Hujung minggu yang aku boleh tafsirkan sebagai paling sambil lewa… aku betul2 free and tak buat apa2. Kecederaaan mengakibatkan aku tidak boleh bergerak aktif. hmm esok appointment with doctor kat SJMC dah set. aku pun dah apply cuti awal2.. supaya tidak menyusahkan kawan-kawan dekat office. Insya allah ada masa.. habis rawatan aku.. aku akan singgah ke office. Serba salah pulak aku.. since aku yang menjadi kaki and tangan Inaz yang sedang bercuti kahwin dekat Balik Pulau, Penang. Selamat Pengantin baru Inaz.🙂 . Wishing you all the best and cherish with happiness for your brand new life.

Petang tadi.. setelah sekian lama, tak berconference dengan kakak aku.. Kami sekeluarga berweb-cam online MY-NZ. RIndunya dekat orang sana. Muka Kakak aku bertambah bulat.. Mak kata dah macam muka aku. Muahahah. Kakak aku yang baru keguguran kandungannya yang berusia dua bulan telah di nasihatkan oleh mak.. untuk berpantang.. Hmm aku tak tahu pulak.. orang keguguran pun kena berpantang.. ihiks. Tapi kakak aku jenis.. selamba. Dulu masa kakak aku lahirkan Mikhael.. after 8 days dah keluar berjalan pegi berhari raya sekitar kota London. Walau di tegah.. hmm tak jalan gak kakak aku nih..

Rupa Misya and Mikhael.. makin lain dan makin mature pulak aku tengok.. Mikhael tak habis2 cerita pasal sekolahnya, online gamenya and perkara mengarut yang dia habiskan dengan adik. Hampir sejam kami online and webcam.. terubat rindu mak and abah. Adik aku kata Mihkael dok bercakap omputih di corong speaker… agak kelu bila nak bertutur dalam bahasa.. same goes to misya.. Misya Joe ikut slang New Zealanders. And Mikhael sound a bit jelaous, when i told him that i’m learning Mandarin.. Katanya dia dah lupa. i asked him..” Mikhael buleh kecek Kelate dok?”.. hehe he replied. ” skit skit..”

Habis conference, aku, adik and Hidayah drove to SJMC. Ambik Ibu Hidayah. Hidayah happy sangat bila aku bawak dia jalan-jalan waktu petang.. Seronok, walaupun sekajap sangat. Thought nak bawak Hidayah jalan dekat Taman Tasik Subang Jaya.. hmm kesihatan ku tak berapa mengizinkan. Probably lain kali. Mak pun terpaksa menunda tuntutan nak pi shopping skit untuk raya hari lain.. tergendala..