Malam sebelum aku pergi ke Kelantan, ingat aku nak tidur awal, tapi aku pulang lewat jugak kerumah, sampai dalam kira2 jam 9pm, sampai sahaja aku terus capai kunci kereta, nak isi minyak penuh2, pasal next morning aku kena bertolak awal ke Kelantan. Kami raya di sana.. akhirnya pukul 12tghmlm jugak aku tidur. Aku kunci jam hanphone aku pukul 4am. Mujur paginya aku tersedar pukul 4am, tanpa rasa penat, tanpa rasa mengantuk. Alhamdulillah tidur aku cukup. Aku siap2, mandi, pack barang, pasal memang malam nya aku kena tidur. Tak sampat pack barang pun. So aku capai 2 pasang baju kurung, seluar panjang aku, t shirt and etc, etc. sekejap nya aku pack.. pantas.. baju aku sorang, so tak der hal kalau aku terlupa atau apa2. Alhamdulillah sumer aku dah pack.

Saturday pagi tu, aku bertolak ke Kelantan, kami bertolak kira2 jam 5.15am, dari rumah aku, aku drive ke LDP, sampai ke kepong, melalui, batu caves and terus masuk ke karak. Haiii masa pepagini lah perut aku meragam, walhal sebelum keluar rumah tadi, aku dah melepas.. hahahahah. tapi nasib baik symptom sakit perut aku sekejap.  Sampai di station Petronas paling besar dekat karak highway tuh kami berhenti unutk solat Subuh.  Kira2 dalam jam 5.50 am aku sampai kat situ.  Besar betul station Petronas tu, macam2 ada.  Kami teruskan perjalanan, pagi itu hujan, usah cakap, kadang2 lebat kadang2 renyai, lepas tuh lebat balik.. Itulah perjalanan aku sepanjang ke Kelantan ini. Walaupun pertama kali aku drive sejauh ini, tapi aku ok.. cuaca usah cakap, memang sejuk, dan jalan raya basah. wiper kereta memang tak berhanti bergerak.

Second place yang aku berenti rehat is, dekat Rehat and Rawat Gua Musang. haha Line telefon aku zero. No network terus. Kami berhenti rehat lebih kurang 1 jam, gi toilet and isi perut. Tak silap aku kami sampai di Gua Musang jam 9.50am. Kami menyambung perjalanan dalam jam 10.50am. Masa tuh baki perjalanan dalam, 200km lagi. Nasib baik pinggang aku tak meragam, Everything was so fine. Kami sampai di KB dalam jam 130pm, hujan dah kurang, tapi wiper kereta masih bergerak. Sekarang operasi aku nak pergi ke rumah kakak aku, di Beris Kubur Besar. So aku carik2, buat beberapa phone call, and akhirnya aku jumpa jugak, so far tak de la aku sesat. Aku ikut signboard, abang ipar aku kata, ikut kubang kerian, lepas tu ikut arah Pantai Irama. YEs aku jumpa. dan jalan dekat town KB sangat sibuk, mungkin ramai anak-anak dorang balik ke kampung, maklum la Raya Haji, katanya raya haji kat sini, lebih meriah dari tempat lain.

So bila dah sampai rumah kakak aku, petang tu aku tak kemana, keje aku tak de lain, tengok tv, tengok tv, habis satu movie, baru aku rehat… tidur.. zzZZzzz. Aku bangun dalam jam 530pm. mandi and activities hanya dirumah.

Hari ahad aku mak and adik aku, gi KB. Abah aku tak ikut, dia lebih suka duduk rumah tengok Astro, channel kegemaran dia Channel 6 and 70.  hhah citer tamil. Pasal bapak aku memang fasih cakap tamil. Dari rumah kakak aku, jauh jugak nak ke KB, lebih kurang 15 ke 20km, pastu plus orang2 kat ke Kelantan nih kalau bawak kete, memang tak ingat orang lain, slow giler, serius, tah apa yang dorang tengok aku pun tak tahu, lepas tuh kalau nak masuk jalan, dorang masuk tanpa tengok kereta yang datang, main masuk ajer, gunakan lorong kecemasan dengan seberapa lama yang boleh pastu cilok depan kete orang. Aku sniri tak tahu cam ner, JPJ kat sini nilai orang2 yang baru nak belajar kereta kat sini. Sangat worse. Aku plak yang risau kot terlanggar dorang, naya aku kena sumpah seranak ngan bahasa dorang yang aku memang tak faham. Orang yang bawak motor pulak satu hal. Jalan dah la kecik, lagi mau jalan tengah2, aku paham jalan kat tepi tuh macam tak selamat sangat, tapi untuk memotong motor di Jalan raya Kelantan, is macam kita nak memotong kenderaan biasa jugak. macam2 hal.

Aku round KB, kat area central nya, from Jln Sultan Ibrahim, aku masuk ke jalan Temengung, and tiba-tiba mak aku kata ” ehh nih lah tempat mak beli bahulu tu”.. ooooo okok.. ku pun carik la parking. punyer la berpusing-pusing, akhir dapat jugak. AKu masukkan sejumlah duit syiling yang banyak. Pasal aku tahu mak kau mesti lama kat pasar nih. Lepas kami beli barang skit, makan tengahari and letak barang dalam kereta, kami berjalan ke, Pasar Besar Siti Khadijah, well aku rasa dulu aku pergi tempat nih , aku rasa masih lagi bersih, tapi kali ini mengejutkan, orang2 yang berjual didalam nyer seakan dah biasa dengan kehadiran makhluk2 yang lain. Aku ingat masa mak aku membeli bahan2 untuk nak buat laksa, Aku ternampak sesuatu di bawah dulang timbunan sayur2 kat situ.. aku dah seram.. and jauhkan diri aku dari tempat tuh, aku mula la suh mak aku cepat keluar dari pasar tuh. Kemudian mak aku stop kat kedai beras, satu lagi mkhluk yang aku alergi, lipas, makcik tuh about to catch the lipas, aku yang nampak lipas tuh, memula jarak kan skit diri aku dari mak aku, lepas tuh lipas tuh terbang pulak, nasib baik aku tak menjerit, dalam pasar tuh. Tahu2 sajalah kalau orang yang namanya ekin, kalau dah jerit, memang aku rasa, boleh pekakkan telinga orang. Kadang2 aku rasa, aku tak perasan aku boleh menjerit sekuat itu. hahah bisa sakit teling orang di depan, dibelakang dan sekeliling aku. Sekali lagi aku ajak mak aku cepat beredar dari tempat tuh, haii mak cam biasa nak naik atas plak.. aku nak tak nak aku ikut gak, dalam 3 minutes lepas tuh , kami semua keluar dari pasar itu. I think pasar tuh patut di lakukan sesuatu. yang pasti lepas nih aku takkan masuk lagi. Meremang bulu roma aku tengok makhluk2 yang menjadi penghuni pasar itu, aku rasa dorang pun dah biasa ngan visitors kat situ.

oklah, got to go, kakak aku pun dah habis keje..

cau