti lain yang aku boleh buat. Lepas sahur, aku solat, mengaji and pegi pasar. Lepas balik dari pasar, aku terbungkam sampai tengahari 12noon. jam 12 noon aku celik mata lepas tuh tidur lagi… sampai jam tiga.. muahahah.. jam 315pm aku baru zolat zohor.. lepas solat mak aku kata dia malas nak masak.. aku pun ke dapur, disebabkan dah tidur banyak, aku pun masak la apa yang ada kat dapur. Aku buat macaroni and chicken tomato sauce, sayur campur goreng dengan udang and aku buat pegedil. Dah siap semua barang, aku solat asar.. Jam 6.00 baru aku mula masak.. tak best masak awal.. nanti food tak fresh.. hehehehe.. syiok berbuka hari sabtu dengan family.. sambil enjoy cerita budak2. Upin and Ipin.. dekat channel TV9. menarik cartoon nih.. aku suka sangat..

On Sunday, makcik aku, Acik Zizah, ajak berbuka dekat rumahnya dia Bandar Tun Razak.. hmm tapi cam susah la plak.. Kereta aku pun tak cukup nak masuk mak, aku, fidah, kak ila, intan, abah and hidayah.. Akhirnya magrib tuh abang ipar aku sampai dekat rumah, katanya esok ada meeting kat Putrajaya. Abang Ipar aku bawak kereta Avanza.. So aku pun pakai kereta tuh and pi rumah makcik aku. Kami pegi lepas solat terawikh.. Kitaorang berjemaah dekat rumah, aku jadi iman untuk solat Isyak, adik aku jadi imam untuk solat terawikh.. hehe lawak betul adik aku jadi Imam. Rock… Lepas solat kami bergerak jam 940pm. Aku, mak, fidah, kak ila, hidayah and adik. Abah ku pi surau kat rumah. Sampai sana dalam 1010pm kot. Jumpa nenek saudara. Nenek itu soranglah yang tinggal sekarang. Adik beradik dengan nenek aku yang meninggal kira-kira 50 tahun yang lalu.. Aku tempah kuih raya dengan makcik aku. Hmm paling best kat makcik aku nih is kuih tat nenas and almond london dia.. tapi aku rasa semua kuih makcik aku nih sedap.. tiap-tiap tahun aku tempah kuih kat makcik aku nih.. aku tempah tiga jenis aje, mak aku kata, dia nak beli kat makcik sorang lagi pulak.. nanti terasa plak makcik yang sorang lagi tuh.. to be fair.. kena la bahagi dua..