Thursday is a working day. Hari nih aku tak de class malam. pagi-pagi aku dah sms boss aku yang aku akan masuk lambat, because i want to send my car to perodua service centre @glenmarie. Tak la jauh sangat. Very near to my office, i think about 3.5 km.

Aku sampai dekat pusat service lebih kurang jam 8.40am. Tempat nih bukak pun 830am. Tunggu punyer tunggu jam 10am aku baru habis. Hmm macam-macam nak kena betulkan. Budget probably dlm Rm1500 kot. Fuhhh.. sakit perut aku. I have to leave my car here for few days.. lucky me kak ila boleh pinjamkan aku keretanya. Boleh lah aku ke class. Paling awal kereta aku akan siap on next Tuesday. Soon as aku habis urusan aku suruh la orang perodua nih call taxi. Walaupun office aku tak la jauh sangat, tapi berpeluh la aku kalau nak kendong thinkpad yang besar nih ke office. And traffic dekat kawasan sini laju2. Nak tak nak aku kena ambik taxi. No choice. nak suruh kawan2 office aku ambik, aku rasa menyusahkan orang pulak. nak suruh kak ila pun, aku takut mengganggu dia bekerja.

i’ve waited for 15 minutes, taxi tak mai lagi. Aku bertanya lagi dengan orang perodua nih, ” hmm taxi ada bagitau tak nak sampai berapa minit”? orang tuh reply..” nanti saya call lagi sekali”. Aku pun dengar la budak tuh call.. (bukan budak pun).. and she said to me ” kalau orang taxi mintak Rm10 ok tak ” huh.. dalam hati aku.. Rm10 to my office, cekik darah betul.. ” Ok la..” whatever. Aku replied. Masa tengah tunggu taxi tuh.. aku rasa aku dah nak exploded giler2 dah.. dalam hati aku kata.. kalau taxi nih tak sampai tepat 1030am. aku akan bangun and suruh budak tuh cancel that taxi.. dah la nak Rm10, pastu datang lambat. Tepat jam 1030am taxi masuk ke perkarangan pusat service. Aku say thanks to budak pompuan tuh and terus keluar. Biasalah kan.. dah masuk dalam kawasan pusat service yang sesak… orang taxi nih menggamit tangan kat aku.. so that i can walk to his taxi.. aku biarkan aje.. aku berdiri dekat tempat aku berdiri.. tunggu taxi betul2 berhenti depan aku. Ko nak Rm10 aku kan.. aku masuk taxi and releks. After 3 to 4 minutes dah sampai ke perkarangan office aku.. aku suruh orang taxi tuh masuk and berhenti betul2 depan pintu lobby office aku. Aku keluar kan Rm10, and keluar.

Pemandu tuh orang melayu, hmm cekik darah betul… geram.. aku hanya naik few kilometers je.. dari perodua kat glenmarie ke office aku dekat Menara Mesiniaga. Siapa yang tahu, sure akan kata dekat giler… tak patut betul. Aku baru teringat yang taxi dekat Shah Alam memang semua installed meter.. tapi tak pernah pakai pun.. dorang main letak harga je.. Macam mana yee dorang boleh ambik duit orang sesuka hati and charge public pastu pakai duit tuh tanpa rasa bersalah.. Bukan aku tak halalkan.. halal.. tetapi.. lepas orang merungut, mungkin sumpah seranah.. baru dorang dapat duit tuh.. itu pun selepas sakitkan hati pengguna macam aku.. Apa dorang rasa haa..

Aku tak pasti lah.. macam mana dunia pemandu taxi yang charged public macam nih.. how do they spend the money… hmm tak rasa bersalah ke.. bagi family makan duit yang macam nih.. ee pelik. Aku dulu pernah la floating kat office aku nih lepas balik dari project kat TPM, hmm rasa tak senang duduk bila 3 minggu aku tak der kerja… rasa macam makan gaji buta.. duit masuk tapi tak buat kerja.. serba salah di buatnya..

Sampai office, aku teringat yang Friday ada meeting. Dua meeting, first with engineers and satu lagi petang @1500, with Dell people. Meeting with engineers kul 8am, Friday. Arrghh aku kena siapkan presentation slides.. Aku kena siapkan report yang aku kena gali.. one by one.. aku kena compile engineers certifications and Incident report and etceteras.. Fuh banyak benda. Lucky me hari nih tak der class.

Lunch hour aku keluar makan dengan kak ila, kak ila ambik aku dekat office and kami makan tempat biasa. lepas lunch aku bawak kereta kak ila ke office aku. About 6pm aku keluar office, ambik kak ila and terus balik rumah. Thought nak pegi pasar malam dekat rumah aku, hmm nak beli air kelapa muda yang best.. Hmm tapi hidayah tak berapa sihat.. muka, badan and all ada bintik2 merah.. hmm campak ke nih?.. I’ve decided untuk bawak hidayah pegi ER lepas magrib.

Sampai dekat Subang Jaya Medical Center.. fuiyyoo ramai nyer orang dekat ER nih.. giler ramai.. jam baru 830pm.. Aku menunggu sambil baca newsweek… kak ila dah bawak hidayah kedalam.. kena buat blood test.. pastu tunggu lagi.. almost 1 hour result baru keluar pastu tunggu giliran lagi, because patients terlalu ramai. Dalam jam 1130pm barulah hidayah masuk consultation room. aku dukung hidayah and kak ila masuk sekali.. Doctor kata the blood test result, is ok.. cuma ada skit virus infections.. hmm virus dari apa.. itu aku tak tahu.. doctor just bagi ubat and kami balik. Sampai rumah tepat 12am.

Aku bukak thinkpad aku and on my VPN. aku kena siapkan jugak presentation slides aku.. dalam jam 3am baru aku siap and i’ve sent out the email.. Fuhh lega.. Tutup machine and change my attire ke baju yang sesuai untuk tidur.. releasedd… syiok giler dapat tidur @0300. Apa2 pun. aku kena reached office awal esok.. kalau tak merajuk boss aku.😀