Hujung Minggu yang …

Semalam aku pegi office sekejap, ingatkan nak siapkan sumer keje (konon), akhirnya, aku terkena virus Monday blues. Selepas 3 jam aku kat office aku rasa, “I shud not come today, s’pose I have a good rest dekat rumah. So aku browse internet itu ini sekejap tup-tup jam dah pukul 2.50pm, alamak rasa malas nak balik, Wish I cud fly home masa tuh. Penat Puasa . ahaks macam budak kecik je rasanya.

Keluar office nak dekat jam 3pm. I took the LRT and commuter, sampai sahaja kat station rumah aku tuh, I drove to SJMC, ambik kak ila, and after that to Carrrefour Subang Jaya. Tunggu anak buah kak ila from UIA,gombak. Kitaorang tunggu sekejap sahaja, dan nampak kelibat sofiah sedang berlegar kat area Domino’s Pizza. Kak Ila suggest kitaorang pegi ke pasar ramadhan di USJ 4.

Sampai dekat sana, suasana tenang, senyap tak riuh plak macam pasar ramdhan kat kawasan rumah aku. Ada lorry MPSJ lagi, Kak Ila kata dorang memang biasa ronda dekat kawasan yang ada pasar ramadhan, katanya nak pantau kebersihan kat pasar tuh. Yes, memang boleh katakan pasar tuh bersih, tapi sayang ada satu kedai nih, orang siap beratur beli kat kedai dia, tapi serving staff dia tak pakai cap/tutup kepala. Setahu aku orang yang nak serving makanan nih kena bersih, dan bertutup kepala. Aku pernah gi kursus “How to serve and serving food to customers. silap2 mamat tuh bleh kena tarik lesen dia. Btw, I bought the food from that stall, konon nak rasa, Yes memang betul sedap, no wonder orang dok beratur kat stall mamat nih. The funny things about USJ nih, is pasar ramadhan dia visited by Chinese committees. Macam dorang plak yang puasa hehehe, mm but I thought it again, we are Malaysian, we live, work and eat together. Ada satu yang aku perasan, bila lorry MPSJ tuh charlos from the pasar ramadhan to other destination, aku tengok ada sekumpulan budak2(anak yatim kot – aku memang ingat kat budak2 nih, aku cam, masa tuh dorang kat KLCC, I bought the calendar, tapi sayang calendar tuh produce by Al-Mansor, so aku akan halalkan duit itu sekiranya betul duit itu jatuh ke tangan anak yatim, kalau tak sampai itu orang berkenaan kena jawap di SANA ), cuba merayu dan meraih simpati from visitors pasar ramadhan tuh. And they are distributing a RM10 calendar, produce by AL Mansor (salah satu pertubuhan yang telah diharamkan didalam Malaysia.) mm katanya pasal pengasasnya mengamalkan ajaran sesat. Sesat bilamana bacaan dalam doa-doanya diselitkan nama entah siapa yang selain dari Allah dan rasulnya.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa gejala ajaran sesat nih jadi ikutan, walhal terang-terang dah benda tuh salah di sisi agama islam. Tapi paling kesian orang yang nak belajar agama nih, yang baru setahun jagung, kena pulak tipu dengan orang bijak menipu dan pembohong nih, Tapi satu sahaja cara kita nak belajar agama , jangan hanya pada satu guru, Kita shud refer to a variety of guru/ustaz, kalau satu jer, itu yang jadi problem, terlampau obsess dengan seseorang, itu jugak yang jadik pada pengikut Ayah Pin . Sampai hari nih aku musykil kenapa orang masih boleh cium kaki manusia biasa, yang kononnya menganggap dirinya sebagai raja pada sebuah kerajaan yang besar, walhal tiada langsung ketokohan pada diri dia. Hello people think again, ada ke pemimpin kita yang pegi majlis, lepas tuh orang salam tangan dia (siap cuim kaki plak tuh ) sambil si ketua tuh hisap rokok. Which I can say, sangat kurang ajar dan tidak hormat pada orang yang hormat pada dia.

So habis gi pasar ramadhan, aku hantar Kak ila and anak buah dia balik rumah dia di USJ 6, then I rush back to my house, Allah jalan plak jam dekat depan summit USJ. Dah lama aku tak tersekat dalam jam kat USJ nih, sebab biasa aku ajak Kak Ila tidur rumah aku. Mak dengan abah aku pun tak kisah dah dorang dah anggap kak ila macam family kitaorang jugak. Aku sampai umah kul 6.10pm.

Malam lepas berbuka, ingatkan aku dapat la nak gi masjid gi terawih, makcik plak mintak tolong aku bawak dia gi beli langsir kat Nagoya Subang Jaya. Aku cukup tak larat ikut orang pegi shopping, bukan apa, risau mood aku swing and buat dorang tak best nak shopping. Tapi kalau aku nak shopping, aku gi shopping kalau perlu dan ada barang yang betul-betul aku nak beli, kalau tak der barang nak beli memang aku tak reti nak beli. Mak aku pun nak join, mm terus lupa nak gi terawih, langsir lagi penting untuk dorang kot. But aku obey aje. Argue kang berdosa plak aku. So aku bawak la dorang pegi carik langisr yang dorang nak tuh.

Masa dorang tengah pilih langsir aku kata aku sakit mata, bukan buat-buat sakit mata, tapi memang sekarang nih aku rasa mata aku cam ada skit problem, asyik tengok computer kot. Aku risau. Better do some checking before it gets too worse.

Balik aku penat, tapi penat-penat tv aku tonton sampai kul 2.30am. Hey bila symptom gila tengok tv nih nak hilang. Aku pun tak tahu. Aku tak suka mataku rabunnn. Padan muka tengok tv lagi.

Leave a comment