2007 dah masuk bulan september. Cepatnya masa berlalu. Dekat office, kerusi aku masih hangat.. hangat dengan project baru yang baru masuk. Untuk company gah dekat penang tuh sekarang dah sampai stage Internal system testing week.

3/09 – Sibuk dekat office aku dengan discussion and testing system baru. DMSP. It’s a web base application. Masa developer tu tengah present, aku teringat masa dulu-dulu aku present system aku kat depan Head of faculty yang terbang dari Australia.. Dr apa tah nama dia aku lupa. Best nya kalau aku yang create system nih. Aku keje sampai nak kul 7pm. menyiapkan weekly report.

Hari Isnin, Selasa and Rabu aku balik lewat. Khamis aku halfday pagi. 6/09 pagi aku temankan fidah pi buat medical checkup untuk company barunya. Fidah, sepupu aku, sekarang dok rumah aku. Jumaat minggu tuh aku kena serang gastric lagi.. aku balik awal. Lepas magrib baru aku ke klinik, ubat dah habis. Nak dekat bulan puasa nih macam-macam penyakit plak datang. Alhamdulillah, aku puasa hari nih.

8/09 – Perut aku baru nak ok, tapi mak aku ajak pi tengok langsir baru. Aku ikutkan aje, kalau tak mak aku merajuk. Lagipun apa lah sangat. Dulu mak aku jaga masa kecik, masa sakit.. tak pulak dia complaint. Dah sampai dekat kedai, sakit perut aku pun hilang skit. Mulanya mak aku nak upah orang jahit langsir. Akhirnya aku offer diri untuk jahit.. Alah jahit langsir rumah, lurus je. Mak aku agreed. Dulu pun aku ada gak jahitkan langsir rumah kakak aku kat Ipoh. Rumah kakak aku dulu, lagi banyak tingkap, rumah kampung la katakan.. Lewat petang kak ila sampai dari kampung. Baru habis pantang lepas bersalin.

9/09 – Hari nih Birthday abang Ipar aku, Abg Joe. Dia yang suka ingatkan semua orang pasal birthday dia. Keluarga kak ila datang berkunjung kat rumah aku, kami makan tengahari. Petang kami skype dengan kak shila and family.

10/09 – Isnin, aku balik lewat. Paling lewat sejak aku transfer balik ke HQ. Kul 820pm sampai rumah. Report writing.

11/09 – Meeting untuk DMSP. Internal testing 3pm until 430pm.

12/09 – Lunch meeting kat Sheraton Subang. Celebrate pasal dapat project baru. Ala berkaitan ngan syarikat saham. Bukan aku yang dapat project, tapi after this aku yang kena keje kuat untuk project nih.. hehehe. Kenyang aku makan. Kebetulan Esok 13/09 First day of Ramadan. Memandai je dorang nih, before puasa dah kenduri makan kat Sheraton dulu.

Malam tuh, rumah aku kosong kami semua keluar ke surau berdekatan untuk perform solat Terawikh. Aku buat 8 rakaat and 1 witir. hehe.. Pengalaman sembahyang terawikh nih macam-macam, dengan keadaan yang mencabar (panas), tapi sekali sekala.. ok la tuh.. bulan puasa aku freeze Fitness First, tapi aku ber’senam’ dekat surau. Bagus jugak kan.. Pahala masuk lagi.. extra tuh.. Jom ramai2 gi solat terawikh..