Happy Dewali.. seronoknya cuti panjang… Saturday aku pi post office berdekatan renew road tax dengan kak ila. So dapat lah duit rebet yang orang-orang dok cakapkan itu.. tanpa buat apa2 aku dapat extra rm600.. macam dapat duit raya pulak.. Habis urusan.. aku and kak ila lepak sat kat McDonald’s. Habis urusan aku lepak dekat rumah ajer..

Sunday morning.. aku pi bawak mak ke market berdekatan.. (hmm teringat lagu sunday morning by No Doubt.. Best). Sepupu aku kebetulan ada kat umah aku, since kursus induksinya kat Nilai.. Banyak la yang kami sembang sejak semalam. Katanya nak beli notebook.. nak pi low yatt katanya..

Morning at 0900, aku hantar makcik and pakcik aku yang datang dari Ipoh nak pi shopping kat Masjid India. Aku pun hantar dorang kat nearest LRT station. Dari Taman jaya terus ke Masjid India station.. dekat je. Aku tak lalu la nak pi ikut sekali shopping ngan makcik2 aku.. sebab dah habis raya pun. Aku, cousin aku, Fidah and adik pergi ke MPH wareshouse sales kat sec 13, Petaling Jaya. Lama aku dekat sini.. and i bought several books yang belum pernah baca and yang dah pernah baca pun aku beli. Saja untuk collection.. antaranya..buku2 untuk anak2 buah aku.. and tak lupa untuk anak angkat aku, Hidayah. hehehe. Banyak sangat buku.. wish that one day rumah aku akan ada library sniri.. bilik bacaan yang banyak buku.. hmm best nyer.

Lepas habis shopping kat sec 13, aku drive ke digital mall at sec 14. hmm macam malas nak pi low yatt. Jauh.. pastu kena menempuh traffic dekat KL. Malas.. Survey punyer survey jumpalah satu kedai yang bagi harga best sangat.. layan pun layan.. kami bagi deposit and charlos carik tempat nak solat.. adoi.. biasanya bangunan yang canggih dengan technology nih selalu nya memang tak dak surau. Orang-orang cleaner pun aku tanya.. hmm macam blur. Adik aku kata.. ikut kebiasaan setiap bangunan yang dibina should consider (kind of a must) to set up satu bilik sembahyang. tapi nampaknya bangunan digital mall nih.. tak der allocation untuk bilik kecil itu. So siapa punya keje yang approved nih.. (sniri mau ingat).kami keluar dari digital mall.. berjalan arah dry market.. aku masuk la satu kedai kek.. hmm mamat yang aku tanya jawap go to nearest masjid. Memang aku boleh nampak masjid dekat situ.. tapi nak berjalan waktu panas nih.. aduhh cukup mencabar.. kami keluar dari kedai kek.. dengan tujuan nak carik kat bangunan across the road. Akhirnya budak itu memanggil kami and katanya ada bilik sembahyang dekat dalam pasar. Fuh nasib baik la aku tak perlu nak menapak ke masjid.. alhamdulillah.

Habis solat kami menapak ke bangunan seberang jalan.. kind of bangunan baru ala2 shoppin complex gak. Kami belum makan tengahari. Jam dah kul 1540. Jalan punya jalan, kami masuk satu restaurant, nama nyer cozy corner. Makanan best gak.. tidaklah mengecewakan.. aku enjoy makan ginger keuh tiow dengan mango pudding.. hmm yummy. Selasai makan kami berjalan ke Digital mall lagi. Nak ambik notebook yang dah beres di install with OS. Jam 1800 kami dah dalam kereta.. Memandu balik. After 15 minutes kami sampai rumah. Itulah yang bestnya kalau pi shopping dekat2 nih.. tak la penat memandu. ihiks.

Malamnya kawan2 sekolah aku datang beraya, tak lah ramai tiga orang yang tunjuk muka.. kebetulan dorang nak datang umah abai.. tapi abai tak dak.. so Pudin, Sue and Emy yang datang.. seronok gak lama tak sembang dengan dorang.. aku hanya hidangkan mee goreng, kuih raya and minuman sejuk and panas… Jam 2300 dorang keluar dari rumah aku. Thank you sebab menyinggah.. seronok bila kawan-kawan datang rumah.. sembang2 and gossip2.šŸ˜‰. Kawan-kawan aku dah balik aku menyambung kerja membalut buku-buku yang aku baru beli.. hmm sayangnya.. the best collections..