Pada mulanya aku tak cuti raya.. entah apa mimpi, semalam orang office call aku when i was away from my office. A leave on Friday the third hari raya was approved (tapi aku still stanby gak).. Horeyyy.. tak perlu laa aku nak bercerita and merayu mintak cuti… hmm termakbul cuti aku dengan sendiri. ahaks. Alhamdulillah.🙂

Friday, i was on half day leave. Nak balik Ipoh. 1230 aku dah keluar office. Terus ke carrefour, tunggu kak ila. Ila pun habis keje jam 1300. Temankan kan kak ila ambik kaca mata barunya, and beli apa2 yang patut untuk di baw balik ke Ipoh. Sampai rumah dalam jam 1415. Abah belum balik dari Masjid. Aku nap sekejap untuk menghilangkan mengantuk ketika pemanduan for 20 minutes, kemudian mandi and solat zohor. Dalam jam 1530 kami bertolak. Convoy dengan kak ila. Waahh kereta banyaknya di jalan.. lorry and treler besar2. Kereta aku berpisah, semasa di R&R Tapah, dah bye bye and hugs hidayah kami teruskan perjalanan. Aku tiba di rumah kakak sulong aku jam 615.

Buka puasa kakak aku memang tak dan nak masak after work. Abang ipar aku dok borong macam-macam lauk pauk dari pasar ramadan.. After magrib, mak, abah and aku pi surau berdekatan dengan menaiki kereta, selepas terawikh, ada tazkirah and after that, sebelum balik ke rumah kakak, kami singgah rumah makcik, menjenguh opah.

Saturday mak dah ada planned dia.. lepas sahur aku tidur until 830am, jam 0900am aku and mak ambik makcik aku dekat rumahnya and sama2 ke jalan Kuala Kangsar. Dari seawal pagi kami di kedai bunga sampai ke tengahari. Mak and aku dok carik bunga apa yang sesuai untuk gubahan kat rumah.. hmm aku pilih bunga kayu, di perbuat dari kayu, cantik gak.. Mak yang suka bunga2 nih, aku tolong gubah skit skit yang mana aku rasa boleh gubah.. hmm kamibeli bunga untuk pasu besar, bunga untuk dinding and bunga untuk table top kat dapur.. aaaa banyaknya bunga.. Petang aku berbuka puasa dekat rumah kakak.. Menunya kami sama2 buat dadih, pecal yang best and lauk sambal ayam buatan tangan kak li.. hmm best sangatt.. nyummy. After berbuka, kami pi ke surau untuk terawikh.

Sunday, hahha seharian aku menghabiskan waktu dengan tidur (giler aku rasa).. about 3 aku mandi, and terus ke rumah makcik. Hari nih kami berbuka dekat sini, at the same time, makcik aku tengah prepared lauk pauk untuk moreh dekat surau. Meriah jugak buat juadah untuk orang berpuasa nih.. macam2 ada. berbuka hari ini, aku terlebih makan nasi pulak.. mujur ok masih dalam kawalan.. I just can’t resist a nice sambal belacan.. hmm kaww.. After berbuka, aku hantar fatihah ke rumah sewanya somewhere in Tmn Cempaka.. Inilah first time aku hantar fatihah sejak dia mula belajar dekat Poly Ungku Omar.

Monday morning, aku masih di Ipoh. hmm kami bertolak dalam jam 0930 lepas kesemua anak2 buah aku pi sekolah. Dalam perjalanan balik, semasa di kawasan Tg Malim, aku received one sms. Paklong dekat seremban sakit and warded to Hospital seremban. Aku meneruskan perjalanan ke seremban. Tak keluar dari highway pun since Simpang Pulai sampai la ke tol Port Dickson. Dari tol PortDickson, aku terus ke arah bandar seremban, melalui fly over baru and less than 5 minutes dah sampai hospital seremban. Aku sampai dekat hospital betul2 jam 1300. Memang waktu melawat. Setibanya dekat hospital, ramai pulak pak sedara and mak sedara lain dekat situ…  condition pak long pun lebih teruk dari selalu😦. Pak Long ada lelah yang teruk dengan macine besar dekat sebelah.. Alhamdulillah pak long masih sedar cuma kesian tengok pak long bila dia menarik nafas… hmm sakitnya aku rasa. Harap-harap2 pak long cepat sihat. At 1400, mak, abah and aku excused untuk balik ke Petaling Jaya. Because petang nih at 1800 aku ada class. Jam 1515 aku sampai rumah. Angkat barang cepat2, solat, salin baju and tidur supaya aku tak terlalu penat dalam class. Jam 5 aku bangun, mandi, solat and terus siap ke class. hah.. mak dah siapkan makanan berbuka untuk aku, toasted bread, fried egg, nuggets, honeydew and air cincau kegemaran. haa thank you so much… sangat senang aku nak berbuka tak perlu laa aku makan kat kedai yang servicenya entah macam mana.. foodnya belum tentu menyelerakan. Class habis 2130. It’s a test.. ok la buat ayat2 report kan.. insya allah ok.🙂