Hurey… esok Friday.. hmm best kalau dapat pi TGI Friday kat subang parade.. bleh layan makan salad. (hmm i so miss the salads..)

Hari nih selamba aku balik awal.. kul 1708 aku dah charlos.. hm takder hati nak stay lebih lama. Keje aku pun nampak gaya beres. Since guard house pun dah call to remove car, aku terus turun, drove to Petaling Jaya Community Library.. Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam.. If minggu depan aku hantar.. aku dah start class malam. Jadual masih samar2, tapi yang pasti, class aku hanya untuk 4 malam sahaja.. at least ada satu malam aku free. Unlike sem1.. hari2 ada class. Sungguh mencabar. Dengan keadaan cuaca yang panas sejuk.. hujan lebat lewat petang.. semua itu dugaan.

Dari Office aku ke Pj, tak lah jauh sangat, melalui jalan Lebuhraya persekutuan yang masih clear dan tidak sesak.. About 15 minutes aku sampai. Dekat kaunter, aku jumpa kawan lama. She worked here for the past 3 years tak silap aku. Hmm tapi yang sedih nyer sampai la nih aku tak ingat nama dia…(oo.. so sorry) Tapi kawan aku tuh ingat nama aku.. (mulut aku pulak macam kelu nak tanya..” nama awak apa yek?”) bengong ko ekin.. Lepas pulangkan buku aku pi ladies.. Pastu aku singgah dekat kaunter lagi.. Aku bagi kawan aku kad aku.. with my hp#. hoping that she will email me and later i will save her name and address into my address book. (So that i can memories her name).. If only she email me… otherwise persahabatan itu akan jadi on and off. Habis urusan dekat library aku terus keluar.. tak mau meminjam dari library ini buat masa ini.. because aku dah nak start class.. probably aku boleh meminjam dari library campus.

Sampai rumah dalam jam 6pm. Sesekali sampai awal dekat rumah best jugak, cuaca pun cantik. Solat asar and layan adik and mak yang tengah sibuk kemas barang untuk di bawa ke Ipoh esok. Aku akan balik Ipoh esok, hantar adik aku kesana, to continue her study @ Poly Ungku Omar. Lepas nih hanya Mak, abah and aku sahajalah dalam rumah nih..

Esok satu Rejab.. hmm kami satu rumah pakat2 nak berpuasa.. Adik aku dah start berpuasa tadi.. Ha esok aku half day.. Yahoo..