Dari minggu lepas, weekdays, aku tak berapa sihat.. sekejap demam sekejap ok. diarrhea and gastric.. macam-macam. La nih aku kena selesema pulak.. mungkin sebab.. bilik training yang aku duduk untuk dua hari tuh tak berapa bersih. (Dia yang tak reti jaga kesihatan.. benda lain plak nak di salahkan🙂 )

Well.. on the first day.. memang la aku tak perasan.. bilik berair-cond kan… Tapi yang aku perasan masa pi solat kat surau tingkat basement 1. Yang peliknyer tapak kaki aku hitam giler… Aik.. apsal nih ? nak kata kasut aku yang turun warna.. kasut HP nih dah lama aku pakai.. tak pernah plak keluar warna hitam cam nih.. Lepas keluar dari bilik sembahyang baru la aku teringat. Masa dalam class, aku nih fesyen suka bukak kasut.. berjalan dalam class dengan kaki ayam.. suka bersila, bersimpuh, or lipat satu kaki masa duduk kat kerusi… Sahih..

Hari kedua.. aku dah mula bersin.. aku test kaki aku kat atas carpet bilik training nih.. Ya allah sahih.. habuk kekal atas carpet yang memang takkan nampak dengan naked eyes.. aku start bersin sepanjang class. Hidung mula berair.. suara makin tenggelam, serak, sengau, hidung aku rasa gatal and macam-macam lagi. Aku dengan selamba nyer letak comment dalam survey sheet. “This carpet, need to be cleaned and vacuum.” hahaha siap letak nama aku terang-terang, dengan nama company sekali. (Whatever ekin..)

Apa2 pun, training Excel 2007 level intermediate and advanced tuh sangat menarik.. Aku suka… lepas nih aku nak pi training data mining pulak..

Hari nih.. kat office, inaz balik half day.. Tak sihat katanya. Aku dengan selesema.. suara maha serak and sexy, hidung berair.. masih dekat office. Lepas nih ada plan baik Asri nak bagi aku.. hmm aku tak sabar nak tahu. Lunch hour aku pi lunch ngan kak ila. kak ila masuk kerja 0600am hari nih. So about 1330pm aku ajak kak ila keluar lunch @ Carrefour Subang Jaya. lepas lunch aku hantar kak ila balik ke SJMC and aku terus ke office. Boss aku mintak fetch her kat Pusat Service Perodua kat Glenmarie. Aku ambik Rahimah @1500, by 1530 aku dah sampai office. Prepared few more slides for today’s meeting, sebelum aku hantar to my boss and orang-orang kat penang.

Before balik, Rahimah panggil aku masuk bilik dia. Tengah dok discussed, Asri joined in. There is another task or should i say, new assignment for me. Hmm.. tak tahu la aku nak ambik keje nih ke tak.. rahimah asked me to think about it.. over this weekend.. hmm kerjanya ala2 persuade orang.. Ee pandai ke aku persuade orang.. ? Apsal boss aku kata.. aku boleh buat, base on my previous job and experienced.. ee aku rasa.. aku la orang yang tak pandai nak memujuk orang.. Hmm perhaps customer or dengan client ok kot?.. She said that i have a potential.. the best thing about this is.. the bigger ‘fish’ you persuaded.. the more money/commission on my pay cheque.. (Waa serious aku tak pernah buat benda2 nih – WARNING: kerja ini adalah halal yee) But there are few things that i need to highlight… (boleh ke aku buat conditions sniri?)..hmm i need this answer from her.

Desired… do i have this?

Keluar dari office @1715, aku drove to UiTM Puncak Perdana. Ada class ganti hari nih.. @1805 aku sampai. Solat asar, pastu terus masuk class. Class was until 1955. Straight to prayer room for magrib prayer and lepas tuh aku balik umah.