Fuh again it’s Monday. Alhamdulillah for today and pity me on last friday… Panas, berbahang masa meeting on last friday. Meeting yang biasanya boleh habis 30 minutes, jadi 2 jam… Berpeluh .. kena jaga orang ini orang itu.. Well tak semua salah engineer aku.. aku pun nak gak sesekali memang dalam debate..

Payah. silap sikit panjang lebar kena menjawap..Yang si KC (GM) pulak, dalam jarang-jarang masuk meeting, tiba2 tengah panas nih dia masuk pulak. Aku tak tahu la yang aku cakap masa meeting tuh relevant ke tidak kat kepala dia.. tapi yang pasti.. hmm tak ada pulak dia mencelah. I guess everything is ok kot apa yg aku ckp tuh.. entahlah..

Pagi tadi is the happiest morning. Fairuz, one of my engineer yang pi training kat Penang called and hv pass the enterprise exam. Aku seronok giler.. Syukur Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku gumbiranya.. bila tahu dia pass. For two weeks he’d struggle and menelaah sorang-sorang. Kadang-kadang bila aku online kat rumah, dia YM aku.. just a matter of to share his loneliness and mati kutunya.. Nasib baik dia ada bawak gambar wife, and his kids.. Kesian pulak aku tengok orang-orang yang pangkat2 pakcik nih pi training.. Hehe.. whatever it is. it is proven now that he can do it.. Aku tak tahu la bos aku Rahimah and Asri tahu ke tidak. Hopefully they read the email. Rahimah definitely tak baca email, because her mailbox has reached its quota. and she’s on MC.. Kesian rahimah, sure antara penyebabnya because of friday’s nyer meeting.

Saturday was a bowling day kat Midvalley. Hmm main suka2.. tiga game. Aku sekadar dapat Mug MSRC. Lewat gak habis bowling, hampir kul 2pm. Lepas main aku and Rini (Achu) berjalan kat Mid Valley. Solat dekat Jusco, pegi ke Shopping complex baru @ The Gardens cuci mata masuk kedai kasut Nine West, test the shoes.. definitely. best. Aku memang dah lama berkenan dengan kasut kat Nine west nih.. Seksi. Auucwww..😀

I so admired the shoes.. Mak aku pun dah sounds suh beli kasut baru.. walhal ada lagi kasut aku yang dalam kotak.. tapi aku simpan aje.. Hush Puppies Boot – high cut, pointed krim color shoes – Nose . Tapi kasut-kasut nih tak boleh lah aku pakai hari2.. Yang aku pakai hari2, sampai lunyai is My Hush Puppies black sandals yang aku suka pakai .. Everywhere i go.. i wore this sandals.. best.. Aku tengah mabuk kasut Nine West.. bila laa aku dapat beli.. berangan ekin.. berangan..

Habis berjalan kat Mid Valley, aku hantar achu balik rumah kat Pantai Vista. And then aku call Sherry. Kawan sekolah aku nih baru keluar hospital.. Mengandung luar rahim, since wednesday dia sms aku, tapi aku tak dapat nak melawat. So this is the only day yang aku available. Hujan lebat giler lepas aku hantar Achu kat rumah dia. Sherry ada kat rumah maknya @ Petaling Utama.. So aku drive ke sana. Aku sampai ke rumah mak Sherry dalam jam 530. Tak tahu nak beli apa untuk sherry aku tak jumpa kedai buah pun masa aku balik. Akhirnya aku beli juadah minum petang untuk family Sherry.

Alhamdulillah Sherry ok and boleh gelak.. Cuma satu kilang yang produced telur kena buang. Kesian Sherry.. tapi alhamdulillah Sherry dah ada anak sorang. Huda Dinni. Cute and sweet little girl. Mesra macam Sherry jugak. Lama aku dekat rumah Sherry. Sembang-sembang dengan sherry and her mum, tumpang sembahyang Asar and duduk lagi. hehe.. macam tak tahu nak balik rumah, lepas azan magrib aku keluar dari rumah sherry. dari rumah Sherry ke rumah aku tak la jauh sangat. So habis azan, aku keluar. Aku sampai rumah dalam jam 7.55pm. Terus masuk bilik air and solat magrib. Mak and abah pegi kenduri kat bawah rumah.

Agak lewat aku tidur on sunday night. Tengah menilik kerja and assignment yang kena di siapkan. Another assignment has been given to me and my friends.. aduss.. ya allah tolonglah aku untuk jayakan semua ini.. AMin.. 😀