Assalamualaikum Ramadan,

Bertemu lagi aku dengan engkau. Semoga meriahlah Ramadan tahun ini. Hopefully blehlah aku puasa penuh tahun nih. Wish me luck.

Sincerely,
Ekin.

Yesterday was the first day of Ramadan. Quite worried from the start, but excited through the end. Worried about my gastric, excited for the breaking fast food fest. Kat rumah je pun. . Mak aku masak singgang ikan parang. Hmm i used to like this fish, banyak tulang. Tapi sekarang dah malas nak makan.

Tempat kerja aku, tahun nih tak der plak operation hours amendment. Waktu kerja macam biasa. Bermalas-malas aku masuk ke tempat kerja, maklum la first day puasa.. Hmm nampak hari nih, macam semua orang tak productive.. email masuk dalam inbox aku pun, semua sempat aku baca, kalau hari biasa tak terbukak email2 nih.

Aku tiba-tiba ada masa plak dengar radio kat office. Aku pun dengar laa.. hmm ada contest berbuka puasa @Era. Aku pun macam biasala, suka masuk benda-benda macam nih. Aku send email, fax pun aku try, tapi line dok bz and failed aje. Tak pelah, kalau ada rezeki, adalah..

Aku keluar dari office macam biasa, jam 5pm, Jalan dekat jambatan kabel sunway jamm plak, aku terus kedepan, masuk NPE, bayar tol and U-turn untuk masuk ke kawasan rumah aku. Sampai rumah rasa badan penat sangat. Aku nap sekejap lepas tuh mandi and solat. Menu berbuka malam nih is, sambal sotong, ikan parang masak singgang, seafood spagetti, tau foo pha, adik aku belikan, sayur taugeh goreng, Nasi goreng kampung and few others stuff aku tak ingat. Tengah nak berbuka tuh, kami menonton TV. Pelik pulak bila aku bukak tv3, ada rancangan gedik santai.. Aikk… hmm memang aku tak pernah tengok rancangan gedik santai nih, yang aku tahu memang rancangan hiburan and bual bicara. Macam tak kena aje waktu rancangan nih. Akhirnya aku layan mood aku, sambil menonton E.R. dekat channel Hallmark

Habis makan, macam biasa bersiap itu ini, solat magrib, and bersiap terus dengan telekung untuk ke surau. Duduk balik depan tv, tengok berita kejap… lepas tuh baru keluar rumah. Habis solat terawikh, aku tunggu depan tv, mata dah mengantuk tapi aku tak mau tidur. Aku nak tunggu cerita Kerana Cintaku Saerah. best cerita nih, sedih. Aku rasa Benji and Noorkhiriah berjaya bawak watak masing-masing, cukup terkesan. Wish that this series will be awarded with something precious. Menarik sangat cerita nih..