Bersahur macam biasa, Roti and Tuna. Paling kelakar gas kat umah habis plak pepagi tuh. hahaha so minum ayaq putih sejuk. hehehe disebabkan aku tidur lewat semalam, dalam kul 2.30am so aku sambung balik tidur lepas sahur.. hahaha sampai kul 10am. aaahh best nyer dapat tidur pagi tuh, sejuk, hujan sekata tanpa henti, buat aku lena dalam mimpi. ceh bergurindam plak.  Sampai mak aku panggil bukan main liat nak bangun.  Jarang aku dapat tidur balik lepas subuh, biasanya mak aku melarang tidur lepas subuh nih, katanya rezeki tak masuk. Yup memang betul pun. Dah tahu tapi buat gak.. mm sekali sekala kadang-kadang syok gak tidur balik. ahaks..

Pepagi lagi mak dah ajak aku gi hospital katanya Kak muda(cousin aku yang bernama Muhamadiah Begum Bt A Majid Khan – pak majid nih kira pak sedara aku) aku demam denggi  (critical) kat GH, mula-mula aku rasa berkeras tak mau pegi bawak mak ngan abah aku, bukan apa, pasal aku masih atas katil, so malas tu masih bersisa. sungguh. Tapi lepas aku mandi everything back to normal, aku bersemangat nak gi. Pasal sunddenly aku realized, this is good visit, i must go nak pulak bulan puasa.

So i went there, i thought my cousin was in CCU, tapi bila sampai sana aku jumpa ngan adik ipar dia, saying that the situation is critical, she’s in ICU, i was shocked. dalam hati aku, “nasib baik aku datang”. Jam 12.30pm baru pihak hospital bukak pintu untuk para pelawat, ramai orang. Kak muda ada kat level 3. Actually pak majid nih is abang abah aku, bapak sama tapi mak lain-lain. Atuk aku orang pakistan dulu, sebelum datang malaya dia kahwin orang india kat sana, pastu datang kat Tanah Melayu nih, kahwin dua kali, seorang meninggal, sorang lagi opah aku sekarang. yang sorang tu atuk aku kahwin orang india muslim, so tak mustahil bapak aku fasih cakap tamil. Tapi sayang ilmu tuh tak sampai kat aku. Tapi keluarga pak majid nih, memang sumer nampak macam orang hindu/india, so semalam aku berjumpa dengan ramai saudara mara aku yang berlainan agama dan bangsa namun kami masih satu keluarga. And antara reramai saudara aku nih dorang cakap tamil , which aku memang tak faham. skit-skit ayat-ayat simple tuh aku rasa aku boleh lagi, abah pulak tak jadi pegi, pasal abah aku masih tak sihat batuk kuat yang belum elok, kalau ada abah aku sure dia join the conversations and bleh jadi aku nyer translator.

Bilik ICU yang bleh masuk 2 orang ajer. So aku masuk ngan mak aku. Wayar berselirat di tangan dan kakinya, kesian aku tengok, untuk bercakap jauh sekali, sedar pun tidak, Asal sedar sahaja sure kak muda panggil nama anak-anak dia, aku sebak. Dah lama aku tak jumpa dia. rasa rindu dengan gelak, gurau senda dia. doktor kata at this moment the virus dah attacked liver dia ngan peparu dia. Which yang sampai dia tak boleh breath as usual. Air jangan cakap, badan-badannya kembung , perut dia, aku rasa banyak air. Pasal badan dia memang dah tak bleh accept any water anymore. Ya allah selamatkan dia, panjangkan usianya, dia ada anak, and she is a good person and a good bos to all her staff.

Maknya asyik menangis, hingga kan setiap orang yang datang dia kan menitiskan air mata. Hati ibu mana yang tidak keluh kesah bila melihat anak kesayangan terlantar mintak pertolongan tapi tak der apa yang boleh di lakukan kecuali Doa seorang ibu yang seringkali menjadi “magic” dalam hidup manusia. So obey ur mum. That is the best ever you can do in your life.

Lama jugak aku kat situ, dalam kul 2 baru aku balik rumah. Mak, adik ngan makcik aku sibuk suruh aku drop dorang kat Jln Masjid India, sorrylah aku tak larat so aku bawak dorang balik. Entah apa pasal kebelakangan nih aku kerap penat yang teramat pasal puasa ke atau pasal diet yang aku teruskan. Makcik kata, kawan-kawan kata badan aku betul-betul susut. dah tak nampak cam hari tuh. Hooyeeee..  Cuma mak aku bising katanya muka aku pucat. whateverlah, nanti dah stable dan mencapai weight yang aku nak, and i will change my gear. Don’t worry mum. Luv u.