Senyap sunyi, hening, sejuk, ketaq kepala lutut, tiada bunyi azan, ooo berbuka pukul 7.00pm, aku refer to the intranet page kat office aku.. Aku terpaksa berbuka dalam office, sorang-sorang, sedangkan orang lain syok-syok balik awal, makan bersama keluarga. Image mm tak bestnya. Aku hanya menyungah kekacang yang baru di bawa balik dari Mekkah, yang di beri Kak Nad, dia yang baru balik Umrah, no drink, pasal aku malas nak capai mug yang dah kusimpan dalam drawer due to fasting month. Makan kekacang dan kismis plus kurma, aku berjalan menuju ke bilik sembahyang yang kelam tak berlampu. Macam nilah suasana berbuka di tingkat 59 tower 1, walaupun tinggi namun tidak lah sehebat KL tower, ada restoran berpusing lagi.. arrgghh tension betul berbuka kat sini. Orang kata berbuka kat sana best. Tapi aku tak pernah lagi makan kat situ. Kawan aku pernah gi ngan “boyfriend” dia.. mm tapi sayang sekarang dia dah putus ngan “boyfriend” dia. Becoz, that guy gatal dengan pompuan lain.. isk isk kesian betul jadi perempuan.

Lepas sembahyang ajer aku terus sambung keje skit and pack barang untuk balik rumah. Terbayangkan jantung pisang rebus yang mak aku masak untuk berbuka malam ni. uikkk sedap nya makan dengan sambal belacan.. waaa walla. Kalau boleh nak terbang balik cepat-cepat.

Aku sampai rumah jam 8.30pm, mak ngan abah tak der, dorang pegi masjid, so aku masuk rumah, terus dengan pelahapnya makan, sup sayur aku (timun siam), jangtung pisang rebus dengan sambal belacan and seketul ayam goreng. No nasi. hehehe. sambil tengok VCD CT @RAH lagi. Ahaks…

Semalam aku tidur awal skit, lepas mandi buat exercise skit and sit-up pastu tidur, pasal tak mau ngantuk esoknya, kerja pun berlambak lagi. mintak-mintak hari nih aku boleh balik awal. amin.