Last weekend kami sekeluarga call and conference dengan family kakak aku di perantauan. Terubat rindu. Perbualan hanya 15 minutes, kemudian agak petang skit adik aku call lagi. Kali nih giliran dia bersembang dengan anak buah aku Misya. Kali nih Misya nak gak bercakap, kalau tak, 2 minggu lepas dia merajuk dengan abang dia, langsung tak nak bercakap.

Aku baru received email from kakak aku. Katanya Misya akan masuk sekolah baru. Satu sekolah dengan abangnya. Cukup usia 5 tahun, baru Misya boleh masuk sekolah abangnya. Semalam cikgu dia bawak ke sekolah abang dia. Ala-ala Orientasi laa.. So kalau Mikhael and Misya dah satu sekolah abang ipar aku boleh carik keje tempat lain. Kurang sikit commitment hantar anak2nya kesekolah lain2. Kakak aku kata dia dah dapat PR kat sana. termasuklah husband and anak2nya. Mungkin senang skit urusan bank ataupun pembayaran or application apa2 bila dah ada PR. Kena bayar 4k NZD tuh untuk seorang. mahal giler.

Kakak aku kata, Misya tak berapa enjoy sekolah dekat tempat sekarang, because best friend dia, budak Jepun, dah nak pindah sekolah lain, this week is the last week Misya and her best friend budak jepun. Luckily last week ada budak korea baru masuk sekolah Misya. Dia suka berkawan dengan budak rambut hitam kakak aku kata, sebab budak-budak lain tak faham Misya cakap. Kesiannya. Misya kata budak Jepun tuh faham bahasa Melayu. Kesian Misya, nak sekolah pun susah.

Kakak aku memang dengan anak-anak dia, banyak berbahasa Melayu, kalau dengan abang ipar aku, dia ajar anak dia bahasa Hokkien. So, bahasa “omputih” anak buah aku banyak belajar sendiri, dari TV and games.. especially Mikhael. Tapi aku rasa Mikhael and Misya nih memang survivor.. la aku rasa. Anyway.. dorang kecik lagi.. so bahasa apa pun dorang belajar.. sure bleh masuk dalam kepala..

Ala kalau ikutkan.. mak abah aku dulu pun tak ajar bahasa asing.. kami semua belajar sendiri.. tuition pun tak pi.. tak cukup duit.. hmm tak mau ingatlah.. kisah2 lama nih.. sedih.. susah memang susah… tapi alhamdulillah.. sekarang dah tak macam dulu.. Thanks Allah.

Hmm bil telefon aku melambung bulan nih. Hehe gara-gara melekap dengan telefon dengan kak ila di kampung. Tapi tak lah melambung sampai pecah bumbung.. . Reasonable lagi.. AKu masih waras.. Last Saturday kak ila dah balik sini.. so this month bil telefon aku akan back to normal.. Hehehe.. hmm kadang-kadang bil aku tak sampai pun RM 75.. rugi plak rasanya… Ada dua bulan aku tak habiskan quota… ee rugi plak.. bila aku pakai lebih tak plak dia cover balance yang aku tak pakai dulu. Cehh.. Sama la dengan bil Streamyx aku. Entitle for 88 hours untuk dua tahun, hmm aku tak pakai pun banyak tuh.. Setakat seminggu 8 jam adalah.. heheh. Hmm cuma bil astro yang aku tengah pertimbangkan, sama ada nak ambik package movie atau stay package sekarang, atau tukar Astro Maxx only. Hehehe dapat la aku record citer apa yang aku nak record. Yang mana lebih bagus? Kalau aku ambik movie pun, aku tak pikir aku boleh duduk rumah and menonton. Kebanyakkan cerita aku suka tengok sekali aje. Unless cerita tuh best and memang favourite. Itu keluar banyak kali kat tv pun aku bleh tengok. Tapi dengan package sekarang pun, banyak cerita yang aku tak sempat tengok. Pengguna bijak.. Hmm

Bil electric kat rumah aku, tinggi giler bulan nih, walaupun rumah aku tak pakai Air-cond, tapi ya allah banyak dari biasa.. Ini mesti aku punyer pasal.. sebelum tidur, baca buku, mag konon, lepas tuh buku yang tidurkan aku… akhirnya lampu menyala sampai pagi.. Adik aku, suka buat keje sampai pepagi buta, siang hari dia tidur malam jadi burung hantu lukis pelan bumbung… Hmm bil apa lagi.. ahh duit rumah, duit kereta. Installment kereta akan habis bulan sepuluh.. lepas nih aku akan jadi orang kaya … Muahahha… no more commitment bayar duit kereta… sayang pulak nak tukar kereta tuh dengna kereta baru.. Dalam hati.. hmm kalau dapat kereta free dari peraduan Petronas tuh.. ahhh Alhamdulillah syukur sangat… kena buat kenduri doa selamat nih.. heheh berangan tak habis-habis.. Itu pasal jerawat banyak narr atas dahi aku.

Dulu masa sekolah, sebiji jerawat pun tak tumbuh.. rimas plak aku.. bukan atas dahi je, kat pipi, kat dagu semua ada jerawat kecik2… hmm tapi aku punya style.. biarkan aje.. hehe hormon berTUKARRR… (ala2 gaban).. Muahahah i should be proud of this.. bukan selalu aku ada pimples.. heheh.. rasa cam lebih matang dari dulu.. muahahaha.. umur nak cecah 28 baru nak matang.. ? hilang akal apa..