First Syawal, 1429H.

Seawal sebelum fajar menyinsing, aku dah bangun.. Solat subuh and mandi sunat aidilfitri and bersiap untuk ke masjid. Abah and bro-in-law, pi ke nearest surau dekat rumah. While mak, adik and me bersiap ke masjid dekat kawasan rumah. Well, i need to drive my car to the masjid. Solat sunat Aidilfitri lebih kurang 830am or a bit later than that.. Aku tak tengok jam. Lepas mandi sibuk keringkan rambut dengan hair dryer and grab telekung terus ke masjid. Lucky me.. baju raya yang aku beli siap tak perlu nak mengosok banyak.. Sonang kojo den.🙂. kak li and anak-anaknya bersiap dekat rumah and hidangkan makanan after solat aidilfitri.

Solat sunat dua rakaat, dengan takbir di setiap rakaat sebanyak 7 dan 5 kali ini.. hanya 2 kali setahun je dalam calendar Islam.. Hmm rebut la peluang selagi ada ruang untuk solat dua nih.. kalau mati esok2.. hmm memang lah dah tak dapat merasa lagi.. Di ikuti dengan 2 khutbah after solat. habis solat i drove home and we all gathered dekat rumah. Aku sampai dulu dari abah and abang ipar yang hanya bersolat dekat surau berdekatan. Habis sessi solat, kami breakfast and makan pagi sama2. sessi mintak maaf and sessi bagi duit raya. Actually trend mintak maaf masa raya nih.. aku probably dah biasa.. hmm atau mungkin sebab aku.. aku senang nak mintak maaf kot.. or aku selalu buat silap dengan mak and abah.. hmmm (sniri mau ingat la ekin).

kenangan raya.. bersama kak sila and family. Miss them so much..
kenangan raya.. bersama kak sila and family. Miss them so much..

Jam 1030, received phone call dari jiran yang juga sedara aku. Pi la visit and beraya kat umah dorang.. Hampir ke noon, kami bertolak ke rumah makcik dekat Bdr Tun Razak. Nenek sedara paksu and mak sedara semua dekat sana, since my second cousin baru delivered new baby.. so makcik aku pun tak balik kampung. Hmm rumah makcik aku yang sememangnya bukan rumah kampung, just rumah teres kat bandar.. hmm raya cam gitu-gitu je.. I really miss kuih chang.. Kawan-kawan kat office aku seakan mengejek aku yang tak dak kampung (sodih den).. hmm terbayang aku gambar2 kampung dalam imaginasi aku (berangan lagi!!).. rumah kampung tengah bendang, ada sungai.. hmm plus daun pokok kelapa yang melambai and beralun di tiup angin dan menyapu tetingkap rumah.. it reminds me of Ecah punyer kampung. Hmm somewhere in manong kuala kangsar.. I went there for a short vacation during my sem break..hmm best ada sungai jernih (anak sungai i guess) kat belakang rumah.. best.. aku siap mandi lagi.. selamba giler aku kat kampung orang.. kat rumah orang.. Aku dah tak pedulik la orang nak kata apa.. asalkan aku happy.. Hmm masa tuh arwah bapak ecah pun masih ada.. bapak ecah kelakar.. mak ecah pun baik. Seronok bila betul2 ada kat kampung.. Ecah bawak aku ronda naik motor round kampung.. best (aku bukan reti bawak motor pun. Berbahagia la korang yang ada kampung yg betul2 kampung). kampung abah aku kat ipoh tuh pun.. hmm haram laa rupa kampung.. just about less than a kilometer.. udah ada tesco baru bukak kat kampung ipoh aku.. (kampung ka  tuh?)

Habis beraya dekat rumah makcik kat Tmn Jaya, Cheras kami balik umah.. lepak rumah. hmm menonton tv pun.. tak berapa nak enjoy.. lebih enjoy sembang2 and makan kuih raya..