I am currently at my house in Petaling Jaya. Abah, mak aku and adik.. Banyak betul bunyi mercun dekat sini.. non stop dari lepas waktu magrib tadi.. Our current activity: masukkan duit dalam sampul duit…

Duit raya

Dekat kawasan umah aku nih tak dak activity berkumpulan bertadbir dari umah ke rumah.. itu if ada kat ipoh ada laa.. walaupun surau dekat sangat.. mak aku kata kawasan umah aku mcm kat mekah.. tiap kali azan.. sahut menyahut dari satu surau ke surau lain.. Abah pun dok batuk kuat and mak alhamdulillah sedikit pulih dari sakit kaki.. gara-gara terjatuh tersadung kaki.. Mungkin esok kami semua akan solat raya kat masjid darul ehsan Taman Medan… pastu pi rumah nenek sedara kat block sebelah.. and will proceed lawat nenek and atuk sedara kat Section 6 Shah Alam..

Balik Ipoh? yup probably.. anak2 sedara aku yang kat puncak alam.. sibuk tanya nenek balik ipoh atau tidak.. if nenek balik ipoh. so family kakak aku kat puncak alam pun akan turun ke ipoh.. pastu ada sedara kahwin on third raya kat kg gajah. Maybe monday boleh balik ke PJ.. otherwise.. dari ipoh terus turun ke melaka… ada sepupu aku pulakk yg muda belia tiba2 jatuh sakit.. kesian betul..

Akhir kata, dengan pemergian ramadhan yang penuh rahmat.. di harap hikmat diantaranya dapat dimanfaatkan sebaiknya. Dengan harapan.. semoga segala ibadah, amalan, sadaqah mendapat redha allah, di berkati usia sehingga ke ramadhan yang akan datang.. Selamat Menyambut Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir batin..