Hampir 5 hari lagi untuk Aidilfitri. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat.. Rasa tak puas nak menjalani dan tetap ‘tinggal’ dalam bulan ramadan. Bulan yang penuh berkat.

Rasanya dalam kepala aku ada banyak perkara yang aku hajatkan, tapi banyak yang tak mungkin direalisasikan buat ramadan tahun ini. Hopefully umur aku dipanjangkan ke ramadan yang akan datang. Tuhan sahaja yang tahu.

Last week, first time aku ke pasar ramadan yang glamour dekat kawasan rumah aku. Balik dari office aku and kak ila stop di pasar ramadan itu. Juadah yang paling menarik sekali is Murtabak. Sedap.. aku rasa tak der tempat lain yang lebih sedap dari ini.

Hampir setiap minggu, keluarga kakak aku akan berbuka dekat rumah. kakak aku tengah pregnant anak ke-4, asyik mabuk and demam2, tak macam sebelum ini.. Mak aku kata mungkin anak perempuan kot, because sebelum ini, kakak aku steady ajer bila pregnant. Anyway anak2 dia semua nyer lelaki. Nakal.. and active.

Last Saturday, my friends and me went for buka puasa dekat Hotel Singgahsana, PJ. Nusantara and Middle east cuisine. Menarik. Disamping ada performance from Rabbani. Aku memandu kereta seorang diri ke Singgahsana Hotel, PJ. Dekat je pun dengan rumah aku, 15 minutes dah sampai. Aku sampai kereta nak masuk hotel punyalah panjang. AKhirnya aku menyelit antara ruang yang ada. memang cukup2 untuk kereta kancil aku. Aku pegi ke pintu utama, sherry and her husband dah sampai. Di belakang aku, Ismawati pun baru sampai. Hanya menunggu Abai, rizuan and adik abai. Kami semua satu sekolah, lain-lain class, tapi kami semua kenalan rapat sejak dari form 1. Doranglah antara kawan-kawan terawal yang aku kenal masa aku di sekolah menengah. Maklumlaa.. sekolah dekat kawasan rumah aku, tapi di sebabkan aku dari sekolah sekitar PJ, Assunta 2, so aku tak berapa kenal orang, pegi sekolah pun sorang-sorang, tambahan lagi aku tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, janggal betul masa tuh aku rasakan.. Alhamdulillah masa tu lah aku kenal Sherry. Sherry jenis yang kenal ramai orang, jenis yang suka berkawan, so aku yang seorang ini, ikut la si sherry yang banyak kawan ini. Secara tak langsung aku pun mulalah buat kawan dengan kawan2 baru dekat sekolah baru. Kalau aku tak jumpa sherry, tak tahu lah aku macam mana..

Aku, Sherry and husband, and Is masuk dulu, di tengah-tengah kaunter untuk membayar, abai, rizuan and adik abai muncul. Riuh sekejap tempat kami berdiri. Buffet di Hotel SinggahSana hanya RM53 nett. Mulanya kami plan nak berbuka di Shah’s village hotel, tapi abai kata food tak sedap. So kami tukar venue. Ingatkan ramailah yang nak joint, rupa-rupanya muka2 yang sporting ini jugak yang pegi. Orang punyer lah ramai.. tapi food tak mengecewakan.. food pun bagus.. ada kambing golek lagi.. sedap.. waktu nak berbuka, azan magrib di laungkan penyanyi utama Rabbani, Ust Asri.. sedap giler suara dia.. rasa betul2 dekat dengan masjid, tapi aku and kawan2 aku semuanya bergerak mengambil makanan, sebab atas meja kami masih kosong..

Entah berapa kali aku bangun, aku pun tak tahu, abai dengan berpinggan-pinggan kuih muih nyer, aku dengan roast lamb, sherry dengan pelbagai juadah yang dia nak cuba. kami duduk and makan sampai jam 9 lebih.. Lepas makan, bersembang, kami bergerak keluar dari hotel, tapi memandangkan kereta diluar masih lagi beratur untuk keluar dari hotel, kami masuk balik ke dalam hotel, duduk at nearest table and bersembang lagi. Jam 10pm, kami keluar and terus ke kereta masing-masing. Aku terus masuk kereta and memandu balik rumah. Sampai rumah aku salin baju and keluar untuk bermalam dekat rumah kak ila. Kak ila keseorangan dekat rumah, since dia dah ada baby kecil, so turn aku la pulak tidur dekat rumah dia.