I think this is a good, simplest and shortest reminder yang senang ingat.. daripada ayat2 yang panjang berjela-jela.. Untuk renungan bersama.. Ke arah ke kesempurnaan Iman.

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • Jangan usil dengan kekayaan orang
  • Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
  • Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
  • Jangan hancur kerana kezaliman
  • Jangan goyah kerana fitnah
  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu
  • Jangan usir orang yang meminta-minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
  • Lakukan solat malam
  • Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  • Sayangi dan santuni fakir miskin
  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  • Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
  • Berlatihlah untuk banyak berfikir
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
  • Jangan percaya ramalan manusia
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Hormatilah setiap orang
  • Jangan terlampau takut kepada manusia
  • Jangan sombong, takbur dan meninggi diri
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
  • Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  • Panjang dan eratkan silaturrahim
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  • Bicaralah secukupnya
  • Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  • Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  • Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
  • Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
  • Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
  • Hormatilah kepada guru dan ulama
  • Amalkan bershalawat kepada nabi
  • Cintai keluarga Nabi saw
  • Jangan terlalu banyak hutang
  • Jangan terlampau mudah berjanji
  • Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
  • Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
  • Bergaul lah dengan orang-orang soleh
  • Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
  • Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
  • Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
  • Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
  • Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya
  • Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  • Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  • Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
  • Jangan melukai hati orang lain
  • Jangan membiasakan berkata dusta
  • Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
  • Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
  • Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
  • Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
  • Jangan membuka aib orang lain
  • Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita
  • Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  • Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
  • Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
  • Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
  • Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
  • Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
  • Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
  • Hargai kejayaan dan pemberian orang
  • Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
  • Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
  • Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu
  • Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
  • Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
  • Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
  • Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
  • Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
  • Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
  • Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
  • Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
  • Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orangmenyebabkan orang lain terhina