Just want to share this article.. because i found it very simple, informative and probably can helps us to improve our ibadah.. hmm perhaps and Insya Allah..  Thanks Syura.. Thank you for sharing.. Sharing is caring.🙂

(Artikel ini telah disiarkan di Majalah Milenia Muslim keluaran November 2007)

Ajaran agama yang paling penting untuk dipelajari dan diajarkan kepada orang lain ialah solat. Hal itu antara lain pernah ditegaskan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis sahih, Aku didatangi Jibril a.s pada awal-awal turunnya wahyu kepada ku. Ia mengajarku wuduk dan solat.

Atas dasar itulah, maka setiap orang yang baru memeluk Islam atau bagi Muslim yang pernah terlanjur berbuat dosa diwajibkan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam dan lebih khusus lagi dalam hal solat. Mereka hendaklah mengetahui ajaran solat sebagaimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw yang juga diikuti oleh para sahabat baginda. Rasulullah saw berpesan, Tunaikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.

Solat mendidik manusia untuk menjadi orang yang prihatin terhadap akhlaknya. Setiap Muslim yang selalu mendirikan solat akan menjadi manusia yang paling baik akhlaknya kerana ia merupakan perintah agama dan manifestasi daripada solat itu sendiri. Ketika dalam pergaulan sesama manusia, dia hendaklah berlemah lembut, penuh toleransi dan selalu tampil sebagai orang yang mempunyai sifat-sifat terpuji. Oleh yang demikian, ketika bergaul dengan orang lain dia bagaikan bunga mekar yang harum semerbak indah, lembut, penyayang serta tidak sombong.

Tidak perlu diragukan lagi keutamaan dan kemuliaan akhlak yang baik. Akhlak yang baik wajib dimiliki oleh setiap individu muslim yang mengaku sebagai Mukmin dan Muslim dan yang mengerjakan solat, baik lelaki mahu pun perempuan. Nabi Muhammad saw mendapat pujian dan sanjungan dari Allah SWT kerana mempunyai akhlak yang terpuji melalui firmanNya yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung (QS 68:4).

Mengenai kepentingan dan kemuliaan akhlak itu, Rasulullah saw banyak mengutarakannya kepada umat. Antaranya ialah sabda nabi yang bermaksud: Kebanyakan yang memasukkan seseorang ke dalam syurga adalah ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang baik. Sayyidina Usamah r.a berkata, Kami bertanya, Wahai Rasulullah, apakah pemberian yang paling baik yang diberikan kepada manusia? Rasulullah menjawab, Akhlak yang baik. Pada hadis lain disebutkan bahawa nabi bersabda yang bermaksud, Aku diutus hanya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Kemudian Rasulullah saw menegaskan, Sesuatu yang paling memberatkan timbangan kebaikan adalah akhlak yang baik.

Rasulullah saw sendiri dengan penuh kerendahan hati dan penuh kesungguhan, selalu bermohon kepada Allah SWT supaya dihiasi dengan akhlak mulia dan terpuji. Dalam suatu doa contohnya, baginda berkata, Ya Allah, baikkanlah badan ku dan akhlak ku.â Dan pada kesempatan lain baginda berdoa, Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang buruk dan mungkar.

Saâd bin Hisyam mengatakan, Aku pernah datang kepada Aâisyah r.a, dan bertanya kepadanya tentang akhlak Rasulullah saw. Aisyah menjawab, Tidakkah engkau (pernah) membaca Al-Quran?Aku menjawab, Tentulah aku pernah. Akhlak Rasulullah saw adalah Al-Quran, jawab Aâisyah r.a.â

Islam melarang perbuatan dan perilaku yang tidak baik; sama ada itu merupakan perbuatan buruk, mahupun perbuatan yang mungkar. Nabi muhammad saw bersabda kepada Aâisyah r.a.a. Hendaklah engkau berlemah lembut dan jauhilah olehmu sikap kasar dan perkataan buruk.

Pada kesempatan lain Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada setiap orang yang kasar, keras hati dan sombong, suka berteriak dengan keras di pasar, pandai dalam urusan keduniaan tetapi bodoh dalam urusan keakhiratan. Dalam hadis lain Rasulullah saw menyatakan, Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang suka melakukan perbuatan keji dan buruk akhlaknya.