Salam to all.. Alhamdulillah, again we’ve in a holy month of Ramadan. Bulan penuh keberkatan.. Excited nak berpuasa on the first day of ramadan.. dalam kepala dah fikir menu apa yang nak di cuba buat.. hmm

Makan makan jugak.. i decided to cut down my carb intake.. hmm aku dah start..today my meals for lunch and dinner are sandwiches made of lettuce, broccoli, china cabbage, slice of cheese, cucumber, egg, onion and fresh red chili. Hmm alhamdulillah. Tapi menu yang aku pikir nak buat for buka puasa is.. menu favorite mak. Mak dah lama nak makan chicken chop.. hmm thought nak buat esok. Ahaks.. kalau dapat buat brown sauce sniri lagi bagus.. Cuma kena carik herbs nya..hmm kak ila kata she want to helps me.. aku bukan reti sangat masak-masak nih.. makan ok la.. ihiks. (belum dapat diploma..– ngada2 masak pun nak ada cert ke?). Itu untuk mak and abah.. for me just a simple one pun dah ok.. aku with my different taste of sandwiches.. hehe

Saturday pagi is hari aku pi pyhsiotherapy kat SJMC. this time mak and kak ila temankan aku.. hmm abah lepak kat rumah tengok tv and breakfast lepas balik dari surau.. Mak nak joint katanya nak pi tengok langsir… So pagi tuh about 0900 am kami keluar.. pegi breakfast kat McDonald’ SS15 Subang Jaya. Tempat lepak biasa yang best untuk lepak2. Mentang2 Isnin puasa.. hahaha. Lepas breakfast, kami ke SJMC… kak ila drop off aku kat area emergency and aku, mak and hidayah naik ke tingkat satu. physiotheraphy kat sini dah di gelar dengan nama Rehab services. hmm.. tak silap aku dorang letak nama baru.. dulu nama lain.. Macam biasa physiotherapist tuh lekat kan some sort like rubber pump kat belakang aku and ada urutan ala2 kerusi urut Gintell kat umah kakak aku. Rasa sengal lepas aku buat benda nih.. continued with apa benda machine aku tak tahu..  machine yang di gunakan untuk menarik my lower abdomen sambil baca magazine Newsweek yang isinya ala2 menarik untuk di baca sambil berbaring. makin lama makin berat plak benda nih.. But from day to day.. aku rasa my back is getting better. Alhamdulillah. Aku dah boleh duduk and lurus kan kaki.. and almost.. skit lagi i can touch my toe without any paint… fuhh.. lega..

Dari SJMC kami ke Carrefour Subang Jaya. hmm mula2 aku temankan kak ila buat kaca mata baru. later aku ambik kunci kereta dari kak ila and ambik abah dekat rumah. Kami nak pi makan kat bt 3 shah alam. Jam dah 1345 bila aku sampai rumah. Abah dah bersiap dengan baju putih pagoda,berkopiah, berseluar and aku pimpim abah ke kereta. Hari nak hujan. Aku drive ke Carrefour, Mak, kak ila and hidayah menunggu depan Domino Pizza and aku drove ke Batu 3. Betul2 sampai dekat kedai makan tuh.. hujan turun dengan lebat. Abah enjoy makan sup tulang.. mak, aku and kak ila enjoy makan kerabu mangga.. hmm lama dah tak makan kerabu mangga.. nyum nyumm.. Lepas makan kami drive balik ke rumah, on the way balik, singgah bank, bank in duit untuk Fatihah and terus balik rumah. Jam dah pukul 3pm. Aduss belum solat lagi. Sampai umah, salin baju masuk bilik air and solat. Mak kata petang nak keluar lagi.. nak beli bekas makanan.. untuk nasi lemak esok pagi.

Sunday morning. lepas solat subuh aku keluar dari bilik.. mak dah siap masak beberapa periuk nasi with Nasi Lemak katanya untuk di edar kepada jiran2.. Aku duduk mengadap nasi lemak yang memang i tell you sedap.. panas.. baunya ya allah godaan.. Aku sekadar menolong menyendukkan nasi and pack into lunch boxes sambil tengok perarakan merdeka parade kat TV… Mak isikan sambal, timun and telur.. Waa.. aku rasa mesti orang suka makan nasi lemak mak aku. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah (hmm form 4 and 5).. hmm masa tuh mak aku masih berniaga suka-suka jual nasi lemak.. and tugas aku hari2.. is buat sambal nasi lemak.. (waahh can u imagine.. i can made a good sambal nasi lemak.. dulu laa.. sekarang? ahaks.. entah2 sambal tuh jadik hangit..my skills all gone) apa2pun itu recepi mak.. aku hanya. ikut ajer. orang puji babe sambal tuh sedap. ahaks.. (cam tak caya je).

After zohor, actually mak ajak aku pi carrefour lagi. semalam dia lupa bawak kain sample. Aku rasa malas nak pi, kebetulan sedara aku, Ayong nak pi sana ngan mak nyer. So mak follow ayong and her mum. Mak aku and mak Ayong memang best friend.. so tak hairanlah dorang sampai rumah almost 530. Waa seronoknya mak aku pi shopping. Kadang-kadang aku yang tak larat ikut mak pi shopping.. hehhe..

Magrib, aku masuk bilik air and mandi..bersiap solat and duduk depan tv. nak tunggu announcement berpuasa. Once aired, aku sarong telekung and berjalan ke surau berdekatan. hari nih tak lah ramai sangat kat surau.. hmm esok malam sure ramai..

Can’t wait for tomorrow. Seronok nak sambut puasa dari beraya aku rasa.. seronoknya raya pun sekadar 2  atau 3 hari.. tapi puasa.. sebulan.. lebih seronok. auranya lebih terasa.. rasanya kalau keluar malam pun ala2.. syaitan semua hilang. is it.? hehe whatever it is.. hati-hati selalu u ols..